Category Archives: Uncategorized

7 NASIHAT KEWANGAN

1️⃣ Amalkan sikap ‘menyimpan sebelum berbelanja’

✔️Bila terima gaji, perkara pertama yang perlu dibuat adalah asingkan simpanan. Jika mampu, asingkan 10% – 30% dari gaji bagi yang masih single. Contohnya bergaji RM2500, asingkan RM250 – RM750 untuk simpanan. Namun, setiap orang berbeza kemampuan kewangan. Jika kita tak mampu simpan 10% dari gaji dan hanya mampu simpan RM50 saja setiap bulan, maka simpan je. Yang penting simpan.

✔️Simpan sebelum belanja bukannya belanja dulu baru simpan. Boleh?

2️⃣ Set target kewangan yang jelas

✔️Setiap orang berbeza target kewangan. Ada yang target nak beli rumah pertama. Ada yang target nak ada simpanan RM20K sebelum umur 30 tahun. Ada yang target nak bawa keluarga pergi umrah. Ada yang target nak kahwin. Apa saja target kewangan korang, mulakan rancang apa strategi nak pakai. Nak simpan di mana? Berapa yang perlu kita simpan untuk capai target kita?

✔️Contohnya nak beli rumah pertama berharga RM200K lagi 3 tahun. Sekurang-kurangnya 15% dari harga rumah kita kena ada ( RM30000). Setiap bulan anggaran kita perlu simpan adalah RM833. Banyak kan? Sebab tu pentingnya bermula awal dan tahu strategi apa nak pakai.

3️⃣ Pilih tempat menyimpan yang betul

✔️Untuk menyimpan, korang boleh pilih untuk menyimpan di Tabung Haji atau ASB. Kedua-duanya baik. Sambil-sambil menyimpan di Tabung Haji, korang boleh terus daftar haji jika belum mendaftar. Simpan je dulu. Ada rezeki, korang boleh pergi haji awal.

✔️Seboleh-bolehnya, simpanan yang korang buat tu biarkan saja. Jangan usik jika tak ada keperluan mendesak.

4️⃣ Melabur dengan bijak

✔️Sebelum melabur di mana-mana jua, pastikan korang tahu apa yang korang nak labur tu. Jauhi skim cepat kayap dan skim yang tak betul. Tak ada jalan pintas untuk jadi kaya. Pilihlah pelaburan yang betul. Korang boleh mulakan dengan ASB Financing, Unit Trust, saham, hartanah dan sebagainya. Melabur ikut kemampuan diri sendiri jangan ikut kemampuan orang lain. Tak mampu melabur dalam jumlah yang besar, mulakan dengan nilai yang kecil dulu.

5️⃣ Ambil perlindungan Takaful

✔️Semasa tengah sihat, usahakan untuk ada perlindungan Takaful yang sesuai dengan keperluan korang.

6️⃣ Beli kereta mengikut kemampuan

✔️Nak beli kereta tak salah. Beli saja. Bukan semua tempat accessible by public transport. Jadi nak tak nak, kena ada motor atau kereta untuk mudahkan bergerak. Kan? Jika kita perlu beli kereta, beli ikut kemampuan kewangan kita. Jangan sesekali beli tak padan dengan gaji. Beli kereta bukan sekadar bayaran ansuran bulanan yang perlu di ambil kira. Duit minyak, tol, parking, semua tu perlu di ambil kira.

7️⃣ Kawal hutang

✔️Bab berhutang ni korang kena hati-hati sangat supaya tak terjebak dengan hutang yang tak baik. Seboleh-bolehnya elakkan berhutang personal loan untuk majlis kahwin. Nanti anak dah masuk 2 pun korang masih duk bayar hutang personal loan tu. Jauhkan diri dari hutang untuk perkara yang tak penting.

✔️Jaga CCRIS rekod korang bagi cantik. Penting. Jangan pula korang dah tahu CCRIS rekod tak cantik, nak mohon loan tak lepas, korang pergi salahkan bank pula.

Kawal hutang dengan baik.

