Unit Amanah

Apakah Itu Unit Amanah?

Mungkin sebelum ni korang pernah dapat panggilan atau terserempak dengan ejen Unit Amanah yang mempromosikan Unit Amanah. Tapi korang tahu tak apa tu Unit Amanah? Pernah tanya tak?

Daripada segi istilah, “Unit Amanah atau lebih dikenali sebagai Unit Trusts adalah satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan dalam saham atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus dana professional”. Contoh paling dekat ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Nak lagi senang nak faham, kita kumpul kawan-kawan dan setiap seorang akan keluarkan modal masing-masing. Kemudian, modal tadi kita amanahkan pada Pengurus Amanah untuk dilaburkan ke dalam pasaran saham (dalam dan luar Negara) dan setiap keuntungan yang diraih akan di bahagikan samarata mengikut modal yang dikeluarkan.

Bergantung kepada jenis dana, pengurus dana mungkin melabur dalam aset berikut;

  1. Bond
  2. Saham
  3. Hartanah
  4. Syarikat
  5. Wang Tunai

Aset-aset ini merupakan aset yang produktif yang akan menjana keuntungan kepada pemiliknya. Jadi sebagai pelabur unit trust, anda memiliki aset-aset ini secara tidak langsung.

Oleh itu setiap sen yang anda laburkan dalam unit trust adalah mewakili pelaburan dalam aset-aset ini.

Unit Amanah merupakan pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Bukan labur hari ni, bulan depan terus dapat untung. Itu SCAM namanya!