Analisis kenaikan harga emas 2016 sehingga sekarang…oooo patutla harga EMAS naik mencanak aritu

Ini adalah analisis trend harga emas dari tahun 2016 – sekarang (Jun 2019). Sila rujuk gambarajah yang saya sertakan untuk pemahaman.

Untuk pengetahuan anda trend kenaikan harga emas telah bermula sejak januari 2016.

Bagaimana kita nak confirmkan bahawa trend emas sedang menaik?

Secara analisis teknikal, anda boleh lihat bahawa harga ‘Lowest Low’ semakin tinggi berbanding “Lowest Low” sebelumnya (tengok gambar yang saya sertakan)

Apa maksudnya? Maksudnya bila harga emas naik tinggi, ia akan turun jugak (retracement) namun harga emas yang jatuh itu adalah lebih tinggi berbanding harga terendah sebelumnya.

Nak mudah faham, sila tengok Lowest low A, Lowest Low B, Lowest Low C dan Lowest low D.

Harga Lowest low B lebih tinggi dari Lowest low A
Harga Lowest low C lebih tinggi daripada Lowest low B
Harga Lowest low D lebih tinggi daripada Lowest low C

Itu adalah salah satu petunjuk jelas harga emas dalam trend menaik.

Kedua, mari lihat penurunan harga emas (dipanggil retracement). Saya tandakan dengan R-1, R-2 dan R-3.

Anda dapati walaupun harga emas menurun, namun jurang penurunan semakin mengecil. Jurang R-1 sangat besar, jurang R2 kecil sedikit dan R-3 adalah paling kecil.

Ini adalah petunjuk trend menaik yang kuat (secara analisis teknikal).

Adakah kenaikan harga emas ini disokong secara fundamental? Sudah tentu jawapannya adalah YA.

Faktor trade war antara US – China, ketegangan di Timur Tengah (US – Iran) dan lagi satu faktor yang saya jangka menyumbang kepada trend menaik harga emas adalah pilihan raya presiden US tahun depan (3 November 2020).

Pilihan raya president US boleh mengakibatkan berlaku situasi ketidaktentuan dan menyebabkan pelabur lari kepada aset selamat seperti emas. Yes!!

Dalam trend menaik, boleh tak emas jatuh? Ya. Sudah semestinya. Tengok graf 3 tahun nie pun cukuplah. Nampak ada kejatuhan kan? Gold naik in long term dan ada jatuh in the process (retracement)

Jadi, bila saya cakap gold investment/saving adalah untuk jangka masa panjang, saya harap tuan puan boleh faham dengan jelas.

Now kita tengok sambil makan pop corn. Adakah emas boleh bertahan diatas harga psiko level USD1400? Jika ya, maksudnya trend naik ini kuat.

Petikan daripada #NotaEmasSyukorHashim

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s