PAJAK GADAI EMAS..KEDAI EMAS ATAU AR-RAHNU LAGI BAGUS?

Bila bercakap pasal gadai emas ni, persepsi masyarakat akan kata ni mesti takda duit ni” Ini adalah satu persepsi yang salah. Yang biasa buat gadai emas ni sebenarnya orang yang bijak sebab dia gunakan harta yang dia ada (EMAS) untuk dapatkan wang.

Tak seperti orang lain, bila dah takda duit. Mulalah pinjam dengan orang lain. Kalau setakat seratus dua boleh la diterima. Ada yang paling kritikal buat pinjaman bank. Memang boleh dapat banyak tapi cuba kira, bila dah habis bayar tu berapa nilai yang sebenarnya kita bayar kepada bank?

Yang ada EMAS, dorang akan gadai dan dapat duit. Bila ada duit lebih boleh bayar sikit-sikit dan penghujungnya EMAS yang di gadai dapat semula ketangan. Hutang dah takde, EMAS pun dapat balik. Kalau yang buat pinjaman bank tu, hutang dah habis tapi dapat apa-apa tak?

Dan tak semua kedai emas kita boleh terjah untuk gadai harta mudah alih kita tu. Sebelum korang nak gadai, ni ada 9 kelebihan yang korang patut tahu tentang pajak gadai Ar-Rahnu.

9 kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional;

Ar_Rahnu Di Malaysia

Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)

Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah iaitu riba berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ia diharamkan oleh Islam.

Nilai Gadaian Tidak Merosot

Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek daripada sebelum digadai.

Wang Lebih Gadaian Dipulangkan

Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah daripada nilai barang gadaian.

Barang Kemas Yang Disimpan Selamat

Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.

Caj perkhidmatan Yang Rendah

Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvensional menawarkan caj yang tinggi dan ada juga sebilangan tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan daripada penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.

Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.

Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.

Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah

Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannya berkaitan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.

Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan

Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.

Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya

Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

Jadi lepas ni kalau korang nak gadai emas, korang tahu la mana tempat yang sepatutnya. Tanya dan selidik dulu, bila dah jumpa mana yang terbaik baru bawa emas korang tu,

Selain gadai ke pusat Ar-Rahnu, korang pun boleh jual emas kat Public Gold, Yang semestinya membeli mengikut kepada harga semasa Emas. Semua jenis EMAS Public Gold terima. Bukan yang bersalut emas tau!

Bagi yang nak mula simpan emas boleh je daftar kat sini Daftar Percuma modal serendah RM100 je tuk bermula. Atau whatsapp saya terus disini +60176840288 untuk saya bimbing secara PERCUMA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s