ada duit tapi selalu terdesak…baca ni mungkin sebab dosa yang pernah kita lakukan dahulu..

Sempit rezeki disebabkan dosa?

“Hishh, sudah berbelas tahun saya bekerja keras siang dan malam, tapi hasilnya tak seberapa. Apa yang tak kena…”

“Apa lagi kerja yang saya tak buat. Semua sudah saya buat. Bak kata orang, pergi pagi balik malam, tapi rezeki saya sekeluarga tak juga cukup-cukup. Entah apa nak jadi…”

Begitulah bunyi keluhan ramai orang yang kita jumpa. Kadangkala kita juga seakan-akan pernah mengomel dalam bahasa yang sama, tak begitu?

Masyarakat nyata tertekan dan gelisah menghadapi situasi tersebut lebih-lebih lagi dalam suasana hambatan ekonomi yang mencengkam serta kos kehidupan yang semakin tinggi. Kerana terlalu memikir dan melayan tekanan hidup itu tanpa rasa tawakkal dan pengaduan kepada Allah yang Maha Bijaksana dan Mengetahui, maka hari demi hari, dilaporkan semakin bertambah ramai jumlah sang pengembara yang terpaksa pulang mengejut kerana telah disapai tetamu tak diundang, ‘The silent killer’ yang menjadi sebab-musabab membawa kepada kematian.

Tetamu senyap itu apa lagi kalau bukan tekanan darah tinggi. Saat awal dilanda kemelut (tekanan hidup) ini, bagi sebahagian masyarakat Islam yang mampu, mereka mungkin cuba mendapatkan khidmat kaunseling dari kaunselor bertauliah.

Tak cukup dengan itu, mereka bertemu dengan pakar-pakar motivasi. Lalu beberapa tip dan panduan dibekalkan untuk tindakkan jangka pendek dan jangka panjang.

Antaranya:

  • Faktor perancangan masa (Time manegement)
  • Faktor displin
  • Faktor belajar dari kegagalan
  • Faktor meraih peluang

dan macam-macam lagilah.

Mereka juga disarankan agar membaca karangan-karangan hebat ‘mereka’ yang dinobat sebagai ‘paling berjaya’ dalam bidang-bidang yang popular samada dalam bidang ekonomi, pentadbiran, pengurusan, keewangan dan lain-lain lagi. Saat itu, berkobar-kobar semangat mereka untuk meraih kejayaan dan keuntungan yang berlipat ganda.

Namun bila terjun semula ke alam realiti atau dunia sebenar, masalah sebenar mereka masih juga tidak hilang. Masalah hidup makin bertimpa-timpa. Pintu rezeki semakin menyempit dan hutang pula semakin melilit pinggang.

Kawan-kawan yang konon rapat dan berikrar sehidup semati dengan kita dulu pun, ramai yang telah ‘angkat kaki’ hilang entah ke mana. Tanpa kembali kepada Islam, jawapan kepada ‘ketidaktentuan’ rezeki kita itu tidak akan terjawab sampai bila-bila.

Bila pintu rezeki ditutup Allah, maka dunia terasa menghimpit. Inilah yang dinamakan ‘Khizyun’ yakni kehinaan dunia akhirat. Wal ‘iyazubillah.

Dosa penghalang rezeki

Dari awal lagi, Islam telah mengajar umatnya bahawa meninggalkan ketaqwaan di dalam apa jua aspek kehidupan akan mengundang kemiskinan dan kemelaratan. Macam-macam kemiskinan boleh berlaku bila taqwa tidak dimiliki.

Semuanya termaktub di dalam alquran dan sunnah Rasulullah SAW. Tidak miskin harta, seseorang yang melakukan dosa terus menerus tanpa taubat boleh jadi miskin iman, miskin hidayah, miskin ilmu, miskin akhlak dan adab, miskin maruah dan jatidiri.

Dalam kata-kata yang lain, kalau taqwa menjadi faktor ‘pengundang’ rezeki, keberkatan dan rahmat Ilahi, maka kesan dosa, maksiat dan mungkar adalah sebaliknya.

