Category Archives: SSPN-i Plus

Simpan RM500 dapat lagi RM500? Biar betul!

SIMPAN RM500 PERCUMA RM500
********************************

Baru baru ni issue PTPTN hangat diperkatakan netizen. Puncanya sebab JANJI yang diberikan kepada rakyat. Yela sebelum bertukar janji akan dihapuskan, lepas bertukar yang peminjan wajib pulak membayar. Mana tak bising rakyat.

Saya Tak nak ulas tentang tu, bagi saya itu adalah kewajipan kedua-dua pihak. Yang berjanji harus kotakan janji dan yang meminjam harus membuat bayaran balik pinjaman.

Ramai antara kita tak sedar yang PTPTN dah lama wujudkan skim simpanan pendidikan. Saya sendiri pun baru tahu tahun lepas, itu pun sebab terfikir mana nak simpan duit Raya anak-anak selain dalam Tabung Haji. Banyak tau pakej yang mampu mengikut bajet bulanan kita. Ada pakej serendah RM30 SAHAJA setiap bulan untuk seorang anak!

Dan saya sendiri Alhamdulillah dah buat akaun SSPN-i Plus untuk ketiga tiga orang anak saya. Walaupun masih kecil, tapi saya melihat SSPN-i Plus ni baik untuk masa depan pendidikan anak-anak. Paling kurang adalah duit tuk bayar yuran pendidikan mereka nanti. Kita pun tahu kos pendidikan sekarang Tak kan sama dengan kos pendidikan masa depan.

Dan tinggal 4 hari je lagi sebelum tamat tahun 2018. Kerajaan akan berikan Insentif tambahan sebanyak RM500 bagi ibu bapa yang buka simpanan SSPN-i Plus sebanyak RM 500 untuk setiap anak. Senang cerita sorang anak akan dapat RM1000 dalam akaun SSPN-i Plus. Tak ke untung tu!

Ha ni sedikit details tentang PEMBERIAN Insentif dari kerajaan. Jangan baca je tau. Gunakan peluang ni untuk masa depan anak-anak kita.

===============================

Pemberian insentif oleh kerajaan sebanyak RM500, khas untuk rakyat Malaysia yang berumur 7-12 tahun akan berakhir pada 31 Disember 2018 ini.

Insentif percuma RM500 ini diberikan kepada ibu bapa yang menyimpan dalam SSPN untuk anak mereka. Dana sebanyak RM250 juta ini hanya diberikan kepada 500,000 pencarum terawal sahaja.

Ambil peluang ini, buka akaun untuk anak anda sebelum terlambat.

Layari bit.ly/daftaronlineje untuk pembukaan akaun SSPN secara online sekarang!

Klik sini

bit.ly/daftaronlineje
bit.ly/daftaronlineje
bit.ly/daftaronlineje

P/S: Hari ni 27.12 ada lagi 4 hari je lagi sebelum TAMAT!

#GS500
#LoveSSPN
#pendidikan
#masadepan
#kolej
#universiti
#sekolah
#sspniplus

Advertisements

Cabutan WOW! Tahunan SSPN-i Plus

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Post kali ni nak share sikit pasal promo SSPN-i Plus. Menarik tau.

Buka akaun SSPN-i Plus untuk anak-anak je dah boleh dapat peluang menang hadiah.

Simpanan pendidikan anak-anak pun dah terjamin.

Ni details promosi;

✔️Terbuka kepada semua pendeposit yang baharu membuat pembukaan SSPN-i Plus atau penambahan deposit di dalam akaun SSPN-i Plus mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018.

✴️Hadiah Pertama: Wang Tunai RM100,000

✴️Hadiah Kedua: Wang Tunai RM50,000 x 2 pemenang

✴️Hadiah Ketiga: Wang Tunai RM10,000 x 3 pemenang

✴️Hadiah Saguhati: Wang Tunai RM200 x 4,000 pemenang

Jom daftar sekarang;

➖ bit.ly/daftaronlineje9

➖ bit.ly/daftaronlineje9

Jom sertai! Buka akaun SSPN-i Plus sekarang dan tingkatkan peluang anda dengan membuat tambahan deposit di dalam tempoh promosi.

