Tag Archives: Buku Kewangan

PERITNYA BILA HILANG PUNCA PENDAPATAN. NASIB BAIK ADA EMAS

Perbezaan harga emas Public Gold tahun lepas dan hari ini. Mahal kan harga emas Public Gold tahun lepas?

Itu yang kebanyakan kita berkata “tunggu harga turun la baru nak beli”

Kenapa saya galakkan simpan EMAS ni? Sebab pengalaman yang lepas mengajar. Bila company terpaksa kurangkan kos dan staff diberhentikan. Yang berlaku pada tahun 2017 bulan March. Tahun dimana minyak dunia jatuh dan project banyak yang terpaksa Hold.

Pampasan yang diterima saya simpan dalam bentuk Emas. Kerana saya tahu, duit tu takkan kekal lama pun bila dipegang. Sikit-sikit akan terguna dan hilang entah kemana.

WOW Macam orang kaya!

Kan? Tapi TAK pun, itu Duit kecemasan bila kerja tetap masih belum dapat dengan job freelance kejap ada kejap takda. Ibarat kais pagi makan Mcd, kais petang makan KFC.

Dan Emas tu la last benteng pertahanan. Ada ke benda yang free sekarang ni? Dah terdesak, emas tu DIGADAIKAN dan duit yang diterima tu digunakan untuk meneruskan kehidupan. Bila ada job dan dapat payment, baru tebus balik emas tu. Tebus sikit-sikit je.

Mana yang pernah merasa ‘SAKIT’ masa takda kerja tu akan faham. Nak pinjam boleh tapi takkan nak beli barang dapur pun kene pinjam gak? Sekali sekala kawan boleh faham, kalau dah selalu?

Sebab tu saya galakkan tuk simpan EMAS. Jadikan Ianya satu Force Saving wajib. Dan target untuk cukupkan Emergency Fund atleast 6 bulan.

Jom simpan emas!

Advertisements

Membina kekayaan dengan emas..ikuti tips yang berguna ni

Semua pakar kewangan bersetuju dengan satu perkara.

Asas untuk anda membina kekayaan bermula dengan menyimpan. Bacalah apa sahaja – Baca Buku Kewangan, semuanya senada seirama.

Mereka cakap anda kena ada dana kecemasan 3 bulan gaji, 6 bulan gaji dan ada pakar yang sarankan anda simpan setahun gaji sebagai dana kecemasan.

Dah Ada Simpanan Macam Ni?

Apabila anda mempunyai simpanan yang banyak maka ia membuka lebih peluang untuk anda melabur dan menambah kekayaan.

Jika anda tiada Rahsia Ilmu EMAS . Apakah bentuk simpanan yang datang dalam otak anda?

Sudah tentu simpan duit bukan?

Salah kelebihan duit adalah keupayaannya untuk membelikan anda apa sahaja yang anda inginkan – Itu juga adalah kelemahan duit. Ia senang terguna, terbelanja, terpakai, terbagi kat orang pinjam.

Sebab itu simpan duit “cakap senang buat susah”

Apa yang ada dalam buku tidak sama dengan apa yang kita buat. Apa sebabnya? Sebab berseronok itu adalah fitrah manusia. Simpan duit untuk digunakan pada masa hadapan bunyinya macam boring.

Inilah peranan emas. Untuk simpanan jangka panjang anda alihkan simpanan ke dalam bentuk emas. Bila anda tengok emas berketul-ketul depan mata, otak anda tiada rasa nak guna atau terbelanja. Sebab otak manusia tidak boleh kaitkan emas dengan belanja.

Apa yang otak kita kaitkan dengan duit RM10,000? Wah! boleh beli itu dan ini. Lepas tu otak mula bagi suggestion “nak beli barang apa?” Selagi tak beli, jiwa kacau.

Bila anda tukar RM10,000 jadi sekeping jongkong emas 50 gram, apakah yang berlaku kat otak anda? Otak anda akan cakap emas ini cantik, mahal dan kena simpan elok-elok takut hilang.

Emas kalau hilang, boleh gila jadinya!

Otak tak boleh kaitkan emas dengan beli barang.

Sebab itu menyimpan emas lebih mudah daripada menyimpan duit. Sebab otak anda kaitkan emas = kena simpan elok-elok.

Dengan faham konsep ini maka mudahlah untuk anda membuat simpanan.

Jika anda orang baru. Mulakan dengan hanya 10%. Kalau anda nak tahu, simpanan emas boleh dimulakan dengan hanya Serendah RM100. Rendah kan?

Ya! 10% sahaja duit anda ditukar dalam bentuk emas. Bila dah dapat rentak dan keserasian, barulah tambah % simpanan emas ikut keserasian.