Category Archives: MOTIVASI

Dah Ada Goal Setting? Ni 7 Point Penting Korang Patut Tahu…

Pernah dengar tentang goal setting? (penetapan matlamat) Ia merupakan senarai target yang ingin dicapai dalam hidup anda.

Bagi yang belum ada atau masih terkial nak senaraikan list target. Boleh rujuk gambar bawah. Anda boleh meletakkan goal setting di dalam 7 kategori dalam hidup anda iaitu;

7 Kategori Goal Setting
  • Pendapatan – Adakah anda mempunyai target untuk tingkatkan pendapatan? Atau pun anda target mahu mencipta pendapatan sampingan kedua atau ketiga. Contohnya dengan cari bisnes kedua.
Bukan Lagi Dalam Poket Ada Habuk
  • Kekayaan – Adakah anda mempunyai target untuk meningkatkan kekayaan anda? Contoh paling senang ialah meningkatkan nilai simpanan emas anda.
Kucing Pun Nak Kaya!
  • Fizikal / kesihatan – Contohnya, usia semakin meningkat. Adakah anda ingin meningkatkan kesihatan fizikal. Lebih banyak bersenam, banyak berlari, jogging, kurangkan minuman manis, makanan berlemak atau paling senang nak kurangkan berat badan.
Hidup Tak Bergantung Pada Ubat-Ubatan
  • Kerohanian – Anda bercadang untuk memperbanyakkan amalan kerohanian, banyak pergi sembahyang berjemaah, banyakkan bersedekah, memperbaiki bacaan Al-Quran.
Ramai Yang Tahu Tapi Tak Memahami
  • Keluarga – Adakah anda ingin membawa keluarga melancong ke mana-mana? Ingin menghabiskan lebih masa dengan anak-anak? Nak ada privacy activities dengan pasangan? Letakkan goal anda!
Masa Bersama Keluarga
  • Rekreasi / hobi – Adakah anda mempunyai impian untuk mengunjungi tempat-tempat tertentu? Negara-negara tertentu? Mungkin tiba masanya untuk take it seriously. Letakkan matlamat untuk pergi ke sana dan tetapkan tarikhnya.
Masa Untuk Mengembara!
  • Kerjaya – Adakah anda ada matlamat kerjaya? Contohnya nak pergi training? Nak lulus apa-apa peperiksaan yang boleh meningkatkan nilai kerja? Professional qualification exam?
Kemuncak Kerjaya

Dengan kata lain, penetapan matlamat bukan sekadar duit ringgit. Ada 7 kategori yang boleh anda letakkan matlamat.

Diharapkan perkongsian ini akan membuka minda anda. Kita boleh letakkan matlamat dalam banyak kategori. Bukan sekadar wang ringgit sahaja.

Kredit kepada Mahaguru EMAS Tuan Syukor Hashim

Advertisements

3 langkah nak berjaya dalam kehidupan…

UBAH DIRI DAN MINDSET
Semuanya bermula dengan anda sendiri bukan orang lain. Anda yang buat keputusan apa tindakan seterusnya, Ubah mindset anda, setiap pagi tetapkan mindset yang anda ingin capai apa yang anda perlu capai. Kuatkan mindset anda dengan ilmu-ilmu yang penting kerana ini adalah dipanggil sebagai Self Development.

Public Gold Price – Cara Mudah Nak Beli Emas

MATLAMAT YANG JELAS
Jika anda naiki kenderaan, anda juga kena dan wajib jelas dengan lokasi yang anda ingin sampai betul? Sama juga macam dalam bisnes, kalau anda jelas matlamat anda insyallah lebih mudah dan percaya boleh dicapai. Jelas dengan numbers yang anda ingin capai. Kenalpasti bila nak capai dan bagaimana nak capai. Itu sangat penting dan tidak berhasil kepada mereka yang hanya duduk saja.

Public Gold Price – Cara Mudah Nak Beli Emas

CONTOHI ORANG YANG BERJAYA
Cakap nak berjaya macam orang yang dah berjaya, tapi tak ikut apa yang mereka buat. Macam mana nak berjaya. Anda ikut apa yang orang berjaya buat, insyaallah anda adalah orang yang seterusnya. Orang berjaya sentiasa perbaiki diri, hati dan sentiasa merendah diri semasa untuk menuntut ilmu. Dan sentiasa cari gurunya untuk dapatkan kepastian tentang tindakan yang bakal dilakukannya.

Public Gold Price – Cara Mudah Nak Beli Emas

Ini sahaja yang aku mampu tinggalkan..

“Encik cuma ada lagi 3 bulan je tinggal, saya cadangkan Encik perbanyakkan masa bersama keluarga terutama sekali anak-anak yang masih kecil” pesan doktor pakar kepada Johan.

Kata-kata doktor masih lagi terngiang di dalam kepala Johan, semenjak disahkan menghidap kanser hidung. Hidupnya kini berubah 360 darjah. Dengan anak-anak yang masih kecil, dia bimbang tentang masa depan mereka kelak.

Dan Johan masih merahsiakan hal ini daripada keluargnya sendiri. Dia tak mahu mereka terasa terbeban, lebih-lebih lagi isterinya yang tercinta. Perubahan yang berlaku pada Johan turut dirasai oleh sahabat baiknya Zainal.

“Johan..sejak dua menjak ni, aku tengok ko lain macam je. Makin senyap dan selalu termenung je. Ada masalah ke? tanya Zainal kepada Johan semasa mereka sedang makan bersama.

“Wei Johan! Dengar tak apa yang aku cakap ni?” Soal Zainal lagi melihat tiada respon daripada sahabatnya itu.

Johan hanya tersenyum melihat sahabat yang dah lebih sepulu tahun dikenalinya itu. Masih bersama dari awal bekerja sampailah kini setelah masing-masing berjaya dan stabil.

“Aku okey je bro” jawab Johan. Dia termenung lagi.

“Ko sakit ke? Ada masalah kewangan ke? Ke nak buka cawangan baru ni?” Zainal masih belum berpuas hati dengan jawapan Johan. Dia tahu Johan sembunyikan sesuatu daripadanya. Johan yang dia kenal, jarang berahsia. Pasti ada yang akan dikongsikan.