➖ bit.ly/daftaronlineje9

➖ bit.ly/daftaronlineje9

Syarat-syarat penyertaan Cabutan WOW! Tahunan SSPN-i Plus:

Terbuka kepada semua pendeposit SSPN-i Plus yang membuka akaun dan mengekalkan akaun dalam tempoh promosi.

Setiap RM50 layak mendapat satu cabutan tanpa mengira pakej.

Penyertaan adalah automatik.
PTPTN berhak membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya pendeposit didapati tidak layak dan melanggar syarat yang telah ditetapkan.

#sspniplus #pendidikan #sekolah #kolej #universiti #masadepan #belajar #azam2018 #online #ibu #bapa #parenting #takaful #cukai #lhdn #guru #cikgu #ptptn #malaysia

Panduan Kewangan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Untuk post kali ni saya nak share sikit tentang Panduan Kewangan.

Ini merupakan FB post daripada Saudara Taufig Azman(dengan izin) . Selamat membaca dan semoga ianya bermanfaat untuk semua.

1. Panduan Belanjawan – Rule 50/30/20

✴️50% keperluan

✴️30% kehendak

✴️20% simpanan/pelaburan.

  • Ini rule yang boleh kata praktikal & meluas digunakan oleh mereka yang baru nak mula tetapkan bajet bulanan.
  • Lama-kelamaan cuba tingkatkan peratusan untuk simpanan/pelaburan pula.

 

2. Peraturan Dana Kecemasan 3-6 bulan pendapatan

  • Ini merupakan perkara utama yang perlu ada sebagi persediaan menghadapi sesuatu yang tak dapat diduga. (Conthohnya kereta rosak, anak sakit – masuk hospital, diberhentikan kerja dll) Bukan guna tuk beli ayam KFC time tengah bulan tau!
  • Paling elok bagi saya adalah dengan beli dan simpan EMAS. Adanya EMAS, kita boleh gadai untuk gunakan wang dan tebus semula bila kita ada lebihan wang. Nak tahu caranya klik terus kat sini Beli EMAS GAP

 

Beli Kereta

3. Pembelian kenderaan

Beli kereta ikut kemampuan dan ikut panduan ni;

(Harga Kereta = Gaji Setahun & Rule 20/5/10)

  • Harga kereta bersamaan 1 tahun gaji
  • 20% downpayment
  • 5 tahun pinjaman kereta
  • 10% pendapatan untuk bayaran bulanan

 

Buy-A-House

4. Pembelian Rumah

Nak beli rumah bukan mudah tapi tak mustahil. Nak tahu kemampuan, boleh ikut panduan ni:

Harga = 5tahun gaji & Modal 15%

  • Contohnya ; Gaji bulanan 2,500 x 12 x 5 tahun = RM 150000
  • Cari rumah dlm lingkungan RM150k
  • Sediakan modal 15% harga rumah = RM22.5K (deposit & kos berkaitan)

 

Takaful Di Malaysia

5. Pengambilan Takaful

Ini mrupakan saranan dari Malaysian Takaful Association (MTA) sendiri;

Perlindungan 10 tahun TPD (Total Permanent Disability), 3-5 tahun CI (Critical Illnes)

  • Keperluan takaful cover death/TPD – 10 tahun gaji.
  • Untuk CI (Critical Illnes) pula, dalam 3-5 tahun gaji.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

6. Pelaburan – Rule 72

“Rule 72” merupakan satu formula mudah nak tahu berapa tahun satu amaun pelaburan akan menjadi 2 kali ganda.

