PROMO BUNGAMAS PUBLIC GOLD – EXTENDED VERSION

Bersempena promosi FBlive November 2019 oleh Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim, ni ada tawaran special sempena harga emas tengah rendah ni. Boleh rujuk sini – Harga Emas Public Gold.

Dah la harga tengah MURAH. Ada pulak cabutan bertuah Gold Bar Emas!

๐๐ž๐ฅ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐  ๐Ÿ๐ŸŽ ๐ ๐ซ๐š๐ฆ.

Jika anda membeli BungaMas 10 gram, anda layak untuk cabutan bertuah menang gold bar 0.5 gram, 1 gram, 5 gram, 10 gram dan 20 gram (tertakluk kepada terma dan syarat)

  • Jika 500 BungaMas dijual sepanjang kempen, hadiah cabutan bertuah adalah 0.5gram x 10 pcs
  • Jika 1000 BungaMas dijual sepanjang kempen, hadian cabutan bertuan adalah: 0.5 gram x 10 pcs dan 1 gram x 10 pcs.
  • Jika 1500 BungaMas dijual sepanjang kempen, hadiah cabutan bertuah adalah: 0.5 gram x 10 pcs, 1 gram x 10 pcs dan 5 gram x 1 pcs
  • Jika 2000 BungaMas dijual sepanjang kempen, hadiah cabutan bertuah adalah: 0.5 gram x 10 pcs, 1 gram x 10 pcs dan 5 gram x 1 pcs dan 10 gram x 1 pcs
  • Jika 2500 BungaMas dijual sepanjang kempen, hadiah cabutan bertuah adalah: 0.5 gram x 10 pcs, 1 gram x 10 pcs dan 5 gram x 1 pcs dan 10 gram x 1 pcs dan 20 gram x 1 pcs.

3 kaedah belian BungaMas.

  • ๐Ž๐ฎ๐ญ๐ซ๐ข๐ ๐ก๐ญ P๐ฎ๐ซ๐œ๐ก๐š๐ฌ๐ž. Anda tengok berapa harga semasa, bayar dan ambil stok kat cawangan berdekatan.
  • ๐†๐จ๐ฅ๐ ๐ข๐ง ๐“๐ซ๐š๐ง๐ฌ๐ข๐ญ. Anda order 10 gram kat website atau dealer Public Gold dan request untuk diposkan kepada anda secara berinsuran (kena campur kos pos dan insurans). Tertakluk kepada nilai maksima RM5,000 sahaja (dalam 20 gram emas)
  • ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก ๐„๐๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐— (anda boleh buat bayaran sehingga 10 bulan), lepas habis bayar, pergi ambil di cawangan Public Gold.
  • ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก ๐„๐๐ ๐Ÿ’๐— (Anda boleh buat bayaran sehingga 4 bulan), lepas habis bayar baru ambil kat cawangan.

Jika anda berminat untuk beli jongkong emas yang besar seperti 250 gram dan 1 kilogram. Ada diskaun sebanyak RM250 untuk 250 gram dan RM1000 untuk 1 kilogram.

Tawaran ini tamat pada 30/11/2019.

Jangan lepaskan peluang KEEMASAN ni tau, daftar percuma kat sini – Datar PG Code dan gunakan PG Code anda tadi untuk lock terus harga emas sekarang!

Atau boleh terus contact saya untuk saya guide dan juga lock harga – whatsapp sini Biar saya yang buat semua untuk anda. Anda cuma perlu buat pembayaran je ke akaun Public Gold. Mudah kan?

Tawaran ini bukan hanya di Malaysia saja tau, malah bagi teman di Indonesia juga bisa. Buat sahabat di Brunei pun boleh, Even Singaporean also can la.

Bagi yang bekerja atau belajar luar Malaysia, gunakan peluang ini. Stock anda akan disimpan dan bila nak balik Malaysia. Inform je branch yang terdekat tentang tarikh dan masa nak ambil stock. Dijamin selamat!

Advertisements

PROMOSI EMAS NOVEMBER 2019. TAWARAN HEBAT BAGI YANG NAK BELI EMAS PUBLIC GOLD

Ha menarik tak tajuk post hari ni? Mestilah menarik sebab Mahaguru Emas saya Tuan Syukor Hashim akan buat satu FB Live dan kebiasaannya ada banyak offer menarik ditawarkan semasa live nanti.

Bersempena harga emas yang tengah sedap murah ni. Ini la masanya untuk anda membeli Emas Public Gold. Dulu selalu kata “nak tunggu harga rendah la baru nak beli”, ni dah tengah murah tak kan nak biar berlalu lagi?

Promosi kali ni akan ada lucky draw hadiah emas!

Promosi Bulan November

Saya nak dapat lucky draw. Macam mana caranya?

