Category Archives: GAP

NAK BELI EMAS TAPI MODAL KECIL? TAKDA MASALAH PUN..

Contoh Koleksi Aurora Italia – Public Gold

Bila nak beli emas, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran kita mesti “Mahal la nak beli emas ni, modal pun mesti besar” Betul tak?

Nak mulakan pelaburan emas, tak perlu pun modal yang besar. Kalau ada bajet sekitar RM100 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Yang  penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Baru faham apa nak buat bila harga emas tinggi ataupun rendah.

Kalau tak mula, macam mana nak tahu? Sebelum melabur, saya cadangkan untuk anda fahami strategi pelaburan. Pakar kewangan mengatakan, sebelum melabur pastikan anda sediakan atleast 3 bulan simpanan kecemasan. Bila dah cukup, lebihan tu baru kita gunakan untuk melabur.

Dah Cukup 3 Bulan Simpanan Kecemasan?

Bagi yang belum cukup 3 bulan pendapatan, boleh mula beli dulu dengan bajet kecil, antaranya syiling 1 Dinar Public Gold atau Gold Bar 1 gram Public Gold. Lepas tu baru fokus cukupkan 3 bulan pendapatan. Jadikan simpanan emas sebagai matlamat untuk cukupkan simpanan kecemasan.

Jadikan ianya sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta. Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, ni ada cara yang boleh dipertimbangkan;

1.    Beli Emas Secara GAP

Gold Accumulation Program (GAP)

Public Gold – Gold Accumulation Program (GAP) merupakan salah satu alternatif penyimpanan emas yang sesuai bagi mereka yang nak bermula dengan bajet yang kecil. Ia memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal hanya RM100! Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ini di Malaysia.

Kaedah belian Akaun Emas GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Dengan GAP, kita boleh beli emas dengan RM100, dan tambah lagi RM100 pada bila-bila masa sahaja. Atau kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram. Dalam GAP, matlamat kita adalah untuk mengumpul berat gram emas.

Walaupun ia “akaun emas” tetapi kita boleh keluarkan emas tu dan simpan sendiri. Umpama kita simpan duit dalam bank. Bezanya kita bukan nak keluarkan duit tapi EMAS! Bagi sesiapa yang tak nak simpan sendiri (sebab takut hilang), emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara PERCUMA!

Klik sini untuk info tentang GAP

Gold bar 1 gram keluaran Public Gold. Boleh dikeluarkan dari akaun GAP.

2.    Beli Gold Bar 1 Gram

Selain gold bar 1 gram keluaran Public Gold, anda boleh juga beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM250 – RM350 sekarang ni (rujukan harga di lazada). Buat masa ini, antara yang famous di Malaysia (selain Public Gold) ialah gold bar 1 gram keluaran Poh Kong, Nubex, dan kedai-kedai emas lain.

Beli gold bar 1 gram jenama lain pun boleh, tapi secara jujurnya, saya tak galakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram jenama selain Public Gold, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi.Kalau nak jual balik emas tu nanti, susut nilainya boleh mencecah 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Lain la kalau beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’ ataupun sekadar untuk koleksi, dan tak fikir langsung untuk jual.

TIP – pastikan beli emas di tempat yang kita boleh jual semula tanpa sebarang masalah. Ada pengeluar emas tak terima pun emas yang meraka dah jual. Malah ada yang minta bukti pembelian (resit original) dan ada juga yang tak dapat terima emas jenama lain. Emas kan sama je? Cuma Public Gold yang terima semua jenis emas tanpa banyak soal.

Contoh Produk Gold Bar Public Gold

Untuk pengetahuan semua, harga per gram untuk item “Gold Bar 1 gram” yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat sekalipun, biasanya lebih mahal berbanding gold bar bersaiz lebih besar. Maksudnya, HARGA PER GRAM untuk gold bar 1 gram biasanya lebih mahal berbanding beli gold bar yang bersaiz 10 gram atau 100 gram. Ini disebabkan minting cost-nya lebih mahal.

Satu-satu cara untuk dapatkan gold bar 1 gram termurah di Malaysia hanyalah dengan beli melalui kaedah akaun emas GAP!

3.    Beli Syiling Emas 1 Dinar

Kalau ada bajet dalam sekitar RM850 – RM1000, boleh beli syiling emas 1 dinar (4.25 gram). Beli dan simpan sendiri. Coin 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding gold bar 1 gram. Ini disebabkan coin 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan, sedangkan gold bar 1 gram biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah”.