Contohnya amaun RM10,000 jadi RM20,000;

  • 72 / % tahunan = tahun
  • contoh, pada kadar 6% setahun,
  • 72 / 6 = 12 tahun
  • Ingat ya, pelaburan itu bersifat jangka masa panjang (3-5 Tahun). Jangan mudah percaya pada skim yang janjikan keuntungan dalam jangka masa pendek!

Salah satu platform terbaik untuk melabur adalah dengan melabur di dalam Unit Amanah.

Bagi yang ada mencarum dalam KWSP, anda boleh keluarkan wang dalam akaun 1 untuk tujuan pelaburan. Sangat mudah prosesnya.

Nak tahu lebih lanjut klik sini Pelaburan Unit Amanah

 

Zakat-1

7. Zakat – 2.5% & nisab

Bagi Muslim bila mana harta benda dah melebihi nisab, contohnya di KL RM14,772 maka 2.5% tu ada hak milik ASNAF.

Bayar zakat merupakan satu kewajipan. Setiap yang kita sumbang tu ada kebaikan untuk yang memerlukan. Bukan ke dengan berzakat tu, kita mencucikan harta kita?

Semak kadar nisab di tempat masing-masing.

Share tau post ni. Semoga bermanfaat untuk semua!

 

Mulakan Dengan Pelan Kewangan

1. Misi utama Chris Hogan adalah untuk membantu orang ramai menguruskan kewangan peribadi dan bisnes mereka dengan baik. Beliau jadikan matlamat ini sebagai karier utama selepas bersara daripada sukan American Football.

2. Dan tak dapat nak nafikan, rancangan (atau pelan) tindakan yang baik akan mudahkan kita mencapai sesebuah matlamat dengan lebih mudah.

“FIKIRKAN MATLAMAT KEWANGAN YANG KITA NAK CAPAI, DAN RANGKA PELAN YANG BAIK UNTUK MENCAPAI MATLAMAT INI.”

3. Menurut Hogan, ramai yang dah sedia maklum tentang kepentingan perkara ini. Dan ia cukup mudah untuk kita buat. Tapi, ramai yang terlepas pandang dan ambil mudah.

4. Impian tanpa sebarang pelan atau rancangan, hanya akan berakhir menjadi mimpi yang sia-sia.

Apakah pula pelan kewangan anda? Dah ada? Sebagai permulaan, anda mulakan dengan melabur dalam Unit Amanah dan juga menyimpan EMAS.

Pelaburan Unit Amanah (Unit Trusts) daripada Public Mutual kita jadikan sumber pencen kita bagi yang bekerja di sektor swasta. Manakala menyimpan Emas dalam akaun GAP Public Gold kita jadikan sebagai Dana Kecemasan. Boleh?

P/S: kongsikan tau post ini untuk kebaikan dan semoga bermanfaat kepada yang lain.

#pelaburansah #patuhshariah #publicgold #pencenbergaya #masadepan #unittrusts #unitamanah #publicmutual #pendidikan #ilmukewangan #sharing #investment #bijakmelabur #konsisten #epf #kwsp #financialplan #keluarga #malaysia #brunei #singapore #indonesia

Nasihat Robert Kiyosaki Tentang Pengurusan Kewangan

robert-kiyosaki-best-selling-author
Penulis Rich Dad Poor Dad – Robert T. Kiyosaki

Robert Kiyosaki seorang cukup pakar dalam bab pengurusan kewangan peribadi.

Beliau antara sifu kewangan terbaik antarabangsa, yang banyak membantu ramai orang dalam mengurus kewangan dengan baik.

Buku Rich Dad Poor Dad tulisan beliau merupakan satu fenomena, yang mana isi kandung buku ini banyak membuka mata dan minda orang ramai tentang soal kewangan.

Berikut antara 7 Nasihat Beliau tentang KEWANGAN;

#1: Ilmu kewangan adalah kunci utama kekayaan semua orang.

