Tag Archives: Force Saving

RM800 SEBULAN! KISAH SEDEKAH SEORANG OKU YANG NORMAL..

Kisah yang terjadi di Public Gold Cawangan Melaka seperti yang diceritakan oleh Mahaguru EMAS Tuan Syukor Hashim. Semoga kisah ini memberikan iktibar kepada kita semua dan menjadi sebab untuk kita sama bersedekah.

Kredit Foto Tuan Syukor Hashim

“Akak tak kerja, akak suri rumah” jawab Kak Noraini dengan perlahan.

Itulah jawapan yang diberikan oleh Kak Noraini bila Suhaila, staff Public Gold Melaka bertanya tentang pekerjaan beliau.

Dia sedang berurusan untuk membeli emas untuk kali pertama. Beliau ditemani oleh suaminya.

Oleh kerana mereka merupakan customer saya, jadi saya datang dengan niat untuk temankan mereka dan membimbing dalam urusan pembelian emas.

Mendengar jawapan “saya suri rumah” Saya rasa tertarik nak interview kak Noraini. Maklumlah dia nak beli emas 50gram dengan nilai RM10,900 ++

Beliau merupakan seorang suri rumah dan tidak mempunyai gaji tetap bulanan. Kalau dia boleh beli emas RM10,900++ maksudnya ada something kita boleh belajar dengan dia. Kalau orang tu ada gaji, saya tidaklah hairan sangat.

“Akak suri rumah ye?”

Haah En. Syukor, akak suri rumah”

“Boleh saya tahu, akak ada buat bisnes apa-apa ke kat rumah?” Soal saya dengan niat mencungkil rahsia.

“Ya ada, akak ada buat bisnes kuih kecil-kecilan. Kalau ada tempahan, akak buat la” Balas kak Noraini.

“Akak dapat banyak tempahan tak?”

“Biasa-biasa ajer En. Syukor,on off, bukan tiap-tiap hari akak dapat tempahan kuih”

“Tapi ada seorang hamba Allah nie, dia tempah kuih kat akak setiap minggu, dia sedekahkan kat masjid setiap malam Jumaat”

“Oh! tiap-tiap minggu dia sedekah kuih kat masjid ye? Wah..hebat. berapa budget dia seminggu kak?” tanya saya.

“Dia budget RM200 seminggu. Dia suruh akak buat kuih, pastu akak pergilah hantar kat masjid Bukit Beruang setiap malam Jumaat”

“Biasanya akak hantar waktu Maghrib. Lepas orang baca Yassin, orang akan makan kuih tu. Akak letak kat meja belakang dewan”

“Lepas tu, dia akan bank in duit kat akak”

“Fuh! RM800 sebulan untuk disedekahkan kepada jemaah masjid, itu memang hebat”

“En. Syukor, dia tu OKU tau. Tangan dia cacat, dia kerja kat bengkel kereta” sambung kak Noraini lagi.

“Hah! OKU ye? Dia owner bengkel kereta ke?” Tanya saya.

“Tak, dia mekanik kat situ” balas kak Noraini.

“laaa yeke, saya ingatkan owner bengkel” saya terkejut.

Saya mencongak, berapa sangat gaji seorang mekanik. Saya tak tahu. Mungkin RM2000 ke RM3000 barangkali. Kalau RM800 dia peruntukkan untuk sedekah kat masjid, agak besar jugak portion sedekah beliau.

Lebih kurang 32%! Banyak tu!

“Kadang-kadang tu, abang akak ada juga suruh cakap, minggu ni tak payah bayar, kami tanggung. Tapi dia tak benarkan. Dia nak bayar juga! Tambah Kak Noraini lagi.

“Kalau akak tak larat nak buat kuih, akak cakap kat dia yang minggu ni akak tak buat jadi dia kena cari orang lain” kata kak Noraini.

Saya termanggu mendengar kisah kak Noraini ni.

Asalnya saya cuma nak tahu daripada mana kak Noraini dapat duit untuk beli emas ni. Sebab ia boleh jadi inspirasi untuk kita semua.

Namun apa yang saya dapat adalah kisah bonus, seorang insan OKU yang sangat konsisten bersedekah.

Untuk kak Noraini, seorang sururumah yang boleh mengumpul duit dan beli emas RM10,900++. Itu adalah kaya harta!

Untuk hamba Allah yang cacat tangannya, tapi konsisten bersedekah untuk jemaah Masjid. Itu adalah kaya jiwa!

Pada asalnya nak tahu rahsia seorang suri rumah yang boleh beli emas, sekali dapat kisah tentang seorang OKU yang kurang sifat tapi berjiwa lagi besar daripada kita yang normal. Kedua dua mereka kaya dalam konteks tersendiri.

