Bia Sikit Janji Ada..

Bak kata mentor saya dalam bukunya Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat

“simpan sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada beli banyak tapi terus berhenti”

Simpan EMAS ni bukan sekadar kumpul kekayaan tapi sebenarnya salah satu cara tuk kita mendisiplinkan diri kita untuk kawal perbelanjaan.

Majoriti daripada kita ada simpan duit dalam bank. Dan entah macam mana tetiba duit yang kita simpan tu ‘HILANG’ sebab rasa geram tengok nombor dan geram nak guna ‘SIKIT’ je.

Paling best bila hujung bulan je mintak sikit bantuan Ehsan. Sebab duit yang kita sebelum ni dah berkurangan.

Tak kisahlah samada gaji anda besar atau kecil, simpan la sikit dalam bentuk emas sebagai ‘FORGOTTEN SAVING’. Kita tak kan tahu bila waktu kecemasan yang memerlukan duit dengan segera.

Advertisements

Berdoalah

“Sayalah Dr. Ishaan..”

Ini merupakan kisah motivasi buat kita yang berada dalam kebuntuan. Ingatlah kita sebagai hambaNYA, hanya DIA yang mendengar dan tahu..semoga bermanfaat

Begini ceritanya..

Di negara Arab Saudi, ada seorang pakar neurologi dijemput untuk menghadiri satu event di sana. Dalam masa yang sama, pakar ini berjumpa dengan seorang tokoh dan mengatakan kepadanya,

“Wahai Sheikh, saya mempunyai satu kisah yang saya alami sendiri untuk dikongsikan kepada kamu.

Tolong sampaikan dan kongsikan cerita saya ini. Semoga ada iktibarnya untuk orang lain.

Anda tahu, saya merupakan pakar neurologi yang terbaik di Pakistan. Sebagai seorang pakar, jadual saya sentiasa penuh. Mana-mana pesakit perlu buat appointment beberapa bulan lebih awal.

Saya selalu ke luar negara. Memenuhi undangan dan jemputan dari pelbagai negara.

Wahai Sheikh, setelah sekian lama ada satu peristiwa saya tidak sesekali lupakan!

Suatu waktu, saya berpergian ke satu kota di Pakistan. Ketika saya menaiki pesawat, cuaca mendung sekali. Langit berdentum dentam dengan bunyi guruh. Ketika di awan, pilot telah melaporkan perlu membuat pendaratan cemas. Salah satu enjin pesawat rosak terkena panahan petir!

Saya tidak tahu di mana kami mendarat. Ianya sebuah pedalaman Pakistan. Lapangan mendaratnya kecil sekali. Kami mendarat dengan selamat. Cuaca hujan masih berterusan dengan gagah membasahi hari kami.

Saya gelisah. Saya perlu segera untuk sampai ke tempat dituju. Saya berjumpa dengan pegawai lapangan terbang.

“Saya mahu cepat sampai ke bandar. Adakah kenderaan lain boleh digunakan?”

Pegawai itu menjawab, “Kamu naiklah kereta. Boleh sampai dalam 3 jam ke tempat kamu ingin tuju.”

Saya tanpa berfikir panjang, terus mengambil sebuah kereta sewa.

Dalam perjalanan yang serba payah, hujan langsung tidak berhenti. Masih lebat turun mencecah ke bumi.

Sampai di satu kampung yang sunyi, pemandu memaklumkan kepada saya bahawa kereta tidak boleh melalui jalan yang semakin becak dengan lumpur.

Kami mengambil keputusan berhenti dulu.

Kami ternampak sebuah rumah di satu sudut yang dikelilingi oleh sawah padi.

“Mari kita singgah sebentar di rumah itu. Boleh kita tumpang solat sekejap”

Dengan hujan yang mencurah lebatnya, seorang wanita tua membuka pintu setelah kami berada di hadapan pintu dan memberi salam.

