Category Archives: Uncategorized

Nak Tahu Cara Mudah Bebas Hutang? Baca 3 Tip Bijak Wang ni..

Hutang Ada Banyak Jenis – Gambar Hiasan
Setiap daripada kita memang takkan lari dari masalah hutang. Samada hutang belajar, hutang pinjaman peribadi, hutang kereta, hutang rumah malah ada yang berhutang untuk berkahwin!
Masa nak BERHUTANG tu, elok je rasa macam mampu nak bayar. Bila dah dapat duit dan mula nak start bayar masa tu la terasa duit ni tak cukup.
Masalahnya perlu ke berhutang ni? Bagi saya secara peribadi Tak perlu tapi yela kita bukan orang kaya dan berharga pun. Nak Tak nak kena buat hutang untuk beli asset seperti rumah.
Jadi sebelum anda nak apply mana-mana loan, baca 3 tips ni dulu sebagai persediaan. Selamat membaca dan jangan lupa share tau.

1. Aliran Pendapatan Baru

Sekiranya pendapatan bulanan sering tidak mencukupi, tiba masanya untuk memikirkan cara mendapat aliran pendapatan yang baru. Antara cara yang sering menjadi pilihan adalah memulakan perniagaan secara separuh masa. Kita cipta side income tanpa perlu menjejaskan pekerjaan kita sekarang,
Terdapat pelbagai peluang perniagaan yang boleh dimulakan kini dan medium Internet juga merupakan medium yang ideal untuk memulakan perniagaan sambilan untuk meningkatkan pendapatan bulanan.
Sebagai contoh, anda boleh mulakan dengan menjual barang orang lain atau DROPSHIP. Dropship merupakan kaedah mudah untuk buat duit di internet, Paling penting kita tak perlu simpan stock pun.
Duit Raya - Rack
Cari Duit Raya
Dan antara medium yang paling sesuai ialah melaui Facebook. Ramai sebenarnya yang dah berjaya buit duit online ni. Malah ada yang jadi jutawan pun. Ketahui cara mudah buat side income di sini.

2. Pendapatan Residual

Pendapatan residual bermaksud pendapatan yang berterusan diterima tanpa melakukan kerja berterusan. Antara pendapatan residual yang popular adalah menyewa rumah, melabur, mendapat royalti dari penulisan buku, menghasilkan aplikasi telefon pintar dan banyak lagi.
Sememangnya tidak mudah untuk mendapat pendapatan secara residual, tetapi, ia merupakan antara rahsia menjana pendapatan yang hebat. Sesuatu yang amat berbaloi untuk difikirkan.
Dealership-webslide-2018
Jom Jadi Dealer Public Gold
Antara lain seperti menjadi ejen Jual Emas Public Gold. Tugas ejen-ejen ini adalah mengajar dan mendidik masyarakat tentang kebaikan melabur EMAS dengan cara yang betul. Di samping anda menyampaikan ILMU, anda juga dapat komisyen untuk setiap produk yang berjaya di jual. Kebaikan dua dalam satu.

3. Baca dan Cari Ilmu

Tidak kira apa sahaja bidang yang kita ingin perbaiki diri kita, jawapannya pasti adalah ilmu. Untuk memperbaiki kewangan, semestinya kita perlu mendalami ilmu kewangan. Dapatkan buku-buku kewangan atau baca secara online apa sahaja maklumat dan ilmu kewangan yang ada. Luangkan juga masa menonton video-video di YouTube perihal kewangan.
download
Jom Cari Ilmu
Lebih banyak ilmu kewangan yang diterima, maka lebih kita dapat fahami selok belok kewangan dan tahu apa yang perlu dilakukan serta apa yang perlu dielakkan dalam memperbaiki keadaan kewangan diri.
Ilmu itu merupakan asas kepada setiap yang akan kita lakukan. Sebaiknya elok kita belajar dan fahami supaya nanti tak lah kita tersesat di tengah jalan. Belajar secara online pun boleh, Yang penting kita faham niat dan tujuan kita nak berubah,
Advertisements

Promosi! Promosi! Promosi! Giler mudah beli EMAS ni

Promosi harga emas tengah jatuh.
============================

Sempena meraikan harga emas yang tengah cun melecun, Public Gold buat offer menarik untuk kilobar (jongkong emas 1kg).

Harga sekarang sekitar RM179 ribu ++ (kalau tidak, harga sekitar RM184 ribu).

