1️⃣Bank Negara Malaysia akan mengkaji dan mengadakan kawalan ke atas matawang digital, cryptocurrency.
2️⃣Kawalan ke atas matawang ini dijangkakan akan mengurangkan “degree of freedom” bagi penggunaan matawang ini, walaupun kesan sebenar belum dapat dipastikan memandangkan matawang digital adalah dibangun dari spekulasi semata-mata.
Satu persoalan yang penting yang boleh kita bahaskan ialah mengapa bitcoin boleh muncul?
3️⃣Bitcoin muncul tidak lain kerana kelemahan matawang sedia ada. Matawang kertas (fiat money) yang digunakan di seluruh dunia ternyata bersifat terikat dengan bank negara di setiap negara.
4️⃣Wang kertas yang dikeluarkan oleh bank negara hanya sah laku nilainya di negara tertentu sahaja serta tidak mempunyai nilai intrinsik.
Namun adakah ini bermakna bitcoin merupakan penyelesaian terbaik?
5️⃣Ternyata Bitcoin juga mempunyai kelemahan seperti ketiadaan nilai intrinsik dan bergantung pada spekulasi semata-mata.
6️⃣Nilai bitcoin juga hanya bertahan selagi tidak ada teknologi yang lebih hebat yang mampu memanipulasi nilainya.
✔️Oleh itu kembali kepada penggunaan matawang sandaran emas dan perak sahaja merupakan alternatif yang memenuhi fitrah manusia, sebagaimana kedua logam ini dituntut syarak sebagai matawang yang sah diperlakukan sehingga hari Kiamat.
-sumber dari FB-
Silakan share semoga bermanfaat