Tag Archives: EMAS

RM800 SEBULAN! KISAH SEDEKAH SEORANG OKU YANG NORMAL..

Kisah yang terjadi di Public Gold Cawangan Melaka seperti yang diceritakan oleh Mahaguru EMAS Tuan Syukor Hashim. Semoga kisah ini memberikan iktibar kepada kita semua dan menjadi sebab untuk kita sama bersedekah.

Kredit Foto Tuan Syukor Hashim

“Akak tak kerja, akak suri rumah” jawab Kak Noraini dengan perlahan.

Itulah jawapan yang diberikan oleh Kak Noraini bila Suhaila, staff Public Gold Melaka bertanya tentang pekerjaan beliau.

Dia sedang berurusan untuk membeli emas untuk kali pertama. Beliau ditemani oleh suaminya.

Oleh kerana mereka merupakan customer saya, jadi saya datang dengan niat untuk temankan mereka dan membimbing dalam urusan pembelian emas.

Mendengar jawapan “saya suri rumah” Saya rasa tertarik nak interview kak Noraini. Maklumlah dia nak beli emas 50gram dengan nilai RM10,900 ++

Beliau merupakan seorang suri rumah dan tidak mempunyai gaji tetap bulanan. Kalau dia boleh beli emas RM10,900++ maksudnya ada something kita boleh belajar dengan dia. Kalau orang tu ada gaji, saya tidaklah hairan sangat.

“Akak suri rumah ye?”

Haah En. Syukor, akak suri rumah”

“Boleh saya tahu, akak ada buat bisnes apa-apa ke kat rumah?” Soal saya dengan niat mencungkil rahsia.

“Ya ada, akak ada buat bisnes kuih kecil-kecilan. Kalau ada tempahan, akak buat la” Balas kak Noraini.

“Akak dapat banyak tempahan tak?”

“Biasa-biasa ajer En. Syukor,on off, bukan tiap-tiap hari akak dapat tempahan kuih”

“Tapi ada seorang hamba Allah nie, dia tempah kuih kat akak setiap minggu, dia sedekahkan kat masjid setiap malam Jumaat”

“Oh! tiap-tiap minggu dia sedekah kuih kat masjid ye? Wah..hebat. berapa budget dia seminggu kak?” tanya saya.

“Dia budget RM200 seminggu. Dia suruh akak buat kuih, pastu akak pergilah hantar kat masjid Bukit Beruang setiap malam Jumaat”

“Biasanya akak hantar waktu Maghrib. Lepas orang baca Yassin, orang akan makan kuih tu. Akak letak kat meja belakang dewan”

“Lepas tu, dia akan bank in duit kat akak”

“Fuh! RM800 sebulan untuk disedekahkan kepada jemaah masjid, itu memang hebat”

“En. Syukor, dia tu OKU tau. Tangan dia cacat, dia kerja kat bengkel kereta” sambung kak Noraini lagi.

“Hah! OKU ye? Dia owner bengkel kereta ke?” Tanya saya.

“Tak, dia mekanik kat situ” balas kak Noraini.

“laaa yeke, saya ingatkan owner bengkel” saya terkejut.

Saya mencongak, berapa sangat gaji seorang mekanik. Saya tak tahu. Mungkin RM2000 ke RM3000 barangkali. Kalau RM800 dia peruntukkan untuk sedekah kat masjid, agak besar jugak portion sedekah beliau.

Lebih kurang 32%! Banyak tu!

“Kadang-kadang tu, abang akak ada juga suruh cakap, minggu ni tak payah bayar, kami tanggung. Tapi dia tak benarkan. Dia nak bayar juga! Tambah Kak Noraini lagi.

“Kalau akak tak larat nak buat kuih, akak cakap kat dia yang minggu ni akak tak buat jadi dia kena cari orang lain” kata kak Noraini.

Saya termanggu mendengar kisah kak Noraini ni.

Asalnya saya cuma nak tahu daripada mana kak Noraini dapat duit untuk beli emas ni. Sebab ia boleh jadi inspirasi untuk kita semua.

Namun apa yang saya dapat adalah kisah bonus, seorang insan OKU yang sangat konsisten bersedekah.

Untuk kak Noraini, seorang sururumah yang boleh mengumpul duit dan beli emas RM10,900++. Itu adalah kaya harta!

Untuk hamba Allah yang cacat tangannya, tapi konsisten bersedekah untuk jemaah Masjid. Itu adalah kaya jiwa!

Pada asalnya nak tahu rahsia seorang suri rumah yang boleh beli emas, sekali dapat kisah tentang seorang OKU yang kurang sifat tapi berjiwa lagi besar daripada kita yang normal. Kedua dua mereka kaya dalam konteks tersendiri.

Banyak pengajaran yang dapat dipelajari daripada kisah ni. Pertama nak beli emas Public Gold ni semua orang boleh. Tak kisah berapa pendapatan yang kita perolehi setiap bulan. Yang penting kita tahu tujuan beli emas. Nak selamatkan nilai duit.

Yang kedua tentang sedekah, boleh dikatakan tak semua dapat sedekah seperti insan OKU tu. Pada mata saya, dia lagi normal daripada kita. Dia lagi pemurah. Sangat memberikan kesan kepada saya secara jujurnya yang mampu tapi…

Doakan saya dan anda semua dapat juga bersedekah seperti beliau. Dan dapat lagi menyimpan emas seperti Kak Noraini. Amin

Jangan lupa share tau.