  1. Daftar dulu untuk dapatkan PG Code anda
  2. Semasa live nanti gunakan PG Code anda untuk grab offer yang ditawarkan.
  3. Itu je.

Promosi ni bukan untuk Malaysia sahaja, malah Indonesia, SIngapura, Brunei atau di mana-mana negara pun anda berada boleh grab offer ni.

Daripada anda pening nak cari perbezaan emas kelantan, emas dubai atau emas india. Baik anda grab offer Emas Public Gold ni. Dah la berkualiti, ada pula special offer!

Ni link direct terus ke FB Page SyukorJonaina

Jadi setkan alarm atau buat reminder pasal promo hari ni;

STRATEGI UNTUNG DENGAN EMAS. Sharing daripada Mahaguru EMAS

DIJEMPUT SEMUA ORANG MELAKA

Malam ni ada sharing daripada Mahaguru EMAS saya Tuan Syukor Hashim di Public Gold Cawangan Melaka.

Bagi yang nak cari Strategi Untung Dengan Emas, ini peluang anda untuk tahu rahsia pelaburan emas.

Masuk PERCUMA!

Jam 8.30pm – 10.30pm, boleh datang beramai-ramai. Bawak je semua kaum kerabat sekali.

ILMU EMAS DAPAT FREE GIFT PUN DAPAT!

Jangan lupa masa register tu letak code introducer saya – PG00101715 tau.

Senang nanti saya nak guide.

RM800 SEBULAN! KISAH SEDEKAH SEORANG OKU YANG NORMAL..

Kisah yang terjadi di Public Gold Cawangan Melaka seperti yang diceritakan oleh Mahaguru EMAS Tuan Syukor Hashim. Semoga kisah ini memberikan iktibar kepada kita semua dan menjadi sebab untuk kita sama bersedekah.

Kredit Foto Tuan Syukor Hashim

“Akak tak kerja, akak suri rumah” jawab Kak Noraini dengan perlahan.

Itulah jawapan yang diberikan oleh Kak Noraini bila Suhaila, staff Public Gold Melaka bertanya tentang pekerjaan beliau.

Dia sedang berurusan untuk membeli emas untuk kali pertama. Beliau ditemani oleh suaminya.

Oleh kerana mereka merupakan customer saya, jadi saya datang dengan niat untuk temankan mereka dan membimbing dalam urusan pembelian emas.

Mendengar jawapan “saya suri rumah” Saya rasa tertarik nak interview kak Noraini. Maklumlah dia nak beli emas 50gram dengan nilai RM10,900 ++

Beliau merupakan seorang suri rumah dan tidak mempunyai gaji tetap bulanan. Kalau dia boleh beli emas RM10,900++ maksudnya ada something kita boleh belajar dengan dia. Kalau orang tu ada gaji, saya tidaklah hairan sangat.

“Akak suri rumah ye?”

Haah En. Syukor, akak suri rumah”

“Boleh saya tahu, akak ada buat bisnes apa-apa ke kat rumah?” Soal saya dengan niat mencungkil rahsia.

“Ya ada, akak ada buat bisnes kuih kecil-kecilan. Kalau ada tempahan, akak buat la” Balas kak Noraini.

“Akak dapat banyak tempahan tak?”

“Biasa-biasa ajer En. Syukor,on off, bukan tiap-tiap hari akak dapat tempahan kuih”

“Tapi ada seorang hamba Allah nie, dia tempah kuih kat akak setiap minggu, dia sedekahkan kat masjid setiap malam Jumaat”

“Oh! tiap-tiap minggu dia sedekah kuih kat masjid ye? Wah..hebat. berapa budget dia seminggu kak?” tanya saya.

“Dia budget RM200 seminggu. Dia suruh akak buat kuih, pastu akak pergilah hantar kat masjid Bukit Beruang setiap malam Jumaat”

“Biasanya akak hantar waktu Maghrib. Lepas orang baca Yassin, orang akan makan kuih tu. Akak letak kat meja belakang dewan”

“Lepas tu, dia akan bank in duit kat akak”

“Fuh! RM800 sebulan untuk disedekahkan kepada jemaah masjid, itu memang hebat”

“En. Syukor, dia tu OKU tau. Tangan dia cacat, dia kerja kat bengkel kereta” sambung kak Noraini lagi.

“Hah! OKU ye? Dia owner bengkel kereta ke?” Tanya saya.

“Tak, dia mekanik kat situ” balas kak Noraini.

“laaa yeke, saya ingatkan owner bengkel” saya terkejut.

Saya mencongak, berapa sangat gaji seorang mekanik. Saya tak tahu. Mungkin RM2000 ke RM3000 barangkali. Kalau RM800 dia peruntukkan untuk sedekah kat masjid, agak besar jugak portion sedekah beliau.

Lebih kurang 32%! Banyak tu!