Syiling 1 dinar keluaran Public Gold, berketulenan 99.99%, berat 4.25 gram.

Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ini, tetapi tetap coin 1 dinar Public Gold yang terbaik (buat masa ini) disebabkan harga per gram lebih murah, dan susut nilainya rendah iaitu 9% sahaja. Ia antara yang terendah (paling untung) di Malaysia. Dan paling penting ia emas yang diiktiraf peringkat antarabangsa – London Bullion Market Association. Urusan jual beli pun mudah sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia.

 London Bullion Market Association

Bagi yang berminat boleh daftar secara PERCUMA di website Public Gold dan order secara online. Emas tu nanti boleh collect kat mana-mana cawangan Public Gold yang berdekatan.

Sebagai Dealer Aktif Public Gold, tak kisah la samada anda nak beli Emas Kelantan ke, Emas Dubai ke, Emas India ke atau Emas Amerika sekalipun. Nasihat saya pastikan anda tahu apa tujuan utama anda menyimpan emas. Ingin saya tekankan, simpan emas dan jadikan ianya sebagai simpanan kecemasan. Sebab kita tak kan tahu bila masanya duit yang kita ada sekarang ini akan hilang nilainya.

Semoga post kali ni bermanfaat untuk pembaca semua.

Strategi Pelaburan..Apa yang patut kita tahu?

Apabila anda membuat pelaburan emas, anda perlukan strategi.
(Maksud strategi: rancangan yang teratur yang memperhitungkan pelbagai faktor untuk mencapai matlamat atau kejayaan).

Pelaburan emas boleh jadi perkara yang rumit. Ini kerana anda perlu jelas tentang 3 perkara:

1️⃣ Matlamat anda melabur/menyimpan emas.

2️⃣ Memilih produk yang sesuai dengan matlamat 1.

3️⃣ Menguruskan risiko yang berkait dengan produk 2.

Apakah strategi terbaik untuk saya

Malangnya tiada satu jawapan yang sesuai dengan semua orang. Setiap orang perlukan strategi yang berbeza-beza.

Strategi terbaik untuk anda mestilah bersesuaian dengan matlamat, produk dan risiko.

CONTOH 1

Jika matlamat anda membeli emas sebagai Insurans Kekayaan atau sebagai Harta. Maka strategi anda andalah seperti berikut:

🆗 Pemilihan Produk
✴️Anda pilih emas fizikal yang anda simpan sendiri. Contohnya jongkong emas dan dinar emas. Harga pula mesti mengikut harga emas semasa dunia.

✴️Kelebihan, anda tidak perlu takut risiko pihak ketiga contohnya penjual emas tersebut melarikan emas anda (bankrap/tipu) sebab emas anda pegang.

🆗 Pengurusan Risiko

✴️Emas fizikal ada risiko kehilangan/kecurian. Jadi anda perlu simpan dengan selamat.

✴️Kalau nak sembunyikan di rumah, tempat penyembunyian mestilah kreatif. Kenalah fikir❗

✴️Kalau anda rasa rumah tak selamat maka anda kena cari safe deposit box bank atau swasta. Kena keluarkan modal❗

CONTOH 2; SIMPANAN/PELABURAN

✴️Jika matlamat anda adalah simpanan/pelaburan. Maka strategi anda adalah seperti berikut:

🆗 Pemilihan Produk

✴️Anda boleh pilih akaun simpanan emas contohnya di bank atau Public Gold GAP.

Kenapa

✴️Sebab senang nak tambah emas dalam kuantiti kecil. Kemudian anda tak perlu fikir aspek penyimpanan.

✴️Bank/syarikat tolong simpankan untuk anda. Jadi anda boleh tidur lena. Contohnya akaun simpanan emas GAP Public Gold.

✴️Kemudian anda kena tengok spread jual beli emas dan harga pergram. Harga mesti berubah mengikut harga emas dunia. Setiap penjual berbeza-beza harga dan spreadnya.

Lagi satu❗

✴️Adakah senang untuk anda beli dan jual emas tersebut. Kalau susah nak pergi beli dan jual. Itu pun masalah juga. Buang masa anda ajer❗

🆗 Pengurusan Risiko

✴️Adakah syarikat/bank menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal?