Finance KnowledgeRobert Kiyosaki pernah kata:

“SAYA CUKUP GHAIRAH (PASSIONATE) MENGAJAR DAN BAGI ORANG LAIN PANDAI URUSKAN KEWANGAN MEREKA.”

Sebab itu, Kiyosaki mencipta board game Cashflow dan kongsikan ilmu dengan wujudkan syarikat Rich Dad, supaya beliau dapat kongsikan macam-macam ilmu kewangan kat orang ramai.

Corak permainan seperti Monopoly. Ia direka berdasarkan senario masalah kewangan kat dunia sebenar.

Sambil bermain, kita akan belajar sekali selok-belok dan ilmu berguna tentang pengurusan kewangan. Dan ilmu seperti ini 100% tak akan buatkan korang rugi.

Kita hendaklah tambah ilmu dan belajar dengan membaca buku, berguru dengan mentor yang bertauliah, atau datang ke kelas atau seminar kewangan.

Yang paling penting, belajar dan terus belajar serta memperkasakan diri dengan ilmu kewangan yang baik.

Tambah beliau lagi:

“ILMU YANG BAIK AKAN JADIKAN KITA BERSEDIA UNTUK HADAPI SEGALA KEMUNGKINAN PADA MASA DEPAN, TAK KIRA BAIK ATAU BURUK, DALAM MENCAPAI STATUS BEBAS MASALAH KEWANGAN.”

#2: Elakkan diri jadi hamba duit.

Money Slave

Sebenarnya tak ada orang pun yang ambil kisah pasal kewangan kita, melainkan diri kita sendiri. Dan sepatutnya, kita yang jadikan duit sebagai hamba. Bukan sebaliknya.

Kalau kita pandai simpan dan uruskan duit, kita boleh gandakan duit itu secara automatik, tanpa perlu kita bekerja.

Siapa yang nak bekerja mencari duit sampai ke tua? Dah tua nanti (dengan izin Allah S.W.T), patutnya kita dah boleh berehat dan luangkan masa bersama anak cucu, dan nikmati kehidupan yang bebas masalah kewangan.

Atau kita buat perkara yang memang kita ingin kita buat lebih awal tanpa perlu memikirkan langsung tentang masalah kewangan. Mana yang anda nak pilih?

Kiyosaki juga menambah:

“MULA BERTANGGUNGJAWAB URUSKAN KEWANGAN, ATAU BERSEDIA MENJADI HAMBA DUIT SEPANJANG HIDUP ANDA.”

Siapa yang sanggup jadi hamba duit? Jadi, mula belajar untuk jadikan duit sebagai ‘hamba’ kita.

#3: Sentiasa bayar ‘gaji’ kat diri sendiri. 

Gaji Masuk

Dalam membuat sesuatu bajet, bukan bermakna kita cuma perlu bayar segala bil yang ada. Dan bukan juga untuk berbelanja sesuka hati (walaupun kita berhak).

Maksud Kiyosaki adalah “ketepikan sejumlah duit untuk dibuat pelaburan”. Inilah gaji kita sebenarnya.

Di dalam buku beliau, ada diceritakan di mana semasa beliau dan Kim (isteri beliau) baru berkahwin, mereka sangat komited untuk melabur. Setiap bulan, mereka akan simpan sebahagian pendapatan sebagai bajet untuk dibuat pelaburan.

Duit yang disimpan itu mereka gunakan untuk membeli aset supaya dapat menjana pendapatan pasif yang positif. Apa pendapatan Pasif yang anda dah buat dengan pasangan? Dah ada ke belum?

#4: Sediakan diri dengan pelan kecemasan.

emergency-fundUmum mengetahui tentang situasi ekonom sekarang. Peluang untuk dibuang kerja atau diberhentikan itu bukan sesuatu yang dapat kita jangkakan.