“Kadang-kadang tu, abang akak ada juga suruh cakap, minggu ni tak payah bayar, kami tanggung. Tapi dia tak benarkan. Dia nak bayar juga! Tambah Kak Noraini lagi.

“Kalau akak tak larat nak buat kuih, akak cakap kat dia yang minggu ni akak tak buat jadi dia kena cari orang lain” kata kak Noraini.

Saya termanggu mendengar kisah kak Noraini ni.

Asalnya saya cuma nak tahu daripada mana kak Noraini dapat duit untuk beli emas ni. Sebab ia boleh jadi inspirasi untuk kita semua.

Namun apa yang saya dapat adalah kisah bonus, seorang insan OKU yang sangat konsisten bersedekah.

Untuk kak Noraini, seorang sururumah yang boleh mengumpul duit dan beli emas RM10,900++. Itu adalah kaya harta!

Untuk hamba Allah yang cacat tangannya, tapi konsisten bersedekah untuk jemaah Masjid. Itu adalah kaya jiwa!

Pada asalnya nak tahu rahsia seorang suri rumah yang boleh beli emas, sekali dapat kisah tentang seorang OKU yang kurang sifat tapi berjiwa lagi besar daripada kita yang normal. Kedua dua mereka kaya dalam konteks tersendiri.

Banyak pengajaran yang dapat dipelajari daripada kisah ni. Pertama nak beli emas Public Gold ni semua orang boleh. Tak kisah berapa pendapatan yang kita perolehi setiap bulan. Yang penting kita tahu tujuan beli emas. Nak selamatkan nilai duit.

Yang kedua tentang sedekah, boleh dikatakan tak semua dapat sedekah seperti insan OKU tu. Pada mata saya, dia lagi normal daripada kita. Dia lagi pemurah. Sangat memberikan kesan kepada saya secara jujurnya yang mampu tapi…

Doakan saya dan anda semua dapat juga bersedekah seperti beliau. Dan dapat lagi menyimpan emas seperti Kak Noraini. Amin

Jangan lupa share tau.

BACA 5 nasihat pakar KEWANGAN NI UNTUK selamatkan kewangan peribadi anda

Bercakap pasal kewangan ni, akan ada banyak tips dan nasihat yang akan kita temui. Terdapat banyak ilmu dan nasihat yang bagus untuk kita amalkan, tak kira dalam buku atau artikel kat Internet. Ianya ILMU yang tak pernah HABIS

Jadi baik kita baca kat satu tempat macam dalam blog saya ni. Ni saya kongsikan 5 nasihat berkaitan kewangan yang patut kita tahu. Lagipun ilmu ni percuma je. Korang share tau.

Nasihat 1: Sentiasa proaktif uruskan duit anda

Menurut Dave Ramsey yang popular dengan rancangan radio beliau (seramai lebih 8 juta orang pendengar), dan telah membantu ramai orang uruskan kewangan peribadi secara berkesan.

Antara nasihat beliau;

Tulis Budget Anda

โ€œElakkan daripada menjadi hamba duit. Sepatutnya, kita yang hambakan duit.โ€

Dalam bab uruskan duit, kita patut jadi proaktif. Buat bajet yang baik, langsaikan hutang secara berstrategi dan secepat mungkin, dan simpan seberapa banyak yang kita boleh.

Zaman sekarang kita bekerja kerana duit. Dalam kepala kita dah set setiap benda di dunia ni perlukan duit. Nak masuk toilet pun kena ada duit. Setuju?

Ramai yang dah sedia maklum macam mana nak uruskan duit dengan berkesan. Tapi, disebabkan adanya sifat suka bertangguh, kewangan sendiri yang terkesan secara negatif.

Kebanyakan kita menangguh sebab takut tak cukup budget nak beli sesuatu. Sedangkan sesuatu yang nak dibeli tu bukan satu keperluan yang mustahak pun. Percayalah duit yang kita simpan tu, lama kelamaan akan kita guna sedikit demi sedikit sampai satu masa dah habis!

Jadi mulakan dengan buat budget, simpan duit dan bayar hutang. Apa yang tinggal kita gunakan secara berhemah. Selagi tak mula bertindak, selagi tu la kewangan kita tak selamat sampai bila-bila.

Nasihat 2: Mulakan simpanan kecemasan sebagai persediaan

Whitney Johnson adalah seorang penulis best-selling, penganalisis dan inovator yang cukup hebat dalam bab pengurusan kewangan.

Menurut beliau, menyimpan sikit-sikit berkali ganda lebih baik daripada tak menyimpan langsung. Ia tetap akan wujudkan jurang perbezaan yang ketara untuk masa depan kita.

