3 CARA SELAMATKAN WANG KETIKA KRISIS

Umum mengetahui bahawa ketika ini seluruh dunia sedang mengalami ancaman virus Covid-19. Virus ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan manusia malah turut menjejaskan ‘kesihatan’ ekonomi global.

Ditambah dengan harga minyak dunia yang menurun, ianya menambah lagi ‘sakit’ para pelabur.

Kini beberapa buah negara yang dilanda jangkitan Covid-19 serius melaksanakan tindakan ‘lockdown’ dan menyekat pergerakan keluar masuk rakyat mereka. Tindakan ini bagi menyekat penularan virus Covid-19 yang diketahui mudah berjangkit melalui sentuhan.

Cara Mencegah Covid-19

Selain daripada menggesa rakyat untuk duduk di dalam rumah, perusahaan serta syarikat yang sedia ada juga terpaksa akur dengan perintah kerajaan untuk menutup buat sementara perniagaan mereka.

Ramai pekerja diberikan cuti tanpa gaji. Bagi peniaga kecil, ini merupakan waktu yang sukat buat mereka kerana hilang punca pendapatan harian. Bagi pekerja sektor awam, walaupun dicutikan tapi gaji mereka tetap jalan. Namun jangan mudah leka, kita tak tahu apa yang bakal dihadapi oleh kerajaan untuk masa ini. Sedia atau tidak, kita harus hadapinya!

Apa next plan anda bila ini berlaku?

Keadaan memaksa penduduk dunia memikirkan apa next plan mereka. Situasi sekarang membuatkan ramai antara kita resah dan tidak senang duduk. Bukan sebab virus, tapi lebih kepada faktor kewangan bagi menampung kehidupan keluarga di masa hadapan.

Ini antara 3 cara nak selamatkan wang di waktu krisis Covid-19;

1. Simpan Wang

‘Sediakan payung sebelum hujan’ ini merupakan pepatah yang sesuai mengambarkan situasi kebanyakan daripada kita. Adalah dinasihatkan untuk simpan atleast 3-6 bulan gaji dalam bentuk tunai.

Simpanan ini yang akan menajdi benteng terakhir kita dalam menghadapi saat-saat sukar jika tidak bekerja. Sekurangnya kelangsungan hidup keluarga terjamin sedikit.

2. Melabur Secara Konsisten

Setiap bulan tetapkan berapa jumlah untuk anda laburkan. Jika anda sudah ada pelaburan wang dalam unit trust atau saham. Cuba pelbagaikan portfolio pelaburan anda dengan melabur dalam emas.

Pakar menasihatkan kita untuk melabur 10% daripada pelaburan kita dalm bentuk emas. Ini bagi memastikan kewangan kita selamat jika berlaku perkara yang tidak diingini dalam pelaburan kita.

Melalui pelaburan emas Public Gold. Mulakan modal serendah RM100 dahulu. Mula simpan emas secara konsisten setiap bulan. Emas itu juga merupakan duit. Cuma bukan dalam bentuk wang kertas sahaja.

3. Kawal Perbelanjaan

Ini merupakan benda simple tapi ramai yang tak mampu lakukan. Sebelum membuat apa-apa pembelian. Senaraikan benda yang penting untuk dibeli. Ianya nampak remeh tapi berkesan dalam mengawal aliran tunai anda.

Beli Apa Yang Perlu Sahaja

Senaraikan apa yang perlu sahaja. Utamakan keperluan daripada kehendak. Rekodkan jumlah perbelanjaan setiap bulan. Dari situ kita akan nampak corak perbelanjaan kita, samada semakin naik, menurun atau sama setiap bulan. Yang naik kita postmortem kenapa bulan tu banyak yang perlu dibeli.

Baca post saya tentang flow yang betul dalam menguruskan perbelanjaan setiap kali dapat gaji – Simpan dulu atau Belanja dulu

Akhir kata, patuhi sekatan perjalanan yang dikeluarkan. Sama-sama kita membendung penularan virus COVID-19 ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s