✴️Ada institusi bank yang tidak menawarkan pengeluaran emas fizikal. Jadi jika anda nak pegang emas fizikal, anda perlu pilih syarikat/bank yang menawarkan pengeluaran emas fizikal.

✴️Kemudian bagaimana dengan syarat jualan semula? Ada syarikat yang menawarkan pengeluaran emas fizikal tetapi tak akan beli balik emas fizikal daripada anda.

✴️Ada syarikat yang cas anda safe keeping fee untuk emas anda sehingga 2% setahun. Ada yang free. Itu pun kena tengok betul-betul.

✴️Adakah syarikat kukuh? Supaya tiada risiko mereka melesapkan diri dengan emas anda.

CONTOH 3

✴️Jika matlamat anda andalah untuk menjadi spekulator. Nak buat duit cepat.

Strategi anda adalah seperti berikut;

🆗 Pemilihan Produk

✴️Anda kena invest/trade dalam saham syarikat perlombongan emas, belajar trade CFD, Gold Futures, Gold Option dan spot gold.

🆗 Pengurusan Risiko

✴️Produk-produk ini berisiko tinggi. Pulangan lumayan namun risikonya tinggi. Saham boleh turun jadi kosong.

✴️CFD, Gold Futures, Option, spot gold mempunyai risiko tinggi. Anda boleh kehilangan modal 100%

✴️Tak boleh tidur aja kalau anda involved dengan produk ini. Anda ambil masa yang panjang untuk mahir. Banyak buku, seminar dan masa berlatih diperlukan.

✴️Learning curve dia tinggi. Kalau setakat setahun dua tahun pengalaman, belum tentu terrer gais. Newbie lagi.

KESIMPULAN

✴️Dalam pelaburan emas terlalu banyak strategi. Pilih yang sesuai dengan objektif pelaburan anda.

✴️Jika ia bersesuaian, InsyaAllah anda akan beruntung dan boleh tidur lena.

Silakan share jika bermanfaat.

Petikan dari FB Mahaguru EMAS Tuan Syukor Hashim

Potensi Kenaikan Harga Emas..untung ke untung?

🆗 Ini adalah analisis potensi kenaikan harga emas untuk anda.

🆗 Dengan kata lain saya nak tunjuk berapa harga emas boleh naik lagi. Analisis ini mengambil fakta harga tertinggi emas tahun 2011.

🆗 Jika harga ini berulang kembali, berapakah potensi keuntungan anda? Mari mengira dengan senyuman 😊

🆗 Baik, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah 1920 usd/Oz (tercapai pada September 2011)

✴️ Harga emas hari ini 1417 usd/Oz (23/7/2011).

🆗 Jika harga tertinggi 1920 usd berulang kembali, maka potensi kenaikan harga adalah 503 usd/Oz.

✴️ 503 usd x 4.1 (kadar tukaran usd/RM) = RM2062 / Oz

✴️ Kalau kita tukar ke gram (RM2062/31.1) = RM66 segram.

🆗 Jadi harga emas boleh naik lagi RM66 segram.

🆗 Mari bandingkan dengan harga sekarang

===============================

🆗 Harga emas 999.9 sekarang sekitar RM199 ke RM201 segram.

🆗 Jadi bila harga emas mencecah 1920 usd, maka harga emas di dalam RM akan menjadi RM265 ke RM267 segram.

🆗 Andaian saya adalah seperti berikut:
******************************************
1️⃣ Exchange rate masih 4.1 (Usd/RM). Jika ringgit melemah maka harga emas akan jadi lebih tinggi.

2️⃣ Ini tak termasuk premium over spot. Kalau masuk premium over spot, harga akan lebih tinggi lagi. Contohnya premium over spot price untuk emas Public Gold adalah 6.4%

Sekian terima kasih.

Petikan daripada FB Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim

Takut Simpan EMAS sebab Tak Nak Kene Bayar Zakat? Pelik orang jaman now..

Petikan daripada FB Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim..

Saya pernah jumpa orang yang tidak mahu simpan emas disebabkan

“emas kena bayar zakat”

Habis tu abam nak simpan apa? Tanya saya

Simpan duit lah? Jawab si abam

Huh! Abam. Duit simpanan pun kena zakat juga. Cukup haul dan nisabnya maka abam kena keluarkan 2.5% zakat.