Daftar dan Beli terus kat sini;

๐Ÿ’ปbit.ly/publicgold-register
๐Ÿ’ปbit.ly/publicgold-register
๐Ÿ’ปbit.ly/publicgold-register

Offer, beli 1kg dapat percuma 5gram gold bar.

Sila tengok gambar kilobar dengan senyuman.

Berminat? PM saya ๐Ÿ˜

๐Ÿ“ฑhttp://segramsebulan.wasap.my
๐Ÿ“ฑhttp://segramsebulan.wasap.my
๐Ÿ“ฑhttp://segramsebulan.wasap.my

Muhammad Daniel Nelison
Authorised Dealer Public Gold
PG00101715

#KilobarPromotion
#PublicGoldDealer #PublicGold #pg10 #pg00101715 #rekemas #emasonline #emasmurah #emasonline #emas999

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS…jom semua kita bangun awal!

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS

1. Bangun Malamโœ… (sekitar jam 3 pg)
– Mandi dan ambil wuduk

2. Solat Sunat Wuduk.

3. Solat Sunat Taubat.โœ…

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).โœ…

5. Solat Sunat Hajatโœ… (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.โœ…

7. Istighfr โœ…

( ุฃูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู…ูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ู‡ููˆูŽ ุงู„ู’ุญูŽูŠูŽู‘ ุงู„ู’ู‚ูŽูŠูู‘ูˆู…ูŽ ูˆูŽุฃูŽุชููˆุจู ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ ) 100X

8. Tahlil โœ…
( ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุงุงู„ู„ู‡ ) 300X

9. Baca Doa Nabi Yunus โœ…

( ู„ุงูŽุงู•ูู„ูŽู‡ูŽ ุงู•ูู„ุงู‘ูŽ ุงู”ูŽู†ู’ุชูŽ ุณูุจู’ุญูŽุง ู†ูŽูƒูŽ ุงู•ูู†ู‘ููŠู’ ูƒูู†ุชู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุธู‘ูŽุง ู„ูู…ููŠู’ู†ูŽ ). 40x

10. Tasbih 40xโœ…

( ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽ ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽ ู„ุงูŽ ุงูู„ู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ) 40X

11. Solat Sunat Fajar.โœ…

12. Solat Subuh.โœ…

13. Baca Yaassin lepas subuh.

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
– Solat sunat sebelum
– Solat sunat selepas

16. Solat Asar.
– Solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.
– Solat sunat selepasโœ…

18. Solat Isya’
– Solat sunat sebelum
– Solat sunat selepasโœ…

19. Sebelum tidur baca :
– Al-Quran
– surah Al-Mulk
– surah Sajjadah
– surah Al-Waqiah

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.โœ…

โ€œ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.”

[Ustaz Ismail Kamus]

## Share ilmu ini utk peringatan semua
Ps: kongsi ilmu walau sedikit moge2 yg sedikit ini membawa kite ke syurga Allah S.W.T in shaa Allah Allahuma Aameen!

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

โ€ข Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
โ€ข Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
โ€ข Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
โ€ข Allah akan sibukkan kita dengan harta.
โ€ข Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

โ€ข Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

โ€ข Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

โ€ข Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

โ€ข Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

โ€ข Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

โ€ข Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

โ€ข Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

โ€ข Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

โ€ข Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

4 Cara MUDAH..wajib baca!

4 Cara MUDAH
=============

Ada 4 cara untuk miliki 10gram gold bar Public Gold yg bernilai ini:

1๏ธโƒฃ Place order online, bayar penuh dan collect di branch PG terdekat.

2๏ธโƒฃ Place order online, bayar secara ansuran 4 kali & collect di branch PG terdekat.

3๏ธโƒฃ Kumpul gram sedikit demi sedikit dalam akaun emas GAP. Kemudian keluarkan gold bar 10gm ini setelah cukup gram nya.

4๏ธโƒฃ dan akhir sekali…
CARA TERMUDAH

Contact saya utk saya uruskan semuanya.๐Ÿ˜

#publicgoldpuchong #publicgolddealer #1gram1bulan #simpanemas #dealeremas #dealerpublicgold #publicgoldsunway #trusted #emasmurah #dinar #pelaburanemas #akaungap #akaunemasgap #malaysia #brunei #singapore #indonesia #rm100 #PGG100Network #pg10 #nextmohdzulkifli #rekemas #publicgold

The Bull market right now is Gold

Hari Rabu lepas, US Federal Reserved telah menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25 point (kadar faedah di US sekarang adalah 2.25%)

Ini adalah kadar faedah tertinggi sejak tahun 2008.

