Tag Archives: KEWANGAN

Cash flow. Duit dari mana. Ia kemana?

🆗 Orang miskin – duit masuk, tapi dibelanjakan semua kat expenses. Tak boleh simpan.

🆗 Orang kelas menengah – duit masuk, tapi duit bocor untuk bayar liabiliti (definisi liabiliti adalah perkara2 yang menyebabkan duit keluar dari poket) contohnya rumah sendiri, kereta)

🆗 Orang kaya – Aset mereka menjana income. Contohnya royalti buku, rumah sewa, perniagaan dan dividen.

🆗 Kita boleh bermula dimana sahaja, cuma kalau nak hidup senang, tirulah cash flow orang kaya. Ia mungkin ambil masa, tapi ia boleh jadi matlamat anda.

Sumber: Robert Kiyosaki

Advertisements

BEZA MINDA SI KAYA DAN SI MISKIN…korang yang mana?

Ada beza ke antara pemikiran orang kaya dan juga orang miskin ni? Bagi sesetengah orang, mereka akan fikir kaya atau miskin tu tetap manusia. Ya memang betul tu tapi orang kaya pemikirannya tak seperti orang miskin. Nak tahu? Jom baca…

Ada seorang kaya bertanya pada seorang miskin.

“Jika aku boleh tunaikan satu permintaan kamu, apa yang ingin kamu minta?”

Si miskin menjawab.

“Aku mahu minta kamu berikan aku modal berniaga. Aku orang miskin mana mungkin aku mampu untuk mulakan perniagaan.”

“Kamu pernah berniaga?”

“Tak pernah tapi aku ingin mencuba untuk ubah nasibku”

Orang kaya itu pun berkata.

“Baik. Tapi ada satu syarat yang perlu kamu penuhi. Esok jam 5 petang tunggu aku di tebing sungai”

Kerana orang miskin itu terlalu menginginkan dirinya dibantu dia tidak banyak soal. Lalu esoknya dia menunggu orang kaya itu datang di tebing sungai.

Setelah orang kaya sampai si miskin tadi tidak sabar lagi untuk menerima wang modal yang dijanjikan.

Sesampai orang kaya itu dia berkata,

“Berapa modal yang kamu inginkan? Berikan sekali kegunaannya.”

“Tak banyak orang kaya. Cukuplah 3 ribu. Aku ingin membeli barang jualan dengan wang itu”

“Boleh. Tapi syaratnya ambil pancing dan umpan ini. Dan pancinglah 100 ekor ikan. Setelah itu aku akan berikan wang yang kamu minta tadi.”

Si miskin kehairanan.

“Aku ingin meminta wang. Kenapa aku mesti memancing? Aku tak pernah memancing bagaimana aku ingin mendapat sehingga 100 ekor ikan?”

“Ini kan syarat aku? Jika tidak dapat 100 ekor hari ini. Esok kamu cuba lagi”

Si miskin akur. Lalu dia pun mula memancing. Selepas berjam-jam ikan masih tidak kelihatan. Sampai lah hari gelap ikan masih tak kelihatan. Dia kelihatan hampa.

Keesokan harinya si kaya datang dan bertanya si miskin.

“Sudah dapat ikannya?”

“Belum. Mana mungkin aku akan dapat ikan. Aku tak pernah punya pengalaman dan ilmu memancing. Sampai bila lagi aku harus tunggu?”

“Sabar. Cuba lagi sehingga dapat. Esok aku akan datang semula”

Hari ke 2 juga si miskin gagal mendapatkan ikan. Lalu si miskin mula merasa bosan.

Tiba hari ke 3 si kaya bertanya lagi. Sudah dapat ikannya?

Si miskin mula marah.

“Aku ingin kau membantu aku pinjamkan aku modal. Tapi kau menyuruh aku memancing 100 ekor ikan. Mana mungkin aku akan dapat 100 ekor.

Kalau nasib aku baik mungkin aku hanya mampu dapatkan 2, 3 ekor ikan. Berapa lama harus aku tunggu untuk dapatkan modal tersebut?”

Si kaya menjawab.

“Sabar. Mari duduk di sini. Aku ada bawakan minuman untuk kau.”

“Betul kau penat?”

Tanya si kaya pada si miskin.

“Sudah tentu aku penat. Aku duduk di sini berpanas tapi hasilnya tak ada!”

“Jadi sekarang kamu masih inginkan wang modal untuk berniaga?”

“Ya sudah tentu. Aku sudah di sini 3 hari menunggu wang tersebut”

“Kamu boleh janji untuk melunaskan bayaran hutang kamu pada aku dalam masa 6 bulan?”

“Ya sudah tentu aku boleh usahakan”

“Bagaimana kamu yakin kamu mampu lunaskan hutang aku dalam masa 6 bulan? Sedangkan baru 3 hari kamu memancing tapi tiada hasil kamu sudah marah-marah dan berputus asa?”

Si miskin tersentak. Dia terdiam mendengar persoalan si kaya. Lalu si kaya berkata.