Lalu, pernahkah selama ini terfikir dan terlintas di hati kita, bahawa dosa yang kita lakukan samada terhadap Allah dan sesama manusia selama ini menjadi faktor atau penyebab ‘sempit’ dan ‘terhalang’nya rezeki Allah dari rezeki kita? Tersebut di dalam sebuah kitab Musnad, 

“Sesungguhnya manusia terhalang dari rezeki lantaran dosa yang dilakukannya.

Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ad Dailami, Rasululah SAW bersabda:

“Perbuatan zina itu mewariskan (mendatangkan) kefakiran (kemelaratan) .”

Memang benar. Itulah hakikatnya. Melalui hadis-hadis Rasulullah SAW berkenaan keutamaan amalan, bukankah istighfar kepada Allah, menghubungkan silaturrahim, memberi sedekah, mengeluarkan zakat dan banyak lagi menjadi faktor ‘pengundang’ dan ‘pembukaan’ pintu-pitu rezeki? Semua itu tidak lain adalah amalan taqwa.

Firman Allah SWT yang bermaksud, 

“Jikalau penduduk sesuatu penduduk kampung (negeri) beriman dan bertaqwa, nescaya Kami akan bukankan ke atas mereka (pintu-pintu) keberkatan dari pihak langit dan pihak bumi.”

Manusia yang tinggi taqwanya, mampu pula mengagih-agihkan kurniaan dan rezeki Allah kepada insan-insan yang lain pula.

Demikianlah pengalaman benar pemandu-pemandu teksi di zaman tok kenali rahimahullah. Wali Allah dan alim besar yang terkenal kelahiran negeri Serambi makkah. Sekiranya beliau menaiki mana-mana teksi, maka dengan izin Allah, maka pemandu-pemandu teksi tersebut akan mendapati penumpang yang sentiasa penuh (tidak putus) dari awal pagi hinggalah ke petang. Bukankah ia satu kuniaan Allah hasil ketaqwaan?

Rezeki tidak berkat?

Tanpa asas taqwa, seandainya seseorang itu dilihat melimpah ruah hartanya sekalipun, ia tak lebih merupakan ‘istidraj’ dari Allah. Itulah pemberian yang disertai laknat dan kutukkan. Mahukah kita dikurniakan rezeki sebegitu? Mahukah kita pemberian yang sedemikian? Kalau jawapan kita ‘ya’, maka kita tak lebih umpama Qarun, Tha’labah Yahudi Mabuk serta yang sama waktu dengan mereka.

Bagi golongan ini wang, harta dan kemewahan adalah segala-galanya. Dari mana punca dan sumbernya, tidak pernah diambil kira. Mereka langsung tidak memperdulikannya. Lihat kesudahan mereka. Tiada apa lagi yang boleh menahan mereka daripada terkubur hina bersama dengan harta haram dan syubhat yang mereka usahakan selama ini.

Rasulullah SAW menamsilkan bahawa harta dunia ini selamanya tidak akan membawa kepuasan jiwa. Nafsu tidak akan merasa cukup walau sebanyak mana pun harta yang ada. Sudah dikendong dan dikilik dunia yang pertama di tangan kanannya, ia meminta pula agar dikurniakan dunia yang kedua dan ketiga.

Macam orang yang sangat dahaga yang diberi minum air laut. Dahaganya tidak hilang-hilang. Apalagi kalau harta tersebut diperolehi secara haram seperti dari sumber judi, rasuah, riba, menipu, memeras ugut dan sebagainya.

Bagaimana perasaan hati kita tinggal, membesarkan anak-anak dan beribadat di dalam rumah yang dibeli secara riba? Menaiki kenderaan yang dibeli secara riba ke masjid, ke majlis ilmu dan pergi menziarahi saudara mara? Tidak malukah kita memakan rezeki pemberian tuhan dalam keadaan tidak bersujud, menyembah dan mentaati segala perintah yang Esa?

Tenangkah suasana ‘airmuka’ kita saat membeli juadah santapan untuk seisi keluarga dengan duit hasil rasuah atau sogokkan orang pada kita? Atau dari hasil judi dan tikam ekor? Hati kita tidak terasa apa-apa lagikah? Kalau begini halnya, percayalah bahawa tiada lagi berkatnya dalam usaha bahkan dalam rezeki kita. Inikah yang kita cari sepanjang musafir kita di dunia ini?

