BACA 5 nasihat pakar KEWANGAN NI UNTUK selamatkan kewangan peribadi anda

Bercakap pasal kewangan ni, akan ada banyak tips dan nasihat yang akan kita temui. Terdapat banyak ilmu dan nasihat yang bagus untuk kita amalkan, tak kira dalam buku atau artikel kat Internet. Ianya ILMU yang tak pernah HABIS

Jadi baik kita baca kat satu tempat macam dalam blog saya ni. Ni saya kongsikan 5 nasihat berkaitan kewangan yang patut kita tahu. Lagipun ilmu ni percuma je. Korang share tau.

Nasihat 1: Sentiasa proaktif uruskan duit anda

Menurut Dave Ramsey yang popular dengan rancangan radio beliau (seramai lebih 8 juta orang pendengar), dan telah membantu ramai orang uruskan kewangan peribadi secara berkesan.

Antara nasihat beliau;

Tulis Budget Anda

“Elakkan daripada menjadi hamba duit. Sepatutnya, kita yang hambakan duit.”

Dalam bab uruskan duit, kita patut jadi proaktif. Buat bajet yang baik, langsaikan hutang secara berstrategi dan secepat mungkin, dan simpan seberapa banyak yang kita boleh.

Zaman sekarang kita bekerja kerana duit. Dalam kepala kita dah set setiap benda di dunia ni perlukan duit. Nak masuk toilet pun kena ada duit. Setuju?

Ramai yang dah sedia maklum macam mana nak uruskan duit dengan berkesan. Tapi, disebabkan adanya sifat suka bertangguh, kewangan sendiri yang terkesan secara negatif.

Kebanyakan kita menangguh sebab takut tak cukup budget nak beli sesuatu. Sedangkan sesuatu yang nak dibeli tu bukan satu keperluan yang mustahak pun. Percayalah duit yang kita simpan tu, lama kelamaan akan kita guna sedikit demi sedikit sampai satu masa dah habis!

Jadi mulakan dengan buat budget, simpan duit dan bayar hutang. Apa yang tinggal kita gunakan secara berhemah. Selagi tak mula bertindak, selagi tu la kewangan kita tak selamat sampai bila-bila.

Nasihat 2: Mulakan simpanan kecemasan sebagai persediaan

Whitney Johnson adalah seorang penulis best-selling, penganalisis dan inovator yang cukup hebat dalam bab pengurusan kewangan.

Menurut beliau, menyimpan sikit-sikit berkali ganda lebih baik daripada tak menyimpan langsung. Ia tetap akan wujudkan jurang perbezaan yang ketara untuk masa depan kita.

Wujudkan Simpanan Kecemasan

“Tak kira gaji anda banyak mana sekalipun, kalau tak menyimpan, kesudahannya tetap sama.”

Majoriti kita bila bab menyimpan mesti nak tunggu gaji naik baru nak simpan duit. Ingat tau gaji yang tinggi tak bermakna kita pasti dapat menyimpan dengan banyak. Ini adalah tindakan yang bermula daripada mentaliti dan sikap kita sendiri.

Buat simpanan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan gaji. Ini untuk buatkan kita bersedia hadapi sebarang kecemasan yang tak dijangka nanti.

Nasihat 3: Buat pelan kewangan yang baik

Misi Chris Hogan adalah untuk membantu ramai orang dalam menguruskan kewangan peribadi dan bisnes mereka dengan baik.

Dan tak dinafikan, rancangan (atau pelan) tindakan yang baik akan mudahkan kita mencapai sesebuah matlamat dengan lebih mudah.

Buat Perancangan Kewangan Anda

“Fikirkan matlamat kewangan yang kita nak capai, dan rangka pelan yang baik untuk mencapai matlamat ini.”

Menurut Hogan, ramai yang dah sedia maklum tentang kepentingan perkara ini. Ianya cukup mudah namun ramai yang terlepas pandang dan ambil mudah tentang action plan mereka.

Bak kata Joe Flizzow dalam lirik Apa Khabar – ” Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal ”

Nasihat 4: Terus-menerus hadamkan pelbagai ilmu kewangan

Bila sebut nama Robert Kiyosaki. Pasti ramai yang dah kenal. Penulis buku Rich Dad Poor Dad adalah antara buku kewangan terbaik sepanjang masa yang ditulis oleh beliau.

Ini ada satu nasihat Kiyosaki tentang kewangan yang elok kita hadamkan:

“Berhenti harapkan bantuan kerajaan atau orang lain untuk uruskan kewangan kita. Mulakan belajar dan dalami ilmu kewangan.

Masa depan kewangan kita adalah tanggungjawab kita sendiri.”

Tak ada siapa yang layak untuk uruskan kewangan kita, kecuali diri kita sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi? Hantu?

Elakkan sikap sambil lewa yang akhirnya akan buatkan kewangan kita sendiri jatuh sakit. Tak ada siapa yang rela hati nak perkara ini berlaku dalam hidup masing-masing.

Nasihat 5: Simpan duit secara automatik setiap bulan

Jeanette Pavini ada misi yang murni. Beliau nak membantu orang ramai selamatkan duit mereka daripada melebur tak tentu pasal.

Banyak pandangan dan pendapat beliau yang tersiar kat kaca televisyen Amerika Syarikat, selain aktif menulis buku dan artikel tentang pengurusan kewangan. Nasihat beliau untuk kita adalah:

Simpan Secara Auto Bukan Pengeluaran Auto Tau!

“Automasikan simpanan setiap kali gaji anda masuk. Dan setiap bulan, naikkan simpanan sebanyak 1%.

Mungkin ia nampak kecil, tapi ia mampu berikan perbezaan yang ketara kemudian hari.”

Simpanan secara automatik boleh dibuat untuk mudahkan kerja kita setiap bulan. Lagipun, dah tentu ia lebih konsisten dan dapat pastikan kita tak terlepas untuk menyimpan dulu, sebelum belanjakan gaji selebihnya.

Kewangan kita pasti akan lebih selamat dan terjamin dengan strategi ini.

Nasihat Tambahan: Tukar duit kepada EMAS

Menurut Mentor Emas saya En Mohd Zulkifli Shafie, penulis buku Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat beliau menjadikan emas sebagai satu Forgotten Saving’ kerana naluri manusia bila ada duit di tangan akan mula gatal nak beli sesuatu yang bukan kehendak.

Dengan menukarkan lebihan duit kedalam bentuk emas, kita akan rasa sayang nak jual dan emas itu sendiri akan membuatkan nak beli lagi dan lagi. Tak semua emas kita boleh jadikan satu pelaburan, tak kisah la samada ianya emas kelantan, emas india dan emas dubai sekalipun. Emas yang sesuai dijadikan pelaburan adalah emas gred 999 atau dalam bentuk jongkong (bar) atau coin.

Contoh emas 1 Dinar

Lagipun nak simpan emas ni tak perlukan modal yang besar pun, ada RM100 pun dah boleh simpan emas. Dengan adanya akaun GAP (Gold Accumulation Program) anda boleh beli emas secara online pada bila-bila masa sahaja! Amat sesuai bagi yang nak menyimpan tapi takut nak pegang emas. Harga emas Public Gold sentiasa berubah mengikit harga semasa dunia. Tak seperti kedai emas lain, harga kedai mungkin update seminggu sekali atau sebulan sekali.

Bagi yang berminat nak mulakan simpan emas, boleh terus hubungi saya untuk saya bimbing dalam memulakan simpanan emas.

Advertisements

One thought on “BACA 5 nasihat pakar KEWANGAN NI UNTUK selamatkan kewangan peribadi anda”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s