Tag Archives: Bijak Wang

TIPS BIJAK PENGURUSAN KEWANGAN

“Alahai, asal hujung bulan je mesti kering poket aku ni. Nak pinjam kat siapa pulak lepas ni? Gaji dah besar tapi mesti tak cukup”

Pelik kan, kadang-kadang setiap hujung bulan je mesti kebanyakan kita akan alami situasi seperti tu. Sampaikan setiap hari tanya HR pasal bila gaji nak masuk. Walhal dah tahu pun gaji akan masuk bila. Bila dah paras nyawa-nyawa ikan ni, terasa macam setahun menantikan gaji masuk.

Inilah yang terjadi bila kita gagal mengawal perbelanjaan. Saya sendiri pernah alami situasi seperti ini. Segalanya berpunca daripada sikap tak kawal diri semasa berbelanja. Ada benda yang tak penting didahulukan sampaikan memakan diri.

Di antara kita ada yang masih lagi gagal dalam menguruskan kewangan peribadi dengan baik. Alasan yang diberikan kerana kegawatan ekonomi yang semakin mencabar padahal anda diri sendiri yang gagal dalam soal pengurusan kewangan.

Bila kita GAGAL Merancang, kita Merancang untuk GAGAL

Sama ada anda berpendapatan besar atau tidak, kalau tidak belajar mengurus wang dengan betul memang anda telah termasuk dalam ‘jerat sendiri’. Percayalah bahawa setiap hujung bulan mesti akan ada di antara kita yang akan meminjam wang dari kawan baik atau ibu bapa kerana kita sudah nyawa-nyawa ikan’ masa itu tetapi sampai bila kita nak meminjam kan?

Ni ada 8 tips pengurusan kewangan mudah untuk anda cuba :

#1 Paksa diri simpan 10%-15% dari gaji bersih dan masukkan dalam akaun simpanan khas

Ini sangat penting bagi yang jenis liat nak simpan wang. Simpanan paksa ni baik dalam melatih diri anda menyimpan wang dengan betul tanpa rasa terbeban. Setiap bulan anda boleh automatik simpan dalam akaun simpanan khas.

Buat macam bayar hutang. Biasanya kita boleh bayar hutang tapi susah nk simpan. Anda boleh buka satu akaun simpanan khas untuk menyimpan sahaja tanpa kad debit. Akaun ini adalah untuk hal kecemasan pada masa akan datang. Salah satu cara yang terbaik yang saya sendiri amalkan ialah dengan membeli emas Public Gold.

Jom Buka GAP

Dengan cara ini, anda bukan sahaja menyimpan emas malah anda juga menyelamatkan nilai wang anda. Emas merupakan satu item yang berharga dan bernilai sepanjang zaman. Bila nak guna duit, boleh gadai dan dapatkan wang. Bila ada duit lebih boleh tebus semula emas tadi. Emas tu tak hilang pun nilainya. Jadi, tak salah pun untuk menyimpan dengan cara begini. Boleh baca disini tentang kelebihan GAP Publc Gold

#2 Rekod perbelanjaan harian

Ini merupakan langkah berkesan untuk menguruskan wang anda dengan betul. Segala aliran tunai direkodkan tentang apa yang anda telah belanjakan atau apa yang anda terima dari hasil jualan kecil-kecilan jika ada. Kalau rasa terlalu banyak keluarkan duit, semak semula rekod anda dan buat balik rancangan untuk menghadkan perbelanjaan harian anda.

Kawal Aliran Tunai

Dengan dunia teknologi sekarang ni, banyak aplikasi percuma yang anda boleh download dalam Play Store mahupun App Store seperti Monny dan banyak lagi. Ini dapat memudahkan anda untuk rekod setiap hari tetapi memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Buat setiap hari sebelum tidur boleh?

