SIKIT – SIKIT, LAMA – LAMA MENJADI BUKIT

2017

Ada benar pepatah ni, bila kita mula niat untuk menyimpan demi kebaikan. Kita akan bermula secara kecil kecilan secara konsisten menyimpan dan berterusan.

Bermula pada tahun 2017, itu pun sebab kene retrench. Duit yang dapat tu saya tak pasti nak simpan kat mana. Dan kebetulan ada kawan selalu promote pasal publicgold dan kelebihan menyimpan emas. Saya buat keputusan untuk beli dan simpan emas. Tak silap masa tu harga dalam RM178/gram.

Tahun itu juga rezeki masuk dengan dapat job freelance. Tak banyak tapi cukup untuk alas perut. Dan setiap payment yang dapat terus simpan dalam bentuk emas. Yela kalau masuk bank, confirm senang nak keluar.

2018

Tahun 2018, tahun yang agak mencabar. Permulaan dengan anak sulung kena sawan dan warded selama 3 minggu. Kemudian minggu yang ketiga, anak kedua dan ketiga kena pula influenza, berpunca masa melawat abang kat hospital. Nasib baik medical card anak-anak masih active terus admit ke SJMC.

Dalam tahun 2018, ekonomi naik turun. Dengan job freelance ada dan takda. Kebetulan dapat offer masuk ke consultant under manpower supply. Ok la kan contract basic. Tapi rezeki tak panjang, masa last month ter accident pula. Cuti lagi 2 minggu tak bergaji. Masa tu memang berharap pada simpanan emas je tuk survive.

Dan betul, masuk je opis lepas tu dapat surat mengatakan contract akan ditamatkan. Dapatla kerja seminggu dulu. At least dapatla duit. Masa tu la simpanan emas gap makin berkurangan. Banyak pakai masa tak kerja. Dan banyak pakai masa keluar cari kerja.

Alhamdullilah, ada sahabat offer contract basic. Tak banyak macam sebelum ni, tapi cukup la sebagai alas satu keluarga. Yang penting hutang rumah masih boleh bayar walaupun ada tertunggak sebulan. Yang ni korang jangan buat. Memang nampak macam “ala sebulan je, tu pun bank nak kecoh ke?” Bila korang dah terbiasa melewatkan bayaran, confirm payment lain korang akan buat macam tu. Paling sakit bila surat bank sampai mintak hutang siap ada surat lawyer lagi.

Tahun tu agak sakit sebab nak selesaikan hutang tertunggak. Kena pula dengan payment yang lambat sebulan. Memang lagi sakit la. Nak tak nak kena gadai lagi emas. Masa tu agak berbaloi sebab emas dah capai RM18+/gram.

2019

Tahun 2019 dapat offer contract 6 bulan ke Teluk Kalung Yard. Duduk la situ 6 bulan dan berulang 2 minggu sekali balik ke rumah. Masa tu emas ada 1 gram je dalam akaun gap publicgold.

Masa tu trending harga emas tengah menaik, dari RM18+ ke RM19+ dan pada hujung tahun 2019, dah cecah RM200/gram. Bila lihat trending harga menaik tu la saya start simpan sikit-sikit. Bermula dengan RM100 dulu. Sebab nak biasakan diri dengan asingkan duit dulu.

Dari situ saya mula baca tentang pengurusan kewangan. Dan daripada apa yang saya baca, rata-rata mengatakan elok simpan 10% duit gaji dan selebihnya guna untuk bayar hutang dan berbelanja. Sebab lepas simpan dan bayar hutang, kita akan lagi berijimat masa beli barang.

2020

Pada awal tahun, saya dah mula ikut formular simpan 10% duit gaji. Dan saya pindahkan dalam bentuk emas. Sebab utama saya simpan emas kerana sifat emas tu yang buat kita rasa sayang nak jual. Lain la duit, sayang nak simpan tapi tak sayang nak pakai.

Gambar tu dah menunjukkan berapa nilai emas gap publicgold setakat hari ni. Saya target untuk capai atleast 100gram bagi kegunaan kecemasan keluarga. Bagi yang bekerja sendiri tu, elok la korang simpan duit dalam bentuk emas. Bukan untuk kaya tapi sebagai pelindung kita masa kecemasan nanti.

Dan saya juga mendoakan agar pembaca sekalian, dapat menyimpan emas. Biar sedikit daripada takda lanngsung. Mulakan dengan serendah RM100 dulu. Biasakan diri dengan budget tu, bila dah okay baru naikkan ke nilai yang tinggi sikit.

Semoga tulisan saya bermanfaat untuk semua. Share tau mana tau ada yang mendapat faedah dari penulisan saya ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s