Minta dijauhkanlah daripada terkena. Tapi jika terkena,ia adalah hakikat yang paling pahit yang harus ditelan. Ha mesti ada yang mula bayangkan. Betu tak?

Itu baru hal kehilangan pekerjaan. Belum lagi tentang masalah lain yang tak diundang seperti jatuh sakit (masalah kesihatan), kenderaan rosak, anak sakit dan bermacam lagi.

Sebagai langkah persediaan, buat satu Pelan Kecemasan dan buat Simpanan Kecemasan (Dalam bentuk EMAS) supaya kita tak kelam-kabut bila masalah ini datang secara tiba-tiba.

“SITUASI KECEMASAN YANG TAK DIDUGA AKAN MENGGANGU EMOSI SECARA NEGATIF.

BILA KITA BEREMOSI, KITA TAK BOLEH BERFIKIR SECARA TENANG DAN WARAS.”

#5: Guna duit untuk tambah aset.

Asset vs Liabilities

Gunakan duit untuk menambah aset (seperti hartanah), supaya kita boleh menjana pendapatan untuk jangka masa panjang (sewa rumah).

Kiyosaki juga ingatkan, rumah (yang kita duduk) tak dikira sebagai sebuah ASET.

“Selagi kita perlu keluarkan sejumlah duit untuk menanggung rumah itu, seperti yuran utiliti, cukai, insurans, penyelenggaraan dan sebagainya, ia merupakan liability”

Dalam bahasa mudah, ASET adalah perkara yang menambah jumlah duit dalam akaun bank kita. Ini adalah satu perkara yang ramai orang tak tahu dan salah anggap. Saya pun!

#6: Tahu bezakan antara “hutang baik” dan “hutang tak baik.”

Good Debt vs Bad Debt“LANGKAH PERTAMA DALAM STRATEGI BERHUTANG ADALAH FAHAMKAN BEZA ANTARA “HUTANG BAIK” DAN “HUTANG TAK BAIK”.” – ROBERT KIYOSAKI

Hutang kad kredit adalah salah satu contoh “hutang tak baik.” Ini sebab ia akan jadi beban pada kita, dan tak berikan kita untung langsung.

Kiyosaki kata, “tak semua hutang adalah hutang yang tak baik dan bermanfaat”

Sebagai contoh, gadai janji untuk membeli hartanah yang boleh disewakan adalah “hutang baik” yang boleh kita buat. Sebab ia akan menjana pendapatan pasif untuk kita setiap bulan.

Kiyosaki kongsikan pengalaman beliau kat bawah ini:

“KIM DAN SAYA PERNAH ADA BANYAK “HUTANG TAK BAIK” INI, DAN KAMI URUSKAN IA SECARA SISTEMATIK.

DAN KAMI TAK TAMBAH HUTANG INI SELEPAS DAH BERJAYA SELESAIKAN SEMUANYA.”

Dan ini nasihat Kiyosaki tentang “hutang baik”:

“SAYA DAN KIM SENTIASA MENCARI JALAN BARU DAN KREATIF UNTUK GUNAKAN “HUTANG BAIK”, SUPAYA IA MEMBANTU BISNES DAN PELABURAN HARTANAH YANG KAMI BUAT.

TAK SALAH GUNAKAN HUTANG JENIS INI, SELAGI IA MENAMBAH DUIT DALAM AKAUN KITA.”

#7: Bekerjasama dengan orang yang berkongsi matlamat dengan kita.

10-rich-habits

Bila berkaitan tentang perniagaan dan pelaburan, kita perlukan sokongan untuk Berjaya.

“Wang penting untuk kekayaan, tapi ia hanyalah sebuah komponen saja”, jelas Kiyosaki.

“YANG MEMBANTU KITA BERJAYA MENCAPAI KEKAYAAN, ADALAH BERJUANG BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG YANG SAMA MATLAMAT DENGAN KITA.”