Johan melihat keluar, dia menarik nafas yang dalam. Melepaskan secara perlahan. Dia masih terasa berat untuk kongsikan penyakitnya itu. Namun dia tahu, dia harus kongsikan kerana lambat laun orang lain akan tahu juga.

“Abi..bila besar nanti, Adam nak masuk Universiti. Nak belajar jadi Doktor Pakar. Nak tolong rawat orang sakit..” kata anaknya Adam semasa mereka beriadah di taman.

Kalau Adam nak jadi Doktor, kene belajar pandai-pandai tau” pesan Johan kepada anaknya itu. Adam mengangguk dan berlalu untuk bermain dengan adiknya. Johan sebak, adakah Adam dapat meneruskan cita-citanya itu bila dia sudah tiada nanti?

“Aku ada satu rahsia yang aku nak bagitau ko nal” Johan bersuara. Zainal memandang tepat ke wajah sahabatnya itu.

“Aku disahkan mendapat kanser hidung” Johan mula bercerita. “dan aku ada masa lagi dua bulan lebih je lagi tuk hidup”

“Ko biar betul wei!” Zainal terkejut. Dia tak sangka itu yang dia akan dengar daripada mulut Johan.

Betul la. Tak kan aku nak tipu” Johan balas tanpa riaksi. “Doktor dah sahkan. Sekarang ni aku rasa berat sebab aku tak tahu macam mana dengan anak-anak aku nanti bila aku dah takde lagi”

Zainal betul-betul terkejut. Dia tergamam. Sahabat baiknya itu akan pergi tak lama lagi.

“Nal, aku risau tentang masa depan anak-anak aku. Risau macam mana dengan pembelajaran dorang nanti. Aku tak nak dorang tercicir dalam pelajaran. Aku nak dorang dapat belajar setinggi yang boleh”

Johan melihat gambar keluarganya di dalam handphone. Sedih. “Aku cuma nak dorang berjaya walaupun aku dah takde lagi” tambahnya. Zainal hanya diam. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya itu.

“Tapi bukan ke ko ada buka SSPN-i Plus tuk dua orang anak ko tu?” tanya Zainal untuk pengesahan. Dia tahu Johan seoarang yang berpandangan jauh. Seorang yang mempunyai perancangan.

“Ye betul, tapi bila aku dah takde nanti. Mana cukup simpanan tu?” Johan teringat akan akaun SSPN-i Plus yang dia buka untuk anak-anaknya. Dia mula buka akaun seawal usia sebulan bagi kedua-dua anaknya.

“La ko tak tahu ke SSPN-i Plus ada bagi manfaat takaful untuk setiap anak-anak jika pendeposit meninggal dunia?” kata Zainal sambil menaip sesuatu di dalam handphonenya. “ko tengok ni”

“Tu kan manfaat yang waris ko akan dapat bila apa-apa terjadi kat ko nanti?” tunjuk Zainal. “Sejak ko cerita pasal buka akaun SSPN-i Plus tuk anak ko dulu, aku kaji dan aku sendiri dah buka tuk anak aku”

“lagipun simpanan SSPN-i Plus ni dijamin kerajaan. Aku buka sebab yela kita tak tahu bila ajal kita akan tiba. Jadi sebagai persediaan, aku buka akaun tuk anak-anak aku” terang Zainal lagi. Johan melihat gambar. Kurang sedikit kerisauannya.

“La betul la, aku ada buka akaun SSPN-i Plus ni.” Johan kembali senyum. Dia lupa yang dia ada buka dan setiap bulan tak pernah tinggal untuk menyimpan kerana dia buat pemotongan melalui gaji.

“Aku tahu ko Man With A Plan Johan, ko pun ada buat pelaburan lainkan. Sedikit sebanyak, pelaburan ko tu, anak dan isteri ko juga yang akan guna. Takde la dorang rasa terbeban sangat bila ko dah takde nanti” kata Zainal bagi menaikkan semangat Johan.

Dia kenal Johan seorang yang kuat dan sanggup berkorban wang ringgit demi keluarga. Dia sangat kagum dengan sahabatnya itu. malah Johan sanggup menepiskan impian peribadinya sendiri demi masa depan anak-anaknya.

“Sebagai sahabat, aku boleh tolong ikut kemampuan aku. Selebihnya kita berserah pada Allah. DIA yang menentukan. Dan ALLAH juga sebaik-baiknya perancang.” Pujuk Zainal.

“Untuk masa yang ada ni, elok ko banyakkan masa dengan keluarga. SOLAT pun jangan lupa, bukan nak mintak tangguh tapi nak kuatkan hati menghadapi saat tu nanti. Sentiasa ada di dalam Masjid”

Zainal menasihati sahabatnya dan nasihat itu juga adalah untuk dirinya sekali. Kerana dia tahu Ajal Maut ditangan Tuhan. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?

MENUMPANG DENGAR PUN JADILAH

Saya hadir awal ke masjid pada satu hari jumaat, saya duduk beriktikaf sambil membaca al Quran. Tetiba saya rasa seseorang datang duduk disebelah saya dan merapati kepalanya kepada saya. Saya berhenti membaca dan beralih kepadanya sambil senyum.

Seorang lelaki yang lebih tua dari saya, membalas senyum dan berkata, “Tumpang dengar bacaan ustaz. Saya dah tak boleh baca al Quran, mata tidak nampak baris. Ustaz baca kuat sikit”. Pandangan matanya penuh mengharap. Pada wajahnya ada nur keimanan.

Saya meneruskan bacaan dengan suara yang sedikit kuat agar dia boleh mendengarnya. Dia tunduk khusyuk mendengar, jarinya menguis-nguis karpet masjid. Beberapa ayat berlalu, saya terperasan dia mengesat air mata, bahkan setitik dua telah jatuh ke karpet masjid. Tangisannya semakin menjadi bila saya terus membaca dan menjadi esakan.

Baca Al Quran – Gambar Hiasan

Saya berhenti seketika, menyapu belakangnya dan memeluk bahunya ke tubuh saya. Bisiknya, “Ustaz, masa muda dulu, saya jarang baca al Quran, khatam Quran hanya sekali masa bebudak dulu. Bila dah tua begini, baru teringat, tetapi mata pula sudah tidak nampak, jika baca pun banyak yang salah”. Mukanya dipekup ke bahu saya.

