Strategi Pelaburan..Apa yang patut kita tahu?

Apabila anda membuat pelaburan emas, anda perlukan strategi.
(Maksud strategi: rancangan yang teratur yang memperhitungkan pelbagai faktor untuk mencapai matlamat atau kejayaan).

Pelaburan emas boleh jadi perkara yang rumit. Ini kerana anda perlu jelas tentang 3 perkara:

1️⃣ Matlamat anda melabur/menyimpan emas.

2️⃣ Memilih produk yang sesuai dengan matlamat 1.

3️⃣ Menguruskan risiko yang berkait dengan produk 2.

Apakah strategi terbaik untuk saya

Malangnya tiada satu jawapan yang sesuai dengan semua orang. Setiap orang perlukan strategi yang berbeza-beza.

Strategi terbaik untuk anda mestilah bersesuaian dengan matlamat, produk dan risiko.

CONTOH 1

Jika matlamat anda membeli emas sebagai Insurans Kekayaan atau sebagai Harta. Maka strategi anda andalah seperti berikut:

🆗 Pemilihan Produk
✴️Anda pilih emas fizikal yang anda simpan sendiri. Contohnya jongkong emas dan dinar emas. Harga pula mesti mengikut harga emas semasa dunia.

✴️Kelebihan, anda tidak perlu takut risiko pihak ketiga contohnya penjual emas tersebut melarikan emas anda (bankrap/tipu) sebab emas anda pegang.

🆗 Pengurusan Risiko

✴️Emas fizikal ada risiko kehilangan/kecurian. Jadi anda perlu simpan dengan selamat.

✴️Kalau nak sembunyikan di rumah, tempat penyembunyian mestilah kreatif. Kenalah fikir❗

✴️Kalau anda rasa rumah tak selamat maka anda kena cari safe deposit box bank atau swasta. Kena keluarkan modal❗

CONTOH 2; SIMPANAN/PELABURAN

✴️Jika matlamat anda adalah simpanan/pelaburan. Maka strategi anda adalah seperti berikut:

🆗 Pemilihan Produk

✴️Anda boleh pilih akaun simpanan emas contohnya di bank atau Public Gold GAP.

Kenapa

✴️Sebab senang nak tambah emas dalam kuantiti kecil. Kemudian anda tak perlu fikir aspek penyimpanan.

✴️Bank/syarikat tolong simpankan untuk anda. Jadi anda boleh tidur lena. Contohnya akaun simpanan emas GAP Public Gold.

✴️Kemudian anda kena tengok spread jual beli emas dan harga pergram. Harga mesti berubah mengikut harga emas dunia. Setiap penjual berbeza-beza harga dan spreadnya.

Lagi satu❗

✴️Adakah senang untuk anda beli dan jual emas tersebut. Kalau susah nak pergi beli dan jual. Itu pun masalah juga. Buang masa anda ajer❗

🆗 Pengurusan Risiko

✴️Adakah syarikat/bank menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal?

✴️Ada institusi bank yang tidak menawarkan pengeluaran emas fizikal. Jadi jika anda nak pegang emas fizikal, anda perlu pilih syarikat/bank yang menawarkan pengeluaran emas fizikal.

✴️Kemudian bagaimana dengan syarat jualan semula? Ada syarikat yang menawarkan pengeluaran emas fizikal tetapi tak akan beli balik emas fizikal daripada anda.

✴️Ada syarikat yang cas anda safe keeping fee untuk emas anda sehingga 2% setahun. Ada yang free. Itu pun kena tengok betul-betul.

✴️Adakah syarikat kukuh? Supaya tiada risiko mereka melesapkan diri dengan emas anda.

CONTOH 3

✴️Jika matlamat anda andalah untuk menjadi spekulator. Nak buat duit cepat.

Strategi anda adalah seperti berikut;

🆗 Pemilihan Produk

✴️Anda kena invest/trade dalam saham syarikat perlombongan emas, belajar trade CFD, Gold Futures, Gold Option dan spot gold.

🆗 Pengurusan Risiko

✴️Produk-produk ini berisiko tinggi. Pulangan lumayan namun risikonya tinggi. Saham boleh turun jadi kosong.

✴️CFD, Gold Futures, Option, spot gold mempunyai risiko tinggi. Anda boleh kehilangan modal 100%

✴️Tak boleh tidur aja kalau anda involved dengan produk ini. Anda ambil masa yang panjang untuk mahir. Banyak buku, seminar dan masa berlatih diperlukan.

✴️Learning curve dia tinggi. Kalau setakat setahun dua tahun pengalaman, belum tentu terrer gais. Newbie lagi.

KESIMPULAN

✴️Dalam pelaburan emas terlalu banyak strategi. Pilih yang sesuai dengan objektif pelaburan anda.

✴️Jika ia bersesuaian, InsyaAllah anda akan beruntung dan boleh tidur lena.

Silakan share jika bermanfaat.

Petikan dari FB Mahaguru EMAS Tuan Syukor Hashim

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s