Tag Archives: MOTIVASI

BEZA MINDA SI KAYA DAN SI MISKIN…korang yang mana?

Ada beza ke antara pemikiran orang kaya dan juga orang miskin ni? Bagi sesetengah orang, mereka akan fikir kaya atau miskin tu tetap manusia. Ya memang betul tu tapi orang kaya pemikirannya tak seperti orang miskin. Nak tahu? Jom baca…

Ada seorang kaya bertanya pada seorang miskin.

“Jika aku boleh tunaikan satu permintaan kamu, apa yang ingin kamu minta?”

Si miskin menjawab.

“Aku mahu minta kamu berikan aku modal berniaga. Aku orang miskin mana mungkin aku mampu untuk mulakan perniagaan.”

“Kamu pernah berniaga?”

“Tak pernah tapi aku ingin mencuba untuk ubah nasibku”

Orang kaya itu pun berkata.

“Baik. Tapi ada satu syarat yang perlu kamu penuhi. Esok jam 5 petang tunggu aku di tebing sungai”

Kerana orang miskin itu terlalu menginginkan dirinya dibantu dia tidak banyak soal. Lalu esoknya dia menunggu orang kaya itu datang di tebing sungai.

Setelah orang kaya sampai si miskin tadi tidak sabar lagi untuk menerima wang modal yang dijanjikan.

Sesampai orang kaya itu dia berkata,

“Berapa modal yang kamu inginkan? Berikan sekali kegunaannya.”

“Tak banyak orang kaya. Cukuplah 3 ribu. Aku ingin membeli barang jualan dengan wang itu”

“Boleh. Tapi syaratnya ambil pancing dan umpan ini. Dan pancinglah 100 ekor ikan. Setelah itu aku akan berikan wang yang kamu minta tadi.”

Si miskin kehairanan.

“Aku ingin meminta wang. Kenapa aku mesti memancing? Aku tak pernah memancing bagaimana aku ingin mendapat sehingga 100 ekor ikan?”

“Ini kan syarat aku? Jika tidak dapat 100 ekor hari ini. Esok kamu cuba lagi”

Si miskin akur. Lalu dia pun mula memancing. Selepas berjam-jam ikan masih tidak kelihatan. Sampai lah hari gelap ikan masih tak kelihatan. Dia kelihatan hampa.

Keesokan harinya si kaya datang dan bertanya si miskin.

“Sudah dapat ikannya?”

“Belum. Mana mungkin aku akan dapat ikan. Aku tak pernah punya pengalaman dan ilmu memancing. Sampai bila lagi aku harus tunggu?”

“Sabar. Cuba lagi sehingga dapat. Esok aku akan datang semula”

Hari ke 2 juga si miskin gagal mendapatkan ikan. Lalu si miskin mula merasa bosan.

Tiba hari ke 3 si kaya bertanya lagi. Sudah dapat ikannya?

Si miskin mula marah.

“Aku ingin kau membantu aku pinjamkan aku modal. Tapi kau menyuruh aku memancing 100 ekor ikan. Mana mungkin aku akan dapat 100 ekor.

Kalau nasib aku baik mungkin aku hanya mampu dapatkan 2, 3 ekor ikan. Berapa lama harus aku tunggu untuk dapatkan modal tersebut?”

Si kaya menjawab.

“Sabar. Mari duduk di sini. Aku ada bawakan minuman untuk kau.”

“Betul kau penat?”

Tanya si kaya pada si miskin.

“Sudah tentu aku penat. Aku duduk di sini berpanas tapi hasilnya tak ada!”

“Jadi sekarang kamu masih inginkan wang modal untuk berniaga?”

“Ya sudah tentu. Aku sudah di sini 3 hari menunggu wang tersebut”

“Kamu boleh janji untuk melunaskan bayaran hutang kamu pada aku dalam masa 6 bulan?”

“Ya sudah tentu aku boleh usahakan”

“Bagaimana kamu yakin kamu mampu lunaskan hutang aku dalam masa 6 bulan? Sedangkan baru 3 hari kamu memancing tapi tiada hasil kamu sudah marah-marah dan berputus asa?”

Si miskin tersentak. Dia terdiam mendengar persoalan si kaya. Lalu si kaya berkata.

“Perniagaan ini sama juga seperti memancing. Tanpa ilmu dan pengalaman kamu akan mudah kecundang walaupun kamu sudah mempunyai modal (pancing & umpan).

Kamu berkata kamu yakin sekali akan mampu membayar hutangku. Tapi yakinkah kamu yang perniagaan kamu akan untung? Sedangkan baru memancing 3 hari kamu sudah putus asa.

Perniagaan sebenarnya jauh lebih mencabar. Kamu yakin bila kamu berniaga kamu takkan putus asa?”

