BELI EMAS SEJUTA? Ini Permainan Sebenar Pelabur Emas.

Kali ni saya nak kongsikan bukti orang beli emas RM1,000,000 (1 juta) dalam satu resit. Seorang beli pada 17/5/2019 dan seorang lagi beli pada 2/10/2019 (tengok gambar)

Bukan Bishe Bishe ni

Banyak kan duit diorang?

Wow Beli 5Kg Terus Tu!

Orang-orang ini adalah dalam kategori pelabur. Biasanya mereka adalah dari kalangan businessman. Sebab tu duit mereka banyak.

Bila dah ada banyak duit, mereka mencari tempat yang bagus untuk melabur duit yang banyak. Mereka bukan membeli emas sebagai simpanan. Ingat ya matlamat orang kaya ialah untuk mengembangkan lagi kewangan mereka. Bukan belanja untuk menghabiskan duit!

Memandangkan emas dalam trend menaik dari tahun 2018 sehingga sekarang maka pelaburan emas adalah salah satu pelaburan yang bijak.

Mereka membeli emas kerana:

1. Trend harga emas menaik memudahkan dapat untung.
2. Kecairan emas adalah tinggi. Ia mudah dijual balik.
3. Ia patuh syariah (sebab mereka beli emas fizikal)

Siapakah Pelabur Emas?

Definisi: Pelabur emas adalah orang yang membeli emas untuk tujuan mendapatkan keuntungan. Mereka mahu melihat keuntungan dalam bentuk RM.

Mereka melihat emas ini hanyalah salah satu instrumen pelaburan, sama seperti ASB, Tabung Haji, Unit Trust, Saham dan hartanah. Dalam erti kata lain, mereka pelbagaikan instrument pelaburan. Jadi mereka aktif membuat perbandingan diantara pelaburan-pelaburan tersebut. Mereka pilih yang boleh untung dengan risiko yang mereka sanggup tanggung.

Pelabur emas ada exit plan. Mereka menjual balik emas ini apabila ia mencecah target keuntungan yang dikehendakki. Di sini permainain emosi bermula. Kebanyakkan kita akan tewas bila dah capai target, tapi masih rasa tak cukup dan mula berharap akan adanya kenaikan. Kalau naik ok la kan? Kalau jatuh? Sendiri boleh faham la.

Contohnya beli emas RM1 juta dan jual pada harga RM1.2 juta. Untung RM200 ribu. Itu permainan pelabur emas.

Bila harga turun, mereka beli balik. Bila harga naik, mereka jual.

Contohnya, buat pembelian RM1 juta pada 17 Mei 2019 tu dah jual sebahagian dari emas beliau sebab dah untung. Bagi yang biasa bermain dengan ketidak tentuan harga akan tenang menghadapi situasi sebegini. Bila harga tinggi meraka jual. Bila harga rendah mereka tambah lagi.

Dalam emas, bila murah, gram emas akan bertambah. Dan bila harga tinggi, dah boleh jual apa yang ditambah sebelum ni dan dapat keuntungan. Emas dapat, duit pun dapat!

Tips menjadi pelabur emas yang baik. Anda sekurang-kurangnya perlu menguasai analisis teknikal harga emas (untuk tahu harga support, resistance dan momentum). Pengetahuan ini boleh membantu memaksimakan keuntungan, InsyaAllah.

Jadi teruskan mencari ilmu kewangan ya semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s