Unit Amanah? Macam Mana Tu?

PMB Award 2016-2017-2Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, post kali ni saya nak kongsikan sikit terntang Unit Amanah. Mesti ramai yang tertanyakan, Unit Amanah ni untung dia macam mana? Boleh percaya ke?

Mungkin ada di antara kita belum tahu tentang Unit Amanah ataupun mungkin pernah dengar cuma kurang faham tentang pelaburan Unit Amanah ni.

Yang biasa kita fikir, labur dan dapat pulangan. Memang betul la pun. Takkan nak melabur untuk rugi? Baik simpan je bawah katil.

Jom saya tunjukkan macam mana game Unit Amanah ni;

Dalam Unit Amanah ada forluma asas yang patut kita tahu:

W = H x U

W = Nilai Pelaburan
H = Harga Seunit
U = Jumlah Unit.

Contohnya anda mula melabur dengan modal permulaan RM1000. Harga seunit pada hari ini kita andaikan pada RM0.20 seunit. Semak harga sebenar di sini Public Mutual Fund Price

 

Modal Pelaburan (W)

Harga Seunit (H) Jumlah Unit (U)

1000

0.2

5000

U=W/H

  • Dengan modal RM1000, anda dah memiliki 5000 unit pada harga RM 0.20 per unit.
  • Sekarang anda dah ada 5000 unit. Dalam Unit Amanah, focus utama kita adalah mengumpul unit tau.
  • Ingat ya, Unit tidak akan pernah turun atau berkurang. Ianya akan bertambah.
  • Unit anda akan kekal 5000 walaupun anda Cuma sekali je melabur. Unit anda hanya bertambah jika anda membuat pelaburan tambahan atau mungkin disebabkan dividen. Kira ada untung la tu.
  • Sekarang kita andaikan yang dana anda langsung takde bagi pulangan dividen. Dan anda pulak takde nak tambah pelaburan. (Nak test market orang kata). Apa yang akan terjadi? Unit terkumpul anda masih tetap 5000 unit.
  • Untung ke? Kita balik pada formular asas tadi;

W = H x U.

H adalah harga seunit.

  • Pada hari ini ianya berharga RM0.20.
  • 5 tahun lagi mungkin akan jadi RM0.35.
 

Modal Pelaburan (W)

Harga Seunit (H) Jumlah Unit (U)

1750

0.35 5000

W=HxU

  • Harga H akan sentiasa turun naik setiap hari, hari ni pun tengah naik turun tau. Sebab tu Unit Amanah ni pelaburan jangka masa panjang. Itu caranya nak dapat pulangan. Nilai H akan naik.
  • Balik kepada table tadi, berapa keuntungan anda?

Modal awal RM1000.
Pendapatan Akhir = RM1750
Untung RM750

Untuk 5 tahun dan hanya berdiam diri, secara senyap anda dah untung RM750. Tu belum campur dengan dividen. Secara amnya RM750 tu ibarat anda simpan RM12.50 selama 60 Bulan. Tu pun kalau konsisten. Dah sama harga sekotak rokok tu.

Sekarang kita ubah balik scenario tadi.

  • Setiap 3 bulan anda konsisten melabur. Menggunakan akaun 1 KWSP.
  • Setiap tahun anda dapat dividen daripada keuntungan fund
  • Harga unit mungkin rendah dan juga tinggi. Unit anda akan bertambah banyak atau sikit. Bukan berkurangan tau.
  • Mana tahu lepas 5 tahun, unit anda naik menjadi 30000. Cuba kira balik berapa yang anda untung?

Jadi kesimpulannya, pelaburan Unit Amanah ni bersifat jangka masa panjang. Sekurang-kurangnya 3-5 tahun.

Ataupun bagi yang masih bekerja. Gunakan Unit Amanah ni sebagai alat untuk menggandakan wang pencen anda nanti. Ingat tau, 10-20 tahun akan datang, harga barang tak kan sama seperti tahun ni.

Inflasi

Share tau post ni, mana tau bermanfaat untuk yang lain.

P/S : Kepada yang berminat untuk melabur dalam Unit Amah, boleh terus hubungi saya dan saya akan membantu anda sebaik boleh.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s