Category Archives: EMAS

Seronoknya Simpan EMAS!

Nak rasa seronok simpan emas?

🆗 Jawapan: CIPTA IMPIAN (create a dream) dan gunakan emas untuk mencapai impian tersebut.

🆗 Saya berikan contoh sebenar.

1️⃣ Anda mempunyai impian untuk pergi umrah. Ini impian yang suci murni. Ada nilai emosi.

2️⃣ Kemudian, kira berapa nilai simpanan emas yang anda perlukan?

Dalam kes ini, anda perlukan 7 DINAR untuk pakej umrah dan 3 DINAR untuk belanja shopping di sana. Total semua 10 DINAR.

🆗 Jadi, anda susun strategi untuk simpan duit dalam bentuk emas.

Saya Nak 10gram!

🆗 Lepas tu tengok gram emas anda semakin banyak dan ucapkan

“Alhamdulillah, dah dekat dengan impian aku ke pergi umrah”

🆗 Jika simpanan emas dikaitkan dengan impian maka In sha Allah hati anda lebih seronok untuk menyimpan emas, hati anda lebih seronok untuk menyimpan secara konsisten.

Saya Nak 50gram!

✴️ Dengan 50gram Emas, dah cukup untuk buat tambang ticket berdua bagi menunaikan Umrah✴️

🆗 Kesimpulan. Anda akan semangat simpan emas secara konsisten jika ia membantu merealisasikan impian anda❗

Advertisements

Strategi Pelaburan..Apa yang patut kita tahu?

Apabila anda membuat pelaburan emas, anda perlukan strategi.
(Maksud strategi: rancangan yang teratur yang memperhitungkan pelbagai faktor untuk mencapai matlamat atau kejayaan).

Pelaburan emas boleh jadi perkara yang rumit. Ini kerana anda perlu jelas tentang 3 perkara:

1️⃣ Matlamat anda melabur/menyimpan emas.

2️⃣ Memilih produk yang sesuai dengan matlamat 1.

3️⃣ Menguruskan risiko yang berkait dengan produk 2.

Apakah strategi terbaik untuk saya

Malangnya tiada satu jawapan yang sesuai dengan semua orang. Setiap orang perlukan strategi yang berbeza-beza.

Strategi terbaik untuk anda mestilah bersesuaian dengan matlamat, produk dan risiko.

CONTOH 1

Jika matlamat anda membeli emas sebagai Insurans Kekayaan atau sebagai Harta. Maka strategi anda andalah seperti berikut:

🆗 Pemilihan Produk
✴️Anda pilih emas fizikal yang anda simpan sendiri. Contohnya jongkong emas dan dinar emas. Harga pula mesti mengikut harga emas semasa dunia.

✴️Kelebihan, anda tidak perlu takut risiko pihak ketiga contohnya penjual emas tersebut melarikan emas anda (bankrap/tipu) sebab emas anda pegang.

🆗 Pengurusan Risiko

✴️Emas fizikal ada risiko kehilangan/kecurian. Jadi anda perlu simpan dengan selamat.

✴️Kalau nak sembunyikan di rumah, tempat penyembunyian mestilah kreatif. Kenalah fikir❗

✴️Kalau anda rasa rumah tak selamat maka anda kena cari safe deposit box bank atau swasta. Kena keluarkan modal❗

CONTOH 2; SIMPANAN/PELABURAN

✴️Jika matlamat anda adalah simpanan/pelaburan. Maka strategi anda adalah seperti berikut:

🆗 Pemilihan Produk

✴️Anda boleh pilih akaun simpanan emas contohnya di bank atau Public Gold GAP.

Kenapa

✴️Sebab senang nak tambah emas dalam kuantiti kecil. Kemudian anda tak perlu fikir aspek penyimpanan.

✴️Bank/syarikat tolong simpankan untuk anda. Jadi anda boleh tidur lena. Contohnya akaun simpanan emas GAP Public Gold.

✴️Kemudian anda kena tengok spread jual beli emas dan harga pergram. Harga mesti berubah mengikut harga emas dunia. Setiap penjual berbeza-beza harga dan spreadnya.