“Perniagaan ini sama juga seperti memancing. Tanpa ilmu dan pengalaman kamu akan mudah kecundang walaupun kamu sudah mempunyai modal (pancing & umpan).

Kamu berkata kamu yakin sekali akan mampu membayar hutangku. Tapi yakinkah kamu yang perniagaan kamu akan untung? Sedangkan baru memancing 3 hari kamu sudah putus asa.

Perniagaan sebenarnya jauh lebih mencabar. Kamu yakin bila kamu berniaga kamu takkan putus asa?”

“Tapi aku boleh mencuba. Dengan modal yang aku minta aku yakin aku punya cukup wang untuk jalankan perniagaan yang aku suka”

“Begini. Mahukah kamu jika aku tunjukkan cara yang betul untuk memancing agar kamu dapatkan 100 ekor ikan? Maka kamu akan mendapat wang modal yang kamu inginkan?”

“Ya sudah tentu. Ajarkan aku!”

Maka si kaya mula mengajarkan si miskin cara-cara dan teknik memancing yang betul. Sehari demi sehari si miskin makin pandai memancing.

Setiap kali berhasil dan mendapat ikan si kaya menyuruh si miskin pergi berjualan hasil ikannya. Wang itu diserahkan pada si kaya.

Sampailah cukup 100 ekor ikan. Si miskin kelihatan begitu girang sekali kerana berjaya memenuhi syarat si kaya.

“Orang kaya. Aku dah berjaya penuhi syarat kau. Boleh kah aku mendapat wang modal yang kau janjikan?

Lalu si kaya mengeluarkan sejumlah wang.

“Nah ambil wang ini. Tapi tak perlu dSi miskin sangat terharu sehingga menitiskan air mata.

“Terima kasih orang kaya kerana memberikan aku ilmu. Hari ini baru aku faham kenapa kau meminta aku untuk memancing 100 ekor ikan.

Tanpa tunjuk ajar kau aku yakin aku takkan mampu berjaya dalam perniagaan

“Aku juga pernah diajar memancing seperti kamu. Berkat kesabaran aku berjaya menjadi seperti apa kau lihat hari ini”.

Akhirnya si miskin meneruskan memancing dan menjual ikan sehingga dia mampu menjadi pembekal ikan terbesar di daerahnya. Lalu dia kini menjadi orang kaya.

===================================================

Seringkali kita merasakan ujian demi ujian yang hadir ke dalam hidup kita ini sebagai satu bebanan dan hukuman.

Tapi jarang kita memandang sisi baik di setiap ujian yang mendatang dalam hidup kita.

Perjalanan menuju kejayaan itu tidak mudah. Seringkali disulami dengan kegagalan, kekecewaan, kesedihan dan keperitan. Tapi di sebalik semua itu tanpa kita sedar kita menjadi semakin kuat, kita lebih bijak, bertambah ilmu dan pengalaman.

Carilah guru. Dan belajar dari guru tersebut. Banyakkan mencari ilmu. Dan seandainya kita sanggup bertahan, kita pasti akan mencapai kejayaan.

Teruskan perjuangan sahabatku.

Proses kejayaan itu memang tidak cantik. Seringkali tidak diendahkan sesiapa.

Namun ingat, berlian tidak akan terhasil tanpa tekanan yang sangat kuat. Ketahuilah siapa pun kita hari ini tidak menentukan siapa kita pada hari esok.

Trend Kenaikan Harga EMAS..rugi betul klau tak simpan EMAS

A

ntara petanda harga emas akan meningkat adalah apabila ia boleh melepasi harga resistance USD1300/Oz dan bertahan diatas harga ini.

Harga emas kini sudah start naik sejak Oktober 2018.

Jika anda ingin membeli emas maka inilah masanya.

Beli dan pegang.

Target 2-3 tahun minimum.

Lagi panjang, lagi bagus.

Tahun lepas, harga dalam RM165/g

Januari 2019, harga dah mencecah RM188/g

Rezeki Mestilah Ada Banyak Duit…baca ni dulu sebelum korang tersasar jauh

HAKIKAT REZEKI
==============

Ada seorang lelaki Muslim Rohingya tinggal di Kemaman. Kerjanya di waktu pagi, sebagai tukang rumah, petangnya sebagai pengutip besi buruk, dan hujung minggu membantu mesin rumput dan kerja-kerja pembersihan.

Ada anaknya belajar di PASTI ADAM, yang mana pihak PASTI enggan menerima bayaran yuran darinya kerana kedaifannya, dengan niat ingin menolong. Si ayah menolak bantuan yang dihulurkan.

Menurut Pengerusi PASTI ADAM, Si Ayah tidak pernah gagal membayar yuran, sedangkan ramai ayah ibu yang berkereta mahal, selalu menangguh bayaran yuran. Bahkan ada yang sangat berkira bila pihak sekolah meminta bantuan derma untuk program sekolah.

