Tag Archives: keberkatan

RM800 SEBULAN! KISAH SEDEKAH SEORANG OKU YANG NORMAL..

Kisah yang terjadi di Public Gold Cawangan Melaka seperti yang diceritakan oleh Mahaguru EMAS Tuan Syukor Hashim. Semoga kisah ini memberikan iktibar kepada kita semua dan menjadi sebab untuk kita sama bersedekah.

Kredit Foto Tuan Syukor Hashim

“Akak tak kerja, akak suri rumah” jawab Kak Noraini dengan perlahan.

Itulah jawapan yang diberikan oleh Kak Noraini bila Suhaila, staff Public Gold Melaka bertanya tentang pekerjaan beliau.

Dia sedang berurusan untuk membeli emas untuk kali pertama. Beliau ditemani oleh suaminya.

Oleh kerana mereka merupakan customer saya, jadi saya datang dengan niat untuk temankan mereka dan membimbing dalam urusan pembelian emas.

Mendengar jawapan “saya suri rumah” Saya rasa tertarik nak interview kak Noraini. Maklumlah dia nak beli emas 50gram dengan nilai RM10,900 ++

Beliau merupakan seorang suri rumah dan tidak mempunyai gaji tetap bulanan. Kalau dia boleh beli emas RM10,900++ maksudnya ada something kita boleh belajar dengan dia. Kalau orang tu ada gaji, saya tidaklah hairan sangat.

“Akak suri rumah ye?”

Haah En. Syukor, akak suri rumah”

“Boleh saya tahu, akak ada buat bisnes apa-apa ke kat rumah?” Soal saya dengan niat mencungkil rahsia.

“Ya ada, akak ada buat bisnes kuih kecil-kecilan. Kalau ada tempahan, akak buat la” Balas kak Noraini.

“Akak dapat banyak tempahan tak?”

“Biasa-biasa ajer En. Syukor,on off, bukan tiap-tiap hari akak dapat tempahan kuih”

“Tapi ada seorang hamba Allah nie, dia tempah kuih kat akak setiap minggu, dia sedekahkan kat masjid setiap malam Jumaat”

“Oh! tiap-tiap minggu dia sedekah kuih kat masjid ye? Wah..hebat. berapa budget dia seminggu kak?” tanya saya.

“Dia budget RM200 seminggu. Dia suruh akak buat kuih, pastu akak pergilah hantar kat masjid Bukit Beruang setiap malam Jumaat”

“Biasanya akak hantar waktu Maghrib. Lepas orang baca Yassin, orang akan makan kuih tu. Akak letak kat meja belakang dewan”

“Lepas tu, dia akan bank in duit kat akak”

“Fuh! RM800 sebulan untuk disedekahkan kepada jemaah masjid, itu memang hebat”

“En. Syukor, dia tu OKU tau. Tangan dia cacat, dia kerja kat bengkel kereta” sambung kak Noraini lagi.

“Hah! OKU ye? Dia owner bengkel kereta ke?” Tanya saya.

“Tak, dia mekanik kat situ” balas kak Noraini.

“laaa yeke, saya ingatkan owner bengkel” saya terkejut.

Saya mencongak, berapa sangat gaji seorang mekanik. Saya tak tahu. Mungkin RM2000 ke RM3000 barangkali. Kalau RM800 dia peruntukkan untuk sedekah kat masjid, agak besar jugak portion sedekah beliau.

Lebih kurang 32%! Banyak tu!

“Kadang-kadang tu, abang akak ada juga suruh cakap, minggu ni tak payah bayar, kami tanggung. Tapi dia tak benarkan. Dia nak bayar juga! Tambah Kak Noraini lagi.

“Kalau akak tak larat nak buat kuih, akak cakap kat dia yang minggu ni akak tak buat jadi dia kena cari orang lain” kata kak Noraini.

Saya termanggu mendengar kisah kak Noraini ni.

Asalnya saya cuma nak tahu daripada mana kak Noraini dapat duit untuk beli emas ni. Sebab ia boleh jadi inspirasi untuk kita semua.

Namun apa yang saya dapat adalah kisah bonus, seorang insan OKU yang sangat konsisten bersedekah.

Untuk kak Noraini, seorang sururumah yang boleh mengumpul duit dan beli emas RM10,900++. Itu adalah kaya harta!

Untuk hamba Allah yang cacat tangannya, tapi konsisten bersedekah untuk jemaah Masjid. Itu adalah kaya jiwa!

Pada asalnya nak tahu rahsia seorang suri rumah yang boleh beli emas, sekali dapat kisah tentang seorang OKU yang kurang sifat tapi berjiwa lagi besar daripada kita yang normal. Kedua dua mereka kaya dalam konteks tersendiri.