Wanita tua itu mempelawa kami masuk ke rumahnya. Maka dapatlah kami solat dan berehat sebentar. Dan dalam masa yang sama, saya melihat wanita tua ini sering berdoa dan mengerjakan solat. Sesekali dia meninjau keadaan seorang anak kecil di rumah itu.

Kami pun ingin berangkat pergi dan mengucapkan terima kasih kepada wanita tua itu.

Namun terdetik di hati saya bertanya, “Wahai makcik, siapakah anak kecil itu?”

“Dia adalah anak yatim. Sekarang saya neneknya yang perlu menjaga dia. Dia mengalami kecacatan yang teruk sekali”

“Kami sudah membawa dia berjumpa dengan ramai doktor di daerah ini, tetapi tiada yang berjaya menyembuhkannya”

“Para doktor ini sarankan kepada saya, agar bawalah anak kecil ini berjumpa dengan seorang pakar terkenal di bandar. Hanya dia saja yang boleh merawat masalah anak ini”

“Namun saya dengar, ingin berjumpa dengan doktor pakar ini perlu masa yang lama untuk menempah giliran. Masalahnya, kami hidup susah dan jauh di pedalaman ini.”

“Tidak mungkin saya dapat membawa anak ini ke sana”

“Sejak dari hari itu, saya selalu mengerjakan solat dan berdoa sehinggalah hari ini, agar saya dapat membawa anak kecil ini berjumpa dengan doktor tersebut”

“Ya Allah, mudahkanlah urusan kami. Anak ini sakit. Mudahkanlah ya Allah”

Doktor itu bertanya, “Boleh saya tahu siapakah nama doktor itu?”

Wanita tua itu menjawab, “Nama doktor itu adalah Dr. Ishaan”

Sebaik nama itu disebut, doktor itu terus menangis dan menangis dengan derasnya.

“Mengapa kamu menangis, anak?”

Dengan linangan air mata, doktor itu berkata,

“Doa makcik baru dijawab. Kerana doa makcik, hari ini hujan turun dengan lebatnya, kilat menyambar enjin pesawat. Kami mendarat di tempat terpencil. Kami menaiki teksi. Hujan tidak berhenti. Akhirnya kami terkandas dan menghentikan kami. Kami datang ke rumah ini. Kami masuk dan berjumpa sendiri dengan makcik dan anak kecil ini” 😭

“Makcik, sayalah Dr. Ishaan. Sayalah yang makcik doakan selama ini. Hari ini saya di rumah makcik kerana doa makcik”

“Maha Suci Allah, doa makcik diperkenankan oleh-Nya”

Linangan air mata kegembiraan jelas terpancar di wajah wanita tua itu..

Dengan terjawabnya doa itu, maka hujan telah berhenti begitu saja secara tiba-tiba.

Allahu akbar!

“Wahai Sheikh, saya telah belajar dari peristiwa ini”

“Allah itu Maha Berkuasa menggunakan apapun yang Dia kehendaki untuk selesaikan sesuatu perkara”

Kisah tentang hebatnya doa!

Kadang-kadang ada masanya, kita rasa malas berdoa. Doanya tidak terbit dan membekas di hati kita.

Selesai solat, nak cepat saja mengejar kembali kesibukan dunia. Tiada wirid. Doanya cepat!

Kita rasa dah usaha sehabis mungkin. Tapi kita kadang lupa, usaha saja tidak memadai jika Yang Maha Berkuasa tidak memakbulkan apa yang kita inginkan.

Ingatlah dan berasa yakinlah, teruskan doa kita tanpa jemu. Sabarlah menunggu. Insha Allah, tiba masanya apa yang kita mahu, tetap datang kepada kita dengan kehendak-Nya.

Semoga Allah merahmati kita semua.

