Akulah Penyebabnya

AKULAH PENYEBAB KELUARGA SAHABAT BAIK AKU MENDERITA SELEPAS SUAMINYA MENINGGAL DUNIA.

Ini adalah cerita sebenar yang telah berlaku lebih setahun yang lalu kepada sahabat baikku Norita. Dia bekerja sebagai pegawai kewangan di hospital kerajaan di Johor, telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Pada ketika itu juga, dia sedang mengandung 2 bulan. Hidup mereka sekeluarga sangat bahagia.

Norita yang aku kenali dari zaman belajar di MRSM Kuala Berang, Terengganu adalah seorang yang sangat ceria dan periang. Kami sangat rapat dan sentiasa berkongsi kisah suka duka bersama-sama. Pendek kata, kami adalah sahabat baik dunia akhirat.

TAKDIR ALLAH MENGUBAH SEGALANYA…

Norita yang periang dan ceria kini berubah kepada seorang yang murung dan sugul. Allah telah menguji keluarga Norita dengan kehilangan suaminya akibat serangan jantung. Dia hilang tempat bergantung dalam sekelip mata. Lebih terbeban apabila duit simpanan yang ada terpaksa digunakan untuk menampung kos perbelanjaan harian dia dan anak-anak serta komitmen lain.

Semasa aku melawat Norita, dia berkongsi ketakutan dan kegusaran untuk meneruskan kehidupannya selepas ini. Sejak dari itu, aku mula dihantui rasa bersalah yang teramat sangat kerana tidak berkongsi perkara yang boleh menyelesaikan masalah yang terjadi kepada sahabat baik aku.

Kehilangan ini menyebabkan dia tidak dapat tidur malam memikirkan bagaimana hendak menempuh liku-liku kehidupan membesarkan 3 orang anak-anak yang masih kecil dan seorang anak yang masih dalam kandungan berusia 2 bulan tanpa suami tercinta di sisi.

KATA HATIKU…

Jika aku berkongsi perkara ini sebelum Norita kehilangan suami, pasti dia tidak perlu tanggung semua bebanan ini. Aku bukan lupa, aku bukan sengaja lengah-lengahkan, tetapi aku tidak menyangka perkara ini akan terjadi kepada sahabat baik aku.

Astagfirullah… aku rasa berdosa sangat. Tuhan sahaja yang boleh ampunkan dosa-dosa aku. Kerana aku, kebajikan 3 orang anaknya terabai. Komitmen yang selama ini dikongsi bersama arwah suaminya terpaksa ditanggung oleh sahabat baikku seorang diri.

Mungkin saja disebabkan perkara ini belum terjadi pada keluarga aku, menyebabkan aku tidak mengambil inisiatif untuk berkongsi. Aku bukan lupa, aku bukan sengaja lengah-lengahkan, tetapi aku tidak menyangka perkara ini akan terjadi kepada sahabat baik aku.

Ya, aku tau, aku hanya memikirkan kebajikan keluargaku sahaja. Sedangkan dia adalah sahabatku dunia akhirat. Maafkan aku sahabatku. Ya Allah… aku pentingkan diri sendiri selama ini.

AKU SEPATUTNYA BERTINDAK LEBIH AWAL

Aku merupakan pendeposit simpanan SSPN-i Plus sejak 2 tahun yang lalu. Aku tau, jika perkara yang sama terjadi kepada keluargaku, sekurang-kurangnya manfaat perlindungan takaful akan diterima dapat meringankan beban oleh keluargaku.

Duit bukan segalanya. Tapi aku tau, jika keluarga aku mendapat pampasan minimum RM40,000 dengan simpanan tabungan pendidikan anak sebanyak RM30 sahaja sebulan, sekurang-kurangnya ia mampu membantu mengurangkan beban anak-anak dan keluarga yang masih tinggal.

Kita tak mampu melawan takdir, tapi sekurang-kurangnya kita mampu merancang untuk masa depan anak-anak kita. Aku berdoa semoga Allah mudahkan urusan sahabat baikku dalam membesarkan anak-anakya. Amin..

Dengan rasa tanggungjawab dan sayang kepada sahabat baikku, aku daftarkan akaun untuk ketiga-tiga anaknya untuk mengelakkan perkara ini terjadi lagi. Mulai saat ini, aku dan Norita sering berkongsi tentang pelan simpanan ini agar apa yang Norita lalui menjadi pengajaran.

Apa yang aku dan Norita kongsikan merujuk kepada Pelan Simpanan Pendidikan SSPN-i Plus. Kalau nak tahu kebaikan Pelan simpanan ini boleh merujuk dibawah ringkasan seperti dibawah ini.

===
INI ANTARA KEBAIKAN JIKA MENYIMPAN DI SSPN-i PLUS :
===

➨ Patuh syariah

SSPN-i Plus merupakan produk simpanan patuh syariah untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.

➨ Pelepasan taksiran cukai

Pendapatan pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.

➨ Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.

Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00.

Tiada pemeriksaan kesihatan*

➨ Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.

➨ Layak memohon pembiayaan pendidikan (PTPTN).

➨ Simpanan dijamin oleh Kerajaan.

Jika anda sayangkan anak-anak, keluarga dan sahabat anda, bertindaklah sekarang, jangan bertangguh.

Untuk pembukaan akaun SSPN-i Plus, klik terus di sini Daftar Online

#LoveSSPN #pendidikan #sekolah #kolej #universiti #masadepan #belajar #azam2018 #online #ibu #bapa #parenting #takaful #cukai #lhdn #guru #cikgu #dividen #untung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s