Lagi satu❗

✴️Adakah senang untuk anda beli dan jual emas tersebut. Kalau susah nak pergi beli dan jual. Itu pun masalah juga. Buang masa anda ajer❗

🆗 Pengurusan Risiko

✴️Adakah syarikat/bank menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal?

✴️Ada institusi bank yang tidak menawarkan pengeluaran emas fizikal. Jadi jika anda nak pegang emas fizikal, anda perlu pilih syarikat/bank yang menawarkan pengeluaran emas fizikal.

✴️Kemudian bagaimana dengan syarat jualan semula? Ada syarikat yang menawarkan pengeluaran emas fizikal tetapi tak akan beli balik emas fizikal daripada anda.

✴️Ada syarikat yang cas anda safe keeping fee untuk emas anda sehingga 2% setahun. Ada yang free. Itu pun kena tengok betul-betul.

✴️Adakah syarikat kukuh? Supaya tiada risiko mereka melesapkan diri dengan emas anda.

CONTOH 3

✴️Jika matlamat anda andalah untuk menjadi spekulator. Nak buat duit cepat.

Strategi anda adalah seperti berikut;

🆗 Pemilihan Produk

✴️Anda kena invest/trade dalam saham syarikat perlombongan emas, belajar trade CFD, Gold Futures, Gold Option dan spot gold.

🆗 Pengurusan Risiko

✴️Produk-produk ini berisiko tinggi. Pulangan lumayan namun risikonya tinggi. Saham boleh turun jadi kosong.

✴️CFD, Gold Futures, Option, spot gold mempunyai risiko tinggi. Anda boleh kehilangan modal 100%

✴️Tak boleh tidur aja kalau anda involved dengan produk ini. Anda ambil masa yang panjang untuk mahir. Banyak buku, seminar dan masa berlatih diperlukan.

✴️Learning curve dia tinggi. Kalau setakat setahun dua tahun pengalaman, belum tentu terrer gais. Newbie lagi.

KESIMPULAN

✴️Dalam pelaburan emas terlalu banyak strategi. Pilih yang sesuai dengan objektif pelaburan anda.

✴️Jika ia bersesuaian, InsyaAllah anda akan beruntung dan boleh tidur lena.

Silakan share jika bermanfaat.

Petikan dari FB Mahaguru EMAS Tuan Syukor Hashim

Potensi Kenaikan Harga Emas..untung ke untung?

🆗 Ini adalah analisis potensi kenaikan harga emas untuk anda.

🆗 Dengan kata lain saya nak tunjuk berapa harga emas boleh naik lagi. Analisis ini mengambil fakta harga tertinggi emas tahun 2011.

🆗 Jika harga ini berulang kembali, berapakah potensi keuntungan anda? Mari mengira dengan senyuman 😊

🆗 Baik, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah 1920 usd/Oz (tercapai pada September 2011)

✴️ Harga emas hari ini 1417 usd/Oz (23/7/2011).

🆗 Jika harga tertinggi 1920 usd berulang kembali, maka potensi kenaikan harga adalah 503 usd/Oz.

✴️ 503 usd x 4.1 (kadar tukaran usd/RM) = RM2062 / Oz

✴️ Kalau kita tukar ke gram (RM2062/31.1) = RM66 segram.

🆗 Jadi harga emas boleh naik lagi RM66 segram.

🆗 Mari bandingkan dengan harga sekarang

===============================

🆗 Harga emas 999.9 sekarang sekitar RM199 ke RM201 segram.

🆗 Jadi bila harga emas mencecah 1920 usd, maka harga emas di dalam RM akan menjadi RM265 ke RM267 segram.

🆗 Andaian saya adalah seperti berikut:
******************************************
1️⃣ Exchange rate masih 4.1 (Usd/RM). Jika ringgit melemah maka harga emas akan jadi lebih tinggi.

2️⃣ Ini tak termasuk premium over spot. Kalau masuk premium over spot, harga akan lebih tinggi lagi. Contohnya premium over spot price untuk emas Public Gold adalah 6.4%

Sekian terima kasih.

