Pelaburan Unit Amanah

IMG_20180205_112825

Tetapkan Matlamat

Sebelum membuat pelaburan dalam Unit Amanah (Unit Trusts), tetapkan dulu matlamat dan target anda. Senaraikan matlamat anda dan tentukan bila ianya akan terlaksana. Contohnya seperti;

  • Pencen Awal – Sebelum umur 55 tahun.
  • Melancong ke serata dunia
  • Selesaikan hutang rumah
  • Beli tanah di kampung

Cuba senaraikan ikut keutamaan. Senang nak nampak dengan jelas mana lebih penting.

 

epf - copy2011424136..jpg

Mulakan Melabur Dalam Unit Trusts

Ada 3 cara untuk melabur dalam unit trust ni. Antaranya;

  1. Pengeluaran Akaun 1 KWSP
  2. Pelaburan secara lump sum
  3. Pelaburan secara DDI (Direct Debit Instruction)

Cara yang paling jimat tanpa perlu keluarkan modal adalah dengan membuat pengeluaran melalui Akaun 1 KWSP. Tahu tak duit dalam Akaun 1 tu sebenarnya duit pencen kita? Dan tahu tak, bila dah capai umur 55 tahun baru boleh keluarkan duit tu.

Tetapi, tak semua layak sebab ada pengiraannya;

Jadual Simpanan Asa

Nampak tak pada umur 55 tahun, simpanan minimum yang patut kita ada adalah sebanyak RM228,000. Dan mengikut perkiraan KWSP, selepas pencen kita akan dapat RM950 sebulan selama 20 tahun. RM950 tu adalah duit belanja asas kita.

Cuba check berapa yang anda anda sekarang dalam akaun 1 dan bandingkan dengan jadual atas. Cukup ke tak?

Nak tahu layak ke tak melabur gunakan akaun 1, jom saya tunjukkan;

Katakan tahun ini anda umur anda 30 Tahun. Ikut pada jadual asas sepatutnya ada RM29,00. Dan jumlah akaun 1 semasa anda RM 40,000.

Formularnya (Jumlah Semasa – Jumlah Asas) x 30% = Jumlah Pelaburan

  • RM40,000 – RM29,000 = RM11,000
  • RM11,000 x 30% = RM3,300
  • RM3,300 lebih daripada nilai minimum RM1000.

Jadi anda layak untuk melabur menggunakan Akaun 1 KWSP. Tahniah!

Nak lagi cepat gunakan excell sheet ni. Pengiraan Akaun 1 KWSP Jangan lupa share tau kat member.

Bagi yang mendapat kurang daripada Rm1000, anda tidak layak. Tapi jangan risau, anda masih boleh lagi melabur dengan kaedah lump sum dan juga DDI.

Melabur secara lump sum kebiasaannya bagi mereka yang ada lebihan tunai yang banyak dan mahu gandakan lagi wang mereka. Tiada nilai maksimum untuk dilaburkan.

Untuk melabur secara DDI. Sama seperti anda bayar setiap bulan. Modal permulaan RM1000 dan setiap bulan akan ditolak minimum RM100 daripada akaun bank anda.

DDI RM100 18 Tahun
Contoh Pengiraan DDI RM100 Selama 18 Tahun

Jadual di atas adalah contoh DDI dengan modal RM1000. Jika anda konsisten melabur RM100 selama 18 Tahun setiap bulan. Anda akan dapat Pulangan Sebanyak RM50,860! Banyak tu dengan hanya modal yang rendah!

Dan jika anda termiss bayar, jangan risau. Akaun anda masih aktif cuma anda perlu bank in/transfer sendiri ke akaun public mutual anda.  Mudahkan?

Anda tetap punyai pilihan lain untuk melabur, teruskan mencari ilmu tentang kewangan. Mana tahu, ada yang sesuai dan menepati jiwa pelaburan anda.

Boleh juga layari sini Pelaburan Emas Public Gold mungkin ini untuk anda.