BACA 5 nasihat pakar KEWANGAN NI UNTUK selamatkan kewangan peribadi anda

Bercakap pasal kewangan ni, akan ada banyak tips dan nasihat yang akan kita temui. Terdapat banyak ilmu dan nasihat yang bagus untuk kita amalkan, tak kira dalam buku atau artikel kat Internet. Ianya ILMU yang tak pernah HABIS

Jadi baik kita baca kat satu tempat macam dalam blog saya ni. Ni saya kongsikan 5 nasihat berkaitan kewangan yang patut kita tahu. Lagipun ilmu ni percuma je. Korang share tau.

Nasihat 1: Sentiasa proaktif uruskan duit anda

Menurut Dave Ramsey yang popular dengan rancangan radio beliau (seramai lebih 8 juta orang pendengar), dan telah membantu ramai orang uruskan kewangan peribadi secara berkesan.

Antara nasihat beliau;

Tulis Budget Anda

“Elakkan daripada menjadi hamba duit. Sepatutnya, kita yang hambakan duit.”

Dalam bab uruskan duit, kita patut jadi proaktif. Buat bajet yang baik, langsaikan hutang secara berstrategi dan secepat mungkin, dan simpan seberapa banyak yang kita boleh.

Zaman sekarang kita bekerja kerana duit. Dalam kepala kita dah set setiap benda di dunia ni perlukan duit. Nak masuk toilet pun kena ada duit. Setuju?

Ramai yang dah sedia maklum macam mana nak uruskan duit dengan berkesan. Tapi, disebabkan adanya sifat suka bertangguh, kewangan sendiri yang terkesan secara negatif.

Kebanyakan kita menangguh sebab takut tak cukup budget nak beli sesuatu. Sedangkan sesuatu yang nak dibeli tu bukan satu keperluan yang mustahak pun. Percayalah duit yang kita simpan tu, lama kelamaan akan kita guna sedikit demi sedikit sampai satu masa dah habis!

Jadi mulakan dengan buat budget, simpan duit dan bayar hutang. Apa yang tinggal kita gunakan secara berhemah. Selagi tak mula bertindak, selagi tu la kewangan kita tak selamat sampai bila-bila.

Nasihat 2: Mulakan simpanan kecemasan sebagai persediaan

Whitney Johnson adalah seorang penulis best-selling, penganalisis dan inovator yang cukup hebat dalam bab pengurusan kewangan.

Menurut beliau, menyimpan sikit-sikit berkali ganda lebih baik daripada tak menyimpan langsung. Ia tetap akan wujudkan jurang perbezaan yang ketara untuk masa depan kita.

Wujudkan Simpanan Kecemasan

“Tak kira gaji anda banyak mana sekalipun, kalau tak menyimpan, kesudahannya tetap sama.”

Majoriti kita bila bab menyimpan mesti nak tunggu gaji naik baru nak simpan duit. Ingat tau gaji yang tinggi tak bermakna kita pasti dapat menyimpan dengan banyak. Ini adalah tindakan yang bermula daripada mentaliti dan sikap kita sendiri.

Buat simpanan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan gaji. Ini untuk buatkan kita bersedia hadapi sebarang kecemasan yang tak dijangka nanti.

Nasihat 3: Buat pelan kewangan yang baik

Misi Chris Hogan adalah untuk membantu ramai orang dalam menguruskan kewangan peribadi dan bisnes mereka dengan baik.

Dan tak dinafikan, rancangan (atau pelan) tindakan yang baik akan mudahkan kita mencapai sesebuah matlamat dengan lebih mudah.

Buat Perancangan Kewangan Anda

“Fikirkan matlamat kewangan yang kita nak capai, dan rangka pelan yang baik untuk mencapai matlamat ini.”

Menurut Hogan, ramai yang dah sedia maklum tentang kepentingan perkara ini. Ianya cukup mudah namun ramai yang terlepas pandang dan ambil mudah tentang action plan mereka.

Bak kata Joe Flizzow dalam lirik Apa Khabar – ” Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal ”

Nasihat 4: Terus-menerus hadamkan pelbagai ilmu kewangan

Bila sebut nama Robert Kiyosaki. Pasti ramai yang dah kenal. Penulis buku Rich Dad Poor Dad adalah antara buku kewangan terbaik sepanjang masa yang ditulis oleh beliau.

Ini ada satu nasihat Kiyosaki tentang kewangan yang elok kita hadamkan:

“Berhenti harapkan bantuan kerajaan atau orang lain untuk uruskan kewangan kita. Mulakan belajar dan dalami ilmu kewangan.

Masa depan kewangan kita adalah tanggungjawab kita sendiri.”

Tak ada siapa yang layak untuk uruskan kewangan kita, kecuali diri kita sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi? Hantu?

Elakkan sikap sambil lewa yang akhirnya akan buatkan kewangan kita sendiri jatuh sakit. Tak ada siapa yang rela hati nak perkara ini berlaku dalam hidup masing-masing.

Nasihat 5: Simpan duit secara automatik setiap bulan

Jeanette Pavini ada misi yang murni. Beliau nak membantu orang ramai selamatkan duit mereka daripada melebur tak tentu pasal.

Banyak pandangan dan pendapat beliau yang tersiar kat kaca televisyen Amerika Syarikat, selain aktif menulis buku dan artikel tentang pengurusan kewangan. Nasihat beliau untuk kita adalah:

Simpan Secara Auto Bukan Pengeluaran Auto Tau!

“Automasikan simpanan setiap kali gaji anda masuk. Dan setiap bulan, naikkan simpanan sebanyak 1%.