Saya memujuknya dengan kata pahala yang mendengar adalah ibarat yang membaca juga. Saya mencadangkan dia membaca surah yang dihafalnya walau berulangkali, kerana nabi pun menghafal bukan membaca pada mushaf, nabi bertadarus dgn Jibril. Kata kata ini membuat ia lega dan saya meneruskan bacaan.

Saya nak mengajak anda mengambil iktibar dari hal ini. Bacalah al Quran bila ada kesempatan, bahkan cari kesempatan dan ruang ketika masih muda, mata masih terang, pandangan masih cerah, tubuh masih boleh duduk mengadap al Quran. Ingatlah, semua kita akan tua, Allah akan menarik balik satu demi satu nikmat yang diberi kpd kita bersama tuanya umur, satu darinya ialah mata.

Kredit Replubika Online

Manfaatkanlah mata untuk melihat kebaikan, membaca al Quran, kalimah Allah ketika masih diberi kesempatan. Ingatlah setiap anggota akan menjadi saksi di akhirat, maka biarlah mata kita bersaksi dia kerap melihat ayat al Quran, lidah bersaksi menuturkan ayat al Quran, jari bersaksi menunjukkan ayat al Quran yang dibaca, telinga bersaksi mendengar ucapan dari mulut.

Rasulullah saw bersabda, “Bacalah al Qur’an, sesungguhnya dia akan datang di hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi yang membacanya” [HR Muslim].

Berapa ramai manusia jika diperhatikan bila berada di dalam masjid, tidak membuka al Quran, kekadang ada yang membuka hp tengok wassap dan bermain game (bukan semua). Sebaliknya mereka melangut sana sini, membilang siling, merenung karpet, mata pejal – terangguk angguk. Satu dari faktornya ialah tidak tahu baca al Quran dan tiada keinginan untuk membacanya kerana tidak dibiasakan.

Main Handphone – Gambar Hiasan

Seperkara lagi pihak AJK Masjid sepatutnya meletakkan rak al Quran di banyak tempat dalam masjid agar mudah dicapai, bukan sekadar diletak dlm almari di saf depan. Mushaf al Quran bukan untuk pameran, ia untuk dibaca.

Dari Ibnu ‘Abbas ra beliau berkata: Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya orang yang tidak ada dalam dirinya sesuatu pun dari al Qur’an laksana sebuah rumah yang kosong (runtuh).” (Riwayat Tirmizi, beliau berkata: Hadits ini hasan sahih)

Orang tua itu adalah satu iktibar yang Allah datangkan. Semasa di Masjidil Haram, saya juga biasa didatangi orang sebegini, merapati untuk menumpang mendengar bacaan al Quran setelah diri tidak berupaya. Jika orang tua ini masih berusaha walau hanya untuk mendengar al Quran, tanyalah diri kita, kita ditahap mana?

Kredit kepada empunya post..Silakan share untuk manfaat semua

Dakwah itu Ada Pelbagai…Jangan mudah menilai takut nanti terkena diri sendiri

Post kali ni tak da kaitan dengan sesiapa pun, cuma sekadar perkongisan sebab ada antara kita bila ada yang ditimpa musibah pasti akan terus beranggapan yang bukan-bukan.

Bukan nak menenangkan malah terus dihentamnya kerana merasakn itu balasan daripada TUHAN. Ish..ish..ish tak baik tau. Kongsi tau post ni, sekadar peringatan kita bersama.

===================================================

Pada suatu malam, rumah seorang lelaki kaya dimasuki perompak. Banyak hartanya yang hilang dan ahli keluarganya dicederakan, namun masih selamat.

Keesokan hari, seorang ‘ustaz’ datang menziarahinya.

“Mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa kamu. Orang berharta sering lalai dengan hartanya, tidak membayar zakat, tidak mahu bersedekah, tidak memandang mereka yang fakir, kedekut dan asyik mengejar kekayaan.

Tuhan mahu membersihkan harta-harta kamu. Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu.”

Orang kaya yang sedang bersedih itu bertambah sedih. Dia hanya mendiamkan diri dan tidak henti beristghfar sesungguh hati.

Apa yang si ‘ustaz’ tidak tahu ialah si kaya itu seorang yang dermawan, cuma dia tidak menghebahkannya. Dia membantu dan membangunkan sebuah perkampungan yang para penduduknya lebih dhaif dan susah.

Dia juga membinakan masjid untuk mereka. Banyak lagi kebaikan dan ibadah lain yang dilakukan oleh si kaya tanpa memberitahu sesiapa mengenai aktivitinya itu termasuk kepada pembantu dan rakan-rakannya.

Si kaya hanya memberitahu beberapa aktiviti kebajikan dan sedekah yang dilakukannya kepada penduduk kampungnya sendiri. Penduduk kampungnya pula tidak sedhaif penduduk kampung yang dibantunya.

Masjid di kampungnya besar dan dibangunkan atas derma ramai orang kaya di kampungnya juga. Ya, dia menderma sedikit sahaja. Itu pun kerana mahu menjaga hubungan baik dengan penduduk kampungnya.

Selesai men-tazkirah-kan si kaya, si ‘ustaz’ pulang ke rumah dengan perasaan ‘tenang’ kerana sudah menjalankan ‘tanggungjawabnya untuk berdakwah’ dan ‘menyampaikan’.

Beberapa hari selepas itu, perompak yang merompak rumah si kaya berjaya ditangkap. Semua harta yang dirompak berjaya ditemui semula dan dikembalikan kepada si kaya. Ahli keluarganya juga sudah semakin sihat.

Si kaya meraikan kesyukurannya dengan mengadakan jamuan besar-besaran dan menjemput semua penduduk kampung. Dia juga mengadakan jamuan di perkampungan yang dibantunya.

“Syukurlah kamu sudah insaf,” kata si ‘ustaz’ kepada si kaya.

“Terima kasih, ustaz, kerana mengingatkan aku,” kata si kaya sambil tersenyum.

“Tak apa. Sudah menjadi tugas aku untuk ‘berdakwah’,” jawab si ‘ustaz’.

Malam itu, rumah si ‘ustaz’ terbakar ketika mereka sekeluarga sedang tidur. Rumahnya habis hangus menjadi abu. Dia tinggal sehelai sepinggang dan seorang diri. Semua ahli keluarganya meninggal dunia.