Nisab simpanan untuk simpanan adalah RM13,968.00

Contohnya jika abam simpan RM20,000 selama setahun, maka zakatnya adalah RM500.

Nak kira zakat, tapi Tak tahu macam mana? Klik je sini Pengiraan Zakat

Dalam Islam, apa-apa perkara yang berbentuk harta dan mengkayakan pemiliknya maka biasanya akan dikenakan zakat.

Kalau abam nak lari zakat, saya cadangkan abam jadi orang miskin 😂

Abam mesti tak nak kan?

Orang berharta tiadalah dapat lari dari berzakat.

Bersyukurlah jika anda berharta

Trend Kenaikan Harga EMAS..rugi betul klau tak simpan EMAS

A

ntara petanda harga emas akan meningkat adalah apabila ia boleh melepasi harga resistance USD1300/Oz dan bertahan diatas harga ini.

Harga emas kini sudah start naik sejak Oktober 2018.

Jika anda ingin membeli emas maka inilah masanya.

Beli dan pegang.

Target 2-3 tahun minimum.

Lagi panjang, lagi bagus.

Tahun lepas, harga dalam RM165/g

Januari 2019, harga dah mencecah RM188/g

Nak Simpan EMAS? Wajib baca tips ni dulu.. PART 1

Tip Simpan EMAS 1
=================

Ha pagi nak share sikit tip tuk bermula simpan EMAS. Benda simple tapi Tak semua orang boleh buat.

1️⃣ – Target simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving”(simpanan untuk dilupakan). Simpan dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji, ASB atau Unit Trusts.

OK tu je dulu tip tuk kali ni. Nak tahu cara nak bermula komen je “Nak 1gram”

Update Harga emas semasa hari ni;

RM 100 = 0.5435gram
RM 184 = 1gram

Bak kata mentor saya Mohd Zulkifli Shafie – nak simpan EMAS jangan tunggu harga rendah, sebab kita takkan tahu bila harga emas akan turun.

Jangan lupa share tau post ni. Mana tahu ada yang berminat nak simpan EMAS.

Like dan follow page Rekemas tuk info dan update berkaitan EMAS

Muhammad Daniel Nelison
Authorised Dealer Public Gold
PG00101715
📱http://segramsebulan.wasap.my
💻www.danielnelison.com/senang-buka-gap

#PGG100Network #rekemas #publicgold #pg10 #shariahcompliant #goldbar #dinar #dealer #logammulia #dirham #emasonline #pelaburansah #simpanankecemasan #ilmuemas #emasbatangan #investasiemas #malaysia #brunei #singapore #indonesia #rm100

DUIT Cepat Habis Tak Sampai Sebulan

Selalunya kebanyakan kita ni bila masuk minggu ketiga setiap bulan, mesti dah mula resah sebab duit dalam bank tinggal Cukup-cukup je.

Rasanya budget dah buat sehabis baik dah.

Tapi tetap gak kurang sampai adakala terpaksa tebal muka pinjam duit kengkawan. Malunya gaji dia besar tapi pinjam kat member gaji kecik.

Apa yang perlu korang buat?

Ha Meh sini nak share sikit tips yang berkesan.

Cara yang betul nak buat budget mcm ni sepatutnya;

1️⃣ Simpan 10% – Bayar Hutang & Bill – Belanja

Bukan mcm ni;

❌ Bayar Hutang & Bill – Belanja – Simpan

Bila korang ikut cara 1️⃣ tadi tu PERCAYALAH korang ada backup kecemasan.

Dengan cara 1️⃣ tu gak korang sebenarnya akan belanja seminima yang mungkin sebab korang dah tahu berapa yang tinggal dalam bank.

Simpan 10% tu kat mana? Dalam bentuk apa? MACAM MANA?

Senang je

Simpan dalam bentuk Emas.

Nak tahu lebih lanjut whatsapp saya terus di sini bit.ly/borakrekemas

Saya akan share cara mudah nak simpan EMAS dan elak daripada terpaksa TEBALKAN MUKA pinjam duit lagi.

Share tau kat member korang yang selalu short duit.

Tak rugi pun follow page Rekemas ni. Banyak tips yang dikongsikan kat situ tentang kelebihan menyimpan Emas

Simpan dulu atau Belanja dulu?

