Sos Tiram dengan Ulu Tiram ada kaitan tak?..lokasi yang orang Malaysia akan terkeliru

Beberapa lokasi di Malaysia yang selalu orang terkeliru…

✅ Pulai dan Simpang Pulai. Satu di Johor dan satu lagi di Perak. Tengok nama macam duk sebelah-menyebelah.

✅ Klang dan Ulu Klang. Kedua-duanya di Selangor tapi jaraknya jauuuuuuh antara kedua-duanya. Pernah ada rakan ejen terlibat susun appoinment dengan menyangka Ulu Klang terletak di sebelah Klang.

✅ Jalan Klang Lama, dulu-dulu mati-mati saya ingatkan di Klang.

✅ Bus Stand Klang pun sama. Mati-mati saya sangkakan berada di Klang.

✅ MRR2. Masa student UIA dulu selalu berdebat di mana lokasi MRR2. Ada yang kata dekat Ampang. Ada yang kata dekat Gombak. Ada yang kata dekat Sungai Buloh. Walhal ia adalah jalan dari Sungai Buloh sampai ke Cheras.

✅ UTM. Dulu masa student, terbayang UTM terletak di Johor. Rupa-rupanya ada UTM di KL juga. Siap yg baru tahu? Hahaha

✅Gombak di Selangor atau di KL? Masa di UIA, dalam poskod ditulis 68100 Gombak, Kuala Lumpur. Memang mengelirukan sebab setahu kami Gombak di Selangor, bukan KL.

✅ Damansara antara lokasi yang paling pening nak cari. Dari Bukit Damansara di tengah-tengah KL sampai ke Damansara Damai dekat dengan Sungai Buloh.

✅ Segamat dan Segambut. Satu di Johor dan satu di KL. Langsung tak sama.

✅ Kerteh dan Jerteh. Kedua-duanya di Terengganu, pernah ada orang KL yang tertukar nak ke Jerteh tapi sampai di Kerteh. Jarak KL ke Kerteh lebih kurang Kerteh ke Jerteh kalau ikut jalan lama sebelum ada LPT.

✅ Besut dan Besout. Besut di Terengganu manakala Besout pula nama sebuah tempat di Perak.

✅ Marang dan Maran. Satu di Terengganu manakala satu lagi di Pahang.

✅ Jelutong dan bukitnya terletak agak jauh. Jelutong di Pulau Pinang dan Bukit Jelutong di Selangor.

✅ Kepong di KL tapi bukitnya Bukit Kepong di Johor.

✅ Kepala Batas ada Pulau Pinang dan ada di Kedah. Ada rakan nak pergi kenduri kawan kawan di Kepala Batas, Kedah kemudian ikut signboard dan sampai di Kepala Batas, Pulau Pinang. Sedih kan?

✅ Kuang dan Keluang juga berbeza. Satu di Selangor dan satu lagi di Johor.

✅ Air Hitam pula terletak di 2 negeri iaitu Johor dan Kedah. Kalau tersilap tempat ni, memang haru nak patah balik. Lagi 1 kat Penang tapi bukan Air Hitam, Air Itam.

✅ Tanah Merah ialah sebuah daerah di Kelantan dan dalam masa sama juga ada nama kampung Tanah Merah di Besut, Terengganu dan nama tempat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kat Queensland pun ada tau!

✅ Pasir Putih, selain ia nama daerah di Kelantan ia juga nama tempat di Ipoh, Perak dan di Pasir Gudang, Johor.

✅ Sabah dan Sarawak masih di dalam Malaysia Tapi biasa sangat tengok orang tulis “… Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak”.

Ini berdasarkan pengalaman peribadi dengan kawan-kawan 🙂

Ada lagi lokasi lain yang boleh ditambah?

#malaysia #Negaraku

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s