Mungkin ia nampak kecil, tapi ia mampu berikan perbezaan yang ketara kemudian hari.”

Simpanan secara automatik boleh dibuat untuk mudahkan kerja kita setiap bulan. Lagipun, dah tentu ia lebih konsisten dan dapat pastikan kita tak terlepas untuk menyimpan dulu, sebelum belanjakan gaji selebihnya.

Kewangan kita pasti akan lebih selamat dan terjamin dengan strategi ini.

Nasihat Tambahan: Tukar duit kepada EMAS

Menurut Mentor Emas saya En Mohd Zulkifli Shafie, penulis buku Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat beliau menjadikan emas sebagai satu Forgotten Saving’ kerana naluri manusia bila ada duit di tangan akan mula gatal nak beli sesuatu yang bukan kehendak.

Dengan menukarkan lebihan duit kedalam bentuk emas, kita akan rasa sayang nak jual dan emas itu sendiri akan membuatkan nak beli lagi dan lagi. Tak semua emas kita boleh jadikan satu pelaburan, tak kisah la samada ianya emas kelantan, emas india dan emas dubai sekalipun. Emas yang sesuai dijadikan pelaburan adalah emas gred 999 atau dalam bentuk jongkong (bar) atau coin.

Contoh emas 1 Dinar

Lagipun nak simpan emas ni tak perlukan modal yang besar pun, ada RM100 pun dah boleh simpan emas. Dengan adanya akaun GAP (Gold Accumulation Program) anda boleh beli emas secara online pada bila-bila masa sahaja! Amat sesuai bagi yang nak menyimpan tapi takut nak pegang emas. Harga emas Public Gold sentiasa berubah mengikit harga semasa dunia. Tak seperti kedai emas lain, harga kedai mungkin update seminggu sekali atau sebulan sekali.

Bagi yang berminat nak mulakan simpan emas, boleh terus hubungi saya untuk saya bimbing dalam memulakan simpanan emas.

CARA BERKESAN NAK SIMPAN EMAS. SESUAI BAGI YANG JENIS BERAT NAK SIMPAN WANG.

Ramai antara kita tahu tentang kepentingan menyimpan dan menguruskan kewangan. Dan ramai juga yang memang nak simpan tapi bila nak simpan, masa tu la ada benda nak beli dan bayar. Simpanan tetap kosong.

Kita sanggup bayar loan setiap bulan tapi tak sanggup pun nak simpan walhal RM100 sebulan. Kenapa? Sebab kita takda target dalam menyimpan wang. Just follow the flow kata orang Jamaica. Matlamat kewangan jangka masa panjang dan pendek tu belum ada!

Bagi yang nak disiplinkan diri simpan emas setiap bulan, boleh ikut cara ni.

Untuk yang betul-betul tekad dan nekad untuk menyimpan emas. Ini ada satu cara yang berkesan. Caranya ialah beli emas secara ansuran patuh syariah dengan Public Gold. Kaedah ni dinamakan Shariah Easy Payment Purchase (SEPP).

Walaupun Public Gold ada kaedah beli secara sedikit-sedikit dengan bajet yang lebih fleksible setiap bulan melalui Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program), tapi ada pilih buat belian secara EPP untuk PAKSA DIRI dan letakkan KOMITMEN simpan emas setiap bulan. Dengan cara ini, kita dah ada TARGET untuk dicapai.

Sama seperti beli kereta. Setiap bulan bayar sampai habis. Kereta milik kita terus. Bezanya harga kereta masa tu tak sama la dengan harga masa beli.

Secara mudahnya, EPP ialah pembelian emas secara ansuran yang patuh shariah. Kaedah EPP ni sangat bermanfaat bagi siapa nak DISIPLINKAN DIRI simpan emas setiap bulan. Dengan kaedah ansuran EPP patuh shariah ini, kita paksa diri sendiri bayar emas yang kita booking itu setiap bulan dalam jumlah tertentu, minimum RM200 +/- sebulan untuk item 1 dinar (4.25 gram).

Lepas habis bayar ansuran selama 4 bulan (atau 10 bulan bagi item gold bar 250 gram ke atas), baru dapat ambil emas tu dari mana-mana cawangan Public Gold terdekat.

Bila harga emas rendah, ia lagi satu bonus bagi yang beli kaedah ansuran EPP ini sebab seolah-olah kita beli emas pada masa depan dengan harga hari ini yang lebih rendah!

Boleh ke beli emas secara ansuran ni? Siapa yang sahkan Public Gold patuh shariah?

Ni merupakan persoalan yang biasa kita akan dengar bila nak beli secara ansuran. Sebenarnya Public Gold melalui EPP Shariah, telah pun disahkan patuh shariah oleh Penasihat Shariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd yang diketuai oleh Datuk Moh Daud Bakar. Kira macam “Cop Halal” la senang cerita. Amanie Advisors adalah mereka yang pakar dalam bidang Muamalat Islam.

Jadi pada yang berminat boleh terus contact saya untuk saya bimbing. Atau boleh terus beli online kat sini. Semoga simpanan emas kali ni dapat membantu anda mengawal dan mengurus kewangan dengan lebih bijak.

EMAS SIMPANAN JANGKA MASA PANJANG TERBAIK

Dulu saya pernah terbaca satu kisah tentang wang hantaran yang disimpan sebagai kenangan reput dan tak dapat digunakan. Pasti pembaca lain pernah terbacakan kisah ni kan? Sebenarnya duit tu takkan mereput jika di laminate dan disimpan di tempat yang betul. Yela dah kahwin sekali je. Bagi yang dah biasa kahwin tu, lain la. Silap-silap badan yang dilaminate! Hihi. Ni baru la menjadi kenangan sepanjang zaman.

