Membina kekayaan dengan EMAS

Semua pakar kewangan bersetuju dengan satu perkara.

Asas untuk anda membina kekayaan bermula dengan menyimpan. Bacalah apa sahaja – Baca Buku Kewangan, semuanya senada seirama.

“anda kena ada dana kecemasan 3 bulan gaji, 6 bulan gaji dan ada pakar yang sarankan anda simpan setahun gaji sebagai dana kecemasan

Dah Ada Simpanan Macam Ni?

Apabila anda mempunyai simpanan yang banyak maka ia membuka lebih peluang untuk anda melabur dan menambah kekayaan. Pelaburan emas adalah safe haven bagi kebanyakan pelabur bila mana pasaran saham menjunam, mereka akan melabur pada emas untuk melindungi kekayaan. Bila semua dah lebur, emas la yang menjadi penyelamat mereka.

Jika anda tiada Rahsia Ilmu EMAS . Apakah bentuk simpanan yang datang dalam otak anda?

Sudah tentu simpan duit bukan?

Salah kelebihan duit adalah keupayaannya untuk membelikan anda apa sahaja yang anda inginkan – Itu juga adalah kelemahan duit. Ia senang terguna, terbelanja, terpakai, terbagi kat orang pinjam.

Sebab itu simpan duit “cakap senang buat susah”

Apa yang ada dalam buku tidak sama dengan apa yang kita buat. Apa sebabnya? Sebab berseronok itu adalah fitrah manusia. Simpan duit untuk digunakan pada masa hadapan bunyinya macam boring.

Inilah peranan emas. Untuk simpanan jangka panjang anda alihkan simpanan ke dalam bentuk emas. Bila anda tengok emas berketul-ketul depan mata, otak anda takda rasa nak guna atau terbelanja. Sebab otak manusia tidak boleh kaitkan emas dengan belanja.

Simpan EMAS kini lebih mudah

Apa yang otak kita kaitkan dengan duit RM10,000? Wah! boleh beli itu dan ini. Lepas tu otak mula bagi suggestion “nak beli barang apa?” Selagi tak beli, jiwa kacau.

Bila anda tukar RM10,000 jadi sekeping jongkong emas 50 gram, apakah yang berlaku kat otak anda? Otak anda akan cakap emas ini cantik, mahal dan kena simpan elok-elok takut hilang.

Emas kalau hilang, boleh gila jadinya!

Otak tak boleh kaitkan emas dengan beli barang.

Sebab itu menyimpan emas lebih mudah daripada menyimpan duit. Sebab otak anda kaitkan emas = kena simpan elok-elok.

Terdapat pelbagai jenis gred emas. Daripada 999.9 – 375. Kesemuanya berbeza mengikut penggunaan. EMAS 999.9 lebih sesuai dijadikan Emas Pelaburan.

Emas 999, Emas 950, Emas 916 hingga Emas 375 (gred rendah – paling murah) sesuai dijadikan perhiasan kerana telah dicampur dengan logam lain.

Ingat tau, emas berkualiti bukan kerana harganya yang mahal tetapi kerana gred emas itu sendiri. Jadi bila anda ke kedai emas, tanya sekali gred emas tu. Cuba dapatkan harga emas semasa dan darab dengan berat gelang, rantai atau cincin. Jika terdapat beza harga yang ketara tanya lagi samada ianya termasuk kos upah atau kos lain.

Emas India, Emas Kelantan, Emas Dubai atau Emas Thailand sekali pun tak menentukan gred tinggi atau rendah dan juga mahal atau murah. Emas di negara mana pun tetap sama. Beza cuma gred emas yang dikeluarkan sahaja.

Dengan faham konsep ini maka mudahlah untuk anda membuat simpanan.

Jika anda orang baru. Mulakan dengan hanya 10%. Kalau anda nak tahu, simpanan emas boleh dimulakan dengan hanya Serendah RM100. Rendah kan?

Ya! 10% sahaja duit anda ditukar dalam bentuk emas. Bila dah dapat rentak dan keserasian, barulah tambah % simpanan emas ikut keserasian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s