Si ‘ustaz’ merintih.

“Ya Tuhan, aku tahu ini ujian-Mu terhadap aku. Aku mahu redha, namun ujian ini terlalu berat untukku.

Mengapa aku yang Kau pilih untuk menerima ujian ini?”

Tidak lama kemudian, si kaya menziarahi si alim.

“Aku tahu kau sedang bersedih dan aku tidak akan menambahkan kesedihanmu,” kata si kaya.

“Aku hanya mahu menyampaikan berita gembira kepadamu.”

“Bagaimana pula kau boleh menyampaikan berita gembira ketika aku sedang bersedih?” kata si ‘ustaz’, jengkel.

“Aku akan membinakan rumah baru untukmu. Buat sementara waktu ini, kau tinggal sahaja di salah satu rumah sewa aku secara percuma sehingga rumah barumu siap.

Aku juga sudah mengarahkan pembantuku untuk membawamu menyelesaikan banyak urusan terutama berkaitan dokumen yang sudah hangus.

Dia juga akan membawamu membeli semua barang keperluanmu termasuk pakaianmu. Semua belanja itu dan perbelanjaanmu yang lain, akan aku tanggung,” kata si kaya.

Si ‘ustaz’ terkejut dan terus memeluk si kaya. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu sedih dan terharu.

Pada masa yang sama, seorang ‘alim’ yang lain datang menziarahinya. Si kaya pun meminta diri dan meninggalkan mereka berdua.

Selepas bersalaman dan menyampaikan takziah, si ‘alim’ berkata,

“Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali?

Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu.”

Si ‘ustaz’ yang sedang kesedihan tersentak dan tersentap. Serta merta dia menoleh ke arah si kaya yang sedang berjalan pulang ke rumahnya. Dia teringat semula soalan yang ditanyanya kepada si kaya itu tempoh hari.

Si ‘ustaz’ menangis keinsafan apabila menyedari keterlanjuran kata-katanya kepada si kaya. Dalam keterlanjuran itu pun, Allah masih memelihara aibnya dengan mengilhamkan si kaya membantunya, tanpa si ‘ustaz’ perlu meminta-minta.

“Ya Allah, aku mohon ampun… Ketika aku sangka yang aku sedang berdakwah, rupa-rupanya aku sedang mengadili dan ‘menghukum’nya.

Ketika dakwahku seharusnya membawa berita gembira kepadanya yang sedang bersedih, ternyata aku hanya menambahkan kesedihannya. Aku sudah faham sekarang. Ampunkanlah aku.

Jika ini adalah balasan-Mu terhadap keterlanjuranku, aku redha. Semoga Engkau mengizinkan aku kembali bertemu keluargaku di syurga.”

Jadi Kawan-kawan.

Kesempitan, kesulitan, musibah, ujian atau apa sahaja kesusahan yang kita lihat sedang dilalui oleh seseorang itu, boleh jadi ujian ataupun balasan Tuhan kepadanya.

Boleh jadi itu ujian yang Allah beri kepadanya bagi menguatkan lagi iman dan pergantungannya kepada Allah.

Boleh jadi juga itu balasan yang Allah berikan kepadanya atas banyak kelalaian dan kesilapan dia kepada Allah.

Tidak perlu kita mengingatkannya yang itu adalah balasan Tuhan atas dosa-dosanya. Tidak perlu juga kita mengingatkannya tentang dosa-dosanya.

Tuhan sendiri yang akan ‘memberikan’ ingatan itu kepadanya. Setiap hati manusia yang beriman pasti akan terdetik sendiri, selagi hatinya masih bersyahadah walaupun secebis.

Sebaliknya, kita pujuk dan senangkan hati mereka dengan mengingatkan mereka tentang kasih sayang Tuhan, yang Tuhan itu Maha Pengampun dan sentiasa akan ‘mengejutkan’ hamba-hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya melalui apa juga cara.

Ingatkan dia yang Tuhan sentiasa akan melepaskan hamba-hamba-Nya daripada apa saja kesulitan selagi kita kembali bergantung kepada-Nya, malah dikeluarkan kita daripada kesusahan melalui jalan yang tidak kita sangka, jika kita bertakwa.

Kita ini sama sahaja dengan mereka. Tidak ada beza langsung.

Lalu, siapa kita mahu menjatuhkan hukum dengan mengatakan ‘itu balasan untuk kamu’, sedangkan kita sendiri pun punya ujian sendiri yang kita juga tidak tahu apakah itu benar-benar ujian atau balasan Tuhan atas dosa-dosa kita?

Sama ada ujian ataupun balasan, semua itu adalah tanda kasih Allah kepada kita kerana Dia Maha Penyayang, Maha Mengasihani, Maha Menyintai.

Allah Maha Belas terhadap setiap makhluk-Nya walaupun dalam keadaan si makhluk yang kerap melupakan-Nya. Allah juga Maha Menghukum jika hamba-hamba-Nya masih berdegil dan tetap lalai serta berterusan melanggar setiap larangan-Nya supaya kita kembali mengingatinya.

Jika mahu mengingatkan juga, kita usaha pilih dan guna perkataan dan ayat-ayat yang lebih lembut dan tidak menghukum-hukum. Kita sendiri tidak suka diadili dan dihukum-hukum hanya berdasarkan apa yang orang nampak sedangkan banyak yang mereka tidak tahu tentang kita.

Tegur menegur. Ingat mengingati. Bukan mengadili dan bukan menghukum.

Hanya Allah yang memberi hidayah. Kita menyampaikan sahaja.

‘Dakwah’ itu ada pada akhlak dan kata-kata kita. Bukan pada hukuman dan amaran yang kita berikan kepada mereka.

BEZA MINDA SI KAYA DAN SI MISKIN…korang yang mana?

Ada beza ke antara pemikiran orang kaya dan juga orang miskin ni? Bagi sesetengah orang, mereka akan fikir kaya atau miskin tu tetap manusia. Ya memang betul tu tapi orang kaya pemikirannya tak seperti orang miskin. Nak tahu? Jom baca…

Ada seorang kaya bertanya pada seorang miskin.

“Jika aku boleh tunaikan satu permintaan kamu, apa yang ingin kamu minta?”