Berbeza dengan emas, emas yang kita simpan akan tetap kekal bentuknya dan juga sifatnya. Tak kisah la samada anda beli Emas Dubai ke, Emas India ke, Emas Kelantan ke atau Emas dari Kutub Utara pun. Ianya tetap EMAS dan masih tetap BERNILAI. Siapa yang tak tertarik dengan Emas?

Kenapa nak simpan emas lama-lama kalau tak guna? Baik simpan duit je.

Sebelum wujudnya system wang fiat (wang kertas), manusia sejak dari dahulu lagi dah menggunakan emas dan perak sebagai medium kewangan. Pernah tak kita jumpa wang kertas yang dah berusia contohnya 200 tahun dan masih boleh digunakan nilainya pada zaman sekarang? Wang kertas lama yang kita jumpa hanya valid pada zaman dan waktu ketika ianya dikeluarkan sahaja. Ambil contoh mudah, wang kertas pokok pisang zaman pendudukan Jepun dahulu. Adakah nilainya boleh diguna pakai? Sudah tentu tak sebab ianya hanya sah pada zaman itu sahaja. Nilainya mungkin ada itupun sebab ianya barangan antik yang hanya untuk simpanan sebagai koleksi.

Lain pula dengan Emas. Emas kita simpan bukan untuk kaya, tetapi sebagai perlindung kepada kekayaan kita. Menyimpan emas dapat selamatkan kita daripada kesan kejatuhan ekonomi. Bila sesebuah negara berperang atau mengalami kejatuhan ekonomi, wang kertas yang ada tidak lagi bernilai kerana ianya bersandar pada kekuatan ekonomi dan juga kestabilan sesebuah negara.

Logiknya, antara Harta Karun berisi Wang Kertas dan Emas. Mana yang anda akan ambil?

Pernah tengok cerita The Terminal lakonan Tom Hanks? Itulah reality bila sesebuah negara berperang. Bukan sahaja wang kertas yang dibawa tak diterima pakai di kaunter money exchange malah kerakyatan pun dah tak wujud. Sebab tu dalam cerita The Terminal, dia sanggup ambil dan kumpul trolley semata-mata nak dapat duit syiling bagi membeli makanan dan minuman. Kita ubah cerita tu, andai kata dia ada bawa Emas. Perlu tak dia bersusah payah nak buat semua tu?

Emas Public Gold – Kisah saya.

First time saya dengar nama Public Gold kira-kira 10 tahun yang dulu. Pada masa tu ada rakan sekerja menjual Gold Bar Public Gold. Harga pergram sekita RM 87! Tapi yela sperti kebanyakan kita, masih lagi merasakan harga per gram tu MAHAL. Seperti yang lain juga saya mengatakan;

“buat apa beli EMAS, bukan boleh pakai pun. Lagipun beli masa nak KAHWIN jela. MASA TU KAN DAH ADA DUIT”

Dan memang pun masa nak Kahwin baru beli EMAS. Cuma bezanya harga dah lain la. “kan bagus aku beli EMAS masa tengah murah dulu” bisik hati kecil ini.

Kalau dahulu nak beli Emas Public Gold, kita perlu ke branch yang terdekat. Tapi kini dah lebih mudah nak beli Emas. Boleh beli terus dari website Public Gold. Caranya macam ni;

  1. Daftar dalam website Public Gold.
  2. Masukkan PG Code.
  3. Cari item yang anda berminat.
  4. Lock dan buat pembayaran.
  5. Ambil di branch atau boleh pos ke alamat rumah.

Senang je kan? Kalau rasa tak cukup budget tapi nak beli ikut budget pun boleh. Anda boleh beli secara GAP. Beli melalui akaun GAP mengikut harga semasa dan kumpul gram emas. Boleh keluarkan dalam bentuk emas bila nak. Contohnya seperti 1 gram, 1 Dinar, 5 gram atau 1kg pun boleh.

Lagi satu, degan GAP anda pun boleh beli emas serendah RM100 je! Sesuai bagi yang nak mula simpan emas dan setiap bulan konsisten menyimpan tanpa jejaskan budget kewangan bulanan. Yang berminat boleh la contact saya. Whatsapp sini.

kerja lama dah, satu sen simpanan pun takda!

Sepatutnya semakin lama kita bekerja, semakin banyak wang yang dapat kita simpan. Tapi yang terjadi adalah yang sebaliknya. Malah ada yang dah bekerja tetap, gaji yang lumayan dengan pelbagai kemudahan pun boleh muflis! Kenapa boleh jadi sebegitu? Adakah disebabkan factor;

  1. Kenaikan harga barang?
  2. Kos kehidupan yang tinggi?
  3. Nafsu yang nak menunjuk taraf gaji?
  4. Atau kurangnya ilmu tentang kewangan?

Secara amnya, dua factor di atas adalah perkara yang kita memang kita harus hadapi. Faktor ketiga boleh lagi dikawal kerana lumrah manusia ingin berbelanja lebih dari kemampuan. Namun factor yang keempat itulah yang kebanyakan kita KURANG. Sebenarnya kita sejak dari kecil lagi tidak di ajar ilmu tentang kewangan. Tentang cara menguruskan KEWANGAN!

