Tag Archives: Public Gold

Masa Terbaik Jual Emas..sebelum jual baca ni dulu

Soalan: Bila masa terbaik untuk saya menjual emas dan apakah strategi menjual yg boleh digunakan?

Baik, ini sedikit panduan untuk anda. Semoga bermanfaat dan mengelakkan kesilapan amatur.

1️⃣ Jual emas bila anda ingin membeli aset.

Contohnya beli rumah, beli tanah tanah, anda nak buka business/beli bisnes.

Dalam hal ini ia ibarat anda tukar aset kepada aset.

Bila anda nak beli aset, anda boleh jual aja semua emas. Later on boleh kumpul emas balik.

2️⃣ Anda teringin nak rasa profit daripada simpanan emas.

Aha… kalau rasa terliur nak rasa profit dengan emas. Tiada masalah… boleh boleh.. takde masalah, tapi ada caranya.

Saya cadangkan anda jual nilai untung sahaja. Jangan jual semua emas.

Contohnya jika anda simpan 20 dinar dan harga dinar ini naik dan anda ada untung sebanyak RM1000. Jadi anda perlu jual 1 dinar sahaja dan enjoy keuntungan anda.

Jangan jual semua emas anda. Sebab nanti anda akan rasa susah nak beli balik kerana teringat harga lama. Dah takut nak beli balik.

Ramai orang yg saya jumpa, bila dah jual emas pada harga tinggi, dia takut nak beli balik.

Jadi, teknik jual nilai untung ini menyebabkan anda ada momentum untuk terus membeli emas.

Jika anda suka cara kedua, maka pemilihan produk sangat penting. Anda kena beli item yang kecil seperti 1 gram, 5 gram, 10 gram dan 1 dinar.

Untuk cara pertama, anda boleh beli item besar-besar seperti 50 gram keatas

Atau pun ada boleh guna strategi campuran antara gold bar sederhana besar.

Ataupun, paling senang ialah simpan melalui akaun GAP. Sebab nak jual nilai untung serendah 1gram.

Apapun, strategi jual balik emas perlu difikirkan daripada awal. Kalau tidak, boleh pening oooo..

#MasaMenjualEmas

-FB Mahaguru Emas Syukor Hashim-

Advertisements

Trend Kenaikan Harga EMAS..rugi betul klau tak simpan EMAS

A

ntara petanda harga emas akan meningkat adalah apabila ia boleh melepasi harga resistance USD1300/Oz dan bertahan diatas harga ini.

Harga emas kini sudah start naik sejak Oktober 2018.

Jika anda ingin membeli emas maka inilah masanya.

Beli dan pegang.

Target 2-3 tahun minimum.

Lagi panjang, lagi bagus.

Tahun lepas, harga dalam RM165/g

Januari 2019, harga dah mencecah RM188/g

Rezeki Mestilah Ada Banyak Duit…baca ni dulu sebelum korang tersasar jauh

HAKIKAT REZEKI
==============

Ada seorang lelaki Muslim Rohingya tinggal di Kemaman. Kerjanya di waktu pagi, sebagai tukang rumah, petangnya sebagai pengutip besi buruk, dan hujung minggu membantu mesin rumput dan kerja-kerja pembersihan.

Ada anaknya belajar di PASTI ADAM, yang mana pihak PASTI enggan menerima bayaran yuran darinya kerana kedaifannya, dengan niat ingin menolong. Si ayah menolak bantuan yang dihulurkan.

Menurut Pengerusi PASTI ADAM, Si Ayah tidak pernah gagal membayar yuran, sedangkan ramai ayah ibu yang berkereta mahal, selalu menangguh bayaran yuran. Bahkan ada yang sangat berkira bila pihak sekolah meminta bantuan derma untuk program sekolah.

Ini perbezaan antara nampak kaya dengan hakikat kaya yang sebenar. Kaya tidak semestinya nampak mewah, tetapi rezeki yang ada cukup untuk keperluan, dan mereka boleh menikmatinya, sehingga ada lebihan untuk disedekahkan pula kepada orang lain.

Kadangkala, ada orang yang kerja keras, pendapatannya lumayan, mereka tidak mampu menikmati nikmat rezeki yang ada sekalipun memiliki harta yang banyak kerana kekangan kesihatan, kekangan masa, dan pelbagai halangan lagi.

Ada pula orang menikmati keluasan rezeki, di sebalik harta yang sedikit. Mereka nampak “biasa-biasa” tetapi jiwa mereka tenteram, mereka tidak dijerut hutang, makan-pakai cukup-cukup sahaja.

Dalam dua tahun saya terlibat dengan industri emas, kebanyakan orang yang berpendapatan sederhana dan rendah lah yang paling konsisten menabung simpanan emas berbanding orang high income.

Walaupun secara logik, sepatutnya kadar simpanan orang high income lebih besar dari low & intermediate income.

Keupayaan menyimpan menunjukkan seseorang itu memiliki disiplin dalam urusan kewangan.

Sesiapa nak buka akaun simpanan emas, boleh PM tepi ye? 😁👌

Muhammad Daniel Nelison
Authorised Dealer Public Gold
PG00101715
📱http://segramsebulan.wasap.my

5 Tips Simpan EMAS

Wajib baca bagi korang yang nak simpan EMAS tapi Tak tahu cara nak bermula.

Ramai dah tahu emas ni bagus cuma tak tahu dari mana nak mula dan patut buat apa.

Baiklah, ini caranya;

1️⃣Simpan emas boleh dimulakan dengan serendah RM100 melalui akaun emas fizikal GAP public gold.

2️⃣Simpan emas dengan matlamat yg betul iaitu untuk selamatkan wang dari kebocoran (walaupun banyak sebab lain tapi inilah sebab paling popular)

3️⃣Simpan emas sebanyak yang boleh bagi mereka yang dalam kategori tak boleh tengok cash mesti nak pakai (simpan 10% emas bagi mereka yg ada portfolio lain yg lebih baik dari emas dan berjaya untuk tidak diusik)

4️⃣Simpan emas sehingga kita dapat peluang yang baik, sebagai contoh mendapat seruan ilahi untuk menunaikan haji. Maka, juallah emas tersebut dan tunaikan haji.

5️⃣Simpan emas dengan konsisten tiap bulan agar kita tak perlu risau harga emas naik atau turun sebab pada akhirnya kita akan dapat harga purata.

Jika rasa sudah bersedia, tanyalah poket disisi kita

Kredit Mentor Emas : Tuan Syukur Hashim

Saya merupakan Authorised Dealer Public Gold di bawah mentorship Tuan Zulkifli Shafie (penulis buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang) dan berpengalaman membimbing penyimpan emas seluruh Malaysia

Jom follow Facebook page bit.ly/Rekemas untuk update dan info terbaru berkaitan EMAS.

Share tau post ni. Mana tahu ada yang berminat.

“Save gold today, it will save you tomorrow”