Seperti orang kaya dan berjaya, mereka semua ada tim tersendiri. Mustahil mereka boleh berjaya kalau bekerja seorang diri.

Carilah orang yang sama mentaliti dengan kita, dan bekerja dengan mereka. Dengan ini, kita boleh bertukar pendapat dan pandangan supaya bisnes atau pelaburan menjana lebih banyak untung.

Semoga 7 Nasihat ni bermanfaat untuk semua. Teruskan mencari Ilmu Kewangan dan belajar daripada mereka yang dah berjaya tau.

Jumpa lagi dalam post yang seterusnya.

P/S; Artikel diedit dan dipetik daripada http://gilahartanah.com

Duit Belajar Anak-anak

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.

Pernah tak kita terfikir, dari mana datangnya duit tuk pembiayaan pelajaran anak-anak di peringkat tertinggi kelak?

Ni dua cara yang biasa kita akan buat untuk merealisasikan impian mereka;

1️⃣ Mohon biasiswa

2️⃣ Buat Pinjaman

Tahu tak sebenarnya kita boleh buat simpanan pendidikan tuk anak-anak kita sendiri?

Betul ke boleh? Mestilah. Ini antara kelebihannya;

✔️ Serendah RM30 SAHAJA.
✔️ Dijamin Kerajaan pulak tu
✔️ Ada perlindung takaful lagi. Bila terjadi sesuatu pada kita, simpanan pendidikan anak-anak terjamin.

Tak kisah la kat mana anak-anak kita akan belajar kelak. Yang penting kita dah ada dan siapkan bekalan Belajar tuk mereka.

Ini yang perlu kita ingat;

📈 Kos Belajar akan meningkat.

📈 Kos Sara Hidup hidup juga akan meningkat.

Dan jangan bebani hidup mereka dengan HUTANG!

Mulakan simpanan pendidikan anak di sini Online Je

“Mudah, cepat dan jimat masa!”

#pendidikan #sekolah #kolej #universiti #masadepan #belajar #azam2018 #online #ibu #bapa #parenting #takaful #cukai #lhdn #guru #cikgu #ptptn #PTPTN20Tahun #malaysia #bebashutang #biasiswa #sayanganak

Akulah Penyebabnya

AKULAH PENYEBAB KELUARGA SAHABAT BAIK AKU MENDERITA SELEPAS SUAMINYA MENINGGAL DUNIA.

Ini adalah cerita sebenar yang telah berlaku lebih setahun yang lalu kepada sahabat baikku Norita. Dia bekerja sebagai pegawai kewangan di hospital kerajaan di Johor, telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Pada ketika itu juga, dia sedang mengandung 2 bulan. Hidup mereka sekeluarga sangat bahagia.

Norita yang aku kenali dari zaman belajar di MRSM Kuala Berang, Terengganu adalah seorang yang sangat ceria dan periang. Kami sangat rapat dan sentiasa berkongsi kisah suka duka bersama-sama. Pendek kata, kami adalah sahabat baik dunia akhirat.

TAKDIR ALLAH MENGUBAH SEGALANYA…

Norita yang periang dan ceria kini berubah kepada seorang yang murung dan sugul. Allah telah menguji keluarga Norita dengan kehilangan suaminya akibat serangan jantung. Dia hilang tempat bergantung dalam sekelip mata. Lebih terbeban apabila duit simpanan yang ada terpaksa digunakan untuk menampung kos perbelanjaan harian dia dan anak-anak serta komitmen lain.

Semasa aku melawat Norita, dia berkongsi ketakutan dan kegusaran untuk meneruskan kehidupannya selepas ini. Sejak dari itu, aku mula dihantui rasa bersalah yang teramat sangat kerana tidak berkongsi perkara yang boleh menyelesaikan masalah yang terjadi kepada sahabat baik aku.