#3 Katakan tidak pada kad kredit

Katakan Tidak Pada Kad Kredit

Jangan ambil risiko kalau takut termasuk dalam jerat sendiri nanti. Nampak memang senang sebab tidak perlu menggunakan tunai tetapi bahaya kalau banyak berhutang dengan bank sebab ia akan menunjukkan rekod buruk pada CCRIS nanti jika anda sudah tidak mampu membayar hutang kad kredit kemudian hari.

#4 Bayar hutang dahulu

Utamakan dahulu dengan membayar hutang seperti pinjaman kereta mahupun rumah. Hutang wajib dibayar tau!. Jangan buat tak tau pula. Kalau tak bayar nanti, memang akan makan diri sebab kereta kena tarik, rumah pula kena lelong dan lain-lain. Anda kena selesaikan apa yang patut dahulu.

Hutang Wajib Bayar Tau!

Cuba selesaikan hutang-hutang jahat dahulu seperti pinjaman peribadi dan kad kredit. Lebihkan sedikit pada hutang-hutang ini dulu, Bila dah settle semua baru lega sikit untuk bayar hutang rumah mahupun kereta. Cuma jangan nak menggatal pula apply loan lain. Godaan dia lain macam tau. Itu yang saya sedang lalui bila banyak hutang dah habis bayar. Hihi..

#5 Berbelanja mengikut kemampuan

Nak berbelanja mewah boleh tapi biar berpada-pada. Berbelanja mewah bagi saya bermaksud membeli barang mahal yang boleh dipakai lama. Bukan beli mahal tapi pakai sebulan dua je. Beli apa yang perlu dan tahan lama. Jangan beli sebab nak berlagak atau nak tunjuk yang kita mampu beli barang mahal.

Iman boleh tergugat bila shopping mall ada SALES!

Ukur baju di atas badan sendiri bak kata pepatah. Bagi yang suka membeli barang berjenama, berhentilah sekejap sampai keadaan kewangan anda sudah kukuh satu hari nanti. Tak malu ke bila kawan tengok kita ada barang mahal tapi hujung bulan duit dia juga yang kita pinjam?

#6 Buat bajet bulanan sendiri

Bila anda sudah merancang sesuatu untuk setiap bulan pastinya anda akan cuba mengikut perancangan anda. Awalnya memang akan terlari bajet sikit, tetapi lama-lama anda akan terbiasa dalam urusan bajet bulanan anda dan pada masa yang sama, anda juga berasa yakin untuk hidup berjimat tanpa rasa terbeban.

Buat budget jangan tak ikut tau!

Anda boleh mencuba baca dan download Best Budgetting Apps dan pilh mana yang sesuai dengan anda. Ingat ya, bila dah buat budget cuba sedaya upaya untuk ikut. Kebanyakan kita ada buat tapi bila masuk bab melaksanakan, banyak alasan diberikan. Betul tak?

#7 Menabung

Ibu bapa kita sudah mengajar kita untuk menabung sejak dari kecil lagi. Tak salah pun bila nak menabung walaupun dah besar. Bila menabung, bukan hanya menabung duit syiling sahaja tetapi boleh juga menabung duit kertas juga serta Emas Public Gold yang dibeli setiap bulan.

Anda boleh membuat banyak tabung untuk setiap kategori seperti melancong, hiburan dan macam-macam lagi. Seronok ada banyak tabung sebab akan rasa macam ada duit banyak walaupun sebenarnya tabung itu masih belum matang.

Letakkan sasaran bila hendak menggunakan tabung itu, jadi senang untuk anda mencari masa mengumpul lebih banyak. Juga boleh cuba menabung wang dan tukarkan ianya kepada bentuk emas. Boleh rujuk sini untuk mula simpan Emas Public Gold

#8 Disiplin diri

Setiap bidang yang kita ceburi, kalau nak berjaya kena ada disiplin. Berdisiplin dalam pengurusan kewangan bukan bermaksud kita kedekut. Kita berdisiplin kerana mahu mengawal dan menguruskan kewangan.

Bila berdisiplin segala yang kita mahukan dalam hidup dapat dicapai kerana kita dah ada matlamat.