Banyak pengajaran yang dapat dipelajari daripada kisah ni. Pertama nak beli emas Public Gold ni semua orang boleh. Tak kisah berapa pendapatan yang kita perolehi setiap bulan. Yang penting kita tahu tujuan beli emas. Nak selamatkan nilai duit.

Yang kedua tentang sedekah, boleh dikatakan tak semua dapat sedekah seperti insan OKU tu. Pada mata saya, dia lagi normal daripada kita. Dia lagi pemurah. Sangat memberikan kesan kepada saya secara jujurnya yang mampu tapi…

Doakan saya dan anda semua dapat juga bersedekah seperti beliau. Dan dapat lagi menyimpan emas seperti Kak Noraini. Amin

Jangan lupa share tau.

Advertisements

Pelaburan Mampu Milik. Yang budget kecik boleh cuba cara ni..

Selain Pelaburan Emas, kita juga boleh mulakan Pelaburan Silver sebagai pelaburan yang kita mampu buat. Kalau emas adanya Dinar, silver pulak adanya Dirham.

Salah satu cara nak jadikan pelaburan silver ni mampu milik adalah dengan buat pembayaran secara bulanan selama 10 bulan.

Bentuk Emas BungaMas

Cara ini sesuai bagi yang ada budget rendah. Jenis yang nak simpan duit tapi taknak pakai duit. Fahamkan? Lagipun tak semua mampu beli emas atau perak secara terus.

Jadi komitmen bulanan kita rendah.

Bentuk Silver 50gram

List bawah ni antara kelebihan buat bayaran secara bulanan:

  1. Komitmen bulanan rendah. Jadi kita mampu buat.
  2. Apa sahaja harga emas/silver 10 bulan akan datang, kita tak perlu fikir. Kita cuma bayar ikut komitmen dalam sales order. (emas/perak naik harga pun, kita tetap bayar macam biasa)
  3. Pembelian secara Syariah EPP (Easy payment 10X) ini patuh syariah.
  4. Ia juga membolehkan kita menyimpan emas secara konsisten/istiqamah.

Ni contoh sebenar sales order – belian 10g BungaMas dan silver 500g secara Syariah EPP10. Dengan cara ni kita dah ada satu matlamat kewangan. Iaitu mendapatkan emas/perak.

Silver Bullion Bar 500gram
BungaMas Series Bar 10gram

RM211 dan RM140 sahaja sebulan!

Amacam? Mudah kan? Ke nak tunggu lagi? Emas India, Emas Kelantan atau Emas Dubai pun takde yang buat sistem pembayaran macam ni tau.

Jangan berlengah pulak, promosi waive EPP premium sah sehingga Selasa 29/10/19 tau. Jom bertindak sekarang!

Bagi yang berminat boleh terus whatsapp saya kat sini ➡️ http://bit.do/EPP10 untuk saya lock harga. Anda cuma perlu bagi details peribadi dan buat pembayaran je. Senang kan?

PERITNYA BILA HILANG PUNCA PENDAPATAN. NASIB BAIK ADA EMAS

Perbezaan harga emas Public Gold tahun lepas dan hari ini. Mahal kan harga emas Public Gold tahun lepas?

Itu yang kebanyakan kita berkata “tunggu harga turun la baru nak beli”

Kenapa saya galakkan simpan EMAS ni? Sebab pengalaman yang lepas mengajar. Bila company terpaksa kurangkan kos dan staff diberhentikan. Yang berlaku pada tahun 2017 bulan March. Tahun dimana minyak dunia jatuh dan project banyak yang terpaksa Hold.

Pampasan yang diterima saya simpan dalam bentuk Emas. Kerana saya tahu, duit tu takkan kekal lama pun bila dipegang. Sikit-sikit akan terguna dan hilang entah kemana.

WOW Macam orang kaya!

Kan? Tapi TAK pun, itu Duit kecemasan bila kerja tetap masih belum dapat dengan job freelance kejap ada kejap takda. Ibarat kais pagi makan Mcd, kais petang makan KFC.

Dan Emas tu la last benteng pertahanan. Ada ke benda yang free sekarang ni? Dah terdesak, emas tu DIGADAIKAN dan duit yang diterima tu digunakan untuk meneruskan kehidupan. Bila ada job dan dapat payment, baru tebus balik emas tu. Tebus sikit-sikit je.

Mana yang pernah merasa ‘SAKIT’ masa takda kerja tu akan faham. Nak pinjam boleh tapi takkan nak beli barang dapur pun kene pinjam gak? Sekali sekala kawan boleh faham, kalau dah selalu?

Sebab tu saya galakkan tuk simpan EMAS. Jadikan Ianya satu Force Saving wajib. Dan target untuk cukupkan Emergency Fund atleast 6 bulan.

Jom simpan emas!