Kenaikan kadar faedah akan menaikkan kos pinjaman individu dan bianes, ia juga menurunkan pendapatan boleh belanja rakyat Amerika.

Ini menyebabkan pasaran saham merudum. Jika anda nak bacaan lebih komprehensif, tengok komen pertama.

Pasaran yang meningkat naik sekarang adalah emas. Sekarang emas telah mencecah USD1260/Oz

Dahulu harga emas dibawah USD1200.

Well, harga emas ini boleh naik banyak lagi.

Jika anda ada duit lebih, letakkan dalam emas.

My buddy Jim Cramer dari Mad Money CNBC ada cakap:

โ€œthe bull market right now is goldโ€

Tuan-puan sekalian, sekarang adalah masa untuk beli emas ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Sila share berita baik ini ๐Ÿ˜

#EmasStartNaik

-daripada FB Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim-

Bia Sikit Janji Ada..

Bak kata mentor saya dalam bukunya Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat

“simpan sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada beli banyak tapi terus berhenti”

Simpan EMAS ni bukan sekadar kumpul kekayaan tapi sebenarnya salah satu cara tuk kita mendisiplinkan diri kita untuk kawal perbelanjaan.

Majoriti daripada kita ada simpan duit dalam bank. Dan entah macam mana tetiba duit yang kita simpan tu ‘HILANG’ sebab rasa geram tengok nombor dan geram nak guna ‘SIKIT’ je.

Paling best bila hujung bulan je mintak sikit bantuan Ehsan. Sebab duit yang kita sebelum ni dah berkurangan.

Tak kisahlah samada gaji anda besar atau kecil, simpan la sikit dalam bentuk emas sebagai ‘FORGOTTEN SAVING’. Kita tak kan tahu bila waktu kecemasan yang memerlukan duit dengan segera.

Berdoalah

“Sayalah Dr. Ishaan..”

Ini merupakan kisah motivasi buat kita yang berada dalam kebuntuan. Ingatlah kita sebagai hambaNYA, hanya DIA yang mendengar dan tahu..semoga bermanfaat

Begini ceritanya..

Di negara Arab Saudi, ada seorang pakar neurologi dijemput untuk menghadiri satu event di sana. Dalam masa yang sama, pakar ini berjumpa dengan seorang tokoh dan mengatakan kepadanya,

“Wahai Sheikh, saya mempunyai satu kisah yang saya alami sendiri untuk dikongsikan kepada kamu.

Tolong sampaikan dan kongsikan cerita saya ini. Semoga ada iktibarnya untuk orang lain.

Anda tahu, saya merupakan pakar neurologi yang terbaik di Pakistan. Sebagai seorang pakar, jadual saya sentiasa penuh. Mana-mana pesakit perlu buat appointment beberapa bulan lebih awal.

Saya selalu ke luar negara. Memenuhi undangan dan jemputan dari pelbagai negara.

Wahai Sheikh, setelah sekian lama ada satu peristiwa saya tidak sesekali lupakan!

Suatu waktu, saya berpergian ke satu kota di Pakistan. Ketika saya menaiki pesawat, cuaca mendung sekali. Langit berdentum dentam dengan bunyi guruh. Ketika di awan, pilot telah melaporkan perlu membuat pendaratan cemas. Salah satu enjin pesawat rosak terkena panahan petir!

Saya tidak tahu di mana kami mendarat. Ianya sebuah pedalaman Pakistan. Lapangan mendaratnya kecil sekali. Kami mendarat dengan selamat. Cuaca hujan masih berterusan dengan gagah membasahi hari kami.

Saya gelisah. Saya perlu segera untuk sampai ke tempat dituju. Saya berjumpa dengan pegawai lapangan terbang.

“Saya mahu cepat sampai ke bandar. Adakah kenderaan lain boleh digunakan?”

Pegawai itu menjawab, “Kamu naiklah kereta. Boleh sampai dalam 3 jam ke tempat kamu ingin tuju.”

Saya tanpa berfikir panjang, terus mengambil sebuah kereta sewa.

Dalam perjalanan yang serba payah, hujan langsung tidak berhenti. Masih lebat turun mencecah ke bumi.