Ini perbezaan antara nampak kaya dengan hakikat kaya yang sebenar. Kaya tidak semestinya nampak mewah, tetapi rezeki yang ada cukup untuk keperluan, dan mereka boleh menikmatinya, sehingga ada lebihan untuk disedekahkan pula kepada orang lain.

Kadangkala, ada orang yang kerja keras, pendapatannya lumayan, mereka tidak mampu menikmati nikmat rezeki yang ada sekalipun memiliki harta yang banyak kerana kekangan kesihatan, kekangan masa, dan pelbagai halangan lagi.

Ada pula orang menikmati keluasan rezeki, di sebalik harta yang sedikit. Mereka nampak “biasa-biasa” tetapi jiwa mereka tenteram, mereka tidak dijerut hutang, makan-pakai cukup-cukup sahaja.

Dalam dua tahun saya terlibat dengan industri emas, kebanyakan orang yang berpendapatan sederhana dan rendah lah yang paling konsisten menabung simpanan emas berbanding orang high income.

Walaupun secara logik, sepatutnya kadar simpanan orang high income lebih besar dari low & intermediate income.

Keupayaan menyimpan menunjukkan seseorang itu memiliki disiplin dalam urusan kewangan.

Sesiapa nak buka akaun simpanan emas, boleh PM tepi ye? 😁👌

Muhammad Daniel Nelison
Authorised Dealer Public Gold
PG00101715
📱http://segramsebulan.wasap.my

5 Tips Simpan EMAS

Wajib baca bagi korang yang nak simpan EMAS tapi Tak tahu cara nak bermula.

Ramai dah tahu emas ni bagus cuma tak tahu dari mana nak mula dan patut buat apa.

Baiklah, ini caranya;

1️⃣Simpan emas boleh dimulakan dengan serendah RM100 melalui akaun emas fizikal GAP public gold.

2️⃣Simpan emas dengan matlamat yg betul iaitu untuk selamatkan wang dari kebocoran (walaupun banyak sebab lain tapi inilah sebab paling popular)

3️⃣Simpan emas sebanyak yang boleh bagi mereka yang dalam kategori tak boleh tengok cash mesti nak pakai (simpan 10% emas bagi mereka yg ada portfolio lain yg lebih baik dari emas dan berjaya untuk tidak diusik)

4️⃣Simpan emas sehingga kita dapat peluang yang baik, sebagai contoh mendapat seruan ilahi untuk menunaikan haji. Maka, juallah emas tersebut dan tunaikan haji.

5️⃣Simpan emas dengan konsisten tiap bulan agar kita tak perlu risau harga emas naik atau turun sebab pada akhirnya kita akan dapat harga purata.

Jika rasa sudah bersedia, tanyalah poket disisi kita

Kredit Mentor Emas : Tuan Syukur Hashim

Saya merupakan Authorised Dealer Public Gold di bawah mentorship Tuan Zulkifli Shafie (penulis buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang) dan berpengalaman membimbing penyimpan emas seluruh Malaysia

Jom follow Facebook page bit.ly/Rekemas untuk update dan info terbaru berkaitan EMAS.

Share tau post ni. Mana tahu ada yang berminat.

“Save gold today, it will save you tomorrow”

Pencen 55 / 60 / Pencen Awal?

Hai post kali ni nak share pasal pencen.

✔️Tau tak, umur persaraan wajib boleh dianjak ke 60 tahun? Persoalannya, cukup ke duit simpanan kita dalam KW5P tu?

✔️ Paling penting, adakah kita masih perlu lagi BEKERJA untuk menampung hidup? Bagaimana jika ada anak yang masih Belajar dan mengharapkan bantuan kewangan dari kita?

✔️Hasil daripada Pelaburan Unit Trusts hanya boleh dinikmati selepas umur 55/60 tahun. Wang anda Tak lari kemana pun. Tetap ada dalam akaun

✔️ Tak semua daripada kita berharta, namun dengan pelaburan inilah yang akan menjadi harta kita nanti.

✔️Pelaburan Unit Trusts bukan sekadar gandakan Wang pencen. Boleh juga nak gandakan Wang simpanan, pelan pendidikan anak anak, modal perniagaan dan juga nak langsaikan hutang.

Ada Tiga Kaedah Pelaburan Unit Trusts;

1️⃣ Pengeluaran dari Akaun 1 KW5P
2️⃣ Lump Sum
3️⃣ Simpanan setiap bulan

Nak info lanjut WhatsApp sini

📱http://danielunittrusts.wasap.my

Cuma korang kene keluarkan 🖋️pen je tuk sign documents📝

Kita set appointment sambil borak dan minum kopi je.

Jangan lupa share tau kat kawan-kawan korang.

#pelaburansah #pelaburanshariah #masadepan #pendidikan #offshore #pelaburanmasadepan #cwa #investment #financialfreedom #financial #pencenawal #pencenbergaya #hkl #unittrusts #pmb #asb #hukm #ppum #husm #puncakalam #setiaalam #shahalam #rawang #sungaibuluh #sunway #petalingjaya #klang #meru #kualalumpur #kualaselangor