Pakar kewangan menyarankan agar menyediakan simpanan asas minimum sebanyak 3 bulan. Paling baik 6 bulan. Lagi baik sebanyak 12 bulan. Ini bukan simpanan suka-suka, ianya merupakan SIMPANAN KECEMASAN. Contohnya bila kereta rosak, terpaksa pulang ke kampung segera (bagi yang naik flight), terlibat dalam kemalangan dan banyak lagi. BUKAN sesaja nak tukar handphone model terbaru, belanja kawan atau beli jam baru. Itu NAFSU semata-mata.

Jadi apa TIP untuk menyimpan wang?Jawapannya mudah. SIMPAN EMAS!.

Secara peribadi saya mula menyimpan EMAS sejak dari tahun 2017. Bermula kerana pada tahun 2017, syarikat tempat saya bekerja terpaksa mengurangkan kos operasi disebabkan kegawatan ekonomi dan harga minyak dunia yang semakin rendah. Solusinya, saya dan beberapa staff yang terpilih diberhentikan kerja. Retrench!

Dengan pampasan yang tak seberapa tu, terfikir macam mana nak SELAMATKAN duit tu daripada TERPAKAI. Jadi saya membuat keputusan untuk simpan ke dalam bentuk EMAS. Terima kasih pada dealer Public Gold saya yang juga merupakan bekas rakan sekerja yang berkongsi tentang kebaikan menyimpan EMAS ni.

Dan ianya terbukti sebab EMAS itu lah yang menjadi benteng terakhir saya di kala saya berada dalam kesempitan wang. Gadai Emas, dapat duit. Bila ada duit lebih, bayar sikit untuk dapatkan balik EMAS yang digadai. Emas masih dalam berat yang sama. Tak berkurang pun!

Dan inilah yang mendorong saya untuk berkongsi kepada masyarakat untuk menyimpan emas melalui platform yang disediakan oleh Public Gold, iaitu syarikat (perusahaan) pengeluar emas pelaburan (investasi) terbesar di Malaysia.

Siapa beli emas, maksudnya dia simpan duit. Bukan habiskan duit. Duit itu ditukarkan kepada bentuk yang lebih baik, iaitu emas.

CUBA Kawal Naluri

Dah terbukti, emas membuatkan penyimpannya bertambah kaya. Bukan sebab harga emas naik melambung-lambung (bahkan ada juga harga emas turun dalam jangka pendek), tetapi disebabkan NALURI kita pada emas sangat berbeza berbanding naluri kita terhadap wang kertas.

Dengan adanya emas; kita sentiasa rasa nak simpan, nak kumpul lebih banyak dan tak nak dibelanjakan. Bila simpan emas, tak akan terlintas dalam fikiran kita untuk berbelanja dengan emas itu. Bila sudah ada emas (terutamanya emas bersaiz besar), kita mula ‘KETAGIH’ untuk simpan lebih banyak emas. Emas itu sangat cantik. Lagi dipandang, lagi kuat keinginan untuk beli lebih banyak emas!

Bila ada sahaja duit, automatik fikir nak beli emas. Emas itu pun adalah duit tunai juga. Kalau nak pakai duit, boleh jual atau gadai sahaja emas itu di Ar-Rahnu. Kita boleh dapat duit on the spot.

Berbeza dengan wang kertas. Tangan kita akan ‘GATAL’ bila pegang duit yang banyak. Gatal nak berbelanja. Bila rasa banyak duit, lagi kuat keinginan untuk berbelanja, dan lagi cepat duit itu HABIS! Duit kertas itupun sebenarnya dicipta supaya kita berbelanja! Itulah puncanya kenapa banyak orang ada masalah, “simpan sedikit-sedikit, lama-lama masih sedikit! Kerja bertahun-tahun, tapi Simpanan Kecemasan 3 Bulan gaji pun belum ada!

UBAH CARA Menyimpan Wang

Kita ubah cara menyimpan.

Duit yang nak digunakan dalam masa terdekat dan untuk hal-hal kecemasan, kita simpan dalam Tabung Haji atau ASB. Bagi simpanan jangka panjang, kita simpan dalam bentuk emas. Dan lihat kesan dan perbezaanya nanti. Memang berbeza!

Bagi yang baru nak mula simpan emas, saya boleh cadangkan mula dengan tabiat menyimpan emas melalui AkaunEmasGAP dulu. Serendah RM100! Itu cara paling mudah, dan paling murah untuk simpan emas yang disediakan oleh Public Gold.

Mulakan dari situ dulu!

Daripada “sikit-sikit lama kelamaan menjadi bukit” kita ubah “sikit-sikit lama kelamaan menjadi berat emas”

Saya percaya, dengan tabiat menyimpan emas sebanyak 1gram setiap bulan sekalipun, selama setahun. Anda pasti terkejut sebab tanpa disedari anda dah mengumpul sebanyak 12gram EMAS. Bersamaan dengan RM2556! (Harga semasa -10 October 2019 per gram EMAS = Rm213)

Cuba tanya diri anda, dapat tak anda simpan RM2556 pada hujung tahun? Dan jika harga emas contohnya naik pada tahun berikutnya menjadi RM250 per gram (Ini cuma contoh). Berapa nilai simpanan emas 12 gram anda tadi?

Tepuk poket tanya dimana wang anda kini berada! Jangan lupa tuk share tau.

HARGA EMAS PUBLIC GOLD RENDAH..apa nak buat

Dalam mana-mana pelaburan, perkara penting kita kita perlu kawal adalah EMOSI. Ni kalau tak jaga elok-elok confirm pelaburan korang tak meet the target.