Sampai di satu kampung yang sunyi, pemandu memaklumkan kepada saya bahawa kereta tidak boleh melalui jalan yang semakin becak dengan lumpur.

Kami mengambil keputusan berhenti dulu.

Kami ternampak sebuah rumah di satu sudut yang dikelilingi oleh sawah padi.

“Mari kita singgah sebentar di rumah itu. Boleh kita tumpang solat sekejap”

Dengan hujan yang mencurah lebatnya, seorang wanita tua membuka pintu setelah kami berada di hadapan pintu dan memberi salam.

Wanita tua itu mempelawa kami masuk ke rumahnya. Maka dapatlah kami solat dan berehat sebentar. Dan dalam masa yang sama, saya melihat wanita tua ini sering berdoa dan mengerjakan solat. Sesekali dia meninjau keadaan seorang anak kecil di rumah itu.

Kami pun ingin berangkat pergi dan mengucapkan terima kasih kepada wanita tua itu.

Namun terdetik di hati saya bertanya, “Wahai makcik, siapakah anak kecil itu?”

“Dia adalah anak yatim. Sekarang saya neneknya yang perlu menjaga dia. Dia mengalami kecacatan yang teruk sekali”

“Kami sudah membawa dia berjumpa dengan ramai doktor di daerah ini, tetapi tiada yang berjaya menyembuhkannya”

“Para doktor ini sarankan kepada saya, agar bawalah anak kecil ini berjumpa dengan seorang pakar terkenal di bandar. Hanya dia saja yang boleh merawat masalah anak ini”

“Namun saya dengar, ingin berjumpa dengan doktor pakar ini perlu masa yang lama untuk menempah giliran. Masalahnya, kami hidup susah dan jauh di pedalaman ini.”

“Tidak mungkin saya dapat membawa anak ini ke sana”

“Sejak dari hari itu, saya selalu mengerjakan solat dan berdoa sehinggalah hari ini, agar saya dapat membawa anak kecil ini berjumpa dengan doktor tersebut”

“Ya Allah, mudahkanlah urusan kami. Anak ini sakit. Mudahkanlah ya Allah”

Doktor itu bertanya, “Boleh saya tahu siapakah nama doktor itu?”

Wanita tua itu menjawab, “Nama doktor itu adalah Dr. Ishaan”

Sebaik nama itu disebut, doktor itu terus menangis dan menangis dengan derasnya.

“Mengapa kamu menangis, anak?”

Dengan linangan air mata, doktor itu berkata,

“Doa makcik baru dijawab. Kerana doa makcik, hari ini hujan turun dengan lebatnya, kilat menyambar enjin pesawat. Kami mendarat di tempat terpencil. Kami menaiki teksi. Hujan tidak berhenti. Akhirnya kami terkandas dan menghentikan kami. Kami datang ke rumah ini. Kami masuk dan berjumpa sendiri dengan makcik dan anak kecil ini” ๐Ÿ˜ญ

“Makcik, sayalah Dr. Ishaan. Sayalah yang makcik doakan selama ini. Hari ini saya di rumah makcik kerana doa makcik”

“Maha Suci Allah, doa makcik diperkenankan oleh-Nya”

Linangan air mata kegembiraan jelas terpancar di wajah wanita tua itu..

Dengan terjawabnya doa itu, maka hujan telah berhenti begitu saja secara tiba-tiba.

Allahu akbar!

“Wahai Sheikh, saya telah belajar dari peristiwa ini”

“Allah itu Maha Berkuasa menggunakan apapun yang Dia kehendaki untuk selesaikan sesuatu perkara”

Kisah tentang hebatnya doa!

Kadang-kadang ada masanya, kita rasa malas berdoa. Doanya tidak terbit dan membekas di hati kita.

Selesai solat, nak cepat saja mengejar kembali kesibukan dunia. Tiada wirid. Doanya cepat!

Kita rasa dah usaha sehabis mungkin. Tapi kita kadang lupa, usaha saja tidak memadai jika Yang Maha Berkuasa tidak memakbulkan apa yang kita inginkan.

Ingatlah dan berasa yakinlah, teruskan doa kita tanpa jemu. Sabarlah menunggu. Insha Allah, tiba masanya apa yang kita mahu, tetap datang kepada kita dengan kehendak-Nya.

Semoga Allah merahmati kita semua.

(Tokoh yang berkongsi kisah benar ini ialah Mufti Menk)

Share kisah ni untuk manfaat semua