Tag Archives: Pinjaman

Modal Jangka Pendek? Emas kan ada…

Emas ni bukan sekadar barang perhiasan semata-mata, Ianya juga merupakan wang. Bagi yang kekurangan modal, bila bank tak dapat bagi pinjaman Emas boleh membantu jika anda perlukan modal jangka pendek.

Contohnya peniaga yang dapat projek, nak pakai duit sebagai pusingan modal untuk membeli bahan mentah, atau nak import barang daripada China. Anda mungkin nak pakai duit modal selama 3 bulan sahaja.

Hikmah Gadaian

Sebenarnya bank sangat susah bagi pinjaman jangka masa pendek. Kalau dapat pun dia punya permohonan macam tu umpama mimpi ngeri. Nak sediakan banyak dokumen, sediakan dokumen tuk kahwin lain pun lagi senang. Oppss!

Bila ada emas, maka kat sinilah ia boleh membantu. Dengan menggunakan Ar-Rahnu, sistem gadaian Islam, InsyaAllah ia boleh menyelesaikan masalah pusingan modal anda.

Saya sendiri pernah menggadaikan 1 kilo emas (dalam bentuk 10 keping x 100 gram) untuk dapatkan RM100 ribu untuk satu tujuan. Kejap ajer dapat pinjam.

Kelebihan Ar-Rahnu ialah pinjamannya sangat fleksibel. Anda boleh pinjam duit sehari sahaja, seminggu, dua minggu, sebulan, dua bulan, 6 bulan, setahun. Terpulang.

Kontrak Ar-Rahnu biasanya 6 bulan. Tapi nak tebus awal pun takpe. Saya pernah buat gadaian sehari sahaja. Hari ini gadai, esok tebus balik. Takde masalah.

Kalau dalam masa 6 bulan anda tak nak bayar pinjaman. Tak perlu risau, anda bayar upah simpan untuk 6 bulan dan boleh sambung pinjaman lagi 6 bulan. Sepanjang tempoh pinjaman anda tak perlu bayar apa-apa kat Ar-Rahn.

Namun seharusnya di-ingatkan. Ini adalah pinjaman ye. Anda tak perlu gunakan Ar-Rahnu jika takde sebab musabab yang bagus. Kalau setakat nak gadai sebab suka-suka nak pinjam – JANGAN PINJAM! .

Upah simpan di Ar-Rahnu biasanya antara 0.65 sen sehingga 0.85 sen untuk setiap RM100 nilai emas.

Gadai di Ar Rahnu

Dengan kata lain, emas adalah aset yang boleh membantu anda jika perlukan pusingan modal.

Hanya orang yang memiliki emas akan menghargai kelebihan ini.

Advertisements