Contohnya harga emas arini. Daripada paling tinggi RM218, tetiba turun RM208. Turun RM10 tu! Jenis yang mental koyak ni, mesti kata “bapok rugi aku beli emas aritu”  ataupun “kata emas tak jatuh nilai?”


Sabar tuan..sabar.. Benda ni biasala berlaku sebab demand & supply. Logik la kalau demand sikit supply plak tinggi. Confirm la akan turun. Macam tu gak sebaliknya.

Sebab tu kawalan emosi tu penting. Bila harga turun, time tu la kita beli lagi tuk topup investment kita. Macam unit trusts, bila harga rendah, beli la lagi banyak unit.

Bagi yang simpan EMAS, ni la peluang nak topup berat gram Emas. Kita kumpul! Sebab at the end. Target kita nak capai berat maksimum (bukan berat badan tau). Bila unit/gram yang kita kumpul tu banyak. Baru la sedap nak jual/gadai.

PRINSIP utama pelaburan adalah untuk jangka masa panjang.

Bayangkan korang ada 1kg Emas lagi 10 tahun. Agak2 berapa korang boleh dapat bila jual? Dan cuba bayangkan, lagi 10 tahun la korang nak beli 1kg Emas.

Rasanya sama harga masa tu dengan sekarang?


Sedangkan kuih pun sekarang ni 3 ketul RM1, boleh jadi tak harga seketul kuih tu yang sama berat dan kuantiti (isi dalam)  bersamaan RM1?


Share tau post ni..bagi yang nak mula simpan emas boleh je contact saya. Biar saya bantu tuk mulakan simpanan emas. Mulakan dengan RM100 dulu.

Jumpa lagi dalam next post OK!

7 pilihan untuk melabur wang anda..wajib baca kalau tak nak menyesal!

Orang kata wang tidak tidak harus disimpan begitu sahaja. Apa pilihan yang ada untuk memberanakkan wang? Ada banyak opsyen yang boleh dipilih. Buat pilihan anda untuk pastikan wang anda selamat!

Apakah itu pelaburan?

Pelaburan dalam istilah bermaksud mengagihkan wang anda untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan darinya. Sebagai contoh, jika anda pinjamkan wang kepada rakan anda dan beliau membayar pinjaman tersebut setahun kemudian — misalnya RM110, bukan RM100 seperti yang dipinjam, ini bererti anda secara teknikalnya telah melabur pada rakan anda dengan pulangan 10% per tahun.

Anda tidak perlukan ilmu yang khusus untuk mula melabur. Ia nampak seperti sukar, tetapi apa yang anda perlukan adalah idea tentang apa yang anda mahu lakukan dengan wang anda dan apakah opsyen yang ada. Pelaburan bukanlah satu sains kewangan yang sakral — ia tidak lebih dari pengetahuan asas bagi mereka yang peduli tentang simpanan mereka.

Paling popular untuk melaburkan wang adalah melalui hartanah dan tunai — tetapi ini adalah situasinya bila mana yang paling popular tidak sinonim dengan yang terbaik. Jom kita check opsyen apa yang anda boleh pilih untuk melaburkan wang anda.

Apakah pilihan-pilihannya?

Tunai

Sesetengah orang masih percaya bahawa menyimpan wang di bawah tilam masih lagi satu pilihan yang selamat. Ya benar, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diingat jika itulah pilihan utama anda. Pertama, anda mempunyai akses yang terlalu mudah ke atas wang tersebut, jadi godaan untuk mengambil sedikit untuk perbelanjaan tambahan lebih sukar untuk ditepis. Kedua, ingat tentang inflasi: di satu waktu nanti, anda akan mendapati simpanan anda mempunyai nilai yang lebih sedikit dari yang anda jangkakan.

Deposit tetap bank

Anda depositkan wang anda di bank dengan kadar faedah per tahun yang tertentu. Setiap negara dan setiap bank mempunyai ketetapan amaun deposit, tempoh deposit, dan peratusan pulangan yang anda akan terima.

Bayangkan anda ada wang lebihan sebanyak RM1000 yang anda mahu elak dari dibelanjakan. Anda simpan ia di bank dengan kadar faedah, sebagai contoh, 6% setahun. Ini bermakna dalam setahun anda akan memperolehi RM1060 — bukanlah jumlah keuntungan yang hebat, tetapi agak memadai kerana anda tidak perlu berbuat apa-apa untuk mendapatkannya.

Bon

Ingat lagi contoh di mana anda meminjamkan wang kepada seorang rakan anda dan menerima lebih banyak dalam tempoh setahun? Ia berfungsi dengan cara yang sama. Bezanya kali ini anda tidak memberi pinjaman kepada rakan, tetapi kepada kerajaan, daulah, atau syarikat. Anda tahu dengan pasti bahawa anda akan mendapat wang anda semula, dan berapa peratus yang anda akan terima sebagai tambahan kepada jumlah yang anda pinjamkan.

Ada terdapat juga Eurobonds, yang didenominasikan bukan dengan matawang kebangsaan negara yang mengeluarkannya. Eurobonds dikeluarkan di dalam matawang yang asing bagi pihak yang mengeluarkan bon dan yang membeli bon.

Bon sedikit lebih rendah risikonya berbanding saham dan ia juga bersifat jangka panjang. Biasanya kerajaan menjual bond kepada bank-bank atau institusi kewangan lain untuk diagihkan kepada para pelabur. Kadar keberuntungannya bergantung kepada banyak faktor, tetapi secara keseluruhannya ia bukanlah amaun yang boleh memberikan “kelegaan” besar.