Jangan jadi orang yang gagal mengawal kewangan,

Dunia sangat mencabar saban hari, segala-galanya memerlukan wang. Jadilah seorang yang bijak.

Itu sahaja 8 Tips Pengurusan Kewangan yang and boleh cuba. Buat satu-satu walaupun perlahan. Ianya memang memakan masa namun hasilnya lumayan di kemudian hari. Lagipun, ini untuk kesenangan kita juga. Jadi, tanyalah diri anda sendiri apa yang anda mahu sebenarnya kerana semua tips ini manfaatnya untuk jangka masa yang panjang.

Rugi kalau anda tidak cuba sekarang. Selamat mencuba dan semoga berjaya !

Bagi yang berminat untuk menyimpan Emas Public Gold. Boleh terus hubungi saya untuk saya bimbing.

RM800 SEBULAN! KISAH SEDEKAH SEORANG OKU YANG NORMAL..

Kisah yang terjadi di Public Gold Cawangan Melaka seperti yang diceritakan oleh Mahaguru EMAS Tuan Syukor Hashim. Semoga kisah ini memberikan iktibar kepada kita semua dan menjadi sebab untuk kita sama bersedekah.

Kredit Foto Tuan Syukor Hashim

“Akak tak kerja, akak suri rumah” jawab Kak Noraini dengan perlahan.

Itulah jawapan yang diberikan oleh Kak Noraini bila Suhaila, staff Public Gold Melaka bertanya tentang pekerjaan beliau.

Dia sedang berurusan untuk membeli emas untuk kali pertama. Beliau ditemani oleh suaminya.

Oleh kerana mereka merupakan customer saya, jadi saya datang dengan niat untuk temankan mereka dan membimbing dalam urusan pembelian emas.

Mendengar jawapan “saya suri rumah” Saya rasa tertarik nak interview kak Noraini. Maklumlah dia nak beli emas 50gram dengan nilai RM10,900 ++

Beliau merupakan seorang suri rumah dan tidak mempunyai gaji tetap bulanan. Kalau dia boleh beli emas RM10,900++ maksudnya ada something kita boleh belajar dengan dia. Kalau orang tu ada gaji, saya tidaklah hairan sangat.

“Akak suri rumah ye?”

Haah En. Syukor, akak suri rumah”

“Boleh saya tahu, akak ada buat bisnes apa-apa ke kat rumah?” Soal saya dengan niat mencungkil rahsia.

“Ya ada, akak ada buat bisnes kuih kecil-kecilan. Kalau ada tempahan, akak buat la” Balas kak Noraini.

“Akak dapat banyak tempahan tak?”

“Biasa-biasa ajer En. Syukor,on off, bukan tiap-tiap hari akak dapat tempahan kuih”

“Tapi ada seorang hamba Allah nie, dia tempah kuih kat akak setiap minggu, dia sedekahkan kat masjid setiap malam Jumaat”

“Oh! tiap-tiap minggu dia sedekah kuih kat masjid ye? Wah..hebat. berapa budget dia seminggu kak?” tanya saya.

“Dia budget RM200 seminggu. Dia suruh akak buat kuih, pastu akak pergilah hantar kat masjid Bukit Beruang setiap malam Jumaat”

“Biasanya akak hantar waktu Maghrib. Lepas orang baca Yassin, orang akan makan kuih tu. Akak letak kat meja belakang dewan”

“Lepas tu, dia akan bank in duit kat akak”

“Fuh! RM800 sebulan untuk disedekahkan kepada jemaah masjid, itu memang hebat”

“En. Syukor, dia tu OKU tau. Tangan dia cacat, dia kerja kat bengkel kereta” sambung kak Noraini lagi.

“Hah! OKU ye? Dia owner bengkel kereta ke?” Tanya saya.

“Tak, dia mekanik kat situ” balas kak Noraini.

“laaa yeke, saya ingatkan owner bengkel” saya terkejut.

Saya mencongak, berapa sangat gaji seorang mekanik. Saya tak tahu. Mungkin RM2000 ke RM3000 barangkali. Kalau RM800 dia peruntukkan untuk sedekah kat masjid, agak besar jugak portion sedekah beliau.

