Nasihat Robert Kiyosaki Tentang Pengurusan Kewangan

robert-kiyosaki-best-selling-author
Penulis Rich Dad Poor Dad – Robert T. Kiyosaki

Robert Kiyosaki seorang cukup pakar dalam bab pengurusan kewangan peribadi.

Beliau antara sifu kewangan terbaik antarabangsa, yang banyak membantu ramai orang dalam mengurus kewangan dengan baik.

Buku Rich Dad Poor Dad tulisan beliau merupakan satu fenomena, yang mana isi kandung buku ini banyak membuka mata dan minda orang ramai tentang soal kewangan.

Berikut antara 7 Nasihat Beliau tentang KEWANGAN;

#1: Ilmu kewangan adalah kunci utama kekayaan semua orang.

Finance KnowledgeRobert Kiyosaki pernah kata:

“SAYA CUKUP GHAIRAH (PASSIONATE) MENGAJAR DAN BAGI ORANG LAIN PANDAI URUSKAN KEWANGAN MEREKA.”

Sebab itu, Kiyosaki mencipta board game Cashflow dan kongsikan ilmu dengan wujudkan syarikat Rich Dad, supaya beliau dapat kongsikan macam-macam ilmu kewangan kat orang ramai.

Corak permainan seperti Monopoly. Ia direka berdasarkan senario masalah kewangan kat dunia sebenar.

Sambil bermain, kita akan belajar sekali selok-belok dan ilmu berguna tentang pengurusan kewangan. Dan ilmu seperti ini 100% tak akan buatkan korang rugi.

Kita hendaklah tambah ilmu dan belajar dengan membaca buku, berguru dengan mentor yang bertauliah, atau datang ke kelas atau seminar kewangan.

Yang paling penting, belajar dan terus belajar serta memperkasakan diri dengan ilmu kewangan yang baik.

Tambah beliau lagi:

“ILMU YANG BAIK AKAN JADIKAN KITA BERSEDIA UNTUK HADAPI SEGALA KEMUNGKINAN PADA MASA DEPAN, TAK KIRA BAIK ATAU BURUK, DALAM MENCAPAI STATUS BEBAS MASALAH KEWANGAN.”

#2: Elakkan diri jadi hamba duit.

Money Slave

Sebenarnya tak ada orang pun yang ambil kisah pasal kewangan kita, melainkan diri kita sendiri. Dan sepatutnya, kita yang jadikan duit sebagai hamba. Bukan sebaliknya.

Kalau kita pandai simpan dan uruskan duit, kita boleh gandakan duit itu secara automatik, tanpa perlu kita bekerja.

Siapa yang nak bekerja mencari duit sampai ke tua? Dah tua nanti (dengan izin Allah S.W.T), patutnya kita dah boleh berehat dan luangkan masa bersama anak cucu, dan nikmati kehidupan yang bebas masalah kewangan.

Atau kita buat perkara yang memang kita ingin kita buat lebih awal tanpa perlu memikirkan langsung tentang masalah kewangan. Mana yang anda nak pilih?

Kiyosaki juga menambah:

“MULA BERTANGGUNGJAWAB URUSKAN KEWANGAN, ATAU BERSEDIA MENJADI HAMBA DUIT SEPANJANG HIDUP ANDA.”

Siapa yang sanggup jadi hamba duit? Jadi, mula belajar untuk jadikan duit sebagai ‘hamba’ kita.

#3: Sentiasa bayar ‘gaji’ kat diri sendiri. 

Gaji Masuk

Dalam membuat sesuatu bajet, bukan bermakna kita cuma perlu bayar segala bil yang ada. Dan bukan juga untuk berbelanja sesuka hati (walaupun kita berhak).

Maksud Kiyosaki adalah “ketepikan sejumlah duit untuk dibuat pelaburan”. Inilah gaji kita sebenarnya.

Di dalam buku beliau, ada diceritakan di mana semasa beliau dan Kim (isteri beliau) baru berkahwin, mereka sangat komited untuk melabur. Setiap bulan, mereka akan simpan sebahagian pendapatan sebagai bajet untuk dibuat pelaburan.

Duit yang disimpan itu mereka gunakan untuk membeli aset supaya dapat menjana pendapatan pasif yang positif. Apa pendapatan Pasif yang anda dah buat dengan pasangan? Dah ada ke belum?

#4: Sediakan diri dengan pelan kecemasan.

emergency-fundUmum mengetahui tentang situasi ekonom sekarang. Peluang untuk dibuang kerja atau diberhentikan itu bukan sesuatu yang dapat kita jangkakan.