Emas

Pakar kewangan menasihatkan agar “simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pelabuan dalam bentuk EMAS” Bagi pelabur, kita sebenarya nak duit kita berkembang. Kalau simpan EMAS, macam mana nak berkembang? Sebenarnya, EMAS akan bertindak sebagai perlindung kepada KEKAYAAN kita. Bayangkan bila pelaburan kita mengalami KERUGIAN dan pulangan tidak seperti yang diharapkan. Sudah tentu kita akan mencari alternatif lain untuk mendapatkan dana. Lagi parah bagi yang melabur dengan begitu banyak sehinggakan tiada langsung wang untuk tampung kehidupan (kes melabur ikut trend/nafsu).

EMAS yang disimpan, akan kita gadai/jual untuk mendapatkan modal. Malah untuk menampung perbelanjaan kita. EMAS itu adalah wang! Dalam pelaburan EMAS, matlamat utama ialah untuk menambah berat per gram EMAS. Setiap keuntungan yang diterima, akan dipindahkan 10% untuk membeli EMAS. Lagipun kini dengan hanya RM100, anda dah boleh beli emas. Boleh baca disini senang buka GAP

Saham

Saham sedikit mirip dengan bon dari segi mekanismanya. Anda membeli sebahagian kecil pemilikan ke atas sebuah syarikat (atau mungkin besar, bergantung kepada kemampuan anda) dan mendapat dividen darinya sebagai seorang pemegang saham.

Selagi syarikat itu berprestasi baik, nilai sahamnya meningkat; bila-bila perniagaan merosot, sahamnya menjadi lebih murah. Harga saham biasanya agak mampu dimiliki, tetapi ingat betapa lebih kecil jumlah pelaburan anda, lebih tinggi komisen broker. Lagi pun saham agak berisiko. Bila situasi stabil untuk syarikat berkenaan, itu bererti saham didagangkan di aras purata. Waktu terbaik untuk membeli saham adalah ketika ia rendah, tetapi pastikan ia takkan jadi lebih rendah.

Akaun PAMM

Akaun PAMM (Percentage Allocation Management Module) adalah untuk mereka yang tidak begitu pandai berdagang atau mereka yang lebih berminat untuk menjadi pelabur berbanding pedagang yang aktif. Broker memberikan akaun yang dikongsi dengan dana bersama, di mana seseorang pelabur akan meletakkan wang beliau untuk diusahakan oleh pedagang yang akan berdagang di pasaran. Pedagang tidak boleh mengeluarkan dana tanpa kebenaran pelabur, dan pelabur tidak boleh berdagang tanpa pedagang.

Boleh ada lebih dari satu pengurus, pedagang dan pelabur — ia boleh sahaja melibatkan satu pasukan besar, tetapi dalam kes sebegitu keadaan akan menjadi lebih rumit dan ia dipanggil sebagai Open-end-funds. Open-end-funds adalah suatu bentuk pelaburan yang kolektif di mana anda kumpulkan wang dari beberapa orang untuk mencipta portfolio yang lebih impresif.

Akaun ETF

ETF (Exchange Traded Fund) didagangkan di bursa saham dan ia membolehkan orang ramai membeli atau menjualnya menerusi broker. ETF adalah peluang yang baik untuk perlindungan dari risiko (risk hedging) kerana ETF terdiri dari campuran beberapa saham, bon, dan instrumen-instrumen lain. Satu ETF boleh mengandungi saham beberapa syarikat besar.

ETF terkait rapat dengan indeks-indeks besar seperti Dow Jones Industrial Average, S&P500 dan lain-lain. ETF lebih menguntungkan berbanding saham-saham secara individu atau akaun PAMM, tetapi ia lebih sesuai untuk para pedagang berpengalaman. Ia cara yang baik untuk mempelbagaikan portfolio anda.

Pelaburan yang anda PATUT JAUHI!

Opsyen binari dan skim piramid adalah pantang terbesar untuk mereka yang menghormati wang yang datang dari titik peluh mereka sendiri. Ia seperti budak-budak nakal yang ibu anda nasihatkan agar anda jauhi dari berkawan dengan mereka. Kerapkali ia tampak menggoda, kerana amaun yang anda bakal dapat — tetapi risikonya terlalu tinggi.

Di Malaysia, pasti ada yang ingat tentang Pelaburan Emas TOK BERLAGAK, yang mana setiap pelabur dijanjikan pulangan secara bulanan disebabkan kenaikan harga EMAS pada waktu itu. Sedangakn harga EMAS dunia sedang mengalami trending penurunan. Sama juga seperti Skim Pelaburan FOREX, dimana pelabur akan diminta melaburkan wang mengikut pakej, broker akan melabur wang dan setiap keuntung akan dibahagikan mengikut pakej. Tapi adakah ianya sebegitu? Bagi yang nak mulakan FOREX Trading, adalah dinasihatkan untuk belajar dahulu daripada yang betul-betul pakar. Forex banyak bermain dengan EMOSI

Siapa yang menang akan menerima semua sebagai habuan, dan yang kalah akan rugi lebih banyak dari yang mereka rela untuk rugikan. Anda 100 kali lebih cenderung untuk rugi dari untung, jadi lebih baik anda jauhi ia untuk keselamatan wang dan kewarasan anda.