Banyak pengajaran yang dapat dipelajari daripada kisah ni. Pertama nak beli emas Public Gold ni semua orang boleh. Tak kisah berapa pendapatan yang kita perolehi setiap bulan. Yang penting kita tahu tujuan beli emas. Nak selamatkan nilai duit.

Yang kedua tentang sedekah, boleh dikatakan tak semua dapat sedekah seperti insan OKU tu. Pada mata saya, dia lagi normal daripada kita. Dia lagi pemurah. Sangat memberikan kesan kepada saya secara jujurnya yang mampu tapi…

Doakan saya dan anda semua dapat juga bersedekah seperti beliau. Dan dapat lagi menyimpan emas seperti Kak Noraini. Amin

Jangan lupa share tau.

ada duit tapi selalu terdesak…baca ni mungkin sebab dosa yang pernah kita lakukan dahulu..

Sempit rezeki disebabkan dosa?

“Hishh, sudah berbelas tahun saya bekerja keras siang dan malam, tapi hasilnya tak seberapa. Apa yang tak kena…”

“Apa lagi kerja yang saya tak buat. Semua sudah saya buat. Bak kata orang, pergi pagi balik malam, tapi rezeki saya sekeluarga tak juga cukup-cukup. Entah apa nak jadi…”

Begitulah bunyi keluhan ramai orang yang kita jumpa. Kadangkala kita juga seakan-akan pernah mengomel dalam bahasa yang sama, tak begitu?

Masyarakat nyata tertekan dan gelisah menghadapi situasi tersebut lebih-lebih lagi dalam suasana hambatan ekonomi yang mencengkam serta kos kehidupan yang semakin tinggi. Kerana terlalu memikir dan melayan tekanan hidup itu tanpa rasa tawakkal dan pengaduan kepada Allah yang Maha Bijaksana dan Mengetahui, maka hari demi hari, dilaporkan semakin bertambah ramai jumlah sang pengembara yang terpaksa pulang mengejut kerana telah disapai tetamu tak diundang, ‘The silent killer’ yang menjadi sebab-musabab membawa kepada kematian.

Tetamu senyap itu apa lagi kalau bukan tekanan darah tinggi. Saat awal dilanda kemelut (tekanan hidup) ini, bagi sebahagian masyarakat Islam yang mampu, mereka mungkin cuba mendapatkan khidmat kaunseling dari kaunselor bertauliah.

Tak cukup dengan itu, mereka bertemu dengan pakar-pakar motivasi. Lalu beberapa tip dan panduan dibekalkan untuk tindakkan jangka pendek dan jangka panjang.

Antaranya:

  • Faktor perancangan masa (Time manegement)
  • Faktor displin
  • Faktor belajar dari kegagalan
  • Faktor meraih peluang

dan macam-macam lagilah.

Mereka juga disarankan agar membaca karangan-karangan hebat ‘mereka’ yang dinobat sebagai ‘paling berjaya’ dalam bidang-bidang yang popular samada dalam bidang ekonomi, pentadbiran, pengurusan, keewangan dan lain-lain lagi. Saat itu, berkobar-kobar semangat mereka untuk meraih kejayaan dan keuntungan yang berlipat ganda.

Namun bila terjun semula ke alam realiti atau dunia sebenar, masalah sebenar mereka masih juga tidak hilang. Masalah hidup makin bertimpa-timpa. Pintu rezeki semakin menyempit dan hutang pula semakin melilit pinggang.

Kawan-kawan yang konon rapat dan berikrar sehidup semati dengan kita dulu pun, ramai yang telah ‘angkat kaki’ hilang entah ke mana. Tanpa kembali kepada Islam, jawapan kepada ‘ketidaktentuan’ rezeki kita itu tidak akan terjawab sampai bila-bila.

Bila pintu rezeki ditutup Allah, maka dunia terasa menghimpit. Inilah yang dinamakan ‘Khizyun’ yakni kehinaan dunia akhirat. Wal ‘iyazubillah.

Dosa penghalang rezeki

Dari awal lagi, Islam telah mengajar umatnya bahawa meninggalkan ketaqwaan di dalam apa jua aspek kehidupan akan mengundang kemiskinan dan kemelaratan. Macam-macam kemiskinan boleh berlaku bila taqwa tidak dimiliki.

Semuanya termaktub di dalam alquran dan sunnah Rasulullah SAW. Tidak miskin harta, seseorang yang melakukan dosa terus menerus tanpa taubat boleh jadi miskin iman, miskin hidayah, miskin ilmu, miskin akhlak dan adab, miskin maruah dan jatidiri.

Dalam kata-kata yang lain, kalau taqwa menjadi faktor ‘pengundang’ rezeki, keberkatan dan rahmat Ilahi, maka kesan dosa, maksiat dan mungkar adalah sebaliknya.

