Risiko Pajak Emas Ar-Rahnu

Berikut merupakan antara soalan yang biasa ditanya berkaitan pajak emas.

“Adakah praktikal kita gunakan teknik rolling pajakan emas Ar-rahnu bagi tujuan membuat bayaran ansuran bulanan kereta?”

Jawapan:

  1. Ar-rahnu adalah pinjaman wang yang disandarkan dengan emas. Pinjaman Arrahnu adalah patuh syariah kerana tidak melibatkan riba.
  2. . Arrahnu mengenakan upah simpan ke atas emas yang digadaikan kepada mereka. Jadi keuntungan mereka adalah daripada upah simpan yang dibayar oleh penggadai.

Walaupun pinjaman ini patuh syariah, namun ia bukan bermaksud kita gunakan pinjaman Ar-rahnu dengan sewenang- wenangnya.

Ada pinjaman Arrahnu yang boleh memberikan manfaat dan ada pinjaman Arrahnu yang boleh memberi mudarat.

Contoh pinjaman Arrahnu yang memberikan manfaat:

Anda menggadaikan emas dan gunakan pinjaman tersebut sebagai pusingan modal perniagaan.

Contohnya nak berniaga bazar Ramadhan. Jadi perniagaan ini berpotensi menjana keuntungan. Anda tidak ada masalah untuk menebus emas dan membayar upah simpan. Ini situasi terbaik .

Situasi kedua yang agak OK adalah menggunakan pinjaman Arrahnu untuk membayar perbelanjaan yang berbentuk sekali setahun.

Contohnya bayar road tax dan insurans. Anda boleh plan selama setahun untuk menebus kembali emas tersebut. Jadi anda boleh kira berapa RM sebulan yang anda perlu simpan untuk cover pinjaman dan upah simpan.

Situasi berisiko:

Gadaian emas untuk membayar hutang bulanan seperti ansuran kereta tidak digalakkan kerana ia berisiko. Ia ibarat berhutang untuk membayar hutang.

Anda tidak ada jalan untuk menjana keuntungan kerana bayaran ansuran kereta tersebut ibarat bayaran hangus.

Jadi saya sangat tidak menggalakkan menggunakan Arrahnu untuk bayar hutang bulanan.

Ingat! Arrahnu itu adalah pinjaman dan kita perlu gunakan kemudahan pinjaman ini mengikut keperluan.

Sekian.

Kredit kepada Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s