Si miskin menjawab.

“Aku mahu minta kamu berikan aku modal berniaga. Aku orang miskin mana mungkin aku mampu untuk mulakan perniagaan.”

“Kamu pernah berniaga?”

“Tak pernah tapi aku ingin mencuba untuk ubah nasibku”

Orang kaya itu pun berkata.

“Baik. Tapi ada satu syarat yang perlu kamu penuhi. Esok jam 5 petang tunggu aku di tebing sungai”

Kerana orang miskin itu terlalu menginginkan dirinya dibantu dia tidak banyak soal. Lalu esoknya dia menunggu orang kaya itu datang di tebing sungai.

Setelah orang kaya sampai si miskin tadi tidak sabar lagi untuk menerima wang modal yang dijanjikan.

Sesampai orang kaya itu dia berkata,

“Berapa modal yang kamu inginkan? Berikan sekali kegunaannya.”

“Tak banyak orang kaya. Cukuplah 3 ribu. Aku ingin membeli barang jualan dengan wang itu”

“Boleh. Tapi syaratnya ambil pancing dan umpan ini. Dan pancinglah 100 ekor ikan. Setelah itu aku akan berikan wang yang kamu minta tadi.”

Si miskin kehairanan.

“Aku ingin meminta wang. Kenapa aku mesti memancing? Aku tak pernah memancing bagaimana aku ingin mendapat sehingga 100 ekor ikan?”

“Ini kan syarat aku? Jika tidak dapat 100 ekor hari ini. Esok kamu cuba lagi”

Si miskin akur. Lalu dia pun mula memancing. Selepas berjam-jam ikan masih tidak kelihatan. Sampai lah hari gelap ikan masih tak kelihatan. Dia kelihatan hampa.

Keesokan harinya si kaya datang dan bertanya si miskin.

“Sudah dapat ikannya?”

“Belum. Mana mungkin aku akan dapat ikan. Aku tak pernah punya pengalaman dan ilmu memancing. Sampai bila lagi aku harus tunggu?”

“Sabar. Cuba lagi sehingga dapat. Esok aku akan datang semula”

Hari ke 2 juga si miskin gagal mendapatkan ikan. Lalu si miskin mula merasa bosan.

Tiba hari ke 3 si kaya bertanya lagi. Sudah dapat ikannya?

Si miskin mula marah.

“Aku ingin kau membantu aku pinjamkan aku modal. Tapi kau menyuruh aku memancing 100 ekor ikan. Mana mungkin aku akan dapat 100 ekor.

Kalau nasib aku baik mungkin aku hanya mampu dapatkan 2, 3 ekor ikan. Berapa lama harus aku tunggu untuk dapatkan modal tersebut?”

Si kaya menjawab.

“Sabar. Mari duduk di sini. Aku ada bawakan minuman untuk kau.”

“Betul kau penat?”

Tanya si kaya pada si miskin.

“Sudah tentu aku penat. Aku duduk di sini berpanas tapi hasilnya tak ada!”

“Jadi sekarang kamu masih inginkan wang modal untuk berniaga?”

“Ya sudah tentu. Aku sudah di sini 3 hari menunggu wang tersebut”

“Kamu boleh janji untuk melunaskan bayaran hutang kamu pada aku dalam masa 6 bulan?”

“Ya sudah tentu aku boleh usahakan”

“Bagaimana kamu yakin kamu mampu lunaskan hutang aku dalam masa 6 bulan? Sedangkan baru 3 hari kamu memancing tapi tiada hasil kamu sudah marah-marah dan berputus asa?”

Si miskin tersentak. Dia terdiam mendengar persoalan si kaya. Lalu si kaya berkata.

“Perniagaan ini sama juga seperti memancing. Tanpa ilmu dan pengalaman kamu akan mudah kecundang walaupun kamu sudah mempunyai modal (pancing & umpan).

Kamu berkata kamu yakin sekali akan mampu membayar hutangku. Tapi yakinkah kamu yang perniagaan kamu akan untung? Sedangkan baru memancing 3 hari kamu sudah putus asa.

Perniagaan sebenarnya jauh lebih mencabar. Kamu yakin bila kamu berniaga kamu takkan putus asa?”

“Tapi aku boleh mencuba. Dengan modal yang aku minta aku yakin aku punya cukup wang untuk jalankan perniagaan yang aku suka”

“Begini. Mahukah kamu jika aku tunjukkan cara yang betul untuk memancing agar kamu dapatkan 100 ekor ikan? Maka kamu akan mendapat wang modal yang kamu inginkan?”

“Ya sudah tentu. Ajarkan aku!”

Maka si kaya mula mengajarkan si miskin cara-cara dan teknik memancing yang betul. Sehari demi sehari si miskin makin pandai memancing.

Setiap kali berhasil dan mendapat ikan si kaya menyuruh si miskin pergi berjualan hasil ikannya. Wang itu diserahkan pada si kaya.

Sampailah cukup 100 ekor ikan. Si miskin kelihatan begitu girang sekali kerana berjaya memenuhi syarat si kaya.

“Orang kaya. Aku dah berjaya penuhi syarat kau. Boleh kah aku mendapat wang modal yang kau janjikan?

Lalu si kaya mengeluarkan sejumlah wang.

“Nah ambil wang ini. Tapi tak perlu dSi miskin sangat terharu sehingga menitiskan air mata.

“Terima kasih orang kaya kerana memberikan aku ilmu. Hari ini baru aku faham kenapa kau meminta aku untuk memancing 100 ekor ikan.

Tanpa tunjuk ajar kau aku yakin aku takkan mampu berjaya dalam perniagaan

“Aku juga pernah diajar memancing seperti kamu. Berkat kesabaran aku berjaya menjadi seperti apa kau lihat hari ini”.

Akhirnya si miskin meneruskan memancing dan menjual ikan sehingga dia mampu menjadi pembekal ikan terbesar di daerahnya. Lalu dia kini menjadi orang kaya.

===================================================

Seringkali kita merasakan ujian demi ujian yang hadir ke dalam hidup kita ini sebagai satu bebanan dan hukuman.

Tapi jarang kita memandang sisi baik di setiap ujian yang mendatang dalam hidup kita.