Petikan daripada FB Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim

Analisis kenaikan harga emas 2016 sehingga sekarang…oooo patutla harga EMAS naik mencanak aritu

Ini adalah analisis trend harga emas dari tahun 2016 – sekarang (Jun 2019). Sila rujuk gambarajah yang saya sertakan untuk pemahaman.

Untuk pengetahuan anda trend kenaikan harga emas telah bermula sejak januari 2016.

Bagaimana kita nak confirmkan bahawa trend emas sedang menaik?

Secara analisis teknikal, anda boleh lihat bahawa harga ‘Lowest Low’ semakin tinggi berbanding “Lowest Low” sebelumnya (tengok gambar yang saya sertakan)

Apa maksudnya? Maksudnya bila harga emas naik tinggi, ia akan turun jugak (retracement) namun harga emas yang jatuh itu adalah lebih tinggi berbanding harga terendah sebelumnya.

Nak mudah faham, sila tengok Lowest low A, Lowest Low B, Lowest Low C dan Lowest low D.

Harga Lowest low B lebih tinggi dari Lowest low A
Harga Lowest low C lebih tinggi daripada Lowest low B
Harga Lowest low D lebih tinggi daripada Lowest low C

Itu adalah salah satu petunjuk jelas harga emas dalam trend menaik.

Kedua, mari lihat penurunan harga emas (dipanggil retracement). Saya tandakan dengan R-1, R-2 dan R-3.

Anda dapati walaupun harga emas menurun, namun jurang penurunan semakin mengecil. Jurang R-1 sangat besar, jurang R2 kecil sedikit dan R-3 adalah paling kecil.

Ini adalah petunjuk trend menaik yang kuat (secara analisis teknikal).

Adakah kenaikan harga emas ini disokong secara fundamental? Sudah tentu jawapannya adalah YA.

Faktor trade war antara US – China, ketegangan di Timur Tengah (US – Iran) dan lagi satu faktor yang saya jangka menyumbang kepada trend menaik harga emas adalah pilihan raya presiden US tahun depan (3 November 2020).

Pilihan raya president US boleh mengakibatkan berlaku situasi ketidaktentuan dan menyebabkan pelabur lari kepada aset selamat seperti emas. Yes!!

Dalam trend menaik, boleh tak emas jatuh? Ya. Sudah semestinya. Tengok graf 3 tahun nie pun cukuplah. Nampak ada kejatuhan kan? Gold naik in long term dan ada jatuh in the process (retracement)

Jadi, bila saya cakap gold investment/saving adalah untuk jangka masa panjang, saya harap tuan puan boleh faham dengan jelas.

Now kita tengok sambil makan pop corn. Adakah emas boleh bertahan diatas harga psiko level USD1400? Jika ya, maksudnya trend naik ini kuat.

Petikan daripada #NotaEmasSyukorHashim

EMAS INDIA, EMAS DUBAI, EMAS KELANTAN…Ada beza ke? Ni yang patut kita tahu tentang Ketulenan EMAS

Daripada FB Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim

Saya mendapat soalan tentang emas dalam whatsapp.

Soalannya: “Saya nak tanya sikit lah pasal jenis-jenis emas nie. Apa ye beza emas India lah, emas Dubai lah, Emas Kelantan lah…Then kenapa orang cakap jangan beli emas India, emas Kelantan walaupun harga per gram murah giler”

Jawapan saya: Terbatuk saya dengar soalan tersebut. Soalan nie macam urban legend. Urban legend nie adalah maklumat yang popular dan seringkali terdengar orang cakap tapi tak dapat dipastikan kesahihannya.

Jadi, adalah menjadi tanggung jawab saya untuk meleraikan persoalan ini.

Jika bermanfaat, sila share dengan rakan-rakan anda.

Biar saya explain terlebih dahulu tentang ketulenan emas (gold purity).

Mesin Ketulenan EMAS

Satu fakta yang perlu anda tahu ialah emas ini adalah bersifat homogeneous (seragam).

