7 Point Goal Setting Penting Korang Patut Tahu…

Pernah dengar tentang goal setting? (penetapan matlamat) Ia merupakan senarai target yang ingin dicapai dalam hidup anda.

Bagi yang belum ada atau masih terkial nak senaraikan list target. Boleh rujuk gambar bawah. Anda boleh meletakkan goal setting di dalam 7 kategori dalam hidup anda iaitu;

7 Kategori Goal Setting

PENDAPATAN

Adakah anda mempunyai target untuk tingkatkan pendapatan? Atau pun anda target mahu mencipta pendapatan sampingan kedua atau ketiga. Contohnya dengan cari bisnes kedua.

Bukan Lagi Dalam Poket Ada Habuk

KEKAYAAN

Adakah anda mempunyai target untuk meningkatkan kekayaan anda? Contoh paling senang ialah meningkatkan nilai simpanan emas anda.

Kucing Pun Nak Kaya!

FIZIKAL / KESIHATAN

Contohnya, usia semakin meningkat. Adakah anda ingin meningkatkan kesihatan fizikal. Lebih banyak bersenam, banyak berlari, jogging, kurangkan minuman manis, makanan berlemak atau paling senang nak kurangkan berat badan.

Hidup Tak Bergantung Pada Ubat-Ubatan

KEROHANIAN

Anda bercadang untuk memperbanyakkan amalan kerohanian, banyak pergi sembahyang berjemaah, banyakkan bersedekah, memperbaiki bacaan Al-Quran.

Ramai Yang Tahu Tapi Tak Memahami

KELUARGA

Adakah anda ingin membawa keluarga melancong ke mana-mana? Ingin menghabiskan lebih masa dengan anak-anak? Nak ada privacy activities dengan pasangan? Letakkan goal anda!

Masa Bersama Keluarga

REKREASI / HOBI

Adakah anda mempunyai impian untuk mengunjungi tempat-tempat tertentu? Negara-negara tertentu? Mungkin tiba masanya untuk take it seriously. Letakkan matlamat untuk pergi ke sana dan tetapkan tarikhnya.

Masa Untuk Mengembara!

KERJAYA

Adakah anda ada matlamat kerjaya? Contohnya nak pergi training? Nak lulus apa-apa peperiksaan yang boleh meningkatkan nilai kerja? Professional qualification exam?

Kemuncak Kerjaya

Dengan kata lain, penetapan matlamat bukan sekadar duit ringgit. Ada 7 kategori yang boleh anda letakkan matlamat.

Diharapkan perkongsian ini akan membuka minda anda. Kita boleh letakkan matlamat dalam banyak kategori. Bukan sekadar wang ringgit sahaja.

Kredit kepada Mahaguru EMAS Tuan Syukor Hashim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s