Perjalanan menuju kejayaan itu tidak mudah. Seringkali disulami dengan kegagalan, kekecewaan, kesedihan dan keperitan. Tapi di sebalik semua itu tanpa kita sedar kita menjadi semakin kuat, kita lebih bijak, bertambah ilmu dan pengalaman.

Carilah guru. Dan belajar dari guru tersebut. Banyakkan mencari ilmu. Dan seandainya kita sanggup bertahan, kita pasti akan mencapai kejayaan.

Teruskan perjuangan sahabatku.

Proses kejayaan itu memang tidak cantik. Seringkali tidak diendahkan sesiapa.

Namun ingat, berlian tidak akan terhasil tanpa tekanan yang sangat kuat. Ketahuilah siapa pun kita hari ini tidak menentukan siapa kita pada hari esok.

ada duit tapi selalu terdesak…baca ni mungkin sebab dosa yang pernah kita lakukan dahulu..

Sempit rezeki disebabkan dosa?

“Hishh, sudah berbelas tahun saya bekerja keras siang dan malam, tapi hasilnya tak seberapa. Apa yang tak kena…”

“Apa lagi kerja yang saya tak buat. Semua sudah saya buat. Bak kata orang, pergi pagi balik malam, tapi rezeki saya sekeluarga tak juga cukup-cukup. Entah apa nak jadi…”

Begitulah bunyi keluhan ramai orang yang kita jumpa. Kadangkala kita juga seakan-akan pernah mengomel dalam bahasa yang sama, tak begitu?

Masyarakat nyata tertekan dan gelisah menghadapi situasi tersebut lebih-lebih lagi dalam suasana hambatan ekonomi yang mencengkam serta kos kehidupan yang semakin tinggi. Kerana terlalu memikir dan melayan tekanan hidup itu tanpa rasa tawakkal dan pengaduan kepada Allah yang Maha Bijaksana dan Mengetahui, maka hari demi hari, dilaporkan semakin bertambah ramai jumlah sang pengembara yang terpaksa pulang mengejut kerana telah disapai tetamu tak diundang, ‘The silent killer’ yang menjadi sebab-musabab membawa kepada kematian.

Tetamu senyap itu apa lagi kalau bukan tekanan darah tinggi. Saat awal dilanda kemelut (tekanan hidup) ini, bagi sebahagian masyarakat Islam yang mampu, mereka mungkin cuba mendapatkan khidmat kaunseling dari kaunselor bertauliah.

Tak cukup dengan itu, mereka bertemu dengan pakar-pakar motivasi. Lalu beberapa tip dan panduan dibekalkan untuk tindakkan jangka pendek dan jangka panjang.

Antaranya:

  • Faktor perancangan masa (Time manegement)
  • Faktor displin
  • Faktor belajar dari kegagalan
  • Faktor meraih peluang

dan macam-macam lagilah.

Mereka juga disarankan agar membaca karangan-karangan hebat ‘mereka’ yang dinobat sebagai ‘paling berjaya’ dalam bidang-bidang yang popular samada dalam bidang ekonomi, pentadbiran, pengurusan, keewangan dan lain-lain lagi. Saat itu, berkobar-kobar semangat mereka untuk meraih kejayaan dan keuntungan yang berlipat ganda.

Namun bila terjun semula ke alam realiti atau dunia sebenar, masalah sebenar mereka masih juga tidak hilang. Masalah hidup makin bertimpa-timpa. Pintu rezeki semakin menyempit dan hutang pula semakin melilit pinggang.

Kawan-kawan yang konon rapat dan berikrar sehidup semati dengan kita dulu pun, ramai yang telah ‘angkat kaki’ hilang entah ke mana. Tanpa kembali kepada Islam, jawapan kepada ‘ketidaktentuan’ rezeki kita itu tidak akan terjawab sampai bila-bila.

Bila pintu rezeki ditutup Allah, maka dunia terasa menghimpit. Inilah yang dinamakan ‘Khizyun’ yakni kehinaan dunia akhirat. Wal ‘iyazubillah.

Dosa penghalang rezeki

Dari awal lagi, Islam telah mengajar umatnya bahawa meninggalkan ketaqwaan di dalam apa jua aspek kehidupan akan mengundang kemiskinan dan kemelaratan. Macam-macam kemiskinan boleh berlaku bila taqwa tidak dimiliki.

Semuanya termaktub di dalam alquran dan sunnah Rasulullah SAW. Tidak miskin harta, seseorang yang melakukan dosa terus menerus tanpa taubat boleh jadi miskin iman, miskin hidayah, miskin ilmu, miskin akhlak dan adab, miskin maruah dan jatidiri.

Dalam kata-kata yang lain, kalau taqwa menjadi faktor ‘pengundang’ rezeki, keberkatan dan rahmat Ilahi, maka kesan dosa, maksiat dan mungkar adalah sebaliknya.

Lalu, pernahkah selama ini terfikir dan terlintas di hati kita, bahawa dosa yang kita lakukan samada terhadap Allah dan sesama manusia selama ini menjadi faktor atau penyebab ‘sempit’ dan ‘terhalang’nya rezeki Allah dari rezeki kita? Tersebut di dalam sebuah kitab Musnad, 

“Sesungguhnya manusia terhalang dari rezeki lantaran dosa yang dilakukannya.

Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ad Dailami, Rasululah SAW bersabda:

“Perbuatan zina itu mewariskan (mendatangkan) kefakiran (kemelaratan) .”

Memang benar. Itulah hakikatnya. Melalui hadis-hadis Rasulullah SAW berkenaan keutamaan amalan, bukankah istighfar kepada Allah, menghubungkan silaturrahim, memberi sedekah, mengeluarkan zakat dan banyak lagi menjadi faktor ‘pengundang’ dan ‘pembukaan’ pintu-pitu rezeki? Semua itu tidak lain adalah amalan taqwa.

Firman Allah SWT yang bermaksud, 

“Jikalau penduduk sesuatu penduduk kampung (negeri) beriman dan bertaqwa, nescaya Kami akan bukankan ke atas mereka (pintu-pintu) keberkatan dari pihak langit dan pihak bumi.”

Manusia yang tinggi taqwanya, mampu pula mengagih-agihkan kurniaan dan rezeki Allah kepada insan-insan yang lain pula.