Lalu, pernahkah selama ini terfikir dan terlintas di hati kita, bahawa dosa yang kita lakukan samada terhadap Allah dan sesama manusia selama ini menjadi faktor atau penyebab ‘sempit’ dan ‘terhalang’nya rezeki Allah dari rezeki kita? Tersebut di dalam sebuah kitab Musnad, 

“Sesungguhnya manusia terhalang dari rezeki lantaran dosa yang dilakukannya.

Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ad Dailami, Rasululah SAW bersabda:

“Perbuatan zina itu mewariskan (mendatangkan) kefakiran (kemelaratan) .”

Memang benar. Itulah hakikatnya. Melalui hadis-hadis Rasulullah SAW berkenaan keutamaan amalan, bukankah istighfar kepada Allah, menghubungkan silaturrahim, memberi sedekah, mengeluarkan zakat dan banyak lagi menjadi faktor ‘pengundang’ dan ‘pembukaan’ pintu-pitu rezeki? Semua itu tidak lain adalah amalan taqwa.

Firman Allah SWT yang bermaksud, 

“Jikalau penduduk sesuatu penduduk kampung (negeri) beriman dan bertaqwa, nescaya Kami akan bukankan ke atas mereka (pintu-pintu) keberkatan dari pihak langit dan pihak bumi.”

Manusia yang tinggi taqwanya, mampu pula mengagih-agihkan kurniaan dan rezeki Allah kepada insan-insan yang lain pula.

Demikianlah pengalaman benar pemandu-pemandu teksi di zaman tok kenali rahimahullah. Wali Allah dan alim besar yang terkenal kelahiran negeri Serambi makkah. Sekiranya beliau menaiki mana-mana teksi, maka dengan izin Allah, maka pemandu-pemandu teksi tersebut akan mendapati penumpang yang sentiasa penuh (tidak putus) dari awal pagi hinggalah ke petang. Bukankah ia satu kuniaan Allah hasil ketaqwaan?

Rezeki tidak berkat?

Tanpa asas taqwa, seandainya seseorang itu dilihat melimpah ruah hartanya sekalipun, ia tak lebih merupakan ‘istidraj’ dari Allah. Itulah pemberian yang disertai laknat dan kutukkan. Mahukah kita dikurniakan rezeki sebegitu? Mahukah kita pemberian yang sedemikian? Kalau jawapan kita ‘ya’, maka kita tak lebih umpama Qarun, Tha’labah Yahudi Mabuk serta yang sama waktu dengan mereka.

Bagi golongan ini wang, harta dan kemewahan adalah segala-galanya. Dari mana punca dan sumbernya, tidak pernah diambil kira. Mereka langsung tidak memperdulikannya. Lihat kesudahan mereka. Tiada apa lagi yang boleh menahan mereka daripada terkubur hina bersama dengan harta haram dan syubhat yang mereka usahakan selama ini.

Rasulullah SAW menamsilkan bahawa harta dunia ini selamanya tidak akan membawa kepuasan jiwa. Nafsu tidak akan merasa cukup walau sebanyak mana pun harta yang ada. Sudah dikendong dan dikilik dunia yang pertama di tangan kanannya, ia meminta pula agar dikurniakan dunia yang kedua dan ketiga.

Macam orang yang sangat dahaga yang diberi minum air laut. Dahaganya tidak hilang-hilang. Apalagi kalau harta tersebut diperolehi secara haram seperti dari sumber judi, rasuah, riba, menipu, memeras ugut dan sebagainya.

Bagaimana perasaan hati kita tinggal, membesarkan anak-anak dan beribadat di dalam rumah yang dibeli secara riba? Menaiki kenderaan yang dibeli secara riba ke masjid, ke majlis ilmu dan pergi menziarahi saudara mara? Tidak malukah kita memakan rezeki pemberian tuhan dalam keadaan tidak bersujud, menyembah dan mentaati segala perintah yang Esa?

Tenangkah suasana ‘airmuka’ kita saat membeli juadah santapan untuk seisi keluarga dengan duit hasil rasuah atau sogokkan orang pada kita? Atau dari hasil judi dan tikam ekor? Hati kita tidak terasa apa-apa lagikah? Kalau begini halnya, percayalah bahawa tiada lagi berkatnya dalam usaha bahkan dalam rezeki kita. Inikah yang kita cari sepanjang musafir kita di dunia ini?

Begitulah buruknya kesan dosa dan maksiat dalam kehidupan kita. Mudah-mudahan kita dipelihara Allah SWT. Suluhlah hakikat diri dan kehidupan kita selama ini. Nescaya kita akan dapati ada kebenarannya apa yang kita utarakan ini.

Jangan lupa, kiaskan pula pada keluarga dan masyarakat kita. Ingatlah, sekiranya dosa membeliti diri, maka kurniaan rezeki tidak lagi menguliti. Sekalipun ia tampak menguliti diri, namun sama-sekali ia tidak diberkati.