Risiko Pelaburan EMAS. 5 ni korang patut tahu kalau tak nak rugi..

Simpan EMAS bukan untuk kaya tapi lebih kepada menyelamatkan kekayaan kita. Ada orang cakap, pelaburan emas adalah salah satu aset dan pelaburan yang paling stabil. Senang kata, ia tak akan rugi walaupun negara berhadapan dengan krisis mata wang.

Tapi, benarkah begitu? Hmm betul ke?

Dalam setiap jenis pelaburan, tak kiralah pelaburan saham, hartanah atau unit trust, tentu saja ada risikonya dan pelaburan emas juga tidak terkecuali.

Jadi sebelum korang start nak melabur dalam EMAS, ini antara yang orang patut tahu sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam EMAS

1. Tak Sesuai Untuk Pelaburan Jangka Masa Pendek

Berdasarkan statistik, umumnya nilai emas dilihat berpotensi untuk naik dari tahun ke tahun. Tapi, kita perlu faham bahawa emas adalah paling ideal sekiranya dijadikan simpanan dan bukannya pelaburan – kecuali untuk pelaburan jangka masa panjang (sekurang-kurangnya 2 hingga 5 tahun).

Senang kata, kita boleh membeli emas sekiranya kita ada banyak duit lebih (yang memang tak akan dipakai dalam masa terdekat) dan nak duit kita itu ‘selamat’ buat masa yang lama. Ini kerana, nilai emas tetap ada pasang surutnya akibat supply dan demand, apatah lagi buat jangka masa pendek.

Seperkara lagi, walaupun harga emas perhiasan lebih tinggi daripada emas pelaburan (gold bullion coin, jongkong emas, wafer, dan sebagainya), emas perhiasan terdedah kepada susut nilai sekitar 25%!.

Barang kemas ini juga biasanya dibuat daripada emas 916 (91.6% tulen) berbanding emas pelaburan yang diperbuat daripada fine gold (999.9). Tambahan pula, kos upahnya juga boleh dimanipulasi oleh pekedai emas.

2. Perlu Mencari Penjual & Pembeli Yang Betul

Berbeza dengan mata wang, emas bersifat universal kerana ia boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa.

Ada beberapa tempat yang kita boleh membeli emas seperti:

  • Kedai Emas – kalau dibeli dengan harga runcit, biasanya harganya agak tinggi. Maka seeloknya ketahui harga borong dan buat survey untuk dapatkan harga terbaik. Kalau nak beli dari kedai-kedai kecil boleh juga, tetapi ada risiko emas palsu atau tidak tulen.
  • Syarikat Menjual EMAS seperti PUBLIC GOLD – Public Gold merupakan syarikat yang menjual dan membeli EMAS yang dah lebih 10 tahun beroperasi kat MALAYSIA. Bukan setakat jual malah turut membeli EMAS. Selain itu, ada banyak produk EMAS yang ditawarkan. Nak senang tengok kat website www.publicgold.com.my
  • Bank – ada bank yang patuh syariah yang menjual emas fizikal. Emas atas kertas (gold pass book) biasanya tidak patuh syariah.

Di sini saja kita boleh lihat bahawa ia memerlukan ilmu untuk memastikan sumber emas itu benar-benar asli agar tidak dipertikaikan semasa nak menjualnya semula nanti.

Di samping itu, penting untuk anda memahami syarat jualan baik atau nilai buyback iaitu susut nilai yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.

3. Perlukan Tempat Simpanan

Kalau ada emas yang sedikit, bolehlah lagi kita nak simpan di dalam almari bilik atau di mana-mana ‘tempat rahsia’ di rumah. Tapi, kalau ia dah bertambah banyak, mesti kita rasa tak senang duduk. Nak tinggalkan emas di rumah selama 2-3 hari pun, kita dah mula gelisah.

Jadi, jangan lupa beberapa kos tambahan yang turut terlibat dalam pelaburan emas seperti insurans, sewaan peti deposit, atau tempat simpanan yang lain. Ini semua memakan kos juga.

