SAMAN JPJ..? BERAPA NAK BAYAR SAMAN JPJ DI MAHKAMAH?

Salam semua, kali ni nak share sikit pasal Saman JPJ. Ok sebelum tu nak tanya korang tahu tak berapa nilai denda bila dapat surat saman JPJ?

“denda minima RM300 dan maksima RM2000. Tiada sebarang kos lain yang akan dikenakan”

Macam kes saya, masa tengah sedap bawa motor lalu highway DUKE. Boleh pulak ada roadblock JPJ kat Plaza Tol Ayer Panas dekat laluan motorsikal. Biasa lalu time tu patutnya dah clear.

Contoh Surat Saman JPJ – sumber Dari https://redzabong.wordpress.com

Nak dipendekkan cerita kena la saman sebab roadtax & insurance dah mati. Ingatkan boleh bayar kat kaunter je. Rupa-rupanya kena masuk court jalan duta. Adoi berapa plak nak bayar ni?

Dan awal tahun ni baru la berkesempatan nak ke mahkamah jalan duta. Tu pun dah tiga kali mintak tunda tarikh sebab terikat dengan urusan kerja. Bagi yang terlepas tarikh ke Mahkamah, korang boleh je mintak tarikh baru kat cawangan JPJ yang keluarkan saman. Tapi kalau jauh boleh je ke mana-mana JPJ yang terdekat.

Masa nak gerak ke mahkamah tu berdebar gak la. Yela kita kan budak baik. Mana pernah buat salah. Haha. Ni saya share sikit tips yang saya dah lalui. Mana tau membantu.

PERSEDIAAN UNTUK DIDAKWA DI MAHKAMAH MAJISTRET JALAN DUTA.

1. Korang dah ready nak gerak tapi sebelum tu check dulu IC dan surat saman ada sekali. Kalau tak rugi je datang. Nak dapatkan salinan surat saman tu boleh ambil kat cawangan JPJ berdekatan.

2. Korang rasa dah cukup stylo? Pastikan berpakaian kemas tau. Sopan mata memandang. Kalau boleh jangan guna selipar/sandal. Nama pun masuk Pejabat Kerajaan.

3. Macam Mahkamah Jalan Duta ni, perbicaraan bermula pukul 9.00am. Pastikan korang sampai awal. Biasanya pukul 8 dah ada orang. Masuk ke bilik mahkamah dan register dengan pegawai JPJ bertugas.

4. Duduk diam dan jangan main handphone. Borak dengan awek sebelah pun adalah DILARANG! Itu AMARAN keras tau. Tunggu nama korang dipanggil. Biasanya nama dipanggil dalam kumpulan sebab nak cepat.

5. Bila nama dipanggil berdiri depan Hakim. Dan dengar pertuduhan korang. Ok tip kat sini, setiap tuduhan yang dibacakan korang ya kan je dan mengaku salah. Dah memang korang salah pun kan? Lepas tuduhan dibacakan, Hakim akan tanya tentang rayuan, masa tu korang cerita la kisah sedih korang. Kata la anak kucing kecik lagi, belum bekerja atau apa je yang korang rasa boleh bantu kurangkan nilai saman tu. Tapi biasanya Hakim dengar je.

6. Hakim akan tentukan berapa nilai denda. Dan lepas tu tunggu kat luar untuk ambil surat denda. Pastu bayar la apa lagi. Bila dah bayar pergi semula ke luar mahkamah untuk ambil semula IC korang tau. Ingat selagi korang tak bayar selagi tu pegawai akan pegang IC korang. Ala paling kurang pun duduk sebulan dalam lokap!

BERAPA DENDA YANG DIKENAKAN?

Jujurnya saya kurang pasti berapa nilai sebenar saman yang dikeluarkan. Tapi yang saya tahu tak lebih dari RM1000. Macam kes saya, roadtax RM300 dan insurance RM500. Total RM800!

Itu nilai yang tak saya jangkakan. Sebab ada member bagitau paling tinggi RM300 bagi Roadtax dan insurance setiap satu. Itu yang tak senang duduk tu sebab bawak duit cukup-cukup je.

Tapi nasib baik ada akaun GAP EMAS Public GOLD yang saya simpan. Boleh la keluarkan tuk bayar saman tu. Itu gunanya simpan EMAS. Sebagai simpanan kecemasan. Dan ini adalah kecemasan bagi saya.

Jual Emas kat Website Public Gold je.

Bila masuk gaji yang akan datang. Simpan ganti EMAS yang dah di jual. Simpan secara konsisten sebab EMAS ni, memang akan rasa sayang nak jual. Jual pun sebab terpaksa! Macam kes saya ni.

Semoga sharing kali ni bermanfaat tau untuk korang.

Ha nak bagitau, untuk kes saman JPJ dan Polis Trafik. Mahkamah dia Mahkamah Majistret Jenayah 13. Terletak di sebelah kiri dari pintu masuk utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Korang terus je sampai hujung.

Sumber Dari AstroAwani

Klik sini tuk paparan google maps