“Tapi aku boleh mencuba. Dengan modal yang aku minta aku yakin aku punya cukup wang untuk jalankan perniagaan yang aku suka”

“Begini. Mahukah kamu jika aku tunjukkan cara yang betul untuk memancing agar kamu dapatkan 100 ekor ikan? Maka kamu akan mendapat wang modal yang kamu inginkan?”

“Ya sudah tentu. Ajarkan aku!”

Maka si kaya mula mengajarkan si miskin cara-cara dan teknik memancing yang betul. Sehari demi sehari si miskin makin pandai memancing.

Setiap kali berhasil dan mendapat ikan si kaya menyuruh si miskin pergi berjualan hasil ikannya. Wang itu diserahkan pada si kaya.

Sampailah cukup 100 ekor ikan. Si miskin kelihatan begitu girang sekali kerana berjaya memenuhi syarat si kaya.

“Orang kaya. Aku dah berjaya penuhi syarat kau. Boleh kah aku mendapat wang modal yang kau janjikan?

Lalu si kaya mengeluarkan sejumlah wang.

“Nah ambil wang ini. Tapi tak perlu dSi miskin sangat terharu sehingga menitiskan air mata.

“Terima kasih orang kaya kerana memberikan aku ilmu. Hari ini baru aku faham kenapa kau meminta aku untuk memancing 100 ekor ikan.

Tanpa tunjuk ajar kau aku yakin aku takkan mampu berjaya dalam perniagaan

“Aku juga pernah diajar memancing seperti kamu. Berkat kesabaran aku berjaya menjadi seperti apa kau lihat hari ini”.

Akhirnya si miskin meneruskan memancing dan menjual ikan sehingga dia mampu menjadi pembekal ikan terbesar di daerahnya. Lalu dia kini menjadi orang kaya.

===================================================

Seringkali kita merasakan ujian demi ujian yang hadir ke dalam hidup kita ini sebagai satu bebanan dan hukuman.

Tapi jarang kita memandang sisi baik di setiap ujian yang mendatang dalam hidup kita.

Perjalanan menuju kejayaan itu tidak mudah. Seringkali disulami dengan kegagalan, kekecewaan, kesedihan dan keperitan. Tapi di sebalik semua itu tanpa kita sedar kita menjadi semakin kuat, kita lebih bijak, bertambah ilmu dan pengalaman.

Carilah guru. Dan belajar dari guru tersebut. Banyakkan mencari ilmu. Dan seandainya kita sanggup bertahan, kita pasti akan mencapai kejayaan.

Teruskan perjuangan sahabatku.

Proses kejayaan itu memang tidak cantik. Seringkali tidak diendahkan sesiapa.

Namun ingat, berlian tidak akan terhasil tanpa tekanan yang sangat kuat. Ketahuilah siapa pun kita hari ini tidak menentukan siapa kita pada hari esok.

Advertisements

Ucapan Bapa Yang Buta…nasihat untuk semua

Bapa Buta – Pinterest

Sebuah sekolah jemput bapa seorang pelajar (seorang OKU yg tidak dapat melihat) di sekolah itu untuk memberikan ucapan pembukaan mesyuarat agung PIBG.

Pelajar perempuan yang comel itu membuka majlis dengan membaca al-Quran. Ucapan bapanya di atas pentas dirakam seperti berikut:

Assalamualaikum. Terima kasih pengerusi majlis. Terima kasih pihak PIBG kerana menjemput saya, orang buta, memberi ucapan.

Tuan-tuan,

Saya rasa ramai orang di dalam dewan, namun saya tidak dapat melihat kalian.

Tadi anak saya membaca al-Quran. Orang cakap anak saya cantik, namun saya tidak dapat melihatnya. Malah saya tidak tahu apa itu kecantikan.

Hari ini saya memakai baju baru, isteri kata saya nampak hensem. Namun saya tidak dapat melihatnya. Malah tidak tahu apa itu kehemseman.

(Beliau berhenti seketika, tersenyum)

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya ingin sekali melihat. Ingin melihat wajah anak-anak, orang kata anak-anak semasa kecil comel.

Saya ingin sekali melihat. Ingin membantu anak-anak ketika belajar di rumah. Namun saya tidak mampu melihat buku mereka. Tidak mampu pun melihat mereka belajar.

Tuan-tuan boleh melihat, bantulah anak-anak belajar dengan penglihatan tuan-tuan. Periksalah beg mereka. Buku nota mereka. Tulisan mereka.

Saya tidak boleh melihat, tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya boleh berada di samping mereka. Biar anak-anak melihat, biar ayah buta, tetapi ayah ada. Ya, saya ada menemani mereka.

(Saat ini semua dewan senyap sunyi…. ibubapa terpaku memandang kepadanya)

Guru-guru ada peranan mereka. Ibubapa yang boleh melihat juga ada peranan mereka. Jangan menjadi ibubapa yang ada mata tetapi tiada di mata anak-anak mereka.