Demikianlah pengalaman benar pemandu-pemandu teksi di zaman tok kenali rahimahullah. Wali Allah dan alim besar yang terkenal kelahiran negeri Serambi makkah. Sekiranya beliau menaiki mana-mana teksi, maka dengan izin Allah, maka pemandu-pemandu teksi tersebut akan mendapati penumpang yang sentiasa penuh (tidak putus) dari awal pagi hinggalah ke petang. Bukankah ia satu kuniaan Allah hasil ketaqwaan?

Rezeki tidak berkat?

Tanpa asas taqwa, seandainya seseorang itu dilihat melimpah ruah hartanya sekalipun, ia tak lebih merupakan ‘istidraj’ dari Allah. Itulah pemberian yang disertai laknat dan kutukkan. Mahukah kita dikurniakan rezeki sebegitu? Mahukah kita pemberian yang sedemikian? Kalau jawapan kita ‘ya’, maka kita tak lebih umpama Qarun, Tha’labah Yahudi Mabuk serta yang sama waktu dengan mereka.

Bagi golongan ini wang, harta dan kemewahan adalah segala-galanya. Dari mana punca dan sumbernya, tidak pernah diambil kira. Mereka langsung tidak memperdulikannya. Lihat kesudahan mereka. Tiada apa lagi yang boleh menahan mereka daripada terkubur hina bersama dengan harta haram dan syubhat yang mereka usahakan selama ini.

Rasulullah SAW menamsilkan bahawa harta dunia ini selamanya tidak akan membawa kepuasan jiwa. Nafsu tidak akan merasa cukup walau sebanyak mana pun harta yang ada. Sudah dikendong dan dikilik dunia yang pertama di tangan kanannya, ia meminta pula agar dikurniakan dunia yang kedua dan ketiga.

Macam orang yang sangat dahaga yang diberi minum air laut. Dahaganya tidak hilang-hilang. Apalagi kalau harta tersebut diperolehi secara haram seperti dari sumber judi, rasuah, riba, menipu, memeras ugut dan sebagainya.

Bagaimana perasaan hati kita tinggal, membesarkan anak-anak dan beribadat di dalam rumah yang dibeli secara riba? Menaiki kenderaan yang dibeli secara riba ke masjid, ke majlis ilmu dan pergi menziarahi saudara mara? Tidak malukah kita memakan rezeki pemberian tuhan dalam keadaan tidak bersujud, menyembah dan mentaati segala perintah yang Esa?

Tenangkah suasana ‘airmuka’ kita saat membeli juadah santapan untuk seisi keluarga dengan duit hasil rasuah atau sogokkan orang pada kita? Atau dari hasil judi dan tikam ekor? Hati kita tidak terasa apa-apa lagikah? Kalau begini halnya, percayalah bahawa tiada lagi berkatnya dalam usaha bahkan dalam rezeki kita. Inikah yang kita cari sepanjang musafir kita di dunia ini?

Begitulah buruknya kesan dosa dan maksiat dalam kehidupan kita. Mudah-mudahan kita dipelihara Allah SWT. Suluhlah hakikat diri dan kehidupan kita selama ini. Nescaya kita akan dapati ada kebenarannya apa yang kita utarakan ini.

Jangan lupa, kiaskan pula pada keluarga dan masyarakat kita. Ingatlah, sekiranya dosa membeliti diri, maka kurniaan rezeki tidak lagi menguliti. Sekalipun ia tampak menguliti diri, namun sama-sekali ia tidak diberkati.

Nak Tahu Cara Mudah Bebas Hutang? Baca 3 Tip Bijak Wang ni..

Hutang Ada Banyak Jenis – Gambar Hiasan
Setiap daripada kita memang takkan lari dari masalah hutang. Samada hutang belajar, hutang pinjaman peribadi, hutang kereta, hutang rumah malah ada yang berhutang untuk berkahwin!
Masa nak BERHUTANG tu, elok je rasa macam mampu nak bayar. Bila dah dapat duit dan mula nak start bayar masa tu la terasa duit ni tak cukup.
Masalahnya perlu ke berhutang ni? Bagi saya secara peribadi Tak perlu tapi yela kita bukan orang kaya dan berharga pun. Nak Tak nak kena buat hutang untuk beli asset seperti rumah.
Jadi sebelum anda nak apply mana-mana loan, baca 3 tips ni dulu sebagai persediaan. Selamat membaca dan jangan lupa share tau.

1. Aliran Pendapatan Baru

Sekiranya pendapatan bulanan sering tidak mencukupi, tiba masanya untuk memikirkan cara mendapat aliran pendapatan yang baru. Antara cara yang sering menjadi pilihan adalah memulakan perniagaan secara separuh masa. Kita cipta side income tanpa perlu menjejaskan pekerjaan kita sekarang,
Terdapat pelbagai peluang perniagaan yang boleh dimulakan kini dan medium Internet juga merupakan medium yang ideal untuk memulakan perniagaan sambilan untuk meningkatkan pendapatan bulanan.
Sebagai contoh, anda boleh mulakan dengan menjual barang orang lain atau DROPSHIP. Dropship merupakan kaedah mudah untuk buat duit di internet, Paling penting kita tak perlu simpan stock pun.
Duit Raya - Rack
Cari Duit Raya
Dan antara medium yang paling sesuai ialah melaui Facebook. Ramai sebenarnya yang dah berjaya buit duit online ni. Malah ada yang jadi jutawan pun. Ketahui cara mudah buat side income di sini.

2. Pendapatan Residual

Pendapatan residual bermaksud pendapatan yang berterusan diterima tanpa melakukan kerja berterusan. Antara pendapatan residual yang popular adalah menyewa rumah, melabur, mendapat royalti dari penulisan buku, menghasilkan aplikasi telefon pintar dan banyak lagi.
Sememangnya tidak mudah untuk mendapat pendapatan secara residual, tetapi, ia merupakan antara rahsia menjana pendapatan yang hebat. Sesuatu yang amat berbaloi untuk difikirkan.
Dealership-webslide-2018
Jom Jadi Dealer Public Gold
Antara lain seperti menjadi ejen Jual Emas Public Gold. Tugas ejen-ejen ini adalah mengajar dan mendidik masyarakat tentang kebaikan melabur EMAS dengan cara yang betul. Di samping anda menyampaikan ILMU, anda juga dapat komisyen untuk setiap produk yang berjaya di jual. Kebaikan dua dalam satu.

