Panduan Kewangan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Untuk post kali ni saya nak share sikit tentang Panduan Kewangan.

Ini merupakan FB post daripada Saudara Taufig Azman(dengan izin) . Selamat membaca dan semoga ianya bermanfaat untuk semua.

1. Panduan Belanjawan – Rule 50/30/20

✴️50% keperluan

✴️30% kehendak

✴️20% simpanan/pelaburan.

  • Ini rule yang boleh kata praktikal & meluas digunakan oleh mereka yang baru nak mula tetapkan bajet bulanan.
  • Lama-kelamaan cuba tingkatkan peratusan untuk simpanan/pelaburan pula.

 

2. Peraturan Dana Kecemasan 3-6 bulan pendapatan

  • Ini merupakan perkara utama yang perlu ada sebagi persediaan menghadapi sesuatu yang tak dapat diduga. (Conthohnya kereta rosak, anak sakit – masuk hospital, diberhentikan kerja dll) Bukan guna tuk beli ayam KFC time tengah bulan tau!
  • Paling elok bagi saya adalah dengan beli dan simpan EMAS. Adanya EMAS, kita boleh gadai untuk gunakan wang dan tebus semula bila kita ada lebihan wang. Nak tahu caranya klik terus kat sini Beli EMAS GAP

 

Beli Kereta

3. Pembelian kenderaan

Beli kereta ikut kemampuan dan ikut panduan ni;

(Harga Kereta = Gaji Setahun & Rule 20/5/10)

  • Harga kereta bersamaan 1 tahun gaji
  • 20% downpayment
  • 5 tahun pinjaman kereta
  • 10% pendapatan untuk bayaran bulanan

 

Buy-A-House

4. Pembelian Rumah

Nak beli rumah bukan mudah tapi tak mustahil. Nak tahu kemampuan, boleh ikut panduan ni:

Harga = 5tahun gaji & Modal 15%

  • Contohnya ; Gaji bulanan 2,500 x 12 x 5 tahun = RM 150000
  • Cari rumah dlm lingkungan RM150k
  • Sediakan modal 15% harga rumah = RM22.5K (deposit & kos berkaitan)

 

Takaful Di Malaysia

5. Pengambilan Takaful

Ini mrupakan saranan dari Malaysian Takaful Association (MTA) sendiri;

Perlindungan 10 tahun TPD (Total Permanent Disability), 3-5 tahun CI (Critical Illnes)

  • Keperluan takaful cover death/TPD – 10 tahun gaji.
  • Untuk CI (Critical Illnes) pula, dalam 3-5 tahun gaji.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

6. Pelaburan – Rule 72

“Rule 72” merupakan satu formula mudah nak tahu berapa tahun satu amaun pelaburan akan menjadi 2 kali ganda.

Contohnya amaun RM10,000 jadi RM20,000;

  • 72 / % tahunan = tahun
  • contoh, pada kadar 6% setahun,
  • 72 / 6 = 12 tahun
  • Ingat ya, pelaburan itu bersifat jangka masa panjang (3-5 Tahun). Jangan mudah percaya pada skim yang janjikan keuntungan dalam jangka masa pendek!

Salah satu platform terbaik untuk melabur adalah dengan melabur di dalam Unit Amanah.

Bagi yang ada mencarum dalam KWSP, anda boleh keluarkan wang dalam akaun 1 untuk tujuan pelaburan. Sangat mudah prosesnya.

Nak tahu lebih lanjut klik sini Pelaburan Unit Amanah

 

Zakat-1

7. Zakat – 2.5% & nisab

Bagi Muslim bila mana harta benda dah melebihi nisab, contohnya di KL RM14,772 maka 2.5% tu ada hak milik ASNAF.

Bayar zakat merupakan satu kewajipan. Setiap yang kita sumbang tu ada kebaikan untuk yang memerlukan. Bukan ke dengan berzakat tu, kita mencucikan harta kita?

Semak kadar nisab di tempat masing-masing.

Share tau post ni. Semoga bermanfaat untuk semua!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s