Begitulah buruknya kesan dosa dan maksiat dalam kehidupan kita. Mudah-mudahan kita dipelihara Allah SWT. Suluhlah hakikat diri dan kehidupan kita selama ini. Nescaya kita akan dapati ada kebenarannya apa yang kita utarakan ini.

Jangan lupa, kiaskan pula pada keluarga dan masyarakat kita. Ingatlah, sekiranya dosa membeliti diri, maka kurniaan rezeki tidak lagi menguliti. Sekalipun ia tampak menguliti diri, namun sama-sekali ia tidak diberkati.

Advertisements

Nak Tahu Cara Mudah Bebas Hutang? Baca 3 Tip Bijak Wang ni..

Hutang Ada Banyak Jenis – Gambar Hiasan
Setiap daripada kita memang takkan lari dari masalah hutang. Samada hutang belajar, hutang pinjaman peribadi, hutang kereta, hutang rumah malah ada yang berhutang untuk berkahwin!
Masa nak BERHUTANG tu, elok je rasa macam mampu nak bayar. Bila dah dapat duit dan mula nak start bayar masa tu la terasa duit ni tak cukup.
Masalahnya perlu ke berhutang ni? Bagi saya secara peribadi Tak perlu tapi yela kita bukan orang kaya dan berharga pun. Nak Tak nak kena buat hutang untuk beli asset seperti rumah.
Jadi sebelum anda nak apply mana-mana loan, baca 3 tips ni dulu sebagai persediaan. Selamat membaca dan jangan lupa share tau.

1. Aliran Pendapatan Baru

Sekiranya pendapatan bulanan sering tidak mencukupi, tiba masanya untuk memikirkan cara mendapat aliran pendapatan yang baru. Antara cara yang sering menjadi pilihan adalah memulakan perniagaan secara separuh masa. Kita cipta side income tanpa perlu menjejaskan pekerjaan kita sekarang,
Terdapat pelbagai peluang perniagaan yang boleh dimulakan kini dan medium Internet juga merupakan medium yang ideal untuk memulakan perniagaan sambilan untuk meningkatkan pendapatan bulanan.
Sebagai contoh, anda boleh mulakan dengan menjual barang orang lain atau DROPSHIP. Dropship merupakan kaedah mudah untuk buat duit di internet, Paling penting kita tak perlu simpan stock pun.
Duit Raya - Rack
Cari Duit Raya
Dan antara medium yang paling sesuai ialah melaui Facebook. Ramai sebenarnya yang dah berjaya buit duit online ni. Malah ada yang jadi jutawan pun. Ketahui cara mudah buat side income di sini.

2. Pendapatan Residual

Pendapatan residual bermaksud pendapatan yang berterusan diterima tanpa melakukan kerja berterusan. Antara pendapatan residual yang popular adalah menyewa rumah, melabur, mendapat royalti dari penulisan buku, menghasilkan aplikasi telefon pintar dan banyak lagi.
Sememangnya tidak mudah untuk mendapat pendapatan secara residual, tetapi, ia merupakan antara rahsia menjana pendapatan yang hebat. Sesuatu yang amat berbaloi untuk difikirkan.
Dealership-webslide-2018
Jom Jadi Dealer Public Gold
Antara lain seperti menjadi ejen Jual Emas Public Gold. Tugas ejen-ejen ini adalah mengajar dan mendidik masyarakat tentang kebaikan melabur EMAS dengan cara yang betul. Di samping anda menyampaikan ILMU, anda juga dapat komisyen untuk setiap produk yang berjaya di jual. Kebaikan dua dalam satu.

3. Baca dan Cari Ilmu

Tidak kira apa sahaja bidang yang kita ingin perbaiki diri kita, jawapannya pasti adalah ilmu. Untuk memperbaiki kewangan, semestinya kita perlu mendalami ilmu kewangan. Dapatkan buku-buku kewangan atau baca secara online apa sahaja maklumat dan ilmu kewangan yang ada. Luangkan juga masa menonton video-video di YouTube perihal kewangan.
download
Jom Cari Ilmu
Lebih banyak ilmu kewangan yang diterima, maka lebih kita dapat fahami selok belok kewangan dan tahu apa yang perlu dilakukan serta apa yang perlu dielakkan dalam memperbaiki keadaan kewangan diri.
Ilmu itu merupakan asas kepada setiap yang akan kita lakukan. Sebaiknya elok kita belajar dan fahami supaya nanti tak lah kita tersesat di tengah jalan. Belajar secara online pun boleh, Yang penting kita faham niat dan tujuan kita nak berubah,

Salam Ramadhan Al Mubarak..30 Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Petikan daripada Wikipedia ➡️Ramadan (Bahasa Arab : رمضان, : Ramaḍān, terjemahan harfiah: “panas terik”) (biasa digelar “Ramadan al-Mubarak“) ialah bulan yang ke-9 dan bulan yang dianggap paling suci dalam kalendar Islam.

Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Dalam bulan ini, umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Quran yang bermaksud:

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai.

Dengan berpuasa, umat Islam mengharapkan mereka dapat meningkatkan disiplin diri serta menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang tidak berkemampuan.

Berpuasa merupakan salah satu Rukun Islam iaitu yang ketiga iaitu Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Banyak kelebihan dan keistimewaan berpuasa  ni tau.

Jangan tak baca tau!

30 Fadhilat dan Keistimewaan Berpuasa Bulan Ramadhan

  1. Dosa-dosa manusia keluar diumpamakan seperti baru di lahirkan.
  2. Segala dosa akan di ampuni, termasuk dosa-dosa oleh kedua ibu bapanya jika kedua-duanya dikalangan orang yang mukmin.
  3. Akan di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
  4. Pahala berpuasa-nya adalah sama dengan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
  5. Akan diberi pahala kepada orang berpuasa seperti melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.
  6. Pahala diberikan seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir yang turut sama memohon pengampunan baginya.
  7. Orang yang berpuasa adalah seperti seorang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya untuk mengalahkan Fir’aun dan Haman.
  8. Akan di-berikan oleh Allah s.w.t. segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim a.s.
  9. Pahala berpuasa adalah seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  10. Akan di kurniakan oleh Allah s.w.t. kebaikan dunia dan akhirat
  11. Mereka yang berpuasa akan diumpakan keluar ke dunia seperti pada hari mereka dilahirkan dari kandungan ibu dan bersih daripada segala dosa
  12. Orang yang berpuasa seolah akan datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya penuh bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.
  13. Keistimewaan orang berpuasa seperti datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan dan mungkar.
  14. Maka akan disaksikan oleh para malaikat, jika mereka telah melaksanakan solat Tarawih di bulan Ramadhan, maka pada hari kiamat mereka akan di bebaskan oleh Allah dari segala kemudaratan.
  15. Mereka yang berpuasa akan di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kuraisi.
  16. Orang yang berpuasa akan di bebaskan dari api neraka dan seterusnya memperoleh kemudahan untuk masuk pintu syurga.
  17. Akan memperoleh dan diberikan pahala seperti diterima pahala oleh para Nabi dan Rasul a.s..
  18. Para malaikat akan menyeru kepada orang berpuasa: “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
  19. Mereka yang berpuasa akan di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
  20. Akan memperoleh pahala para syuhada dan salihin.
  21. Mereka yang berpuasa akan di bina rumahnya dari nur (cahaya) di dalam syurga.
  22. Pada hari kiamat kelak, mereka yang berpuasa akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
  23. Golongan yang berpuasa akan di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
  24. Antara kelebihan berpuasa akan diberikan pahala yang berupa dua puluh empat (24) permohonan akan di kabulkan.
  25. Akan terhapuslah segala seksaan di kubur.
  26. Segala pahala bagi orang berpuasa akan diangkat selama empat puluh (40) tahun.
  27. Bagi orang berpuasa dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, mereka akan melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.
  28. Allah s.w.t telah menjanjikan akan mengangkat mereka berpuasa dengan seribu darjat di syurga.
  29. Akan dihadiahkan pahala seolah mengerjakan seribu (1000) haji yang mabrur.
  30. Mereka yang berpuasa akan di panggil dan diperkenankan oleh Allah s.w.t., “Wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku…”

Semoga Ramadhan Al-Mubarak pada kali ini akan lebih baik ataupun terbaik dari bulan puasa sebelumnya. Bukan mudah untuk memperoleh puasa yang mabrur, tetapi tidak mustahil bagi kita untuk mencapai seperti diseruan oleh Allah s.w.t. kepada umatnya.