CoronaVirus – Ke Negara Mana Ianya Merebak

APA ITU CORONA VIRUS?

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MERS-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV).

Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

SIMPTOM CORONA VIRUS Covid-19

SEJAUH MANA IANYA MEREBAK?

Kalau dilihat perkembangan terkini virus Covid-19 ni, ramai yang tak menjangkakan ianya akan merebak sejauh benua eropah malah ke timur tengah.

Video ni menunjukkan betapa seriusnya jangkitan corona virus.

GEJALA Covid-19

Bagi orang normal, simptom corona virus nampak seperti demam biasa. Dan biasanya kita akan ambil ubat PARACETAMOL untuk menghilangkan rasa tidak selesa badan. 

Namun jika anda mengalami gejala seperti dibawah. Segeralah ke klinik atau hospita berdekatan untuk pemeriksaan. Ni gejala yang anda patut tahu dari hari ke hari;

HARI 1-3
1. Gejalanya hampir sama dengan masuk angin.
2. Sakit kerongkong ringan, sedikit sakit.
3. Tidak demam, tidak lelah. Masih boleh makan dan minum secara normal.

HARI KE-4
1. Sakit kerongkong sedikit, badan terasa mabuk.
2. Mulai suara serak.
3. Suhu badan sekitar 36.5 ⁰C.
4. Mulai gangguan pada tabiat pemakanan.
5. Sakit kepala ringan.
6. Diare atau gangguan percernaan ringan.

HARI KE-5
1. Sakit kerongkong, suara serak.
2. Badan panas ringan. Suhu antara 36.5 -36.7 ⁰C
3. Badan lemah, terasa sakit sendi.

HARI KE-6
1. Mula demam ringan sekitar 37 ⁰C.
2. Batuk dengan lender atau batuk kering.
3. Sakit kerongkong ketika makan, bercakap atau menelan.
4. Kelelahan, mual.
5. Sesekali sukar bernafas.
6. Jari sakit.
7. Diare dan boleh muntah.

HARI KE-7
1. Demam lebih tinggi dari 37.4 – 37.8 ⁰C
2. Batuk lebih banyak dan berkahak.
3. Biasa badan dan sakit kepala.
4. Diare yang lebih teruk.
5. Muntah.

HARI KE-8
1. Demam di level 38⁰C atau di atas 38⁰C.
2. Sukar bernafas, setiap kali bernafas dada terasa berat.
3. Batuk yang berterusan.
4. Sakit kepala, lenguh pada sendi-sendi dan sakit punggung.

HARI KE-9
1. Gejala tidak berubah tetapi bertambah teruk.
2. Demam semakin teruk.
3. Batuk tidak reda tapi lebih buruk dari sebelumnya.
4. Sukar untuk bernafas dan kena berusaha kuat untuk bernafas.

Kalau anda ada mengalami sebarang gejala seperti di atas, sila rujuk segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk ujian pengesahan.

Ramai antara kita mungkin merasakan ianya cuma batuk atau selsema biasa. Jangan ambil mudah atau ‘takpa’. Kalau takpa tanpa melibatkan orang lain itu boleh. Bayangkan jika sikap ‘takpa’ tu sampai terkena keluarga?

Masih lagi ke nak ‘TAKPA’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s