Berdoalah

“Sayalah Dr. Ishaan..”

Ini merupakan kisah motivasi buat kita yang berada dalam kebuntuan. Ingatlah kita sebagai hambaNYA, hanya DIA yang mendengar dan tahu..semoga bermanfaat

Begini ceritanya..

Di negara Arab Saudi, ada seorang pakar neurologi dijemput untuk menghadiri satu event di sana. Dalam masa yang sama, pakar ini berjumpa dengan seorang tokoh dan mengatakan kepadanya,

“Wahai Sheikh, saya mempunyai satu kisah yang saya alami sendiri untuk dikongsikan kepada kamu.

Tolong sampaikan dan kongsikan cerita saya ini. Semoga ada iktibarnya untuk orang lain.

Anda tahu, saya merupakan pakar neurologi yang terbaik di Pakistan. Sebagai seorang pakar, jadual saya sentiasa penuh. Mana-mana pesakit perlu buat appointment beberapa bulan lebih awal.

Saya selalu ke luar negara. Memenuhi undangan dan jemputan dari pelbagai negara.

Wahai Sheikh, setelah sekian lama ada satu peristiwa saya tidak sesekali lupakan!

Suatu waktu, saya berpergian ke satu kota di Pakistan. Ketika saya menaiki pesawat, cuaca mendung sekali. Langit berdentum dentam dengan bunyi guruh. Ketika di awan, pilot telah melaporkan perlu membuat pendaratan cemas. Salah satu enjin pesawat rosak terkena panahan petir!

Saya tidak tahu di mana kami mendarat. Ianya sebuah pedalaman Pakistan. Lapangan mendaratnya kecil sekali. Kami mendarat dengan selamat. Cuaca hujan masih berterusan dengan gagah membasahi hari kami.

Saya gelisah. Saya perlu segera untuk sampai ke tempat dituju. Saya berjumpa dengan pegawai lapangan terbang.

“Saya mahu cepat sampai ke bandar. Adakah kenderaan lain boleh digunakan?”

Pegawai itu menjawab, “Kamu naiklah kereta. Boleh sampai dalam 3 jam ke tempat kamu ingin tuju.”

Saya tanpa berfikir panjang, terus mengambil sebuah kereta sewa.

Dalam perjalanan yang serba payah, hujan langsung tidak berhenti. Masih lebat turun mencecah ke bumi.

Sampai di satu kampung yang sunyi, pemandu memaklumkan kepada saya bahawa kereta tidak boleh melalui jalan yang semakin becak dengan lumpur.

Kami mengambil keputusan berhenti dulu.

Kami ternampak sebuah rumah di satu sudut yang dikelilingi oleh sawah padi.

“Mari kita singgah sebentar di rumah itu. Boleh kita tumpang solat sekejap”

Dengan hujan yang mencurah lebatnya, seorang wanita tua membuka pintu setelah kami berada di hadapan pintu dan memberi salam.

Wanita tua itu mempelawa kami masuk ke rumahnya. Maka dapatlah kami solat dan berehat sebentar. Dan dalam masa yang sama, saya melihat wanita tua ini sering berdoa dan mengerjakan solat. Sesekali dia meninjau keadaan seorang anak kecil di rumah itu.

Kami pun ingin berangkat pergi dan mengucapkan terima kasih kepada wanita tua itu.

Namun terdetik di hati saya bertanya, “Wahai makcik, siapakah anak kecil itu?”

“Dia adalah anak yatim. Sekarang saya neneknya yang perlu menjaga dia. Dia mengalami kecacatan yang teruk sekali”

“Kami sudah membawa dia berjumpa dengan ramai doktor di daerah ini, tetapi tiada yang berjaya menyembuhkannya”

“Para doktor ini sarankan kepada saya, agar bawalah anak kecil ini berjumpa dengan seorang pakar terkenal di bandar. Hanya dia saja yang boleh merawat masalah anak ini”

“Namun saya dengar, ingin berjumpa dengan doktor pakar ini perlu masa yang lama untuk menempah giliran. Masalahnya, kami hidup susah dan jauh di pedalaman ini.”

“Tidak mungkin saya dapat membawa anak ini ke sana”

“Sejak dari hari itu, saya selalu mengerjakan solat dan berdoa sehinggalah hari ini, agar saya dapat membawa anak kecil ini berjumpa dengan doktor tersebut”

“Ya Allah, mudahkanlah urusan kami. Anak ini sakit. Mudahkanlah ya Allah”

Doktor itu bertanya, “Boleh saya tahu siapakah nama doktor itu?”

Wanita tua itu menjawab, “Nama doktor itu adalah Dr. Ishaan”

Sebaik nama itu disebut, doktor itu terus menangis dan menangis dengan derasnya.

“Mengapa kamu menangis, anak?”

Dengan linangan air mata, doktor itu berkata,

“Doa makcik baru dijawab. Kerana doa makcik, hari ini hujan turun dengan lebatnya, kilat menyambar enjin pesawat. Kami mendarat di tempat terpencil. Kami menaiki teksi. Hujan tidak berhenti. Akhirnya kami terkandas dan menghentikan kami. Kami datang ke rumah ini. Kami masuk dan berjumpa sendiri dengan makcik dan anak kecil ini” 😭

“Makcik, sayalah Dr. Ishaan. Sayalah yang makcik doakan selama ini. Hari ini saya di rumah makcik kerana doa makcik”

“Maha Suci Allah, doa makcik diperkenankan oleh-Nya”

Linangan air mata kegembiraan jelas terpancar di wajah wanita tua itu..

Dengan terjawabnya doa itu, maka hujan telah berhenti begitu saja secara tiba-tiba.

Allahu akbar!

“Wahai Sheikh, saya telah belajar dari peristiwa ini”

“Allah itu Maha Berkuasa menggunakan apapun yang Dia kehendaki untuk selesaikan sesuatu perkara”

Kisah tentang hebatnya doa!

Kadang-kadang ada masanya, kita rasa malas berdoa. Doanya tidak terbit dan membekas di hati kita.

Selesai solat, nak cepat saja mengejar kembali kesibukan dunia. Tiada wirid. Doanya cepat!

Kita rasa dah usaha sehabis mungkin. Tapi kita kadang lupa, usaha saja tidak memadai jika Yang Maha Berkuasa tidak memakbulkan apa yang kita inginkan.

Ingatlah dan berasa yakinlah, teruskan doa kita tanpa jemu. Sabarlah menunggu. Insha Allah, tiba masanya apa yang kita mahu, tetap datang kepada kita dengan kehendak-Nya.

Semoga Allah merahmati kita semua.

(Tokoh yang berkongsi kisah benar ini ialah Mufti Menk)

Share kisah ni untuk manfaat semua

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s