Nak lagi selamat boleh simpan kat PUBLIC SAFE. Bukan setakat nak simpan EMAS, korang punya dokumen sulit pun boleh simpan. Selamat dan dikawal rapi. Korang rasa mana lagi selamat, simpan sendiri atau simpan kat Public Safe? Boleh check website sini www.publicsafe.com.my

4. Terlibat Dengan Scam

Sukar dinafikan, dalam ledakan teknologi ini semakin banyak peluang untuk scammer mencari mangsa-mangsa penipuan yang bertopengkan perniagaan / pelaburan emas. Malah, tak kurang juga golongan yang menggunakan hadis lemah (dhoif) atau hadis palsu sebagai hujah untuk melariskan perniagaan emas mereka.

Apapun, sebagai pembeli, kita perlu faham bahawa emas perlu diniagakan secara fizikal dan keuntungannya diperolehi melalui kenaikan harga emas semasa. Bukannya skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap dalam tempoh masa bulanan atau tahunan kerana ini dianggap sebagai salah satu unsur riba’. Banyak syarikat yang menawarkan skim begini telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia ataupun cabut lari.

Ambil iktibar dari kes Tok Belagak dengan scam Emas ETA. Skim lain yang masih bebas beroperasi sebegini adalah Zenith Gold. Tok Berlagak merupakan scam yang paling banyak buat orang merana. Ada yang sanggup buat loan bank semata-mata kerana terpengaruh dengan pulangan yang Too Good To Be Truth,

5. Unsur Riba’

Terakhir sekali, emas adalah merupakan barang ribawi, maka syarat jual beli adalah sangat ketat supaya ianya tidak jatuh hukum riba. Jual beli dan pelaburan emas begitu mudah terdedah kepada unsur riba’ jika penjual dan pembeli sendiri tak alert terhadap garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.

Antaranya:

  • Serah dan terima dalam satu masa (Taqabud) – Pastikan berlakunya pertukaran serta merta terhadap penyerahan dan pembayaran. Menurut Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan penyerahan sijil hakmilik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun hukumnya sah dan harus di sisi Islam. Dengan syarat, sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki.
  • Tiada penangguhan – Pembayaran yang terlibat dalam urusniaga ini wajib menggunakan sama ada tunai, kad debit / kad kredit, cek tempatan. Tidak boleh dibayar secara ansuran atau hutang.
  • Tiada unsur riba’ – Sekiranya kita mahu membuat pelaburan dalam bentuk akaun pelaburan emas, seeloknya terdapat satu jaminan atau pengesahan yang diiktiraf oleh Majlis Syariah tertentu. Sebarang bentuk hadiah, dividen, atau faedah adalah tidak dibenarkan syarak. Selain itu, emas tersebut juga perlu dizakatkan apabila cukup tempoh/haul.

Tahu tak, Public Gold merupakan syarikat yang mendapat sijil patuh syariah daripada Amanie Advisors Sdn Bhd. Ini bermakna kesemua proses jual beli emas dengan Public Gold telahpun disahkan patuh syariah.

Bermula pengumuman pengesahan Public Gold patuh shariah fasa pertama pada 16 Disember 2016, kini pengesahan untuk produk Gold Accumulation Program (GAP) dan Silver Accumulation Program (SAP). Alhamdulillah, ini bermakna Public Gold adalah satu-satunya syarikat (yang bukan Institusi Kewangan) jual beli emas fizikal di Malaysia yang disahkan patuh syariah.

Jadi kenapa korang perlu beli dengan syarikat yang diragui? Nak beli pun senang. Register sekarang tuk dapatkan harga ahli. Memang berbaloi la.. https://publicgold.com.my/index.php/component/custregistration/?introducer=PG00101715

Pelbagaikan Pelaburan

Pokok pangkalnya, emas menawarkan salah satu alternatif pelaburan yang menguntungkan. Tapi, kita perlulah ada ilmunya. Tiada kekayaan yang datang begitu saja tanpa usaha, bukan?

Jumlah yang ideal untuk dilaburkan dalam emas adalah 20% daripada duit lebihan (surplus). Bukannya semua labur dekat emas, takut nanti susah bila nak pakai duit – Maklumlah, emas perlu dicairkan terlebih dahulu.

Kesimpulannya, diversify.

Pelbagaikan sumber-sumber pelaburan anda dalam bentuk yang berlainan agar ia boleh disesuaikan dengan keperluan kita pada masa akan datang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s