Ini bermaksud, emas yang dilombong di mana-mana bahagian diseluruh dunia adalah sama sahaja. Kalau emas tu dilombong dari Kelantan ke, Indonesia ke, South Afcica ke, USA ke, India ke, China ke… ia sama ajer.

Bila emas ditulenkan, maka ketulenan emas diukur dalam bentuk karat (gold karat). Sistem karat mengukur ketulenan emas berdasarkan berapa bahagian emas daripada 24 bahagian.

Perbezaan Karat

Kalau nak senang faham, saya bagi contoh mudah. Katakan anda ada rantai emas seberat 24 gram. Jika kesemua 24 gram tersebut adalah emas (tiada campuran logam lain) maka ketulenan emas itu adalah 24 karat

Jika rantai emas tersebut terdiri daripada 22 gram emas dan campur 2 gram logam lain, maka ketulenan rantai tersebut adalah 22 karat (sebab 22 bahagian sahaja adalah emas).

Kenapa nak campur logam lain? Biasanya untuk meningkatkan kekerasan rantai tersebut. Sebab emas tulen lembut, senang putus kalau halus.

Jika rantai emas tersebut terdiri daripada 18 gram emas dan 6 gram logam lain, maka ketulenan emas tersebut adalah 18 karat.

Jadi, tidak ada masalah untuk anda membeli emas daripada Kelantan ke, Terengganu ke, India ke, China ke, Dubai ke.. atau mana-mana negara asalkan anda tahu tentang ketulenan emas tersebut. Selagi mana nilai karatnya adalah sama, maka ketulenannya adalah sama.

Sebab itu bila anda pergi menggadai emas di Arrahnu, pajak gadai Islam, mereka hanya meletakkan nilai karat dan berapa harga semasa. Mereka tak letak nilai berdasarkan emas Kelantan, Emas India, Dubai dan lain-lain…

Yang penting adalah berapa nilai karat emas sahaja.

Barang Kemas AuroraItalia Public Gold

Isu lain yang tidak ada kena mengena dengan ketulenan emas adalah kualiti pertukangan. Mungkin ada emas dari sesetengah tempat, kualiti workmanshipnya berbeza.

Namun itu adalah isu lain. Itu isu kualiti pertukangan. Ia takde kena mengena dengan isu ketulenan. Kalau pertukangannya kasar dan tak lawa, saya rasa baik pergi tengok kat kedai lain yang designnya lawa.

Kesimpulan. Jika anda faham tentang ketulenan emas, maka anda boleh beli emas kat mana-mana sahaja ok!

Jika berminat belajar ilmu emas, dapatkan buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.

Rahsia Pelaburan EMAS

p/s: Mohon share untuk manfaat rakan-rakan anda yang lain, InsyaAllah

Takut Simpan EMAS sebab Tak Nak Kene Bayar Zakat? Pelik orang jaman now..

Petikan daripada FB Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim..

Saya pernah jumpa orang yang tidak mahu simpan emas disebabkan

“emas kena bayar zakat”

Habis tu abam nak simpan apa? Tanya saya

Simpan duit lah? Jawab si abam

Huh! Abam. Duit simpanan pun kena zakat juga. Cukup haul dan nisabnya maka abam kena keluarkan 2.5% zakat.

Nisab simpanan untuk simpanan adalah RM13,968.00

Contohnya jika abam simpan RM20,000 selama setahun, maka zakatnya adalah RM500.

Nak kira zakat, tapi Tak tahu macam mana? Klik je sini Pengiraan Zakat

Dalam Islam, apa-apa perkara yang berbentuk harta dan mengkayakan pemiliknya maka biasanya akan dikenakan zakat.

Kalau abam nak lari zakat, saya cadangkan abam jadi orang miskin 😂

Abam mesti tak nak kan?

Orang berharta tiadalah dapat lari dari berzakat.

Bersyukurlah jika anda berharta

Risiko Pelaburan EMAS. 5 ni korang patut tahu kalau tak nak rugi..

Simpan EMAS bukan untuk kaya tapi lebih kepada menyelamatkan kekayaan kita. Ada orang cakap, pelaburan emas adalah salah satu aset dan pelaburan yang paling stabil. Senang kata, ia tak akan rugi walaupun negara berhadapan dengan krisis mata wang.

