LIAT NAK MENYIMPAN? NI TIPS BAGI MULAKAN TABIAT MENYMPAN

Hampir kesemua buku kewangan yang ada di pasaran mempunyai satu nasihat yang sama iaitu MENYIMPAN. Itulah IBU kepada KEKAYAAN!

Bila kita gagal MENYIMPAN, kita akan gagal mencipta KEKAYAAN.

Dengan adanya simpanan yang cukup paling kurang 6 bulan pendapatan barulah kita boleh mula nak fikirkan tentang pelaburan.

Walaupun anda bergaji besar, bila tak menyimpan anda sebenarnya menjurus ke arah kemiskinan. Bayangkan bila berlakunya kecemasan, mana nak dapat duit? Sudah tentu daripada simpanan!

Gaji kecik tapi belanja besar. Macam mana nak simpan?

Nak simpan tak perlu nak tunggu bila gaji besar atau ada duit lebih. Simpanan ini adalah berkaitan TABIAT, bukan jumlah yang nak simpan.

Adanya tabiat menyimpan, tak kira la berapa gaji kita atau berapa banyak duit kita. Simpanlah walaupun hanya RM1 sehari.

Pupuk tabiat menyimpan dari awal. Biar ia jadi tabiat dalam diri kita. Benda yang jadi tabiat, ia akan jadi mudah.

Menurut pakar motivasi terkenal Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Kredit Kepada FB DMFK

“Kajian psikologi Islam mendapati tabiat terbentuk dalam 40 hari”

Mulakan tabiat menyimpan RM1 sehari selama 40 hari. Bila ada hari yang terlepas, ulang balik semula. Anda rasa rugi ke cara ni? RM40 atau lebih itu lah ganjaran kita!

Ni TIPS menyimpan yang anda boleh follow

  1. Mulakan dengan NIAT. Contohnya nak bina kekayaan, nak melabur, nak beli hartanah dan nak hidup senang di masa hadapan.
  2. Simpan dalam tabung yang susah nak pecah. Ini bagi mengelak kita terpakai duit tu.
  3. Setkan TARGET. Jangan paksa dengan nilai besar, mulakan RM1 pun ok. Kalau RM1 pun tak dapat, ada hati nak simpan RM10 atau RM100?
  4. Smpan setiap hari. Sebelum gerak ke tempat kerja, masukkan RM1 dalam tabung. Letak kat tempat yang senang dilihat agar tidak mudah lupa
  5. Buat secara konsisten. Buat selama 40 hari dan istiqamah.
  6. Jadikan TABIAT. Bila dah buat secara konsisten baru la boleh naikkan nilai RM1 kepada nilai yang lebih besar.

TABIAT ITU LAGI MAHAL DARIPADA WANG

TABIAT bukan sesuatu yang boleh dibeli. Ia memerlukan keazaman dan kesungguhan. Ianya suatu perubahan diri yang mengambil masa.

Bila dah jadi tabiat, nak simpan pun jadi senang!

Mungkin ini azam tahun baru 2020 anda nanti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s