(Tokoh yang berkongsi kisah benar ini ialah Mufti Menk)

Share kisah ni untuk manfaat semua

7 NASIHAT KEWANGAN

1️⃣ Amalkan sikap ‘menyimpan sebelum berbelanja’

✔️Bila terima gaji, perkara pertama yang perlu dibuat adalah asingkan simpanan. Jika mampu, asingkan 10% – 30% dari gaji bagi yang masih single. Contohnya bergaji RM2500, asingkan RM250 – RM750 untuk simpanan. Namun, setiap orang berbeza kemampuan kewangan. Jika kita tak mampu simpan 10% dari gaji dan hanya mampu simpan RM50 saja setiap bulan, maka simpan je. Yang penting simpan.

✔️Simpan sebelum belanja bukannya belanja dulu baru simpan. Boleh?

2️⃣ Set target kewangan yang jelas

✔️Setiap orang berbeza target kewangan. Ada yang target nak beli rumah pertama. Ada yang target nak ada simpanan RM20K sebelum umur 30 tahun. Ada yang target nak bawa keluarga pergi umrah. Ada yang target nak kahwin. Apa saja target kewangan korang, mulakan rancang apa strategi nak pakai. Nak simpan di mana? Berapa yang perlu kita simpan untuk capai target kita?

✔️Contohnya nak beli rumah pertama berharga RM200K lagi 3 tahun. Sekurang-kurangnya 15% dari harga rumah kita kena ada ( RM30000). Setiap bulan anggaran kita perlu simpan adalah RM833. Banyak kan? Sebab tu pentingnya bermula awal dan tahu strategi apa nak pakai.

3️⃣ Pilih tempat menyimpan yang betul

✔️Untuk menyimpan, korang boleh pilih untuk menyimpan di Tabung Haji atau ASB. Kedua-duanya baik. Sambil-sambil menyimpan di Tabung Haji, korang boleh terus daftar haji jika belum mendaftar. Simpan je dulu. Ada rezeki, korang boleh pergi haji awal.

✔️Seboleh-bolehnya, simpanan yang korang buat tu biarkan saja. Jangan usik jika tak ada keperluan mendesak.

4️⃣ Melabur dengan bijak

✔️Sebelum melabur di mana-mana jua, pastikan korang tahu apa yang korang nak labur tu. Jauhi skim cepat kayap dan skim yang tak betul. Tak ada jalan pintas untuk jadi kaya. Pilihlah pelaburan yang betul. Korang boleh mulakan dengan ASB Financing, Unit Trust, saham, hartanah dan sebagainya. Melabur ikut kemampuan diri sendiri jangan ikut kemampuan orang lain. Tak mampu melabur dalam jumlah yang besar, mulakan dengan nilai yang kecil dulu.

5️⃣ Ambil perlindungan Takaful

✔️Semasa tengah sihat, usahakan untuk ada perlindungan Takaful yang sesuai dengan keperluan korang.

6️⃣ Beli kereta mengikut kemampuan

✔️Nak beli kereta tak salah. Beli saja. Bukan semua tempat accessible by public transport. Jadi nak tak nak, kena ada motor atau kereta untuk mudahkan bergerak. Kan? Jika kita perlu beli kereta, beli ikut kemampuan kewangan kita. Jangan sesekali beli tak padan dengan gaji. Beli kereta bukan sekadar bayaran ansuran bulanan yang perlu di ambil kira. Duit minyak, tol, parking, semua tu perlu di ambil kira.

7️⃣ Kawal hutang

✔️Bab berhutang ni korang kena hati-hati sangat supaya tak terjebak dengan hutang yang tak baik. Seboleh-bolehnya elakkan berhutang personal loan untuk majlis kahwin. Nanti anak dah masuk 2 pun korang masih duk bayar hutang personal loan tu. Jauhkan diri dari hutang untuk perkara yang tak penting.

✔️Jaga CCRIS rekod korang bagi cantik. Penting. Jangan pula korang dah tahu CCRIS rekod tak cantik, nak mohon loan tak lepas, korang pergi salahkan bank pula.

Kawal hutang dengan baik.