Hai semua, kali ni saya nak share sikit cara yang betul nak kawal belanja bila dah dapat gaji. Ini yang saya pelajari setiap kali ke Seminar Public Gold. Tak rugi pun tau join Seminar Public Gold ni. Dah la free ada pulak peluang nak menang Gold Bar.

luckydraw
Hasil Menang Lucky Draw Seminar Public Gold

Nak join SEMINAR PUBLIC GOLD PERCUMA? Daftar kat sini tuk event terdekat dengan korang SEMINAR PERCUMA

Boleh dikatakan setiap daripada kita ni selalu buat dua turutan ni bila dapat gaji. Nak tahu turutan tu macam mana? Jom tengok sini;

  1. BELANJA ——> BAYAR HUTANG ——> MENYIMPAN

  2. BAYAR HUTANG ——> BELANJA ——> MENYIMPAN

Kebiasaannya bila dapat gaji, kita akan follow turutan yang ke-2 tu. Sebab yela, pape pun mestilah bayar HUTANG dulu. Dah bayar HUTANG, baru la kita puaskan kehendak hati dengan BERBELANJA. Agak-agak dah puas dan cukup, barulah MENYIMPAN. Korang pulak macam mana?

Tapi bila saya join Seminar Public Gold. Turutan yang sepatutnya dan di rekemankan oleh pakar kewangan adalah yang ini;

  1. MENYIMPAN ——> BAYAR HUTANG ——> BELANJA

Nampak macam tak logik kan? Gila ke nak simpan dulu lepas tu baru nak bayar hutang dan belanja mana yang ada. Pada mulanya saya pun rasa turutan ni tak betul. Yela tak boleh nak JOLI sakan la wei!

Tapi selepas mendapat penerangan yang betul dan kenapa PATUT follow turutan ni. INILAH sebenarnya yang patut kita buat!.

Secara amnya, kita akan buat dua turutan pertama di atas sebab kita nak bayar hutang dahulu sebab takut rekod nama tak cantik. Kemudian kita berbelanja sebab kita nak membeli barang keperluan peribadi dan juga keluarga.

Namun percaya tak, dua turutan tu akhirnya buat kita tak dapat menyimpan. Lagi parah bila duit yang kita rasa patut simpan tu sebelum hujung bulan dah habis diguna pakai.

Penniless man

Menurut Pakar Kewangan Tuan Azizi Ali, kita patut simpan atleast 10% daripada gaji kita setiap bulan. Bermakna kalau gaji korang RM3500 setiap bulan selepas tolak EPF, SOCSO, Income Tax dll. Korang wajib simpan RM350 sebulan. Dan simpanan tu pulak, lagi elok bila disimpan BUKAN dalam bentuk WANG KERTAS.

Sebab utama kita wajib ikut turutan ni kerana, dengan menyimpan kita sebenarnya dapat kawal perbelanjaan setiap bulan. Dan signifikan daripada method ni, sebenar kita sedang latih diri kita menjadi orang yang berdisiplin dan konsisten dalam menyimpan. Ini sebenarnya salah satu cara nak buat SIMPANAN KECEMASAN!

Kalau bukan simpan dalam wang kertas, nak simpan kat mana? Jawapan pakar kewangan;

“SIMPAN DALAM BENTUK EMAS”

Bila simpan dalam bentuk EMAS, kita akan bermain dengan emosi. EMAS yang kita simpan setiap bulan akan bertambah beratnya. Bila berat bertambah atau kepingan GOLD BAR bertambah. Kita akan rasa sayang nak jual atau gadai. Kalau gadai/jual pun sebab terpaksa nak pakai duit.

Dengan cara ini, setiap bulan kita secara automatik menjadi seorang yang bijak mengawal kewangan. Simpanan dah ada, bayar hutang dah settle. Tinggal nak belanja je. Dan bila belanja pun kita akan berbelanja secara berhemah. Tak percaya? Cuba la.

Mana nak beli EMAS? Ada banyak syarikat yang menjual EMAS. Namun yang terbaik setakat ini, PUBLIC GOLD! Nak beli emas online pun boleh. Beli EMAS di PUBLIC GOLD, kita beli mengikut harga semasa. Boleh klik sini tuk Harga Emas Semasa Public Gold

Dan tahu tak, PUBLIC GOLD pun menawarkan beli emas online murah dengan serendah RM100! Ni option bagi korang yang tak dapat nak beli EMAS dengan jumlah yang besar dan nak bermula sikit-sikit dulu.