Tapi, benarkah begitu? Hmm betul ke?

Dalam setiap jenis pelaburan, tak kiralah pelaburan saham, hartanah atau unit trust, tentu saja ada risikonya dan pelaburan emas juga tidak terkecuali.

Jadi sebelum korang start nak melabur dalam EMAS, ini antara yang orang patut tahu sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam EMAS

1. Tak Sesuai Untuk Pelaburan Jangka Masa Pendek

Berdasarkan statistik, umumnya nilai emas dilihat berpotensi untuk naik dari tahun ke tahun. Tapi, kita perlu faham bahawa emas adalah paling ideal sekiranya dijadikan simpanan dan bukannya pelaburan – kecuali untuk pelaburan jangka masa panjang (sekurang-kurangnya 2 hingga 5 tahun).

Senang kata, kita boleh membeli emas sekiranya kita ada banyak duit lebih (yang memang tak akan dipakai dalam masa terdekat) dan nak duit kita itu ‘selamat’ buat masa yang lama. Ini kerana, nilai emas tetap ada pasang surutnya akibat supply dan demand, apatah lagi buat jangka masa pendek.

Seperkara lagi, walaupun harga emas perhiasan lebih tinggi daripada emas pelaburan (gold bullion coin, jongkong emas, wafer, dan sebagainya), emas perhiasan terdedah kepada susut nilai sekitar 25%!.

Barang kemas ini juga biasanya dibuat daripada emas 916 (91.6% tulen) berbanding emas pelaburan yang diperbuat daripada fine gold (999.9). Tambahan pula, kos upahnya juga boleh dimanipulasi oleh pekedai emas.

2. Perlu Mencari Penjual & Pembeli Yang Betul

Berbeza dengan mata wang, emas bersifat universal kerana ia boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa.

Ada beberapa tempat yang kita boleh membeli emas seperti:

  • Kedai Emas – kalau dibeli dengan harga runcit, biasanya harganya agak tinggi. Maka seeloknya ketahui harga borong dan buat survey untuk dapatkan harga terbaik. Kalau nak beli dari kedai-kedai kecil boleh juga, tetapi ada risiko emas palsu atau tidak tulen.
  • Syarikat Menjual EMAS seperti PUBLIC GOLD – Public Gold merupakan syarikat yang menjual dan membeli EMAS yang dah lebih 10 tahun beroperasi kat MALAYSIA. Bukan setakat jual malah turut membeli EMAS. Selain itu, ada banyak produk EMAS yang ditawarkan. Nak senang tengok kat website www.publicgold.com.my
  • Bank – ada bank yang patuh syariah yang menjual emas fizikal. Emas atas kertas (gold pass book) biasanya tidak patuh syariah.

Di sini saja kita boleh lihat bahawa ia memerlukan ilmu untuk memastikan sumber emas itu benar-benar asli agar tidak dipertikaikan semasa nak menjualnya semula nanti.

Di samping itu, penting untuk anda memahami syarat jualan baik atau nilai buyback iaitu susut nilai yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.

3. Perlukan Tempat Simpanan

Kalau ada emas yang sedikit, bolehlah lagi kita nak simpan di dalam almari bilik atau di mana-mana ‘tempat rahsia’ di rumah. Tapi, kalau ia dah bertambah banyak, mesti kita rasa tak senang duduk. Nak tinggalkan emas di rumah selama 2-3 hari pun, kita dah mula gelisah.

Jadi, jangan lupa beberapa kos tambahan yang turut terlibat dalam pelaburan emas seperti insurans, sewaan peti deposit, atau tempat simpanan yang lain. Ini semua memakan kos juga.

