KENAIKAN MENDADAK HARGA EMAS PUBLIC GOLD. APA PUNCANYA?

Harini harga emas terkini publicgold mencatatkan satu angka yang agak tinggi iaitu RM237/gram. Bagi yang ada beli emas pada harga sebelum ni, anda dah dapat untung dah pun walaupun cuma satu gram je.

Baik jom kita lihat punca kenaikan harga emas publicgold ni. Ingat ya, harga emas publicgold mengikut kepada pergerakan emas dunia. Bukan suka-suka nak naikkan harga emas.

1. Penularan Virus Corona

Rekod Terkini CoronaVirus

Semua tahu yang corona virus dah merebak hampir ke seluruh dunia. Dengan China masih lagi merekodkan kes yang tertinggi dengan 77345 kes diikuti dengan Korea Selatan 833 kes, diikuti oelh Italy 223 kes dan Jepun 146 kes. Bagi yang belum tahu, tangga kedua melibatkan mereka yang belayar dalam kapal persiaran Diamond Princess. Di mana wabak merebak adikalangan mereka tanpa mereka sedari pun!

Malaysia pula berada di tangga ke 12 melibatkan negara dengan 22 kes dan tiada kes baru direkodkan.

Ni harga tahun lepas October 2019

Apa Kaitan Corona Virus Dengan Kenaikan Harga Emas?

Bila berlaku sesuatu peristiwa seperti peperangan, ketidak-stabilan ekonomi sesebuah negara atau penularan wabak yang membawa maut. Kebanyakan pelaburan akan mula berpindah ke komoditi yang selamat. Conothnya emas dan perak.

Pelabur memindahkan dana mereka kerana faktor panic disebabkan masih lagi belum ada tanda yang virus ini akan berhenti tersebar. Syarikat-syarikat besar US seperti Apple, Coca-cola dan Procter & Gamble telah memberi amaran bahawa koronavirus memberi kesan negatif kepada keuntungan syarikat.

Bila keuntungang diramalkan negatif, para pelabur akan mula bertukar kepada komoditi selamat. Seorang pelabur hanya akan melaburkan duit pada saham yang menguntungkan. Siapa yang nak melabur rugi? Ada ke?

Dan bila mereka mula membeli emas dan perak (bukan fizikal), harga emas akan melonjak naik kerana ramai pelabur nak selamatkan pelaburan mereka. Sekurang-kurangnya ada back up dalam bentuk emas daripada hangus terus wang pelaburan.

Harga semasa ketika Coronavirus semakin merebak 17 Feb 2020

Kesannya pada kita sendiri, bila melihat harga emas naik. Nak beli bila tu? Masa harga nak turun ke? Ya memang akan turun tapi serendah mana ia akan turun? Dan bila dah turun tu, nak beli ke beli? Itu persoalannya!

Bila pelabur merasakan virus ini akan ada penawarnya, secara perlahan meraka akan melabur kembali ke saham yang menguntungkan. Emas yang dilaburkan tadi mereka akan simpan kerana dah rumlah alam, emas memang bernilai sepanjang masa. Bila dah takda modal baru meraka akan jual emas tu. Dapat untung topup balik.

2. Berlaku kenaikan dalam kadar jangkitan di negara-negara lain selain China.

Pelabur hanya memikirkan keuntungan bila melabur. Bila berlakunya peningkatan jangkitan coconavirus di negara luar daripada China, mereka akan menarik pelaburan dari sesebuah negara itu. Sebab tu kita dengar istilah Pelabur Luar. Meraka yang mengerakkan naik dan turun harga sesebuah saham syarikat.

Bila pelabur luar melabur dalam negara kita contohnya, kesannya bukan pada harga saham melonjak semata-mata. Tapi akan tersebar dengan adanya peluang pekerjaan dan perkembangan ekonomi serta infrastruktur negara. Orang akan yakin untuk melabur di Malaysia. Nama Malaysia akan naik dan dikenali serata dunia. Sektor perlancongan, pembuatan, pembinaan dan sebagainya akan meningkat sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat.

Bayangkan jika coronavirus ni semakin lama semakin merebak di Malaysia. Agak-agak ada tak yang nak melabur? Kenapa mereka nak melabur kalau kegiatan ekonomi terbantut kerana virus? Baik melabur kat negara lain yang lebih selamat.

3. Kestabilan Politik Negara

Kita baru dikejutkan dengan perubahan drastik politik negara. Dengan kerajaan baru yang bakal dibentuk sekali gus membuatkan pelabur mula beralih kepada emas dan perak.

Mereka masih lagi melabur di Malaysia. Dengan adanya emas dan perak, pelaburan mereka akan selamat sementara menanti politik kita akan stabil. Mereka nak tahu hala tuju pemimpin negara. Samada mahu berkembang dan maju kehadapan atau menutup segala pelaburan dari luar.

Harga terkini emas pada 22 Feb 2020. Nampak perbezaan yang ketara dalam tempoh 5 hari

Syarikat besar akan menanggung kerugian bila ekonomi semakin tidak stabil dek kerana masalah politik negara. Mereka terpaksa membayar segala keuntungan pelaburan yang disalurkan kepada para pelabur.

Bayangkan jika Syarikat A mencatatkan keuntung bersih cuma RM10000, pelabur mula menarik diri dan menjual saham sehingga tiada lagi keuntungan untuk membayar gaji pekerja. Siapa yang rugi sebenarnya?

Pelabur Dah Mula Membeli Emas. Kita Bila Lagi?

Itu persoalan yang hanya anda ada jawapannya. Sebagai seorang yang bekerja makan gaji atau bekerja sendiri, seharusnya kita ada backup kewangan yang bukan dari segi wang kertas. Bagi mereka yang ada asset seperti tanah dan rumah. Itu merupakan backup terbaik mereka. Bila keadaan terdesak, tanah dan rumah itu akan dijual untuk mendapatkan modal.

Bagi yang bekerja makan gaji. Saya cadangkan, asingkan 10% gaji bersih tu dan beli emas. Tak dapat 10% pun atleast RM100 kerana publicgold gap minimum untuk membeli emas hanya RM100 sahaja. Niatkan dalam hati untuk selamatkan kewangan. Sebab kita takkan tahu bila akan ‘DIBERHENTIKAN’ Langit tidak selalunya cerah.

Yang bekerja sendiri pula saya sarankan simpan 10% duit payment dalam bentuk emas. Kalau takut dirompak alihkan dalam publicgold gap. Ianya selamat dan terjamin dengan emas fizikal. Dengan emas, kekayaan kita selamat daripad inflasi. Inflasi merupakan pembunuh wang kertas kita.

Kenapa dikatakan sebagai pembunuh? Kerana setiap tahun kadar inflasi akan meningkat. Bila meningkat nilai wang kita makin susut walaupun ada banyak digit 0. Contoh paling dekat matawang zimbabwe. Dengan kadar insflasi yang tinggi. 100 trillion pun baru boleh beli 1 lilipop je!

Harga emas terkini Rm237/gram

Nak lagi mudah faham, beza 10 tahun dahulu dengan sekarang. Dahulu Rm1 kita dah boleh beli 5 ketul kuih sama size. Sekarang Rm1 hanya dapat 2 ketul size yang sama cuma kuantiti berbeza.

Emas pula, berat 1gram tetap kekal 1gram cuma berbeza dengan harganya sahaja. Kalau dulu RM120/gram masih mahal, sekarang Rm237/gram pun mahal lagi tau! Nampak apa yang beza?

Tak setuju dengan pendapat saya? Jom kita bincangkan bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s