GAP-2

 

Jadi korang nak beli emas boleh je beli kat Public Gold. Nak tahu cara beli emas di Public Gold secara GAP (Gold Accumulation Program) boleh klik sini Senang Buka GAP

Dan kalau korang berminat nak beli terus dari website Public Gold. Daftar percuma sini dulu Daftar Percuma

Bila korang dah daftar, dah dapat PG Code dan password sementara. Korang dah boleh beli produk PUBLIC GOLD dengan harga ahli. Lagi jimat woo!

P/s ; share tau post ni. Moga ada manfaat kat kengkawan korang.

 

 

 

 

Public Gold TERUS Kehadapan

✅Agar sukar untuk mencari 1 syarikat EMAS yang stabil dan berwawasan jauh seperti Public Gold.

✅10 tahun dalam pasaran di Malaysia, sudah jauh ia meninggalkan mana-mana pesaingnya (jika wujud).

✅Bermula dengan 1 cawangan di Pulau Pinang, sekarang sudah ada 18 cawangan di seluruh Malaysia.

✅Bermula hanya di Malaysia, sekarang sudah merebak ke Singapura, Indonesia dan Brunei.

Selepas ini mungkin ke Philipines & Vietnam.

✅Bermula dengan hanya belian emas jongkong dan dinar, sekarang sudah ada Program Akumulasi (GAP).

✅Bermula dengan tanpa sijil patuh Syariah, sekarang sudah patuh Syariah bertaraf antarabangsa oleh Amanie Advisors Sdn Bhd.

✅Bermula dengan hanya EMAS simpanan, sekarang sudah ada Aurora Italia (18k) & PG Jewel (22k).

✅Bermula dengan hanya emas, sekarang sudah ada PG Mall untuk shopping online apa saja barang secara maya.

✅Bermula dengan bersendirian, sekarang sudah ada pelbagai rakan perniagaan termasuk Pos Malaysia & Tekun Malaysia.

✅Bermula dengan emas yang perlu diambil di cawangan, sekarang sudah ada khidmat pos emas sampai ke rumah (GIT – GOLD In Transit).

✅Bermula dengan hanya beberapa siri seminar emas, sekarang sudah ada lebih 100 seminar emas percuma dengan hadiah cabutan bertuah berupa emas yang juga percuma.

✅Macam-macam lagi la kalau nak tulis.

✅Jika anda ingin bimbingan bagaimana untuk mula menjadi pelanggan syarikat emas tersohor ini, sila whatsapp saya sekarang.

Muhammad Daniel Nelison
Authorised Dealer Public Gold
PG00101715
http://www.danielnelison.com/public-gold

>>> wasap.my/+60176840288

5 Tips Simpan EMAS

Wajib baca bagi korang yang nak simpan EMAS tapi Tak tahu cara nak bermula.

Ramai dah tahu emas ni bagus cuma tak tahu dari mana nak mula dan patut buat apa.

Baiklah, ini caranya;

1️⃣Simpan emas boleh dimulakan dengan serendah RM100 melalui akaun emas fizikal GAP public gold.

2️⃣Simpan emas dengan matlamat yg betul iaitu untuk selamatkan wang dari kebocoran (walaupun banyak sebab lain tapi inilah sebab paling popular)

3️⃣Simpan emas sebanyak yang boleh bagi mereka yang dalam kategori tak boleh tengok cash mesti nak pakai (simpan 10% emas bagi mereka yg ada portfolio lain yg lebih baik dari emas dan berjaya untuk tidak diusik)

4️⃣Simpan emas sehingga kita dapat peluang yang baik, sebagai contoh mendapat seruan ilahi untuk menunaikan haji. Maka, juallah emas tersebut dan tunaikan haji.

5️⃣Simpan emas dengan konsisten tiap bulan agar kita tak perlu risau harga emas naik atau turun sebab pada akhirnya kita akan dapat harga purata.

Jika rasa sudah bersedia, tanyalah poket disisi kita

Kredit Mentor Emas : Tuan Syukur Hashim

Saya merupakan Authorised Dealer Public Gold di bawah mentorship Tuan Zulkifli Shafie (penulis buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang) dan berpengalaman membimbing penyimpan emas seluruh Malaysia

Jom follow Facebook page bit.ly/Rekemas untuk update dan info terbaru berkaitan EMAS.

Share tau post ni. Mana tahu ada yang berminat.

“Save gold today, it will save you tomorrow”