-Petikan daripada website halalmoney.com-

Advertisements

AL-KAFI #706 : HUKUM JUAL BELI EMAS SECARA ATAS TALIAN DAN PENYERAHAN KE DALAM AKAUN PEMBELI

Soalan:

Assalamualaikum. Dato Mufti, boleh saya bertanya sedikit tentang hukam jual beli emas. Hari ni adanya syarikat yg membuat jualan secara online atau akaun. Kita beli dan bayar emas, emas itu dimasukkan dalam akaun. Dan bila kita ingin keluarkn emas itu, boleh dikeluarkan di cawangan-cawangan mereka. Adakah dibolehkan? Sebab setahu saya urusan jual beli emas mesti yadan biyadin.

Jawapan:

Kami kemukakan jawapan daripada kitab Fiqh al-Manhaji (6/72):

Apabila jual beli tersebut membabitkan dua jenis barangan berunsur riba yang berlainan jenis tetapi mempunyai illah riba yang sama (contohnya kedua-duanya dalam bentuk mata wang atau makanan), jual beli ini perlu memenuhi dua syarat bagi menjadikan jual beli tersebut sah dan bersih daripada unsur riba:

  • Akad berlaku secara lani. Akad tersebut mestilah tunai atau serta-merta, yakni akad tersebut tidak menyebut tempoh tertentu bagi penyerahan mana-mana barangan walaupun untuk tempoh yang singkat.
  • Penyerahan barangan berlaku di tempat memeterai akad.

Dalam keadaan ini, kedua-dua barangan tidak perlu mempunyai kadar yang sama. Bahkan dibenarkan jual beli secupak gandum dengan dua cupak barli, atau satu gram emas dengan lima gram perak.

Akad ini dan segala proses berikutnya adalah sah. Namun dengan syarat, tidak dinyatakan sebarang tempoh tertentu bagi penyerahan barangan dan penerimaan berlaku pada ketika itu.

Dalil bagi kes ini ialah hadith daripada Ubadah RA yang dinyatakan sebelum ini:

فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

Maksudnya: “Jika barang-barang ini berbeza, juallah mengikut kehendak kamu selagimana ia dilakukan dengan tangan dengan tangan.”

Riwayat Muslim (4147)

Apa yang dimaksudkan dengan barang-barang dalam hadith ini ialah barangan berunsur riba yang dinyatakan oleh hadith-hadith dan yang seumpama dengannya. Apa yang dimaksudkan dengan berbeza dalam hadith ini ialah barangan yang digunakan sebagai bayaran dalam jual beli ini tidak sama dengan barangan yang dijual.

Apa yang dimaksudkan dengan “juallah mengikut kehendak kamu” ialah kamu dibenarkan berurusniaga dengan barangan ini jika ia bukan barangan yang sama dan tidak disyaratkan barangan tersebut mestilah sama.

Timbul persoalan, apakah penyerahan barang itu mesti dibuat secara fizikal atau boleh dengan cara maya seperti melalui akaun?

Jawapannya, kami berpendapat hukum penyerahan melalui akaun boleh dianggap sebagai satu bentuk penyerahan yang diterima. Ini berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas, dan membuat keputusan, antara lain seperti berikut:

“Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

  • Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
  • Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.”

Rujuk Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (ms. 81)

Majlis Majma’ al-Fiqh al-Islami bagi Rabitah al-Alam al-Islami kali ke-11 yang bersidang di Makkah pada tahun 19-26 Februari 1989H membincangkan isu taqabudh hakiki dan hukmi memutuskan bahawa dokumentasi transaksi dalam bentuk resit dan rekod akaun boleh diterima sebagai salah satu bentuk taqabudh yang sah dan diterima dalam Islam.

Justeru, apabila emas tersebut sudah didepositkan ke dalam akaun pembeli dan direkodkan di dalam sistem dan resit, yang mana pembeli boleh bila-bila masa, mengeluarkan emas tersebut dengan kuantiti berdasarkan dalam majlis akad atau kontrak, maka penyerahan sudah dianggap sempurna. Maka sah akad jual beli emas secara atas talian jika meraikan syarat ini.

Wallahua’lam

Petikan daripada website muftiwp.gov.my link terus ke artikel ni

Ramai kakitangan awam berhutang – Nasional – Sinar Harian

Nak BERHUTANG tu fikir dulu. Dapat duit memey sedap tapi nak membayar sakit jugak hati ni.

Cuba amalkan setiap bulan asingkan 10% dan tukarkan duit tu dalam bentuk Emas.

Tu bukan saja nak tukar, itulah nanti duit kecemasan kita bila kita betul2 terdesak nanti.

