Masa Terbaik Jual Emas..sebelum jual baca ni dulu

Soalan: Bila masa terbaik untuk saya menjual emas dan apakah strategi menjual yg boleh digunakan?

Baik, ini sedikit panduan untuk anda. Semoga bermanfaat dan mengelakkan kesilapan amatur.

1️⃣ Jual emas bila anda ingin membeli aset.

Contohnya beli rumah, beli tanah tanah, anda nak buka business/beli bisnes.

Dalam hal ini ia ibarat anda tukar aset kepada aset.

Bila anda nak beli aset, anda boleh jual aja semua emas. Later on boleh kumpul emas balik.

2️⃣ Anda teringin nak rasa profit daripada simpanan emas.

Aha… kalau rasa terliur nak rasa profit dengan emas. Tiada masalah… boleh boleh.. takde masalah, tapi ada caranya.

Saya cadangkan anda jual nilai untung sahaja. Jangan jual semua emas.

Contohnya jika anda simpan 20 dinar dan harga dinar ini naik dan anda ada untung sebanyak RM1000. Jadi anda perlu jual 1 dinar sahaja dan enjoy keuntungan anda.

Jangan jual semua emas anda. Sebab nanti anda akan rasa susah nak beli balik kerana teringat harga lama. Dah takut nak beli balik.

Ramai orang yg saya jumpa, bila dah jual emas pada harga tinggi, dia takut nak beli balik.

Jadi, teknik jual nilai untung ini menyebabkan anda ada momentum untuk terus membeli emas.

Jika anda suka cara kedua, maka pemilihan produk sangat penting. Anda kena beli item yang kecil seperti 1 gram, 5 gram, 10 gram dan 1 dinar.

Untuk cara pertama, anda boleh beli item besar-besar seperti 50 gram keatas

Atau pun ada boleh guna strategi campuran antara gold bar sederhana besar.

Ataupun, paling senang ialah simpan melalui akaun GAP. Sebab nak jual nilai untung serendah 1gram.

Apapun, strategi jual balik emas perlu difikirkan daripada awal. Kalau tidak, boleh pening oooo..

#MasaMenjualEmas

-FB Mahaguru Emas Syukor Hashim-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s