-Petikan daripada website halalmoney.com-

3 SEBAB SAYA YAKIN DENGAN PUBLIC GOLD

1️⃣ Public Gold sudah lebih 10 tahun beroperasi dan mempunyai lebih 180,000 customer. Sehingga hari ini, 100% customer Public Gold terima emas masing-masing. Belum ada satu pun customer yang melaporkan duit mereka habis ditipu Public Gold. Belum ada, bahkan saya yakin tak akan ada.

2️⃣ Public Gold adalah company emas paling dipercayaai di Malaysia. Lihat sahaja siapa yang menjadi corporate partner; Pos Malaysia, Amanie Advisor, Malaysia Gold Association (MGA), TEKUN Nasional, banyak institusi Ar-Rahnu dsb. Bahkan Public Gold adalah brand emas pertama di Malaysia yang diterima untuk GADAIAN TANPA DIUJI KETULENAN untuk emas LBMA!

3️⃣ Dan yang paling penting ialah Foundernya. Mana-mana company yang mampu bertahan berpuluh tahun, mereka didirikan oleh orang yang baik-baik.

Bagi saya, Founder Public Gold adalah orang yang sangat baik. Lihat sahaja fasiliti yang disediakan oleh Public Gold untuk customer & dealer. Terlalu banyak peluang secara FREE yang Public Gold sediakan. Ia lahir dari jiwa Foundernya yang mahu berikan kebaikan kepada customer dan dealer.

3 perkara yang saya senaraikan ini, inilah asas (dasar) keyakinan saya terhadap Public Gold.

Apa sahaja company dan bisnes pun PASTI (ya, pasti) akan ada masalah. Selagi hidup, kita tak akan pernah sunyi dari masalah. Tetapi jika ada KEJUJURAN, semua masalah akan selesai dengan mudah… InsyaAllah

Public Gold TERUS Kehadapan

✅Agar sukar untuk mencari 1 syarikat EMAS yang stabil dan berwawasan jauh seperti Public Gold.

✅10 tahun dalam pasaran di Malaysia, sudah jauh ia meninggalkan mana-mana pesaingnya (jika wujud).

✅Bermula dengan 1 cawangan di Pulau Pinang, sekarang sudah ada 18 cawangan di seluruh Malaysia.

✅Bermula hanya di Malaysia, sekarang sudah merebak ke Singapura, Indonesia dan Brunei.

Selepas ini mungkin ke Philipines & Vietnam.

✅Bermula dengan hanya belian emas jongkong dan dinar, sekarang sudah ada Program Akumulasi (GAP).

✅Bermula dengan tanpa sijil patuh Syariah, sekarang sudah patuh Syariah bertaraf antarabangsa oleh Amanie Advisors Sdn Bhd.

✅Bermula dengan hanya EMAS simpanan, sekarang sudah ada Aurora Italia (18k) & PG Jewel (22k).

✅Bermula dengan hanya emas, sekarang sudah ada PG Mall untuk shopping online apa saja barang secara maya.

✅Bermula dengan bersendirian, sekarang sudah ada pelbagai rakan perniagaan termasuk Pos Malaysia & Tekun Malaysia.

✅Bermula dengan emas yang perlu diambil di cawangan, sekarang sudah ada khidmat pos emas sampai ke rumah (GIT – GOLD In Transit).

✅Bermula dengan hanya beberapa siri seminar emas, sekarang sudah ada lebih 100 seminar emas percuma dengan hadiah cabutan bertuah berupa emas yang juga percuma.

✅Macam-macam lagi la kalau nak tulis.

✅Jika anda ingin bimbingan bagaimana untuk mula menjadi pelanggan syarikat emas tersohor ini, sila whatsapp saya sekarang.

