EMAS INDIA, EMAS DUBAI, EMAS KELANTAN…Ada beza ke? Ni yang patut kita tahu tentang Ketulenan EMAS

Daripada FB Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim

Saya mendapat soalan tentang emas dalam whatsapp.

“Saya nak tanya sikit lah pasal jenis-jenis emas nie. Apa ye beza emas India lah, emas Dubai lah, Emas Kelantan lah…Then kenapa orang cakap jangan beli emas India, emas Kelantan walaupun harga per gram murah giler?”

Jawapan saya: Terbatuk saya dengar soalan tersebut. Soalan nie macam urban legend. Urban legend ni adalah maklumat yang popular dan seringkali terdengar orang cakap tapi tak dapat dipastikan kesahihannya.

Jadi, adalah menjadi tanggung jawab saya untuk meleraikan persoalan ini.

Jika bermanfaat, sila share dengan rakan-rakan anda.

Biar saya explain terlebih dahulu tentang ketulenan emas (gold purity).

Mesin Ketulenan EMAS

Satu fakta yang perlu anda tahu ialah emas ini adalah bersifat homogeneous (seragam).

Ini bermaksud, emas yang dilombong di mana-mana bahagian diseluruh dunia adalah sama sahaja. Kalau emas tu dilombong dari Kelantan ke, Indonesia ke, South Africa ke, USA ke, India ke, China ke. Ianya sama sahaja!

Bila emas ditulenkan, maka ketulenan emas diukur dalam bentuk karat (gold karat). Sistem karat mengukur ketulenan emas berdasarkan berapa bahagian emas daripada 24 bahagian.

Nak senang faham, saya bagi contoh mudah. Katakan anda ada rantai emas seberat 24 gram. Jika kesemua 24 gram tersebut adalah emas (tiada campuran logam lain) maka ketulenan emas itu adalah 24 karat.

Jika rantai emas tersebut terdiri daripada 22 gram emas dan campur 2 gram logam lain, maka ketulenan rantai tersebut adalah 22 karat (sebab 22 bahagian sahaja adalah emas).

Kenapa nak campur logam lain? Biasanya untuk meningkatkan kekerasan rantai tersebut.

Sebab emas tulen lembut, senang putus kalau halus.

Jika rantai emas tersebut terdiri daripada 18 gram emas dan 6 gram logam lain, maka ketulenan emas tersebut adalah 18 karat.

Jadi, tidak ada masalah untuk anda membeli emas daripada Kelantan ke, Terengganu ke, India ke, China ke, Dubai ke. atau mana-mana negara asalkan anda tahu tentang ketulenan emas tersebut. Selagi mana nilai karatnya adalah sama, maka ketulenannya adalah sama.

Sebab itu bila anda pergi menggadai emas di Ar-Rahnu, pajak gadai Islam, mereka hanya meletakkan nilai karat dan berapa harga emas semasa per gram. Mereka tak letak nilai berdasarkan emas Kelantan, Emas India, Dubai dan lain-lain.

Yang penting adalah berapa nilai karat emas sahaja.

Barang Kemas AuroraItalia Public Gold

Isu lain yang tidak ada kena mengena dengan ketulenan emas adalah kualiti pertukangan. Mungkin ada emas dari sesetengah tempat, kualiti workmanshipnya berbeza.

Namun itu adalah isu lain. Itu isu kualiti pertukangan. Ia takde kena mengena dengan isu ketulenan. Kalau pertukangannya kasar dan tak lawa, saya rasa baik pergi tengok kat kedai lain yang designnya lawa.

Kesimpulan. Jika anda faham tentang ketulenan emas, maka anda boleh beli emas kat mana-mana sahaja ok!

Jika berminat belajar ilmu emas, dapatkan buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.

Rahsia Pelaburan EMAS

Di Public Gold, emas yang ditawarkan adalah berketulenan 24K yang mana sesuai untuk tujuan pelaburan/simpanan jangka masa panjang. Selain itu juga Public Gold ada menawarkan pelbagai pilihan barang kemas yang cantik dan exclusive di Aurora Italia. Terdapat pelbagai reka bentuk barang kemas cantik. Secantik wanita Malaysia diluar sana.

Dah tengok kat dalam website Aurora Italia tadi? Berminat? Beri kepada isteri dan juga insan tersayang pun TERBAIK dah ni. Tapi sebelum tu register kat sini tuk dapatkan PGCode anda.

Nak lagi jimat boleh terus beli emas melalui akaun GAP Public Gold. Serendah RM100 dah boleh beli emas berketulenan 24K. Nak buka pun mudah macam kat bawah ni.

CARA BUKA AKAUN EMAS – 3 Langkah MUDAH

(a) Masukkan Duit

Bank-in / online transfer / ATM transfer duit ke akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di bawah:

♢ 507134104563 (Maybank)
♢ 3167520833 (Public Bank)

(b) Wassap Maklumat Belian kepada saya – Wassap sini

Nama :
IC :
HP :
EMAIL :
Pekerjaan :
Nama Bank :
Nama Pemegang Bank :
Bank Acc No :
Alamat:

(c) Semak Statement

Tunggu Public Gold proses dalam masa 2 hari bekerja. Kalau dah terima email USERNAME, login website untuk semak GAP Statement selepas 2 HARI BEKERJA. Gunakan nombor Kad Pengenalan 12 digit sebagai PASSWORD.

Mudah je kan? Jadi lepas ni tak perlu la lagi pening nak beli emas. Tak kisah la samada Emas Kelantan ke, Emas Dubai ke, Emas India ke. Yang penting ketulenan emas tu kita tahu.

Jangan terus beli sebab murah. Kalau takut ditipu, bawak sekali penjual tu ke kedai emas. Mintak tuan kedai check ketulenan emas tu depan mata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s