Wujudkan Simpanan Kecemasan

โ€œTak kira gaji anda banyak mana sekalipun, kalau tak menyimpan, kesudahannya tetap sama.โ€

Majoriti kita bila bab menyimpan mesti nak tunggu gaji naik baru nak simpan duit. Ingat tau gaji yang tinggi tak bermakna kita pasti dapat menyimpan dengan banyak. Ini adalah tindakan yang bermula daripada mentaliti dan sikap kita sendiri.

Buat simpanan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan gaji. Ini untuk buatkan kita bersedia hadapi sebarang kecemasan yang tak dijangka nanti.

Nasihat 3: Buat pelan kewangan yang baik

Misi Chris Hogan adalah untuk membantu ramai orang dalam menguruskan kewangan peribadi dan bisnes mereka dengan baik.

Dan tak dinafikan, rancangan (atau pelan) tindakan yang baik akan mudahkan kita mencapai sesebuah matlamat dengan lebih mudah.

Buat Perancangan Kewangan Anda

โ€œFikirkan matlamat kewangan yang kita nak capai, dan rangka pelan yang baik untuk mencapai matlamat ini.โ€

Menurut Hogan, ramai yang dah sedia maklum tentang kepentingan perkara ini. Ianya cukup mudah namun ramai yang terlepas pandang dan ambil mudah tentang action plan mereka.

Bak kata Joe Flizzow dalam lirik Apa Khabar – ” Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal ”

Nasihat 4: Terus-menerus hadamkan pelbagai ilmu kewangan

Bila sebut nama Robert Kiyosaki. Pasti ramai yang dah kenal. Penulis buku Rich Dad Poor Dad adalah antara buku kewangan terbaik sepanjang masa yang ditulis oleh beliau.

Ini ada satu nasihat Kiyosaki tentang kewangan yang elok kita hadamkan:

โ€œBerhenti harapkan bantuan kerajaan atau orang lain untuk uruskan kewangan kita. Mulakan belajar dan dalami ilmu kewangan.

Masa depan kewangan kita adalah tanggungjawab kita sendiri.โ€

Tak ada siapa yang layak untuk uruskan kewangan kita, kecuali diri kita sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi? Hantu?

Elakkan sikap sambil lewa yang akhirnya akan buatkan kewangan kita sendiri jatuh sakit. Tak ada siapa yang rela hati nak perkara ini berlaku dalam hidup masing-masing.

Nasihat 5: Simpan duit secara automatik setiap bulan

Jeanette Pavini ada misi yang murni. Beliau nak membantu orang ramai selamatkan duit mereka daripada melebur tak tentu pasal.

Banyak pandangan dan pendapat beliau yang tersiar kat kaca televisyen Amerika Syarikat, selain aktif menulis buku dan artikel tentang pengurusan kewangan. Nasihat beliau untuk kita adalah:

Simpan Secara Auto Bukan Pengeluaran Auto Tau!

โ€œAutomasikan simpanan setiap kali gaji anda masuk. Dan setiap bulan, naikkan simpanan sebanyak 1%.

Mungkin ia nampak kecil, tapi ia mampu berikan perbezaan yang ketara kemudian hari.โ€

Simpanan secara automatik boleh dibuat untuk mudahkan kerja kita setiap bulan. Lagipun, dah tentu ia lebih konsisten dan dapat pastikan kita tak terlepas untuk menyimpan dulu, sebelum belanjakan gaji selebihnya.

Kewangan kita pasti akan lebih selamat dan terjamin dengan strategi ini.

Nasihat Tambahan: Tukar duit kepada EMAS

Menurut Mentor Emas saya En Mohd Zulkifli Shafie, penulis buku Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat beliau menjadikan emas sebagai satu Forgotten Saving’ kerana naluri manusia bila ada duit di tangan akan mula gatal nak beli sesuatu yang bukan kehendak.

Dengan menukarkan lebihan duit kedalam bentuk emas, kita akan rasa sayang nak jual dan emas itu sendiri akan membuatkan nak beli lagi dan lagi. Tak semua emas kita boleh jadikan satu pelaburan, tak kisah la samada ianya emas kelantan, emas india dan emas dubai sekalipun. Emas yang sesuai dijadikan pelaburan adalah emas gred 999 atau dalam bentuk jongkong (bar) atau coin.

Contoh emas 1 Dinar

Lagipun nak simpan emas ni tak perlukan modal yang besar pun, ada RM100 pun dah boleh simpan emas. Dengan adanya akaun GAP (Gold Accumulation Program) anda boleh beli emas secara online pada bila-bila masa sahaja! Amat sesuai bagi yang nak menyimpan tapi takut nak pegang emas. Harga emas Public Gold sentiasa berubah mengikit harga semasa dunia. Tak seperti kedai emas lain, harga kedai mungkin update seminggu sekali atau sebulan sekali.

Bagi yang berminat nak mulakan simpan emas, boleh terus hubungi saya untuk saya bimbing dalam memulakan simpanan emas.