Muhammad Daniel Nelison
Authorised Dealer Public Gold
PG00101715
http://www.danielnelison.com/public-gold

>>> wasap.my/+60176840288

AL-KAFI #706 : HUKUM JUAL BELI EMAS SECARA ATAS TALIAN DAN PENYERAHAN KE DALAM AKAUN PEMBELI

Soalan:

Assalamualaikum. Dato Mufti, boleh saya bertanya sedikit tentang hukam jual beli emas. Hari ni adanya syarikat yg membuat jualan secara online atau akaun. Kita beli dan bayar emas, emas itu dimasukkan dalam akaun. Dan bila kita ingin keluarkn emas itu, boleh dikeluarkan di cawangan-cawangan mereka. Adakah dibolehkan? Sebab setahu saya urusan jual beli emas mesti yadan biyadin.

Jawapan:

Kami kemukakan jawapan daripada kitab Fiqh al-Manhaji (6/72):

Apabila jual beli tersebut membabitkan dua jenis barangan berunsur riba yang berlainan jenis tetapi mempunyai illah riba yang sama (contohnya kedua-duanya dalam bentuk mata wang atau makanan), jual beli ini perlu memenuhi dua syarat bagi menjadikan jual beli tersebut sah dan bersih daripada unsur riba:

  • Akad berlaku secara lani. Akad tersebut mestilah tunai atau serta-merta, yakni akad tersebut tidak menyebut tempoh tertentu bagi penyerahan mana-mana barangan walaupun untuk tempoh yang singkat.
  • Penyerahan barangan berlaku di tempat memeterai akad.

Dalam keadaan ini, kedua-dua barangan tidak perlu mempunyai kadar yang sama. Bahkan dibenarkan jual beli secupak gandum dengan dua cupak barli, atau satu gram emas dengan lima gram perak.

Akad ini dan segala proses berikutnya adalah sah. Namun dengan syarat, tidak dinyatakan sebarang tempoh tertentu bagi penyerahan barangan dan penerimaan berlaku pada ketika itu.

Dalil bagi kes ini ialah hadith daripada Ubadah RA yang dinyatakan sebelum ini:

فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

Maksudnya: “Jika barang-barang ini berbeza, juallah mengikut kehendak kamu selagimana ia dilakukan dengan tangan dengan tangan.”

Riwayat Muslim (4147)

Apa yang dimaksudkan dengan barang-barang dalam hadith ini ialah barangan berunsur riba yang dinyatakan oleh hadith-hadith dan yang seumpama dengannya. Apa yang dimaksudkan dengan berbeza dalam hadith ini ialah barangan yang digunakan sebagai bayaran dalam jual beli ini tidak sama dengan barangan yang dijual.

Apa yang dimaksudkan dengan “juallah mengikut kehendak kamu” ialah kamu dibenarkan berurusniaga dengan barangan ini jika ia bukan barangan yang sama dan tidak disyaratkan barangan tersebut mestilah sama.

Timbul persoalan, apakah penyerahan barang itu mesti dibuat secara fizikal atau boleh dengan cara maya seperti melalui akaun?

Jawapannya, kami berpendapat hukum penyerahan melalui akaun boleh dianggap sebagai satu bentuk penyerahan yang diterima. Ini berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas, dan membuat keputusan, antara lain seperti berikut:

“Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

  • Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
  • Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.”

Rujuk Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (ms. 81)

Majlis Majma’ al-Fiqh al-Islami bagi Rabitah al-Alam al-Islami kali ke-11 yang bersidang di Makkah pada tahun 19-26 Februari 1989H membincangkan isu taqabudh hakiki dan hukmi memutuskan bahawa dokumentasi transaksi dalam bentuk resit dan rekod akaun boleh diterima sebagai salah satu bentuk taqabudh yang sah dan diterima dalam Islam.

Justeru, apabila emas tersebut sudah didepositkan ke dalam akaun pembeli dan direkodkan di dalam sistem dan resit, yang mana pembeli boleh bila-bila masa, mengeluarkan emas tersebut dengan kuantiti berdasarkan dalam majlis akad atau kontrak, maka penyerahan sudah dianggap sempurna. Maka sah akad jual beli emas secara atas talian jika meraikan syarat ini.

Wallahua’lam

Petikan daripada website muftiwp.gov.my link terus ke artikel ni

Advertisements