Penutup Tentang Pelaburan

Bila anda tahu pilihan-pilihan anda, anda boleh pilih apa yang lebih sesuai dengan gaya anda. Betapa rumit pun pelaburan bila dilihat sekilas pandang, ia sebenarnya hanyalah perkara yang asas bagi mereka yang serius tentang kebajikan wang mereka. Bila anda serius tentang wang anda, anda akan mendapat jumlah wang yang serius — semuanya tentang sikap!

Modal Jangka Pendek? Emas kan ada…

Emas ni bukan sekadar barang perhiasan semata-mata, Ianya juga merupakan wang. Bagi yang kekurangan modal, bila bank tak dapat bagi pinjaman Emas boleh membantu jika anda perlukan modal jangka pendek.

Contohnya peniaga yang dapat projek, nak pakai duit sebagai pusingan modal untuk membeli bahan mentah, atau nak import barang daripada China. Anda mungkin nak pakai duit modal selama 3 bulan sahaja.

Hikmah Gadaian

Sebenarnya bank sangat susah bagi pinjaman jangka masa pendek. Kalau dapat pun dia punya permohonan macam tu umpama mimpi ngeri. Nak sediakan banyak dokumen, sediakan dokumen tuk kahwin lain pun lagi senang. Oppss!

Bila ada emas, maka kat sinilah ia boleh membantu. Dengan menggunakan Ar-Rahnu, sistem gadaian Islam, InsyaAllah ia boleh menyelesaikan masalah pusingan modal anda.

Saya sendiri pernah menggadaikan 1 kilo emas (dalam bentuk 10 keping x 100 gram) untuk dapatkan RM100 ribu untuk satu tujuan. Kejap ajer dapat pinjam.

Kelebihan Ar-Rahnu ialah pinjamannya sangat fleksibel. Anda boleh pinjam duit sehari sahaja, seminggu, dua minggu, sebulan, dua bulan, 6 bulan, setahun. Terpulang.

Kontrak Ar-Rahnu biasanya 6 bulan. Tapi nak tebus awal pun takpe. Saya pernah buat gadaian sehari sahaja. Hari ini gadai, esok tebus balik. Takde masalah.

Kalau dalam masa 6 bulan anda tak nak bayar pinjaman. Tak perlu risau, anda bayar upah simpan untuk 6 bulan dan boleh sambung pinjaman lagi 6 bulan. Sepanjang tempoh pinjaman anda tak perlu bayar apa-apa kat Ar-Rahn.

Namun seharusnya di-ingatkan. Ini adalah pinjaman ye. Anda tak perlu gunakan Ar-Rahnu jika takde sebab musabab yang bagus. Kalau setakat nak gadai sebab suka-suka nak pinjam – JANGAN PINJAM! .

Upah simpan di Ar-Rahnu biasanya antara 0.65 sen sehingga 0.85 sen untuk setiap RM100 nilai emas.

Gadai di Ar Rahnu

Dengan kata lain, emas adalah aset yang boleh membantu anda jika perlukan pusingan modal.

Hanya orang yang memiliki emas akan menghargai kelebihan ini.

Cash flow. Duit dari mana. Ia kemana?

🆗 Orang miskin – duit masuk, tapi dibelanjakan semua kat expenses. Tak boleh simpan.

🆗 Orang kelas menengah – duit masuk, tapi duit bocor untuk bayar liabiliti (definisi liabiliti adalah perkara2 yang menyebabkan duit keluar dari poket) contohnya rumah sendiri, kereta)

🆗 Orang kaya – Aset mereka menjana income. Contohnya royalti buku, rumah sewa, perniagaan dan dividen.

🆗 Kita boleh bermula dimana sahaja, cuma kalau nak hidup senang, tirulah cash flow orang kaya. Ia mungkin ambil masa, tapi ia boleh jadi matlamat anda.

Sumber: Robert Kiyosaki

Analisis Harga Emas 1 Ogos 2019..naik atau turun tetap terus beli EMAS

🆗 Jam 2.00 pagi tadi, US fed mengumumkan kadar faedah US turun sebanyak 0.25%

🆗 Ini adalah penurunan kadar faedah pertama dalam masa 11 tahun gais❗Dah lama US tak turunkan kadar faedah. Asyik menaik ajer interest rate kat US.

🆗 Itu yang menyebabkan Donald Trump agak bengang dengan fed chair Jerome Powell. Trump mahukan kadar faedah diturunkan kerana berpendapat ia lebih baik untuk ekonomi US.

🆗 Jika interest rate turun maka harga emas akan menaik. Tetapi apa yang berlaku semalam adalah harga emas naik sekejap aja. Kemudian ia menurun dan menurun dan menurun.

🆗Apa sebabnya❓

✴️Gais, ini jawapannya✴️

🆗 Jerome Powel walaupun mengumumkan penurunan kadar faedah pagi, namun memberikan kenyataan bahawa:

“Penurunan ini bukanlah permulaan kepada siri pemotongan kadar faedah pada masa hadapan”

🆗 Maksudnya pada masa hadapan belum tentu interest rate akan dipotong lagi. Jangan berharap sangat lah

🆗 Market melihat mesej ini sebagai signal bahawa takde kemungkinan interest rate akan diturunkan lagi pada bulan depan (ketidakpastian)

🆗 Mesej Jerome Powell ini menimbulkan kebimbangan pelabur/market serta menyebabkan pasaran saham jatuh merudum (Nasdaq jatuh, NYSE jatuh dan gold jatuh)

🆗 Well, kita sebagai pembeli dan pelabur emas boleh mengambil kesempatan untuk beli emas kerana harganya jatuh lebih kurang RM3 segram.

➕ Daripada Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim➕