NAK BELI EMAS TAPI MODAL KECIL? TAKDA MASALAH PUN..

Contoh Koleksi Aurora Italia – Public Gold

Bila nak beli emas, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran kita mesti “Mahal la nak beli emas ni, modal pun mesti besar” Betul tak?

Nak mulakan pelaburan emas, tak perlu pun modal yang besar. Kalau ada bajet sekitar RM100 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Yang  penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Baru faham apa nak buat bila harga emas tinggi ataupun rendah.

Kalau tak mula, macam mana nak tahu? Sebelum melabur, saya cadangkan untuk anda fahami strategi pelaburan. Pakar kewangan mengatakan, sebelum melabur pastikan anda sediakan atleast 3 bulan simpanan kecemasan. Bila dah cukup, lebihan tu baru kita gunakan untuk melabur.

Dah Cukup 3 Bulan Simpanan Kecemasan?

Bagi yang belum cukup 3 bulan pendapatan, boleh mula beli dulu dengan bajet kecil, antaranya syiling 1 Dinar Public Gold atau Gold Bar 1 gram Public Gold. Lepas tu baru fokus cukupkan 3 bulan pendapatan. Jadikan simpanan emas sebagai matlamat untuk cukupkan simpanan kecemasan.

Jadikan ianya sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta. Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, ni ada cara yang boleh dipertimbangkan;

1.    Beli Emas Secara GAP

Gold Accumulation Program (GAP)

Public Gold – Gold Accumulation Program (GAP) merupakan salah satu alternatif penyimpanan emas yang sesuai bagi mereka yang nak bermula dengan bajet yang kecil. Ia memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal hanya RM100! Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ini di Malaysia.

Kaedah belian Akaun Emas GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Dengan GAP, kita boleh beli emas dengan RM100, dan tambah lagi RM100 pada bila-bila masa sahaja. Atau kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram. Dalam GAP, matlamat kita adalah untuk mengumpul berat gram emas.

Walaupun ia “akaun emas” tetapi kita boleh keluarkan emas tu dan simpan sendiri. Umpama kita simpan duit dalam bank. Bezanya kita bukan nak keluarkan duit tapi EMAS! Bagi sesiapa yang tak nak simpan sendiri (sebab takut hilang), emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara PERCUMA!

Klik sini untuk info tentang GAP

Gold bar 1 gram keluaran Public Gold. Boleh dikeluarkan dari akaun GAP.

2.    Beli Gold Bar 1 Gram

Selain gold bar 1 gram keluaran Public Gold, anda boleh juga beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM250 – RM350 sekarang ni (rujukan harga di lazada). Buat masa ini, antara yang famous di Malaysia (selain Public Gold) ialah gold bar 1 gram keluaran Poh Kong, Nubex, dan kedai-kedai emas lain.

Beli gold bar 1 gram jenama lain pun boleh, tapi secara jujurnya, saya tak galakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram jenama selain Public Gold, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi.Kalau nak jual balik emas tu nanti, susut nilainya boleh mencecah 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Lain la kalau beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’ ataupun sekadar untuk koleksi, dan tak fikir langsung untuk jual.

TIP – pastikan beli emas di tempat yang kita boleh jual semula tanpa sebarang masalah. Ada pengeluar emas tak terima pun emas yang meraka dah jual. Malah ada yang minta bukti pembelian (resit original) dan ada juga yang tak dapat terima emas jenama lain. Emas kan sama je? Cuma Public Gold yang terima semua jenis emas tanpa banyak soal.

Contoh Produk Gold Bar Public Gold

Untuk pengetahuan semua, harga per gram untuk item “Gold Bar 1 gram” yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat sekalipun, biasanya lebih mahal berbanding gold bar bersaiz lebih besar. Maksudnya, HARGA PER GRAM untuk gold bar 1 gram biasanya lebih mahal berbanding beli gold bar yang bersaiz 10 gram atau 100 gram. Ini disebabkan minting cost-nya lebih mahal.

Satu-satu cara untuk dapatkan gold bar 1 gram termurah di Malaysia hanyalah dengan beli melalui kaedah akaun emas GAP!

3.    Beli Syiling Emas 1 Dinar

Kalau ada bajet dalam sekitar RM850 – RM1000, boleh beli syiling emas 1 dinar (4.25 gram). Beli dan simpan sendiri. Coin 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding gold bar 1 gram. Ini disebabkan coin 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan, sedangkan gold bar 1 gram biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah”.

Syiling 1 dinar keluaran Public Gold, berketulenan 99.99%, berat 4.25 gram.

Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ini, tetapi tetap coin 1 dinar Public Gold yang terbaik (buat masa ini) disebabkan harga per gram lebih murah, dan susut nilainya rendah iaitu 9% sahaja. Ia antara yang terendah (paling untung) di Malaysia. Dan paling penting ia emas yang diiktiraf peringkat antarabangsa – London Bullion Market Association. Urusan jual beli pun mudah sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia.

 London Bullion Market Association

Bagi yang berminat boleh daftar secara PERCUMA di website Public Gold dan order secara online. Emas tu nanti boleh collect kat mana-mana cawangan Public Gold yang berdekatan.

Sebagai Dealer Aktif Public Gold, tak kisah la samada anda nak beli Emas Kelantan ke, Emas Dubai ke, Emas India ke atau Emas Amerika sekalipun. Nasihat saya pastikan anda tahu apa tujuan utama anda menyimpan emas. Ingin saya tekankan, simpan emas dan jadikan ianya sebagai simpanan kecemasan. Sebab kita tak kan tahu bila masanya duit yang kita ada sekarang ini akan hilang nilainya.

Semoga post kali ni bermanfaat untuk pembaca semua.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s