Nak lagi selamat boleh simpan kat PUBLIC SAFE. Bukan setakat nak simpan EMAS, korang punya dokumen sulit pun boleh simpan. Selamat dan dikawal rapi. Korang rasa mana lagi selamat, simpan sendiri atau simpan kat Public Safe? Boleh check website sini www.publicsafe.com.my

4. Terlibat Dengan Scam

Sukar dinafikan, dalam ledakan teknologi ini semakin banyak peluang untuk scammer mencari mangsa-mangsa penipuan yang bertopengkan perniagaan / pelaburan emas. Malah, tak kurang juga golongan yang menggunakan hadis lemah (dhoif) atau hadis palsu sebagai hujah untuk melariskan perniagaan emas mereka.

Apapun, sebagai pembeli, kita perlu faham bahawa emas perlu diniagakan secara fizikal dan keuntungannya diperolehi melalui kenaikan harga emas semasa. Bukannya skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap dalam tempoh masa bulanan atau tahunan kerana ini dianggap sebagai salah satu unsur riba’. Banyak syarikat yang menawarkan skim begini telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia ataupun cabut lari.

Ambil iktibar dari kes Tok Belagak dengan scam Emas ETA. Skim lain yang masih bebas beroperasi sebegini adalah Zenith Gold. Tok Berlagak merupakan scam yang paling banyak buat orang merana. Ada yang sanggup buat loan bank semata-mata kerana terpengaruh dengan pulangan yang Too Good To Be Truth,

5. Unsur Riba’

Terakhir sekali, emas adalah merupakan barang ribawi, maka syarat jual beli adalah sangat ketat supaya ianya tidak jatuh hukum riba. Jual beli dan pelaburan emas begitu mudah terdedah kepada unsur riba’ jika penjual dan pembeli sendiri tak alert terhadap garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.

Antaranya:

  • Serah dan terima dalam satu masa (Taqabud) – Pastikan berlakunya pertukaran serta merta terhadap penyerahan dan pembayaran. Menurut Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan penyerahan sijil hakmilik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun hukumnya sah dan harus di sisi Islam. Dengan syarat, sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki.
  • Tiada penangguhan – Pembayaran yang terlibat dalam urusniaga ini wajib menggunakan sama ada tunai, kad debit / kad kredit, cek tempatan. Tidak boleh dibayar secara ansuran atau hutang.
  • Tiada unsur riba’ – Sekiranya kita mahu membuat pelaburan dalam bentuk akaun pelaburan emas, seeloknya terdapat satu jaminan atau pengesahan yang diiktiraf oleh Majlis Syariah tertentu. Sebarang bentuk hadiah, dividen, atau faedah adalah tidak dibenarkan syarak. Selain itu, emas tersebut juga perlu dizakatkan apabila cukup tempoh/haul.

Tahu tak, Public Gold merupakan syarikat yang mendapat sijil patuh syariah daripada Amanie Advisors Sdn Bhd. Ini bermakna kesemua proses jual beli emas dengan Public Gold telahpun disahkan patuh syariah.

Bermula pengumuman pengesahan Public Gold patuh shariah fasa pertama pada 16 Disember 2016, kini pengesahan untuk produk Gold Accumulation Program (GAP) dan Silver Accumulation Program (SAP). Alhamdulillah, ini bermakna Public Gold adalah satu-satunya syarikat (yang bukan Institusi Kewangan) jual beli emas fizikal di Malaysia yang disahkan patuh syariah.

Jadi kenapa korang perlu beli dengan syarikat yang diragui? Nak beli pun senang. Register sekarang tuk dapatkan harga ahli. Memang berbaloi la.. https://publicgold.com.my/index.php/component/custregistration/?introducer=PG00101715

Pelbagaikan Pelaburan

Pokok pangkalnya, emas menawarkan salah satu alternatif pelaburan yang menguntungkan. Tapi, kita perlulah ada ilmunya. Tiada kekayaan yang datang begitu saja tanpa usaha, bukan?

Jumlah yang ideal untuk dilaburkan dalam emas adalah 20% daripada duit lebihan (surplus). Bukannya semua labur dekat emas, takut nanti susah bila nak pakai duit – Maklumlah, emas perlu dicairkan terlebih dahulu.

Kesimpulannya, diversify.

Pelbagaikan sumber-sumber pelaburan anda dalam bentuk yang berlainan agar ia boleh disesuaikan dengan keperluan kita pada masa akan datang.