3. Baca dan Cari Ilmu

Tidak kira apa sahaja bidang yang kita ingin perbaiki diri kita, jawapannya pasti adalah ilmu. Untuk memperbaiki kewangan, semestinya kita perlu mendalami ilmu kewangan. Dapatkan buku-buku kewangan atau baca secara online apa sahaja maklumat dan ilmu kewangan yang ada. Luangkan juga masa menonton video-video di YouTube perihal kewangan.
download
Jom Cari Ilmu
Lebih banyak ilmu kewangan yang diterima, maka lebih kita dapat fahami selok belok kewangan dan tahu apa yang perlu dilakukan serta apa yang perlu dielakkan dalam memperbaiki keadaan kewangan diri.
Ilmu itu merupakan asas kepada setiap yang akan kita lakukan. Sebaiknya elok kita belajar dan fahami supaya nanti tak lah kita tersesat di tengah jalan. Belajar secara online pun boleh, Yang penting kita faham niat dan tujuan kita nak berubah,

Salam Ramadhan Al Mubarak..30 Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Petikan daripada Wikipedia ➡️Ramadan (Bahasa Arab : رمضان, : Ramaḍān, terjemahan harfiah: “panas terik”) (biasa digelar “Ramadan al-Mubarak“) ialah bulan yang ke-9 dan bulan yang dianggap paling suci dalam kalendar Islam.

Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Dalam bulan ini, umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Quran yang bermaksud:

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai.

Dengan berpuasa, umat Islam mengharapkan mereka dapat meningkatkan disiplin diri serta menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang tidak berkemampuan.

Berpuasa merupakan salah satu Rukun Islam iaitu yang ketiga iaitu Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Banyak kelebihan dan keistimewaan berpuasa  ni tau.

Jangan tak baca tau!

30 Fadhilat dan Keistimewaan Berpuasa Bulan Ramadhan

  1. Dosa-dosa manusia keluar diumpamakan seperti baru di lahirkan.
  2. Segala dosa akan di ampuni, termasuk dosa-dosa oleh kedua ibu bapanya jika kedua-duanya dikalangan orang yang mukmin.
  3. Akan di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
  4. Pahala berpuasa-nya adalah sama dengan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
  5. Akan diberi pahala kepada orang berpuasa seperti melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.
  6. Pahala diberikan seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir yang turut sama memohon pengampunan baginya.
  7. Orang yang berpuasa adalah seperti seorang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya untuk mengalahkan Fir’aun dan Haman.
  8. Akan di-berikan oleh Allah s.w.t. segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim a.s.
  9. Pahala berpuasa adalah seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  10. Akan di kurniakan oleh Allah s.w.t. kebaikan dunia dan akhirat
  11. Mereka yang berpuasa akan diumpakan keluar ke dunia seperti pada hari mereka dilahirkan dari kandungan ibu dan bersih daripada segala dosa
  12. Orang yang berpuasa seolah akan datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya penuh bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.
  13. Keistimewaan orang berpuasa seperti datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan dan mungkar.
  14. Maka akan disaksikan oleh para malaikat, jika mereka telah melaksanakan solat Tarawih di bulan Ramadhan, maka pada hari kiamat mereka akan di bebaskan oleh Allah dari segala kemudaratan.
  15. Mereka yang berpuasa akan di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kuraisi.
  16. Orang yang berpuasa akan di bebaskan dari api neraka dan seterusnya memperoleh kemudahan untuk masuk pintu syurga.
  17. Akan memperoleh dan diberikan pahala seperti diterima pahala oleh para Nabi dan Rasul a.s..
  18. Para malaikat akan menyeru kepada orang berpuasa: “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
  19. Mereka yang berpuasa akan di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
  20. Akan memperoleh pahala para syuhada dan salihin.
  21. Mereka yang berpuasa akan di bina rumahnya dari nur (cahaya) di dalam syurga.
  22. Pada hari kiamat kelak, mereka yang berpuasa akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
  23. Golongan yang berpuasa akan di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
  24. Antara kelebihan berpuasa akan diberikan pahala yang berupa dua puluh empat (24) permohonan akan di kabulkan.
  25. Akan terhapuslah segala seksaan di kubur.
  26. Segala pahala bagi orang berpuasa akan diangkat selama empat puluh (40) tahun.
  27. Bagi orang berpuasa dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, mereka akan melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.
  28. Allah s.w.t telah menjanjikan akan mengangkat mereka berpuasa dengan seribu darjat di syurga.
  29. Akan dihadiahkan pahala seolah mengerjakan seribu (1000) haji yang mabrur.
  30. Mereka yang berpuasa akan di panggil dan diperkenankan oleh Allah s.w.t., “Wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku…”

Semoga Ramadhan Al-Mubarak pada kali ini akan lebih baik ataupun terbaik dari bulan puasa sebelumnya. Bukan mudah untuk memperoleh puasa yang mabrur, tetapi tidak mustahil bagi kita untuk mencapai seperti diseruan oleh Allah s.w.t. kepada umatnya.

Takut Simpan EMAS sebab Tak Nak Kene Bayar Zakat? Pelik orang jaman now..

Petikan daripada FB Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim..

Saya pernah jumpa orang yang tidak mahu simpan emas disebabkan

“emas kena bayar zakat”

Habis tu abam nak simpan apa? Tanya saya

Simpan duit lah? Jawab si abam

Huh! Abam. Duit simpanan pun kena zakat juga. Cukup haul dan nisabnya maka abam kena keluarkan 2.5% zakat.

Nisab simpanan untuk simpanan adalah RM13,968.00

Contohnya jika abam simpan RM20,000 selama setahun, maka zakatnya adalah RM500.

Nak kira zakat, tapi Tak tahu macam mana? Klik je sini Pengiraan Zakat

Dalam Islam, apa-apa perkara yang berbentuk harta dan mengkayakan pemiliknya maka biasanya akan dikenakan zakat.

Kalau abam nak lari zakat, saya cadangkan abam jadi orang miskin 😂

Abam mesti tak nak kan?

Orang berharta tiadalah dapat lari dari berzakat.

Bersyukurlah jika anda berharta