Kehilangan ini menyebabkan dia tidak dapat tidur malam memikirkan bagaimana hendak menempuh liku-liku kehidupan membesarkan 3 orang anak-anak yang masih kecil dan seorang anak yang masih dalam kandungan berusia 2 bulan tanpa suami tercinta di sisi.

KATA HATIKU…

Jika aku berkongsi perkara ini sebelum Norita kehilangan suami, pasti dia tidak perlu tanggung semua bebanan ini. Aku bukan lupa, aku bukan sengaja lengah-lengahkan, tetapi aku tidak menyangka perkara ini akan terjadi kepada sahabat baik aku.

Astagfirullah… aku rasa berdosa sangat. Tuhan sahaja yang boleh ampunkan dosa-dosa aku. Kerana aku, kebajikan 3 orang anaknya terabai. Komitmen yang selama ini dikongsi bersama arwah suaminya terpaksa ditanggung oleh sahabat baikku seorang diri.

Mungkin saja disebabkan perkara ini belum terjadi pada keluarga aku, menyebabkan aku tidak mengambil inisiatif untuk berkongsi. Aku bukan lupa, aku bukan sengaja lengah-lengahkan, tetapi aku tidak menyangka perkara ini akan terjadi kepada sahabat baik aku.

Ya, aku tau, aku hanya memikirkan kebajikan keluargaku sahaja. Sedangkan dia adalah sahabatku dunia akhirat. Maafkan aku sahabatku. Ya Allah… aku pentingkan diri sendiri selama ini.

AKU SEPATUTNYA BERTINDAK LEBIH AWAL

Aku merupakan pendeposit simpanan SSPN-i Plus sejak 2 tahun yang lalu. Aku tau, jika perkara yang sama terjadi kepada keluargaku, sekurang-kurangnya manfaat perlindungan takaful akan diterima dapat meringankan beban oleh keluargaku.

Duit bukan segalanya. Tapi aku tau, jika keluarga aku mendapat pampasan minimum RM40,000 dengan simpanan tabungan pendidikan anak sebanyak RM30 sahaja sebulan, sekurang-kurangnya ia mampu membantu mengurangkan beban anak-anak dan keluarga yang masih tinggal.

Kita tak mampu melawan takdir, tapi sekurang-kurangnya kita mampu merancang untuk masa depan anak-anak kita. Aku berdoa semoga Allah mudahkan urusan sahabat baikku dalam membesarkan anak-anakya. Amin..

Dengan rasa tanggungjawab dan sayang kepada sahabat baikku, aku daftarkan akaun untuk ketiga-tiga anaknya untuk mengelakkan perkara ini terjadi lagi. Mulai saat ini, aku dan Norita sering berkongsi tentang pelan simpanan ini agar apa yang Norita lalui menjadi pengajaran.

Apa yang aku dan Norita kongsikan merujuk kepada Pelan Simpanan Pendidikan SSPN-i Plus. Kalau nak tahu kebaikan Pelan simpanan ini boleh merujuk dibawah ringkasan seperti dibawah ini.

===
INI ANTARA KEBAIKAN JIKA MENYIMPAN DI SSPN-i PLUS :
===

➨ Patuh syariah

SSPN-i Plus merupakan produk simpanan patuh syariah untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.

➨ Pelepasan taksiran cukai

Pendapatan pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.

➨ Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.

Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00.

Tiada pemeriksaan kesihatan*

➨ Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.

➨ Layak memohon pembiayaan pendidikan (PTPTN).

➨ Simpanan dijamin oleh Kerajaan.

Jika anda sayangkan anak-anak, keluarga dan sahabat anda, bertindaklah sekarang, jangan bertangguh.

Untuk pembukaan akaun SSPN-i Plus, klik terus di sini Daftar Online

#LoveSSPN #pendidikan #sekolah #kolej #universiti #masadepan #belajar #azam2018 #online #ibu #bapa #parenting #takaful #cukai #lhdn #guru #cikgu #dividen #untung