Minta dijauhkanlah daripada terkena. Tapi jika terkena,ia adalah hakikat yang paling pahit yang harus ditelan. Ha mesti ada yang mula bayangkan. Betu tak?

Itu baru hal kehilangan pekerjaan. Belum lagi tentang masalah lain yang tak diundang seperti jatuh sakit (masalah kesihatan), kenderaan rosak, anak sakit dan bermacam lagi.

Sebagai langkah persediaan, buat satu Pelan Kecemasan dan buat Simpanan Kecemasan (Dalam bentuk EMAS) supaya kita tak kelam-kabut bila masalah ini datang secara tiba-tiba.

“SITUASI KECEMASAN YANG TAK DIDUGA AKAN MENGGANGU EMOSI SECARA NEGATIF.

BILA KITA BEREMOSI, KITA TAK BOLEH BERFIKIR SECARA TENANG DAN WARAS.”

#5: Guna duit untuk tambah aset.

Asset vs Liabilities

Gunakan duit untuk menambah aset (seperti hartanah), supaya kita boleh menjana pendapatan untuk jangka masa panjang (sewa rumah).

Kiyosaki juga ingatkan, rumah (yang kita duduk) tak dikira sebagai sebuah ASET.

“Selagi kita perlu keluarkan sejumlah duit untuk menanggung rumah itu, seperti yuran utiliti, cukai, insurans, penyelenggaraan dan sebagainya, ia merupakan liability”

Dalam bahasa mudah, ASET adalah perkara yang menambah jumlah duit dalam akaun bank kita. Ini adalah satu perkara yang ramai orang tak tahu dan salah anggap. Saya pun!

#6: Tahu bezakan antara “hutang baik” dan “hutang tak baik.”

Good Debt vs Bad Debt“LANGKAH PERTAMA DALAM STRATEGI BERHUTANG ADALAH FAHAMKAN BEZA ANTARA “HUTANG BAIK” DAN “HUTANG TAK BAIK”.” – ROBERT KIYOSAKI

Hutang kad kredit adalah salah satu contoh “hutang tak baik.” Ini sebab ia akan jadi beban pada kita, dan tak berikan kita untung langsung.

Kiyosaki kata, “tak semua hutang adalah hutang yang tak baik dan bermanfaat”

Sebagai contoh, gadai janji untuk membeli hartanah yang boleh disewakan adalah “hutang baik” yang boleh kita buat. Sebab ia akan menjana pendapatan pasif untuk kita setiap bulan.

Kiyosaki kongsikan pengalaman beliau kat bawah ini:

“KIM DAN SAYA PERNAH ADA BANYAK “HUTANG TAK BAIK” INI, DAN KAMI URUSKAN IA SECARA SISTEMATIK.

DAN KAMI TAK TAMBAH HUTANG INI SELEPAS DAH BERJAYA SELESAIKAN SEMUANYA.”

Dan ini nasihat Kiyosaki tentang “hutang baik”:

“SAYA DAN KIM SENTIASA MENCARI JALAN BARU DAN KREATIF UNTUK GUNAKAN “HUTANG BAIK”, SUPAYA IA MEMBANTU BISNES DAN PELABURAN HARTANAH YANG KAMI BUAT.

TAK SALAH GUNAKAN HUTANG JENIS INI, SELAGI IA MENAMBAH DUIT DALAM AKAUN KITA.”

#7: Bekerjasama dengan orang yang berkongsi matlamat dengan kita.

10-rich-habits

Bila berkaitan tentang perniagaan dan pelaburan, kita perlukan sokongan untuk Berjaya.

“Wang penting untuk kekayaan, tapi ia hanyalah sebuah komponen saja”, jelas Kiyosaki.

“YANG MEMBANTU KITA BERJAYA MENCAPAI KEKAYAAN, ADALAH BERJUANG BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG YANG SAMA MATLAMAT DENGAN KITA.”

Seperti orang kaya dan berjaya, mereka semua ada tim tersendiri. Mustahil mereka boleh berjaya kalau bekerja seorang diri.

Carilah orang yang sama mentaliti dengan kita, dan bekerja dengan mereka. Dengan ini, kita boleh bertukar pendapat dan pandangan supaya bisnes atau pelaburan menjana lebih banyak untung.

Semoga 7 Nasihat ni bermanfaat untuk semua. Teruskan mencari Ilmu Kewangan dan belajar daripada mereka yang dah berjaya tau.

Jumpa lagi dalam post yang seterusnya.

P/S; Artikel diedit dan dipetik daripada http://gilahartanah.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s