Saya tidak mampu melihat. Tetapi saya pastikan anak-anak tetap ke sekolah. Kerana tanpa ilmu manusia yang ada mata itu buta. Ilmu membuatkan manusia mampu melihat.

Saya tidak mahu anak-anak saya ada mata, mampu melihat, tetapi hidup ibarat orang buta. Saya juga tidak mahu mereka hidup seperti saya, orang buta.

Saya tidak ada motor dan kereta. Tuan-tuan ada. Hantarlah anak-anak ke sekolah. Hantarlah ke kelas tambahan di sekolah. Jangan biar mereka buta seperti saya.

Saya pesan kepada anak-anak. Hormati guru-guru kamu. Kerana mereka yang mengajar kamu ilmu. Tanpa mereka kamu buta dan bisu!

Tuan-tuan.

Saya tidak mampu melihat. Tidak mampu memberi tunduk hormat. Kepada guru-guru yang lawa dan smart. Hanya mampu memanjat doa sebagai tanda hormat. Buat guru-guru yang didik anak-anak saya dengan lelah dan penat.

Tuan-tuan ada mata, boleh melihat. Apakah cukup tanda tuan-tuan hormat? Hormat dengan lisan, percakapan. Hormat dengan perbuatan. Hormat dengan contoh kepada anak. Kalau anda tidak hormat cikgu, anak-anak juga tidak hormat cikgu.

Kalau dalam mesyuarat PIBG nanti kalian tidak hormat guru dengan percakapan dan perbuatan kalian, bagaimanakah anak-anak akan hormat guru mereka dan kalian?

Anak-anak tidak ikut kata-kata kalian, tetapi ikut contoh perbuatan kalian. Mereka bukan seperti saya. Mereka bukan buta. Hanya mendengar lisan. Tidak melihat contoh kalian.

Tuan-tuan,

Cukuplah ini sekadar ucapan. Orang buta yang tuan-tuan mungkin tidak pernah hairan. Terima kasih sekali lagi menjemput berdiri di hadapan kalian. Ingin saya melihat anda di dewan namun tidak kesampaian.

Orang kata hari ini langit cerah, biru cantik indah di awan. Namun saya tidak mampu melihat menikmati keindahan ciptaan tuhan.

Sekian. Salah silap terkasar bahasa harap maafkan.

Untuk diri saya & kita semua.

Share sebagai renungan kita bersama

Rezeki Mestilah Ada Banyak Duit…baca ni dulu sebelum korang tersasar jauh

HAKIKAT REZEKI
==============

Ada seorang lelaki Muslim Rohingya tinggal di Kemaman. Kerjanya di waktu pagi, sebagai tukang rumah, petangnya sebagai pengutip besi buruk, dan hujung minggu membantu mesin rumput dan kerja-kerja pembersihan.

Ada anaknya belajar di PASTI ADAM, yang mana pihak PASTI enggan menerima bayaran yuran darinya kerana kedaifannya, dengan niat ingin menolong. Si ayah menolak bantuan yang dihulurkan.

Menurut Pengerusi PASTI ADAM, Si Ayah tidak pernah gagal membayar yuran, sedangkan ramai ayah ibu yang berkereta mahal, selalu menangguh bayaran yuran. Bahkan ada yang sangat berkira bila pihak sekolah meminta bantuan derma untuk program sekolah.

Ini perbezaan antara nampak kaya dengan hakikat kaya yang sebenar. Kaya tidak semestinya nampak mewah, tetapi rezeki yang ada cukup untuk keperluan, dan mereka boleh menikmatinya, sehingga ada lebihan untuk disedekahkan pula kepada orang lain.

Kadangkala, ada orang yang kerja keras, pendapatannya lumayan, mereka tidak mampu menikmati nikmat rezeki yang ada sekalipun memiliki harta yang banyak kerana kekangan kesihatan, kekangan masa, dan pelbagai halangan lagi.

Ada pula orang menikmati keluasan rezeki, di sebalik harta yang sedikit. Mereka nampak “biasa-biasa” tetapi jiwa mereka tenteram, mereka tidak dijerut hutang, makan-pakai cukup-cukup sahaja.

Dalam dua tahun saya terlibat dengan industri emas, kebanyakan orang yang berpendapatan sederhana dan rendah lah yang paling konsisten menabung simpanan emas berbanding orang high income.

Walaupun secara logik, sepatutnya kadar simpanan orang high income lebih besar dari low & intermediate income.

Keupayaan menyimpan menunjukkan seseorang itu memiliki disiplin dalam urusan kewangan.

Sesiapa nak buka akaun simpanan emas, boleh PM tepi ye? 😁👌

Muhammad Daniel Nelison
Authorised Dealer Public Gold
PG00101715
📱http://segramsebulan.wasap.my