Lebih kurang 32%! Banyak tu!

“Kadang-kadang tu, abang akak ada juga suruh cakap, minggu ni tak payah bayar, kami tanggung. Tapi dia tak benarkan. Dia nak bayar juga! Tambah Kak Noraini lagi.

“Kalau akak tak larat nak buat kuih, akak cakap kat dia yang minggu ni akak tak buat jadi dia kena cari orang lain” kata kak Noraini.

Saya termanggu mendengar kisah kak Noraini ni.

Asalnya saya cuma nak tahu daripada mana kak Noraini dapat duit untuk beli emas ni. Sebab ia boleh jadi inspirasi untuk kita semua.

Namun apa yang saya dapat adalah kisah bonus, seorang insan OKU yang sangat konsisten bersedekah.

Untuk kak Noraini, seorang sururumah yang boleh mengumpul duit dan beli emas RM10,900++. Itu adalah kaya harta!

Untuk hamba Allah yang cacat tangannya, tapi konsisten bersedekah untuk jemaah Masjid. Itu adalah kaya jiwa!

Pada asalnya nak tahu rahsia seorang suri rumah yang boleh beli emas, sekali dapat kisah tentang seorang OKU yang kurang sifat tapi berjiwa lagi besar daripada kita yang normal. Kedua dua mereka kaya dalam konteks tersendiri.

Banyak pengajaran yang dapat dipelajari daripada kisah ni. Pertama nak beli emas Public Gold ni semua orang boleh. Tak kisah berapa pendapatan yang kita perolehi setiap bulan. Yang penting kita tahu tujuan beli emas. Nak selamatkan nilai duit.

Yang kedua tentang sedekah, boleh dikatakan tak semua dapat sedekah seperti insan OKU tu. Pada mata saya, dia lagi normal daripada kita. Dia lagi pemurah. Sangat memberikan kesan kepada saya secara jujurnya yang mampu tapi…

Doakan saya dan anda semua dapat juga bersedekah seperti beliau. Dan dapat lagi menyimpan emas seperti Kak Noraini. Amin

Jangan lupa share tau.

ASAL DAPAT DUIT JE MESTI HILANG. DAH LA PERGI TAK KEMBALI!

Cabaran terbesar kita bila duit ada di tangan ialah, kita akan cenderung untuk berfikir nak belanja apa. Saya sendiri pun hadapi cabaran yang sama. Sebab tu saya tak suka keluarkan duit banyak dan simpan dalam wallet. Sebab tanpa disedari, duit tu makin sikit kepingannya. Bila dah sikit, mula la cari ATM nak keluarkan duit lagi.

Tujuan keluarkan duit tu pun pada asalnya nak beli barang. Walaupun kita tiada niat untuk membeli sesuatu, tapi bila ada duit di tangan, kebiasaannya kita akan terbelanja duit tersebut. Paling parah bila barang yang kita beli tu tak setimpal dengan nilai wang yang kita keluarkan.

Lagi parah bila di sana sini ada ‘SALES’. Kita akan rasa lebih terpanggil untuk membeli sesuatu hanya kerana harga yang lebih murah berbanding sebelumnya. Walaupun pada hakikatnya, tiada keperluan untuk membeli pada waktu itu. Akhirnya, kita akan rasa menyesal kerana dah terbeli barang tersebut.

Manfaat Terbesar Menyimpan Emas.

Berbeza bila duit itu kita tukarkan kepada emas, terus tak terfikir dah nak belanja apa-apa. Inilah antara manfaat terbesar menyimpan emas, duit simpanan bertahan lebih lama berbanding membiarkannya dalam bentuk duit tunai di bank. Bila ada emas, rasa sayang nak jual!

Untuk kaya, duit yang ada bertambah itu penting, tapi yang lebih penting, duit simpanan yang sedia ada tu bertahan dari bocor.

Bermula dari sekarang supaya kekayaan yang sedia ada terselamat dari kebocoran.