Siapa yang selalu short duit tu displinkan tuk simpan EMAS Setiap bulan. In sha Allah ada kelebihan dia.

Source: Ramai kakitangan awam berhutang – Nasional – Sinar Harian

EMAS Modal Perniagaan

Adoi Mana Modal Bisnes ni?
=======================

Kepada yang selalu short duit/modal pusingan bisnes. Ni saya nak share sikit.

✴️Salah satu cara selamat nak simpan untung bisnes tuk buat modal adalah dengan tukarkan dalam bentuk EMAS.

Kenapa EMAS?
=============

Simpan dalam bentuk EMAS lagi selamat sebab EMAS adalah item yang bernilai. Daripada simpan dalam bank. Sedar Tak sedar tetiba je duit tu hilang sikit2 sebab GERAM tengok BANYAK je.

Tapi bila simpan EMAS, kita sayang tau nak jual. Bila dah sayang sikit2 EMAS yang kita simpan tu jadi bertambah dan nak Tak nak terpaksa terima hakikat yang kita dah kaya.

Nak guna tuk modal bisnes, gadai je EMAS tu. Dapat balik untuk tebus balik. Nampak tak, EMAS tu tetap ada dengan kita? Susah betul la!

EMAS sebagai PENGHARGAAN
===========================

EMAS pun boleh je korang jadikan item masa buat promo atau nak bagi Penghargaan pada Ejen korang. Siapa yang buat sales tinggi, bagi Gold Bar EMAS. (rujuk gambar)

Percayalah klau dorang dapat Gold Bar EMAS 1gram pun, tentu dorang excited dan nak buat sales lagi tinggi. Dorang rasa di hargai!

Klik je sini tuk WhatsApp

bit.ly/borakrekemas
bit.ly/borakrekemas

Jom tambah kekayaan dengan Emas

Seminar Percuma Satu Malaysia

‘SEMINAR SIMPAN EMAS’

Bukan emas membuatkan kita kaya, tapi ILMU kita tentang emas yang akan membantu kita menjadi lebih KAYA dengan EMAS. Jadi kalau beli emas, jangan sekadar ada emas, yang lebih penting dapatkan sekali ilmunya.

Setiap Dealer Public Gold mempunyai satu tujuan yang sama iatu mendidik masyarakat tentang Pelaburan EMAS yang betul.

Seminar yang dianjurkan adalah PERCUMA dan ini merupakan platform terbaik bagi anda yang:

1️⃣ Nak tahu kelebihan menyimpan EMAS.

2️⃣ Nak tahu kenapa perlu simpan EMAS.

3️⃣ Nak tambah Ilmu tentang EMAS.

Siapa nak join, boleh terus Register FREE kat sini bit.ly/nakbebas

Atau WhatsApp saya tuk maklumat lanjut klik http://www.wasap.my/60176840288

#seminarsimpanemasmudah #free #seminar #belajaremas #luckydraw #bebashutang #jimat #publicgold #malaysia #brunei #singapore #indonesia

BungaMas & Taifook

Berita baik!

Harga dan spread jongkong Bungamas dan Taifook kini sama seperti LBMA bar!
=========================

Saya gembira bila mendapat tahu yang susutnilai jongkong emas BungaMas dan Taifook telah diselaraskan sama seperti gold bar LBMA.

Dahulu, harga Bungamas dan Taifook adalah lebih mahal dan susutnilai lebih besar (atas sebab GST dan taraf collectors item).

Sekarang, Public Gold telah membuat langkah bijak untuk menyelaraskan harga dan susutnilai antara BungaMas, Taifook dan LBMA bar.

Setiap bar ada kelebihan tersendiri.

Contohnya BungaMas dan Taifook mempunyai design yang sangat cantik dan boleh dibuka casing plastiknya (senang digadai).

Jadi, sekarang ini pembeli emas Public Gold boleh membeli mana-mana jongkong yang anda suka sebab harga dan susutnilai sama aja.

Pilihlah yang mana satu idaman kalbu 😆

Jom like page kami bit.ly/Rekemas untuk update dan info terbaru berkaitan EMAS

Terima kasih Dato’ Wira Louis Ng !

#HappyForThisGoodNews
#tipspelaburanemas #danakecemasan #kongsiilmu #publicgold #pg10 #shariahcompliant #goldbar #dinar #sayajualemas #investasiemas #dirham #emasonline #emasbatangan #logammulia